28
1 Penaung: Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim Penasihat Bersama: Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah binti Sulieman Puan Salmah binti Nordin Ketua Pengarang: Tuan Haji Hitam bin Chik Sidang Pengarang: Puan Nor Imani binti Mat Sulaiman Puan Zainun binti Haji Tun Cik Salena binti Sawi Grafik: Puan Noor Asrisah binti Samsudin Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) (National Council of Welfare and Social Development Malaysia) MAKPEM JILID XXXIV Januari - Jun 2014 BULETIN Sidang Redaksi BULETIN MAKPEM Penerbit: Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tel : 03-4044 7640 / 7641 Fax : 03-4044 7705 E-mail: [email protected] Laman web: www.ncwsdm.org.my MAJLIS KUNJUNG HORMAT PRESIDEN-PRESIDEN DAN PEGAWAI- PEGAWAI MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN Y.B DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT PADA 3 APRIL, 2014 Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM Malaysia telah mengetuai satu rombongan Pegawai-Pegawai Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan MAKPEM pada Majlis Kunjung Hormat kepada Y.B Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya pada 03 April 2014. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Datin Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nor, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sabariah Hassan Timbalan Ketua Setiausaha, Dato’ Norani binti Halim Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai-Pegawai Kanan lain. Turut hadir sama ialah Datin Paduka Hajah Khatijah bt Sulieman, Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Tuan Haji Zainal Abidin bin Md Alias dan Pegawai-Pegawai MAKPEM. Dalam ucapan aluannya Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim selaku Presiden MAKPEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B Menteri kerana meluangkan masa bagi kunjungan hormat MAKPEM dan seterusnya mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan bantuan yang telah diberi oleh Kementerian bagi membolehkan MAKPEM meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas Y.B Menteri mengucapkan terima kasih kepada MAKPEM selaku rakan strategik Kementerian dalam mengendalikan isu-isu sosial semasa. Hasil dari perjumpaan tersebut MAKPEM telah diberi peruntukan tambahan bagi mengendalikan program-program latihan dan pentadbiran. Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM memberi cenderahati kepada Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM bersama Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM yang hadir. Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim menyampaikan cenderahati kepada Y.H. Dato Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim binHaji Ibrahim bersama-sama Ahli- Ahli Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM

1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

  • Upload
    others

  • View
    31

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

1

Penaung:

Y.H. Dato’ Setia Amar SegaraDato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim

Penasihat Bersama:

Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijahbinti SuliemanPuan Salmah binti Nordin

Ketua Pengarang:

Tuan Haji Hitam bin Chik

Sidang Pengarang:

Puan Nor Imani binti Mat SulaimanPuan Zainun binti Haji TunCik Salena binti Sawi

Grafik:

Puan Noor Asrisah binti Samsudin

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)(National Council of Welfare and Social Development Malaysia)

MAKPEM JILID XXXIV Januari - Jun 2014

B u l e t i n

Sidang Redaksi BULETIN MAKPEM

Penerbit:

Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat

Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul,

51000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4044 7640 / 7641 Fax : 03-4044 7705

E-mail: [email protected] Laman web: www.ncwsdm.org.my

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PRESIDEN-PRESIDEN DAN PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN Y.B DATO’

SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

PADA 3 APRIL, 2014

Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM Malaysia telah mengetuai satu rombongan Pegawai-Pegawai Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan MAKPEM pada Majlis Kunjung Hormat kepada Y.B Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya pada 03 April 2014.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Datin Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nor, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sabariah Hassan Timbalan Ketua Setiausaha, Dato’ Norani binti Halim Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai-Pegawai Kanan lain. Turut hadir sama ialah Datin Paduka Hajah Khatijah bt Sulieman, Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Tuan Haji Zainal Abidin bin Md Alias dan Pegawai-Pegawai MAKPEM.

Dalam ucapan aluannya Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim selaku Presiden MAKPEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B Menteri kerana meluangkan masa bagi kunjungan hormat MAKPEM dan seterusnya mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan bantuan yang telah diberi oleh Kementerian bagi membolehkan MAKPEM meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas Y.B Menteri mengucapkan terima kasih kepada MAKPEM selaku rakan strategik Kementerian dalam mengendalikan isu-isu sosial semasa. Hasil dari perjumpaan tersebut MAKPEM telah diberi peruntukan tambahan bagi mengendalikan program-program latihan dan pentadbiran.

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM memberi cenderahati

kepada Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM bersama Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM bersama-sama Ahli-Ahli

Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM yang hadir.

Y.H. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim menyampaikan cenderahati kepada Y.H. Dato Setia Amar Segara

Dato’ Haji Halim binHaji Ibrahim bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi MAKPEM

Page 2: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

2

A ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya dapat sekali lagi menerbitkan buletin MAKPEM pada kali ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang

sentiasa memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program dan aktiviti MAKPEM untuk meningkatkan keupayaan pertubuhan-pertubuhan sukarela melalui program latihan ‘Care Givers’. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan yang sudi menghantar laporan kegiatan masing-masing untuk dimuatkan dalam buletin ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah yang telah menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM Ke 36 di Kota Kinabalu pada 26, 27 dan 28 Jun 2014, saya

ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai majlis yang telah dipilih bagi sesi 2014-2017 seperti berikut:-

1. Timbalan Presiden Datin Paduka Hajah Khatijah binti Suleiman2. Naib Presiden Encik Ithong @ Etong bin Terang3. Naib Presiden Y. Bhg Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar4. Naib Presiden Y. Bhg Dato’ Hajah Shamsiah binti Abd. Rahman5. Naib Presiden Encik Roshasni bin Marjumat6. Setiausaha Puan Salmah binti Nordin7. Bendahari Agung The Revd. Canon Samuel D.John

Sekianlah terima kasih.

Salam Hormat,

Dato’ Setia Amar SegaraDato’ Haji Halim bin Haji IbrahimPresiden, MAKPEM

Kata-Kata Aluan

Presiden

Page 3: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

3

Perhimpunan Agung Tahunan Ke 36 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah diadakan pada 26 Jun 2014 jam 8.00 malam di Ballroom Ming Garden Hotel dan Residences, Kota Kinabalu Sabah. Ianya telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Hajah Siti Sapoo binti Ahok, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, mewakili Y.B Datuk Hajah Jainab

Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim selaku presiden MAKPEM yang telah memberi penghormatan pada Negeri Sabah menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung Tahunan Ke 36 MAKPEM. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada MAKPEM yang telah berjaya melaksanakan program latihan ‘Care Givers’ sehingga ke peringkat persijilan Universiti dengan Open Universiti Malaysia (OUM).

Y. Bhg Datuk Hajah Siti Sapoo binti Ahok memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAKPEM

yang ke-36

Barisan-Barisan yang menerima Anugerah Cemerlang bersama-sama Y. Bhg. Datuk Hajah Siti Sapoo binti Ahok dan Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji

Ibrahim, Presiden MAKPEM

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM memberi ucapan kata-kata

aluan kepada tetamu yang hadir.

Mesyuarat Agung Tahunan MAKPEM Ke-36 bermula dengan kehadiran-kehadiran Pegawai tertinggi MAKPEM.

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN KE- 36MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKT

KEBANGSAAN MALAYSIA MAKPEMPADA 26 JUN, 2014

Terdahulu dari itu Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM dalam ucapan aluannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B Datuk Hajah Siti Sapoo binti Ahok kerana dapat meluangkan masa bagi merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM kali Ke 36, mewakili Y.B Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan ini.

Perhimpunan Agung Tahunan yang telah diadakan pada 27.06.2014 telah menerima dan meluluskan Laporan Tahunan MAKPEM bagi tahun 2013, Laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2013 dan meluluskan anggaran be-lanjawan bagi tahun 2015.

Page 4: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

4

Para Perwakilan Ahli-Ahli Gabungan. Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM dan bersama ahli-ahli

gabungan.

Dalam sesi pemilihan Pegawai-Pegawai Majlis bagi tahun 2014 – 2017, pegawai-pegawai berikut telah di pilih :-

1. Presiden Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim2. Timbalan Presiden Datin Paduka Hajah Khatijah binti Suleiman3. Naib Presiden Encik Ithong @ Etong bin Terang4. Naib Presiden Y. Bhg Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar5. Naib Presiden Y. Bhg Dato’ Hajah Shamsiah binti Abd. Rahman6. Naib Presiden Encik Roshasni bin Marjumat7. Setiausaha Puan Salmah binti Nordin8. Bendahari Agung The Revd. Cannon Samuel D.John

Sempena dengan Perhimpunan Agung MAKPEM Ke 36, satu majlis Dialog ‘ Peranan Belia Sabah Dalam Membina Sebuah Masyarakat Inklusif ‘ telah diadakan di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu Sabah pada 27 Jun, jam 7.30 malam. Majlis ini telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Taufiq Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Seramai 150 orang peserta dari kalangan belia tempatan dan perwakilan MAKPEM telah menghadirinya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusian telah diadakan pada 06.03.2014 (Khamis) jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini di pengerusikan

oleh Y.Bhg Dato’ Shamsiah binti Abdul Rahman Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kemanusiaan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Halijah binti Yahya, Mejar (B) Habibah binti

Baharom, Haji Abdul Razak bin Abd Ghani, Encik Tarmizi, Wakil JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Shamsiah wakil JKM Ibu Pejabat, Tuan Haji Hitam bin Chik dan Puan Nor Imani binti Sulaiman. Mesyuarat antara lain bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Bandar Baru Sentul. Dalam hubungan ini MAKPEM di minta untuk menghubungi Persatuan Bulan Sabit Merah.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KEMANUSIAAN

PADA 06 MAC, 2014 (KHAMIS)

Y. Bhg. Dato’ Shamsiah Abdul Rahman Pengerusi Jawatankuasa menyampaikan

ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Perbincangan antara Y. Bhg. Dato’ Shamsiah Abdul Rahman Pengerusi

Jawatankuasa bersama Ahli Jawatankuasa.

Ahli-Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Page 5: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

5

MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANGPADA 28 MAC, 2014 (JUMAAT)

MMesyuarat Jawatankuasa Anugerah Khidmat Cemerlang MAKPEM telah diadakan pada 28.03.2014 (Jumaat). Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Y.Bhg Datin Paduka

Hajah Khatijah binti Sulieman Naib Presiden MAKPEM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Khidmat Cemerlang.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Y.Bhg Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Encik Roshasni bin Marju-mat, Tuan Haji Zainal Abidin bin Md Alias, Encik Abdullah bin Mohd Nor, Tuan Haji Hitam bin Chik dan Puan Nor Imani binti Sulaiman. Mesyuarat telah membuat pera-kuan bagi calon-calon menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sempena Perhimpunan Agung Tahunan Ke – 36 di Kota Kinabalu Sabah seperti berikut :-

Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah binti Sulieman, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Khidmat Cemerlang memberi kata-kata

aluan.

Bersama-sama Ahli Jawatankuasa Anugerah Khidmat Cemerlang dalam sesi perbincangan.

1. Pertubuhan Gabungan

Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Majlis Pemulihan Malaysia Majlis Kebangsaan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Malaysia Persatuan Bekas Tentera Malaysia Persatuan Kebajikan An- Najjah Malaysia Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah

2. Calon Individu

Encik Abdullah bin Ali - Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Encik Silatul Rahim bin Rahman - Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia

Encik Hee Qui Shing @ Lawrence - Majlis Kebangsaan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Malaysia

Page 6: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

6

Mesyuarat Jawatankuasa Keahlian dan Perundangan telah diadakan pada 09.04.2014 (Rabu) jam 11.00 pagi mesyuarat ini di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Mah

Hassan bin Haji Omar, Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Perundangan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut

ialah Encik Lew Ah Hok, Encik Abdul Latif bin Mohamed, Tuan Haji Hitam bin Chik. Turut hadir sama ialah Puan Fatimah binti Tun Abdullah dan Encik Mat Rafie bin Zaki dari Persatuan Braille Malaysia. Mesyuarat antara lain telah bersetuju memperakukan Persatuan Braille Malaysia sebagai ahli gabungan baru MAKPEM.

Besyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke 3/2014 telah diadakan pada 17.04.2014 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 1, Institut Latihan MAKPEM. Mesyuarat dimulakan jam

9.30 pagi dan di pengerusikan oleh Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim Presiden MAKPEM. Beliau mengucapkan selamat datang dan salam sejahtera kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan yang hadir.

Antara beberapa keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat tersebut ialah :-

1. Bersetuju menerima Perakuan Anugerah Khidmat Cemerlang yang telah di cadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Cemerlang.

2. Perhimpunan Agung Ke – 36 di Sabah MAKPEM akan menanggung penginapan untuk 2 perwakilan bagi 2 malam bagi setiap ahli.

3. Makan dan Minum.

4. Pihak pengurusan di minta menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah untuk merasmikan ‘Dialog Belia pada 27.06.2014 jam 7.30 malam.

MESYUARAT JAWATANKUASA KEAHLIAN DAN PERUNDANGANPADA 09 APRIL, 2014 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSANKALI KE 3/2014

PADA 17 APRIL, 2014 (KHAMIS)

Y. Bhg. Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Perundangan memberi kata-

kata aluannya.Antara Ahli-Ahli Jawatankuasa yang hadir.

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM mempengerusikan Mesyuarat

Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM.Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM.

Page 7: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

7

Mesyuarat Majlis Kerja kali Ke 1/2014 telah diadakan pada 8 Mei 2014 (Khamis) jam 9.30 pagi. Mesyuarat kali ini telah di hadiri oleh seramai 35 orang yang mewakili pertubuhan-pertubuhan gabungan. Y.H Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim selaku pengerusi mesyuarat mengalukan-alukan kehadiran para perwakilan dan juga pegawai-pegawai majlis.

Y.H Dato’ Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Y.B Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana dapat meluangkan masa untuk menerima Kunjung Hormat Presiden dan Pegawai-Pegawai Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) pada 03.04.2014. Antara keputusan yang telah di persetujui oleh majlis kerja ini adalah seperti berikut :-

1. Lulus Keahlian Persatuan Braille Malaysia2. Bersetuju dengan calon-calon Anugerah Khidmat Cemerlang3. Lulus Draf Laporan Tahunan 20134. Laporan Kewangan bagi tahun 20135. Pelan Strategic 2014-20166. Anggaran Belanjawan MAKPEM 20157. Bersetujui dengan Perhimpunan Agung Tahunan Ke 36 di Kota Kinabalu

Sabah

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSAN KALI KE 3/2014

PADA 17 APRIL, 2014 (KHAMIS)

Y. H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM mempengerusi Mesyuarat

Majlis Kerja.

Perbincangan di antara Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Kerja.

Perbincangan di antara Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan MAKPEM.

Y.H. Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim, Presiden MAKPEM menjemput Media dari Utusan

Malaysia.

Page 8: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

8

1. Tujuan Program Latihan

1.1 Program Latihan MAKPEM bagi Kumpulan Sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di kalangan kakitangan dan sukarelawan pertubuhan-pertubuhan sukarela adalah bertujuan meningkatkan keupayaan dan kapasiti mereka supaya mereka dapat memberi perkhidmatan yang berkesan dan relevan kepada klien pertubuhan mereka.

1.2 Pendekatan latihan yang dijalankan termasuklah ceramah-ceramah dalam bilik kuliah, lawatan-lawatan ke Institusi yang berkaitan dan menjalani kerja-kerja amal di mana perlu.

1.3 Sambutan dari kakitangan dan sukarelawan pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk mengikuti kursus-kursus anjuran MAKPEM adalah sangat menggalakkan.

Laporan Pelaksanaan Program Latihan Bagi Tempoh 01.01.2014 Hingga 20.06.2014

Bil. Jenis Kursus Tarikh KursusBilangan Peserta

1. Kursus Asas Kerja Sosial Peringkat II 20 - 24 Jan 28

2. Kursus Asas Kerja Sosial Peringkat III 17 - 21 Feb 30

3. Kursus Asuhan PERMATA 24 Feb - 20 Mac 19

4. Kursus Asas Kerja Sosial Peringkat IV 17 - 21 Mac 31

5. Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-Kanak 14 - 18 April 30

6. Kursus Asas Proses Menolong 05 - 09 Mei 23

7. Kursus Penjagaan dan Bimbingan Kanak-Kanak Kurang Upaya 19 - 23 Mei 30

8. Kursus Intervensi Awal Kanak-Kanak Kurang Upaya 09 - 13 Jun 32

9. Kursus Penjagaan dan Bimbingan Kanak-Kanak Kurang Upaya 16 - 20 Jun 13

Jumlah : 236

LAPORAN BAHAGIAN LATIHAN MAKPEM

Sebahagian perwakilan dari Ahli-Ahli gabungan MAKPEM. Sebahangian perwakilan dari Ahli-Ahli MAKPEM.

Page 9: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

9

Petunjuk :

1. * Program Latihan Usahasama MAKPEM/OUM (Open University Malaysia)2. ** Program Latihan PERMATA.

Y. Bhg. Datin Paduka Khatijah binti Sulieman, Timbalan MAKPEM menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Y. Bhg. Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Naib Presiden MAKPEM menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Y. Bhg. Datin Paduka Khatijah binti Sulieman, Timbalan MAKPEM menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Y. Bhg. Dato’ Mah Hassan bin Haji Omar, Naib Presiden MAKPEM menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Page 10: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

10

Lawatan Sambil Belajar Ke ‘Koto’ Hanoi Vietnam Pada 10 - 12 Mac 2014

MAJLIS PEMBANGUNAN MASYARAKAT NEGERI PERAK

Seramai 11 Orang Ahli Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak [MPMNP] Termasuk 2 Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia [ Perak/Wilayah Persekutuan ] Dan Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Telah Mengikuti Rombongan Tersebut.

Diantara Tempat Yang Telah Dilawati Ialah 2 Buah Restoran KOTO Di Hanoi Sports ‘N Pans Restoran & Bar Milik Pihak KOTO. Semua Pekerja Restoran Adalah Pelatih KOTO [Budak-Budak Jalanan]. Mereka Bekarja Dengan KOTO, Mem-perolehi Pendapatan Dan Boleh Berdikari Sendiri.

Diantara Kejayaan Pihak KOTO Ialah Menjalankan Latihan Secara Intensif Kepada Budak-Budak Jalanan Yang Terpilih Dengan Mengajar Mereka Menguasai Bahasa Inggeris Dan Mahir Matematik. Setelah Itu Mereka Akan Dihantar Ke Hotel Dan Restoran Bagi Menjalani Latihan Secara Praktikal.

Pihak Koto Telah Berjaya Membuka 2 Buah Restoran Di Hanoi, Sebuah Di Saigon Dan Sebuah Di Ho Chi Ming. Konsep ‘ Social Enterpris Telah Berjaya Dilaksanakan Dimana Budak-Budak Jalanan Telah Dilatih Bekerja Dan Boleh Hidup Berdikari. Segala Dana Dan Perbelanjaan Adalah Sumbangan Daripada KOTO Foundation Daripada Badan Korporat, Pejabat KOTO Di Australia Serta Daripada Social Enterpris Yang Dijalankan. Pihak Kerajaan Tidak Memberi Sebarang Bantuan.

Pihak MPMNP telah menyampaikan cenderahati daripada Kerajaan Negeri Perak kepada pihak KOTO.

Page 11: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

11

Pertandingan Abilympics Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 28 Jun 2014 [sabtu] di bangunan milik Per-satuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. [PPSAS] dengan kerjasama Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Pertandingan Abilympics ini telah memberi peluang kepada golongan orang-orang kurang upaya bagi menunjukkan bakat-bakat mereka di dalam pelbagai pertandingan yang telah diadakan.

Kesemua pemenang ini layak bertanding di Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada bulan November 2014.Kategori yang di pertandingkan ialah cake decoration, creating web pages, word processing, Data processing (basic course), Dressmaking (advanced and basic course), Floral arrangement, silk hand painting dan Emboidery.

Dressmaking (advanced and basic course). Emboidery.

Ahli Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.( Y. Bhg. Dato’ Chong Phaik Kee )

Page 12: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

12

Floral arrangement. Cake decoration.

Silk Hand painting.

Dressmaking (advanced and basic course). Creating Web Pages.

Page 13: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

13

Pertandingan Abilympics Peringkat Negeri

MAJLIS PEMULIHAN MALAYSIA

Sebagai persediaan untuk pertandingan 9th International Abilympics yang akan diadakan pada tahun 2016, Jawatankuasa Abilympics Negeri telah mengadakan Pertandingan Abilympics Peringkat Negeri. Pemenang akan mewakili negeri untuk pertandingan akhir yang akan diadakan pada bulan November 2014.

Berikut ialah senarai negeri yang telah menjalankan pertandingan peringkat negeri: -

1. Kelantan

Kelantan telah menganjurkan pertandinga pada Mei 2014:-

3.1. Jahitan Pakaian – Peringkat Asas3.2 Jahitan Pakaian – Peringkat Lanjutan3.3 Menghias kek3.4 Lukisan3.5 Rekaan laman web

2. Selangor dan Kuala Lumpur

Jawatankuasa Abilympics Selangor dan Kuala Lumpur telah menganjurkan pertandingan bagi kategoriberikut :-

No. Kategori Kemahiran Tarikh Pertandingan

1. Silk Hand Painting 26 April 2014

2. Lukisan 26 April 2014

3. Gubahan Bunga 26 April 2014

4. Jahitan Pakaian – Peringkat Lanjutan 8 Jun 2014

5. Fotografi 8 Jun 2014

6. Menghias kek 14 Jun 2014

7. Masakan 14 Jun 2014

8. Jahitan Pakaian – Peringkat Asas 21 Jun 2014

Foto :-

Pertandingan Lukisan. Pertandingan Gubahan Bunga.

Page 14: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

14

Petandingan Masakan. Pertandingan Jahitan Pakaian - Peringkat Asas

Pertandingan Silk Hand Painting. Pertandingan Menghias Kek.

Jawatankuasa dengan sokongan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Kementerian Sumber Manusia) akan menganjurkan pertandingan berikut pada 23 Ogos 2014 :

1. Rekaan laman web2. Computer Assembly3. Desktop Publishing4. Word Processing5. Data Processing

3. Pahang telah menganjurkan pertandingan Fotografi pada 19 Jun 2014, dan merancang akan menganjurkan pertandingan bagi kategori kemahiran selepas ini.

Page 15: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

15

4. Perak telah menganjurkan pertandingan pada 28 Jun 2014 bagi 9 kategori kemahiran yang berikut :-

1. Menghias kek 2. Creating Webpages 3. Word Processing 4. Data Processing – Basic Course 5. Jahitan Pakaian – Peringkat Asas 6. Jahitan Pakaian – Peringkat Lanjutan 7. Gubahan Bunga 8. Silk Hand Painting 9. Sulaman

5. Negeri Johor, Penang, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka akan menganjurkan pertandingan peringkat negeri masing-masing dan akan menyerahkan senarai nama pemenang sebelum 15 Oktober 2014.

28, 29 & 30 MAC 2014

PERSATUAN BAGI MENCEGAH PENYAKIT TIBI MALAYSIA(MALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE PREVENTION OF TUBERCULOSIS)

“National TB & Lung Diseases Conference 2014” anjuran bersama Institut Perubatan Respiratori (I.P.R) dan Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) telah diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 28, 29 & 30 Mac 2014. Perasmian konferen tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Director General Of Health, Ministry Of Health Malaysia. Seramai 400 orang telah menghadiri Konferen tersebut.

“National TB & Lung Diseases Conference“ Meja Pendaftaran.

Prof. Dato’ Abdul Razak b. Abdul Muttalif, Ketua Pengarah Institut Perubatan Respiratori, HKL, Kuala Lumpur.

Para peserta konferen.

Page 16: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

16

Para peserta konferen.Dari Kiri: Presiden & Setiausaha MAPTB Kedah, Presiden &

Setiausaha SABATA, Setiausaha Agong Kehormat MAPTB & Timbalan Presiden ATAS.

Speaker Dr. B. Venugopalan. Speaker Dr. Jiloris F. Dony.

MAKAN MALAM MAPTB 2014

Barisan belakang: Prof Dato’ Dr Abd. Razak b. Abd. Muttalif, Y. Bhg. Dato’ Seri Yeop Jr b. Hj. Yeop Adlan & Director

General Of Health.

Speech by Y. Bhg. Dato Seri Yeop Jr b. Hj. Yeop Adlan, Presiden MAPTB

Page 17: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

17

Meja VVIP. Tokoh Tibi 2014 - En Subramaniam Palaniandi,Setiausaha MAPTB, Kedah.

Tokoh Tibi 2014 - Dr. Yong Kui Choon - KKM. Cabutan Bertuah - Hadiah Utama.

FEB - JUNE 2014

PERSATUAN KESIHATAN MENTAL MALAYSIA(MMHA ACTIVITIES & PUBLIC AWARENESS TALK)

Date: 22/2/2014 MMHA Public Talk Psychososial Rehabilitation By Dr.Koh Ong Hui and the number of participants attended is 54 people.

Page 18: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

18

Date: 22/2/2014 MMHA Family link Program by Madam Poh Kim Pheng and the number of participants is 25 people.

Date: 24/3/2014 MMHA received a mental health welfare professor and others from Nagata Hospital, Japan.They were interested in our day rehab programme.

Date: 26/3/2014 MMHA do public education through exhibition at public places like HUKM.

Date: 29/3/2014 MMHA Public talk OCD by Associate Prof Dr.Stephen Thevanathan and the number of participants attended is 86 people.

Page 19: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

19

Date: 26/4/2014 MMHA Public Talk Music Theraphy for Stress Management by Assistant Professor Dr.James Yeow Lai Hock and the number of participants attended is 68 people.

Date: 21/5/2014 MMHA had visitors from Korea. We had a great time of sharing. The visitors bought some handicrafts made by the clients to take home.

Date: 24/5/2014 MMHA Public Talk Bully and being bullied by Datin Dr.Hjh Fauzi Binti Ismail and the number of participant attended is 20 people.

Date: 02/6/2014 MMHA’s former president Datin Dr. Ang Kim Teng was invited by Salcon Berhad to deliver a Mental Health Talks to Salcon Employees. She delivered a wonderful speech to them.

Page 20: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

20

Date: 12/6/2014 A succesfull Fire Drill program was carried out at MMHA. All Standard operation procedures were carried out to best of the knowledge of the staff and clients.The BOMBA officers congragulated MMHA’s staff for evacuating the building within the proper time period.This was followed by clients and staff learning the proper method of handling a fire extinguisher and putting out fire.

Date: 24/6/2014 MMHA’s former president Datin Dr. Ang Kim Teng was invited by Sunway University students to deliver a Mental Health Talk to them. She delivered a wonderful speech to them.

Date: 28/6/2014 MMHA Public Talk Stress Management MindFulness Way by Chiang Khai Chong,Clincal Pychologist and the number of participants attended is 56 people.

Page 21: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

21

LKPIM TERIMA KERETASUMBANGAN OLEH KUMPULAN AMBANK

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA

Kumpulan AmBank sekali lagi menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan penyerahan sebuah kereta Proton Exora kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) pada 24 Januari 2014 di perkarangan Bangunan Tunku Puan Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Kenderaan bernilai RM 62,270.00 itu disumbangkan untuk kegunaan aktiviti harian LKPIM memandangkan aktiviti ke-masyarakatan menjadi aktiviti rutin LKPIM. Sumbangan tersebut adalah kenderaan kedua diserahkan kepada LKPIM sejak tahun 2002 bagi memudahkan pergerakan ahli-ahli LKPIM menjalankan kerja-kerja kebajikan. AmBank memilih LKPIM untuk menerima sumbangan berkenaan bagi tujuan untuk meninggikan taraf kebajikan yang menyumbang ke arah pembangunan sahsiah diri, keluarga dan masyarakat. Aktiviti kebajikan LKPIM termasuklah memberi khidmat nasihat kekeluargaan, membantu anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan mangsa bencana alam.

YMM Tuanku Ampuan Najihah Bte Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Yang DiPertua LKPIM menerima penyerahan sumbangan kereta Proton Exora daripada Pengerusi Kumpulan AmBank, YBhg Tan Sri Azman Hashim

JOM SIHAT DI SAMPING BERKEBAJIKAN

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) bersama Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan telah bergand-ing bahu dalam melaksanakan Program Jom Sihat pada 2 Jun 2014 bertempat di Perkarangan Baitul Hasan, Taman Gasing Indah, Kuala Lumpur. Program tersebut disasarkan kepada golongan asnaf fakir miskin, ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya.

Disamping itu, LKPIM / Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan juga telah menyampaikan bantuan makanan, beras, ham-pers dan makan tengahari kepada semua keluarga asnaf yang menyertai Program Jom Sihat.

YH Dato’ Safiah Samin, Setiausaha Agung LKPIM bersama dua EXCOnya iaitu Y. Bhg. Datin Zaiton Palil dan YBhg Datin Halijah Nordin

sedang menyaksikan pemeriksaan gigi seorang kanak-kanak oleh doktor bertugas.

Page 22: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

22

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM MALAYSIA (PEYATIM)

1) PEYATIM telah mengadakan Sukan dwi tahunan, temasya Sukan Anak-Anak Yatim (SUKYA) Kebangsaan kali ke IX Perak Darul Ridzuan.

Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Malaysia atau singkatannya SUKYA anjuran PEYATIM julung kali telah diadakan pada tahun 1996 di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Semenjak daripada kejayaan yang pertama diadakan, maka PEYATIM bersetuju untuk mengadakan setiap tahun dan diikuti dengan dwi tahunan. Acara yang dipertandingkan terdiri daripada acara sukan moden dan tradisional termasuk congkak dan karom.

Tahun 2014, SUKYA ke IX diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak bermula 8hb Jun 2014 sehingga 12hb Jun 2014. Kali ini penyertaan adalah daripada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Jumlah penyertaan keseluruanya adalah seramai 2,072 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 1,501 orang anak yatim yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara. Selain daripada itu adalah penyokong dan pegawai atau kakitangan asrama sebagai pengiring.

Upacara Perasmian telah diadakan di Kompleks Sukan Proton, Tanjong Malim yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut dihadiri YB. Dato Rusnah binti Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional merangkap ADUN Behrang.

SUKYA kali ke IX 2014, selama 5 hari ini berjalan dengan baik. Majlis penutup diadakan pada 11 Jun 2014 disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dan isteri. Kontingen Negeri Terengganu telah diistiharkan Johan Keseluruhan. SUKYA ke IX 2014 Perak Darul Ridzuan.

2) Dalam masa yang sama PEYATIM mengadakan Mesyuarat Agung yang ke 24 di Dewan Konvensyen, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 10 Jun 2014.Seluruh warga PEYATIM amat berbesar hati kerana YB Dato’ Rusnah binti Kassim Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional, telah meluangkan masa merasmikan Mesyuarat Agung PEYATIM ke 24.

3) YM Prof. Dato’ Dr. Tengku Mahmud bin Mansor, Presiden PEYATIM merangkap penasihat bersama SUKYA ke IX 2014 dalam ucapan aluanya menyatakan tujuan diadakan sukan adalah untuk mecungkil bakat anak-anak yatim. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada negeri Perak, UPSI dan Proton yang sama-sama menjayakan sukan ini.

4)Pada tanggal 4hb. Jun 2014, Mesyuarat Pengurus Forum Yatim Asean yang ke 5,berlansung di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur. Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Singapura dan Filipina. Mesyuarat kali ke 5 ini telah dihadiri oleh wakil Malaysia (PEYATIM), Thailand, Kemboja dan Indonesia. Mesyuarat berkongsi tentang perkembangan negara masing-masing serta idea-idea untuk bekerjasama diantara negara-negara yang terlibat.

Perasmian SUKYA Kali Ke-IX Perak Darul Ridzuan dan Penutup SUKYA Kali Ke-IX

Page 23: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

23

Mesyuarat Agung PEYATIM Kali Ke-24

Mesyuarat Pegurus Forum Yatim Asean Kali Ke-5/2014

Page 24: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

24

PUSAT SUKARELAWAN SABAH

Pusat Sukarelawan Sabah (PSS) ditubuhkan di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) untuk mendaft-arkan sukarelawan dan memberi maklumat dan panduan serta mempromosikan kepada masyarakat setempat tentang kerja sukarelawan. Pusat Sukarelawan Sabah berharapan agar dapat meningkatkan penyertaan lebih ramai sukarelawan yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan di negeri Sabah.

Pada Tahun 2014, Pusat Sukarelawan Sabah telah menganjurkan, menyertai dan memberi sokongan terhadap program-program kesukarelawan. PSS telah berkerjasama dan mengadakan jalinan kerja pintar dengan pelbagai badan berkanun, badan sukarela, sector awam dan swasta dalam menjalankan kerja-kerja sukarelawan kebajikan.

Antara program yang dijalankan;

SUMBANGAN PAKAIAN TERPAKAI

Sukarelawan PSS mengumpulkan dan mendermakan pakaian terpakai kepada keluarga mangsa1. mangsa kebakaran Kg. Cenderamata Likas. Seramai 19 buah rumah terlah binasa dalam kebakaran tersebut.2. Mangsa banjir besar Beaufort-Tenom3. Mangsa Kebakaran Pulau Gaya, Seramai 23 buah rumah binasa dalam kebakaran tersebut

Febuari-Mac 2014 Gotong-royong perdana pembersihan selepas banjir besar Daerah Beaufort dan Tenom. PSS telah berkerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) , Sukarelawan persatuan belia akar umbi daerah Beaufort, pelajar-pelajar Institusi pengajian tinggi; Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Yayasan Sabah (KYS), dan lain-lain agensi. Gotong-royong ini dijalankan secara berperingkat selama dua minggu dan meliputi kawasan-kawasan pekan, sekolah, masjid dan kampung-kampung yang terjejas oleh bancana banjir besar.

MAJLIS PERKHIDMATAN MASYARAKAT SABAH

Page 25: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

25

KEMBARA SUKARELAWAN

1. Pada 19hb hingga 23hb April 2014 yang lalu, Pusat Sukarelawan Sabah (PSS) telah mengikuti program Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care bagi Zon Negeri Sabah. Kembara Kebajikan tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang ‘Khidmat Bantu Di Rumah’ (Home Help Services). Program Khidmat Bantu Di Rumah adalah memberi perkhidmatan sukarelawan kepada warga emas yang daif dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan. Kembara Kebajikan bergerak dalam kumpulan sukarelawan sepanjang laluan di Menumbok –Beaufort-Membakut- Keningau- Sook- Nabawan- Kundasang- Ranau. Sebanyak 10 buah rumah disinggah di sepanjang laluan tersebut bagi menjalankan ‘Khidmat Bantu Di Rumah’ (Home Help Services).

2. Pada 14hb – 17hb Jun 2014 PSS telah menyelaraskan Program Kembara Sukarelawan 1 Kebajikan bersempena dengan Perayaan Ulang Tahun MPMS Ke-60 yang bertemakan ‘Kebersamaan dalam Kesukarelawanan’ (Together We Can Make a Difference). Program ini melibatkan 60 orang sukarelawan (Simbolik Perayaan 60 Tahun MPMS) daripada pelbagai agensi kerajaan, IPT dan badan sukarela kebajikan. Sukarelawan bergotong-royong dalam program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services). Sukarelawan ini juga membantu untuk membaiki rumah klien tersebut agar tempat yang mereka diami selamat dan selesa untuk mereka. Kembara Kebajikan ini bergerak dalam kumpulan sukarelawan sepanjang laluan Tawau – Gum-Gum,Sandakan – Tongod, Telupid – Karambunai, Kota Kinabalu. Sebanyak 6 buah rumah disinggah di sepanjang laluan tersebut bagi menjalankan ‘Khidmat Bantu Di Rumah’ (Home Help Services).

Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2014 pada 14 Jun 2014 di Padang Perbandaran Tawau yang dipengerusikan oleh Datuk Victor Rajasekran, Pengerusi Persatuan Hospis Tawau. Tema Bulan Kebajikna 2014 adalah “Kebersamaan Dalam Kesukarelawanan (Together We Can Make A Difference)”. Tema ini dipilih untuk menunjukkan perpaduan dan kerjasama erat dan pintar di antara Kememterian, Jabatan, Majlis dan Organisasi Sukarela Kebajikan dalam menerajui kerja-kerja sukarela kebajikan agar kita boleh bersama-sama membina sebuah masyarakat penyayang dan sejahtera.

Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebajikan, acara Walk-Wheelathon 2014 iaitu acara berjalan kaki atau berkerusi roda sepanjang dua kilometer telah diadakan untuk mempromosikan masyarakat inklusif di Negeri Sabah, memberi kesedaran tentang kebolehaksesan persekitaran oleh Orang Kurang Upaya, Warga Emas dan masyarakat, menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja sukarela kebajikan dan menyebarkan mesej tentang kebajikan adalah tanggungjawab semua. Acara Walk-Wheelathon adalah kedua kali diadakan oleh Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.

Page 26: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

26

Lebih kurang 600 orang telah mendaftar untuk menyertai Walk-Wheelathon 2014 yang terdiri daripada ahli-ahli organisasi sukarela kebajikan, penjawat awam, sector swasta, warga emas, pelajar-pelajar dan 60 orang rombongan Kembara Su-karela 1 Kebajikan juga turut menyertai acara ini. Tetamu kehormat adalah Datuk Hajah Siti Sapoo Haji Ahok, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Sabah yang mewakili YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap Presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.

Acara ini telah diserikan dengan senaman Zumba, persembahan tarian dan nyanyian daripada kumpulan Orang Kurang Upaya dan warga emas, pameran-pameran daripada organisasi sukarela kebajikan, pertandingan ‘Best Deco-rated Wheelchair’ dan cabutan tiket bertuah.

2. Acara ‘Flag-off Walk-Wheelathon 2014’ oleh tetamu kehormat

3. Kumpulan ‘Big Biker’ dari LC Crew dan Rombongan Kembara Sukarela 1 Kebajikan

memimpin dari depan bagi acara ‘Walk-Wheelathon 2014’

4. Peserta-peserta ‘Walk-Wheelathon 2014‘ 5. Persembahan tarian dari Persatuan Untuk Orang Pekak Tawau

1. Memotong bunting sebagai Gimik Pelancaran

Mesyuarat Agung

1. Mesyuarat Agung Tahunan Ke 22 Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah diadakan pada 12 April 2014 (Sabtu), jam 9.00 pagi bertempat di New York Hotel Jalan Datp’ Abdullah Tahir, Johor Bahru.

2. Majlis perasmian dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.

3. Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh Y.B. Hajah Asiah binti Mohd Arif wakil rasmi YAB. Menteri Besar Johor yang DiPertua MKMNJ selaku yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat agung tersebut sejajar dengan perlembagaan MKMNJ dengan sempurnanya.

Barisan Exco dan AJK sedang menyempurnakan Mesyuarat Agung MKMNJ

Y. B. Asiah binti Md. Ariff Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluaraga dan Masyarakat Negeri Johor, Merangkap Y.A.B.

Menteri Besar Johor merasmikan Mesyuarat Agung MKMNJ

Barisan Pengerusi dan AJK Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (MKMNJ) Bagi tahun

2013 - 2015

MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR

Page 27: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

27

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-23TARIKH : 16 JUN 2014TEMPAT : HOTEL PUTRA PALACE KANGAR DIRASMIKAN OLEH: YB PUAN HAJAH RELA BINTI AHMAD AMMK (KEBAJIKAN)

MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

KEMBARA KEBAJIKAN 1MALAYSIATARIKH: 10 APRIL 2014TEMPAT: BENGKEL TERLINDUNG BATU BERTANGKUP

MAJLIS JAMUAN TEH ‘KASIH RAKYAT MENJUNJUNG DAULAT SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS KE -71TARIKH : 21 MEI 2014TEMPAT : TAPAK NAT BEHOR LATEH

Page 28: 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan ...makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2014.pdf · meneruskan program dan aktivitinya. Dalam ucapan balas

28

UTUSAN MALAYSIA : 04.06.2013

Keratan Akhbar