14
PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada :- i. Semua Warga UMCCed. b. Setiap Program/kursus hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja bagi kejohanan Futsal dan Bola Jaring c. Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili program/kursus masing- masing. d. Pelajar yang telah menghadiri / tamat konvokesyen adalah TIDAK LAYAK mengambil bahagian di dalam Sukan UMCCed ini. e. Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat Pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan. f. Mana-mana pasukan yang gagal menyerahkan semua senarai nama pemain yang mendaftar secara sah dengan pasukan masing-masing kepada AJK Pendaftaran & Aktiviti pada tarikh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai hari Sukan UMCCed. g. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik (pelajar) & Kad Pekerja (Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan akan memeriksa kad tersebut sebelum perlawanan dijalankan. Para peserta yang gagal menunjukkan kad Matrik / Kad Pekerja TIDAK DIBENARKAN dari menyertai pertandingan. h. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan/individu yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan. i. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad.

1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

  • Upload
    vonhu

  • View
    249

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED

1. KELAYAKAN PENYERTAAN

a. Penyertaan adalah terbuka kepada :-

i. Semua Warga UMCCed.

b. Setiap Program/kursus hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja

bagi kejohanan Futsal dan Bola Jaring

c. Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mewakili program/kursus masing-

masing.

d. Pelajar yang telah menghadiri / tamat konvokesyen adalah TIDAK LAYAK

mengambil bahagian di dalam Sukan UMCCed ini.

e. Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat

Pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan.

f. Mana-mana pasukan yang gagal menyerahkan semua senarai nama

pemain yang mendaftar secara sah dengan pasukan masing-masing

kepada AJK Pendaftaran & Aktiviti pada tarikh yang ditetapkan TIDAK

AKAN DIBENARKAN menyertai hari Sukan UMCCed.

g. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik (pelajar) & Kad Pekerja

(Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan akan memeriksa kad

tersebut sebelum perlawanan dijalankan. Para peserta yang gagal

menunjukkan kad Matrik / Kad Pekerja TIDAK DIBENARKAN dari

menyertai pertandingan.

h. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan/individu yang gagal

mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan

pasukan berkenaan.

i. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah

muktamad.

Page 2: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

2. BORANG PERTANDINGAN

a. Semua pasukan/individu dimestikan mendaftar semua pemain

pasukannya dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang disediakan dan

mestilah diserahkan kepada AJK Pendaftaran & Aktiviti pada tarikh yang

ditetapkan.

b. Hanya pemain yang berdaftar di dalam Borang Pendaftaran Pasukan

sahaja yang layak mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini. Pemain

yang namanya tidak didaftarkan semasa menghantar Borang

Pendaftaran Pasukan adalah tidak layak bertanding.

3. PAKAIAN

a. Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan

dalam Undang–Undang Permainan berkenaan (rujuk Peraturan

Permainan).

b. Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warna, pasukan

yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah

menukar kepada pakaian yang berlainan warna (jika berkaitan).

c. Pemakaian jersi bagi permainan yang memerlukannya adalah WAJIB.

4. BILANGAN PESERTA

a. Bilangan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut:

i. Kejohanan Futsal dan Bola Jaring

Page 3: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

Bil Program Kursus Pemain Pasukan

Lelaki

Pemain Pasukan

Perempuan

Jumlah Pemain

1

Diploma

UDA 10 10 20 2 UDB 10 10 20 3 UDC 10 10 20 4 UDE 10 10 20 5

Diploma Eksekutif

UFA 10 10 20 6 UFB 10 10 20 7 UFC 10 10 20 8 UFD 10 10 20 9 UFE 10 10 20

10 UFF 10 10 20 11 UFG 10 10 20 12 UFH 10 10 20 13 UFK 10 10 20 14 UFL 10 10 20 15 Staf UMCCed - 10 10 20

JUMLAH PESERTA 300

ii. Sukan Rakyat

Sasaran penyertaan bagi Sukan Rakyat adalah seramai 50 orang

pelajar dan Staf UMCCed. Perlawanan adalah secara individu dan

terbuka kepada warga UMCCed.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Kejohanan Futsal dan Bola Jaring

a. Pusingan Awal

i. Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu

kumpulan A, B, C dan D.

ii. Setiap kumpulan mengandungi sekurang–kurangnya 3 pasukan.

iii. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui undian.

a) Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan

format berikut untuk pusingan liga:

b) Menang - 3 mata

c) Seri - 1 mata

d) Kalah - 0 mata

Page 4: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

b. Peringkat Suku Akhir

i. Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat

suku akhir.

ii. Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh dan Akhir akan

dijalankan secara KALAH MATI.

iii. Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan

Suku Akhir seperti berikut: (semua pertandingan dijalankan secara

kalah mati)

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR

Johan A

Naib Johan C

Naib Johan B

Johan D

Johan C

Naib Johan A

Naib Johan D

Johan B

6. PENANGGUHAN

a. Permintaan untuk mengubah atau menangguh tarikh, masa dan tempat

perlawanan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak

dibenarkan oleh mana-mana pasukan yang mengambil bahagian.

Page 5: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

b. AJK Pertandingan mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau

mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau

diputuskan dengan serta-merta.

7. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

a. Setiap pasukan mesti menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh

dengan sengaja atau tidak sengaja memberi kemenangan percuma

kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan datang atau yang

sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan

permainan walaupun telah layak untuk ke pusingan seterusnya. Mana-

mana pasukan yang telah layak ke pusingan seterusnya tetapi

memberikan kemenangan percuma secara sengaja atau tidak sengaja

kepada pasukan lawan pada perlawanan atau perlawanan-perlawanan

berikutnya akan tersingkir secara automatik dan pasukan tersebut akan

digantikan dengan pasukan lain mengikut kelayakan untuk ke pusingan

seterusnya.

b. Mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma sebelum

memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar

dari pertandingan untuk sukan tersebut dan tidak layak untuk

bertanding dalam perlawanan-perlawanan berikutnya. Semua keputusan

pertandingan berikutnya akan dikira sebagai kemenangan percuma

mengikut Peraturan Permainan. Pasukan ini akan turut digantung

selama setahun.

8. BANTAHAN

b. Segala bantahan hendaklah di buat oleh pengurus pasukan secara

bertulis dan beserta bayaran RM 200.00.

c. Panel bantahan terdiri daripada semua pengurus pasukan, ketua

penganjur, ketua pengadil dan Pengerusi.

d. Wang cagaran akan hilang dan dimasukkan ke dalam Tabung Aktiviti

Pelajar sekiranya bantahan atau rayuan tidak diterima.

Page 6: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

e. Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh panel bantahan maka

wang cagaran akan dikembalikan sebanyak RM 150.00 sahaja. Sejumlah

RM 50.00 lagi akan digunakan sebagai wang proses bantahan.

9. HADIAH

a. Hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat Pertama, Kedua dan

Ketiga sahaja.

10. PERUBATAN

a. Pihak pengelola akan menyediakan kemudahan perubatan untuk tujuan

kecemasan sahaja. Ubat-ubatan bagi kegunaan pasukan semasa

pertandingan adalah tanggungjawab pasukan sendiri.

11. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

a. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada

dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

b. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan

diputuskan oleh Jawatankuasa Induk dan keputusannya adalah

muktamad.

Page 7: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

PERATURAN KEJOHANAN FUTSAL

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

a. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola

Sepak Antarabangsa (FIFA).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

a. Mengikut Peraturan Am Hari Sukan UMCCed yang dikuatkuasakan sepanjang

kejohanan ini.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

a. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.

b. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada AJK perlawanan

15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

4. BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

a. Untuk memulakan permainan, bilangan pemain untuk satu-satu pasukan adalah

5 orang.

b. Sekiranya kurang daripada 4 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke

gelanggang, pasukan yang mempunyai 5 atau lebih pemain di atas gelanggang

akan diberi kemenangan percuma dengan empat (4) mata dan jaringan gol 2-0.

5. SISTEM PERTANDINGAN

a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (perkara 5)

b. Penggantian pemain ialah mengikut sistem ‘rolling substitution’ iaitu pemain

yang telah diganti atau dikeluarkan boleh dimasukkan bermain lagi dan tiada

had gantian.

c. Masa bermain adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit

6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PEMENANG

a. Cara Pemberian Mata sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara

5/b/iv)

Page 8: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

b. Dalam pusingan kumpulan, jika dua (2) pasukan atau lebih mendapat mata yang

sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.

ii. Jika seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.

i. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat

awal dikira pemenang.

ii. Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan

pemenang mengikut Undang-Undang FIFA.

c. Dalam pusingan kalah mati, sekiranya keputusan berakhir dengan seri di akhir

permainan, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:

i. Keputusan ditentukan dalam masa tambahan

ii. 2 Perlawanan masa tambahan ialah 3 minit bagi setiap masa tanpa rehat.

Masa rehat selama 2 minit diberikan sebelum perlawanan masa tambahan

dan pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang kecuali dengan kebenaran

pengadil.

iii. Jika keputusan masih seri juga, SISTEM SEPAKAN PENALTI akan dijalankan

untuk menentukan pemenang.

7. KELEWATAN

a. Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 2-0.

8. BANTAHAN

a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed. (perkara 8)

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 11)

Page 9: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

KEJOHANAN BOLA JARING

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

a. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Gabungan

Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring

Malaysia (PBJM).

2. PERATURAN PERTANDINGAN

a. Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Hari Sukan UMCCed yang

dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

a. Tiap–tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang

pemain.

b. Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah dihantar kepada Penyelaras

Permainan 15 minit sebelum perlawanan bermula.

4. SISTEM PERTANDINGAN

a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 5)

b. Masa permainan ialah:

i. 5 minit (masa pertama) x 1 minit (rehat) x 5 minit (masa kedua).

ii. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

a. Cara Pemberian Mata sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed

(Perkara 5)

b. Dalam pusingan kumpulan, jika dua (2) pasukan atau lebih mendapat mata

yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang.

ii. Jika seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.

iii. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di

peringkat awal dikira pemenang.

Page 10: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

c. Dalam pusingan kalah mati, sekiranya keputusan berakhir dengan seri di

akhir permainan, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti

berikut:

i. Pertandingan disambung semula setelah berehat 2 minit.

ii. Kedua-dua pasukan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah

dan gol.

iii. Permainan diteruskan dengan 5 hantaran tengah dibuat secara bergilir-

gilir.

6. PAKAIAN

a. Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan

belakang baju pemain.

GS Penjaring Gol Goal Shooter GA Penyerang Gol Goal Attack WA Penyerang Sayap Wing Attack

C Pemain Tengah Center WD Penangkis Sayap Wing Defence GD Penahan Gol Goal Defence GK Penjaga Gol Goal Keeper

7. KELEWATAN

a. Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan

selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan

2-0.

8. BANTAHAN

a. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed. (Perkara 8)

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

b. Sila rujuk Peraturan Am Hari Sukan UMCCed (Perkara 11)

Page 11: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN

SUKAN RAKYAT

1. KELAYAKAN PENYERTAAN

a. Penyertaan adalah terbuka kepada :-

iv. Semua Warga UMCCed.

b. Pelajar yang telah menghadiri / tamat konvokesyen adalah TIDAK LAYAK

mengambil bahagian di dalam Sukan UMCCed ini.

c. Mana-mana pelajar/staf UMCCed yang tidak/lewat mendaftar penyertaan

kepada AJK Pendaftaran dan Aktiviti TIDAK LAYAK untuk menyertai

Sukan Rakyat.

d. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik (pelajar) & Kad Pekerja

(Staf) semasa pertandingan. Penyelaras Permainan akan memeriksa kad

tersebut sebelum perlawanan dijalankan. Para peserta yang gagal

menunjukkan kad Matrik/Kad Pekerja TIDAK DIBENARKAN dari

menyertai pertandingan.

e. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan/individu yang gagal

mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan

pasukan berkenaan.

f. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah

muktamad.

2. BILANGAN PENYERTAAN

a. Bilangan penyertaan bagi setiap acara adalah seperti berikut :

Bil Cadangan Permainan Bil. Penyertaan

1 Dam Haji 16 2 Karom 16 3 Batu Seremban 16 4 Congkak 16 5 Anyam Ketupat 16

Jumlah Peserta 80

Page 12: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

3. SISTEM PERTANDINGAN

a. Semua acara Sukan Rakyat akan dijalankan secara kalah mati

b. Pada sesi pendaftaran, peserta perlu membuang undi untuk mengetahui

kedukukan perlawanan.

c. Bagi acara Dam Haji, Batu Seremban dan Congkak menggunakan sistem

pertandingan berikut:

Pusingan Pertama Pusingan Kedua Separuh Akhir Akhir

Peserta 1 Peserta 2

Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7 Peserta 8

Peserta 9 Peserta 10

Peserta 11 Peserta 12

Peserta 13 Peserta 14

Peserta 15 Peserta 16

d. Manakala bagi acara Karom akan menggunakan sistem pertandingan berikut:

Page 13: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

Pusingan pertam Separuh Akhir Akhir

4. PENANGGUHAN

a. Permintaan untuk mengubah atau menangguh tarikh, masa dan tempat

perlawanan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak dibenarkan

oleh mana-mana pemain yang mengambil bahagian.

b. AJK Pendaftaran dan Aktiviti mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh

atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau

diputuskan dengan serta-merta.

5. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

a. Setiap pemain mesti menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh

dengan sengaja atau tidak sengaja memberi kemenangan percuma kepada

pihak lawan untuk perlawanan yang akan datang atau yang sedang

berlangsung. Setiap pemain dikehendaki meneruskan permainan walaupun

telah layak untuk ke pusingan seterusnya. Mana-mana pemain yang telah

layak ke pusingan seterusnya tetapi memberikan kemenangan percuma

secara sengaja atau tidak sengaja kepada pemain lawan pada perlawanan

atau perlawanan-perlawanan berikutnya akan tersingkir secara automatik

dan pemain tersebut akan digantikan dengan pemain lain mengikut

kelayakan untuk ke pusingan seterusnya.

b. Mana-mana pemain yang memberi kemenangan percuma sebelum

memulakan perlawanan dengan sengaja atau tidak, dianggap terkeluar dari

Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4

1. Johan A 2. N.Johan A 3. Johan B 4. N. Johab B

1. Johan E 2. N.Johan E 3. Johan F 4. N.Johan F

Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7 Peserta 8

Peserta 9 Peserta 10 Peserta 11 Peserta 12

5. Johan C 6. N.Johan C 7. Johan D 8. N.Johan D

Peserta 13 Peserta 14 Peserta 15 Peserta 16

A B C D

E

F

Page 14: 1. KELAYAKAN PENYERTAAN - student.umcced.edu.mystudent.umcced.edu.my/doc/PERATURAN.pdf · PERATURAN AM HARI SUKAN UMCCED 1. KELAYAKAN PENYERTAAN a. Penyertaan adalah terbuka kepada

pertandingan untuk sukan tersebut dan tidak layak untuk bertanding dalam

perlawanan-perlawanan berikutnya. Semua keputusan pertandingan

berikutnya akan dikira sebagai kemenangan percuma mengikut Peraturan

Permainan.

6. BANTAHAN

a. Segala bantahan hendaklah di buat oleh pemain secara bertulis dan beserta

bayaran RM 100.00.

b. Panel bantahan terdiri daripada semua ketua penganjur, ketua pengadil dan

Pengerusi.

c. Wang cagaran akan hilang dan dimasukkan ke dalam Tabung Aktiviti Pelajar

sekiranya bantahan atau rayuan tidak diterima.

d. Sekiranya bantahan atau rayuan diterima oleh panel bantahan maka wang

cagaran akan dikembalikan sebanyak RM 50.00 sahaja. Sejumlah RM 50.00

lagi akan digunakan sebagai wang proses bantahan.

7. HADIAH

a. Hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

sahaja.

8. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

a. Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada

dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

b. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan

diputuskan oleh Jawatankuasa Induk dan keputusannya adalah muktamad.