15
1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Salehan bin Haji Yatim, HMTS) 12 Syaaban 1435H bersamaan 10 Jun 2014M] [Kes Permohonan No: 10200-004-0004-2014] Undang-undang Tatacara Mal - Kuasa Mahkamah Untuk Memberikan Perintah Interim - Seksyen 197 - Perintah Interim Tentang Hadhanah - - Injuksi – Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Keluarga Islam - Orang Yang Berhak Menjaga Kanak-Kanak - Seksyen 82 Dan 83 - Hilang Kelayakkan Hak Penjagaan Anak – Seksyen 84 - Perintah Tegahan - Seksyen 107 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 8 Ogos 2009 dan dalam proses pengesahan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Selangor melalui smaan No 10005-054-2694- 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata iaitu: a. Nurdania Naurah binti Faiz-Udin My Kid No. : 110309-10-1350 b. Batrisyia Zahirah binti Faiz-Udin My Kid No. : 120903-10-2128 P dan R telah tinggal berasingan sejak Oktober 2013. P tinggal bersama ibubapa P di Taman Bukit Ampang Indah 68000 Amoang Selangor manakala R terus tinggal di rumah kelamin tersebut. Sepanjang tinggal berasingan, P tiada masalah untuk mengurus dan mengatur penjagaan

1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

1

Faizuddin bin Tasaruddin

lwn.

Zairawati binti Mohd Fauzi

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (Y.A Tuan Salehan bin Haji Yatim,

HMTS) 12 Syaaban 1435H bersamaan 10 Jun 2014M]

[Kes Permohonan No: 10200-004-0004-2014]

Undang-undang Tatacara Mal - Kuasa Mahkamah Untuk Memberikan Perintah Interim -

Seksyen 197 - Perintah Interim Tentang Hadhanah - - Injuksi – Seksyen 200 Enakmen Tatacara

Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Undang-Undang Keluarga Islam - Orang Yang Berhak Menjaga Kanak-Kanak - Seksyen 82

Dan 83 - Hilang Kelayakkan Hak Penjagaan Anak – Seksyen 84 - Perintah Tegahan - Seksyen

107 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 8 Ogos 2009 dan dalam proses pengesahan

cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Selangor melalui smaan No 10005-054-2694-

2013. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata iaitu:

a. Nurdania Naurah binti Faiz-Udin

My Kid No. : 110309-10-1350

b. Batrisyia Zahirah binti Faiz-Udin

My Kid No. : 120903-10-2128

P dan R telah tinggal berasingan sejak Oktober 2013. P tinggal bersama ibubapa P di Taman

Bukit Ampang Indah 68000 Amoang Selangor manakala R terus tinggal di rumah kelamin

tersebut. Sepanjang tinggal berasingan, P tiada masalah untuk mengurus dan mengatur penjagaan

Page 2: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

2

anak-anak secara bersama, Pada setiap hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad, P atau

bersama bapanya dating ke rumah kelamin untuk mengambil anak an memulangkan semula

anak-anak tersebut kepada R dalam keadaan baik dan selamat.

Pada 21.12.2013, R telah datang bersama anak-anak ke rumah ibubapa P sebelum membawa

anak tersebut balik ke rumah ibubapa R di Kota Bharu Kelantan dan terus menghilangkan diri.

Pada 22.12.2013 R telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengugut akan

membawa anak tinggal di Thailand. P telah membuat laporan polis berdasarkan insiden yang

telah berlaku.

P telah gagal menyampaikan permohonan kepada R. Mahkamah telah membenarkan

penyampaian secara gantian kepada R melalui tampalan dan iklan di akhbar tempatan.

Mahkamah telah menetapkan sebutan pada 20 Mac 2014 untuk R menjawab tuntutan P bagi

permohonan injunksi R untuk membawa anak keluar daripada Malaysia dan interim hak lawatan,

bersama dan bermalam bersama anak-anak. R ternyata gagal hadir memfailkan Affidavit

Jawapan dan Mahkamah benarkan hujahan P dimasukkan. Oleh itu Mahkamah meneruskan

keputusan bagi kes ini dengan hanya berpandukan kepada pliding P serta hujahan pihak P tanpa

apa-apa pliding dari R.

Diputuskan

Mahkamah setelah meneliti dan berpuashati dengan Permohonan dan Afidavit Pemohon

bertarikh 3 Januari 2014 DAN Hujah Pemohon bertarikh 12 Mei 2014 tanpa apa-apa pliding dari

Responden SERTA sokongan eksibit-eksibit dan autoriti-autoriti yang dikemukakan, MAKA

DENGAN INI MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKAN seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon di dalam kes ini.

2. Mahkamah memerintahkan Hak Jagaan Sementara diberikan kepada Responden (Ibu

Kandung) ke atas dua(2) orang anak iaitu;

c. Nurdania Naurah binti Faiz-Udin

Page 3: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

3

My Kid No. : 110309-10-1350

d. Batrisyia Zahirah binti Faiz-Udin

My Kid No. : 120903-10-2128

3. Mahkamah memerintahkan Pemohon (Bapa Kandung) diberikan hak lawatan dan bersama

anak-anak tersebut pada bila-bila masa dan tempat yang sesuai dan munasabah dengan

memaklumkan terlebih dahulu kepada Responden.

4. Mahkamah memerintahkan hak bersama dan bermalam bersama anak-anak diberikan

kepada Pemohon dua kali sebulan pada minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan

dengan mengambil anak-anak tersebut pada hari Sabtu antara jam 6.00 petang sehingga

jam 7.00 malam dan memulangkan semula anak-anak tersebut pada hari Ahad antara jam

6.00 petang sehingga jam 7.00 petang.

5. Mahkamah memerintahkan Responden dan/atau wakilnya dilarang dan ditegah daripada

membawa anak-anak tersebut keluar dari Malaysia tanpa mendapat keizinan Pemohon.

6. Mahkamah mengarahkan Polis Diraja Malaysia dan/atau Pihak Berkuasa Berkaitan

hendaklah memastikan Perintah ini dapat dilaksanakan dengan baik jika pihak-pihak dalam

kes ini memerlukan bantuan proses perlaksanaan Perintah ini.

7. Mahkamah memutuskan Perintah ini berkuatkuasa sehingga kes tuntutan hak bermalam

dan bersama anak-anak tersebut dalam Kes Saman No.: 10200-028-0005-2014 diputuskan

atau apa-apa perintah lain dikeluarkan oleh Mahkamah.

Peguam Syarie

1. Pemohon diwakili oleh Tn. Mostadza bin Mohd Halimi dari Tetuan Mostadza Halimi &

Associates.

2. Responden tidak diwakili oleh mana-mana Peguam Syarie.

Nas Yang Dirujuk

Page 4: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

4

1. Surah As-Shaad : ayat 26.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 61.

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, s. 121, s. 196, s. 197,

200, s.201.

3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 2, s. 4, s. 82, s. 83, s.

84, s. 85, s.107.

Kitab Yang Dirujuk

1. Abi Bakr Uthman bin Muhamad Syatta al-Dimyati al-Bakri.1995. I’anah Al-Talibin. Juzu’

IV, Beirut, Lubnan: Dar Kutub Al-‘Ilmiyah.

2. Syed Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah. Jilid 4. Cetakan 21. Kaherah; Dar Al-Fath lil- I’lam Al-

‘Arabi.

3. Abd Karim Zaidan (Dr)(Prof). 1997. Kitab Al Mufassal Fi Ahkami Al-Mar’ah Wa Al- Baiti

Al-Muslim. Jilid. 10. Beirut; Al-Risalah.

4. Abdul Wahab Qallaf. Al-Asbah Wa An-Nadhair Fi Qawaid Wa Furu’ie As-Syafie. Juzu’ 1.

Berirut; Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.

5. Badran Abu al-‘Ainain Badran. Al-Fiqh Al-Muqarran Lil Ahwal Shakhsiyyah. Jilid. 1.

Beirut: Dar Al-Nahdah Al-‘Arabiah.

6. Ustaz Bey Arifin dkk. 1992. Terjamah Sunan Abi Daud, Juzu’ 3, Cetakan 1. Kuala

Lumpur; Asy-Syifa’ Darul Fikir.

Kes-Kes Yang Dirujuk

1. Umi Nizan Binti Awang Ahmad lwn. Nor Haniruddin Bin Abu Hassan, JH 29 (2).

2. Roslaili Binti Abd Ghani Dan Seorang Yang Lain lwn. Ahmad Azman Bin Yaacob, JH

XXI (I).

3. Hasnah lwn. Borhan Al-Din, JH VI (1).

4. Syam Sarah lwn. Kasim, JH VI (1).

Page 5: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

5

5. Halinah lwn. Mohamed Nasir, JH II (1).

6. Radziah lwn. Peter R. Gotschalk @ Yusof bin Abdullah, JH 27(2).

7. Wan Puziah binti Wan Awang lwn. Wan Abdullah bin Muda dan Seorang Lagi , JH 14

(2).

8. Raja Suzana binti Raja Kassim Dan Seorang lagi lwn. Kassim bin Othman dan Seorang

Lagi, JH 25 (2).

9. Bakhtiar bin Adam lwn. Mohd Fawzi bin Nahrawi dan 6 Yang Lain, JHXXI (1).

10. Haslinda Bt Alias lwn. Johdi Matthew @ Yahya Bin Abdullah JH XIII (I).

11. Noraini Binti Hanipah lwn. Nasruddin Shah Bhaghit Bin Abdullah, JH XXIII

Penghakiman YA Tuan Salehan bin Haji Yatim, HMTS.

Isu-Isu Kes

1. Oleh kerana penghakiman ini melibat kes yang berkaitan dengan hak jagaan sementara,

Mahkamah dapati terdapat beberapa isu utama yang perlu Mahkamah perlu beri ulasan di dalam

membuat keputusan bagi ketiga-tiga kes ini iaitu ;

a) Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes tersebut ;

b) Tegahan / Injuksi.

c) Hak jagaan sementara anak-anak ; dan

Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah

2. Oleh kerana tiada pertikaian terhadap bidangkuasa dibangkitkan di dalam kes ini,

Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar mengenai isu ini dan

hanya sekadar menyatakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kes ini sahaja.

Berdasarkan seksyen 61 (3) (b) (iii) EPAI 2003, 196, 197, 200, 201 ETMMS 2003,

seksyen 2, 4, 82 dan 107 EUUKIS 2003 serta seksyen 121 (1) (b) ETMMS 2003 bersama

otoriti-otoriti yang dikemukakan, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidang

kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini di samping tiada bantahan mengenai

bidangkuasa ditimbulkan oleh R di samping P dan R adalah pemastautin dalam Negeri

Page 6: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

6

Selangor serta perkara yang dipohon oleh P termasuk dalam perkara-perkara di bawah

bidangkuasa Mahkamah ini.

3. Oleh kerana R tidak hadir ke Mahkamah pada sebutan terakhir pada 20 Mac 2014 dan ketiadaan

Affidavit Jawapan dan hujahan R yang dikemukakan kepada Mahkamah, kes ini diteruskan

dengan keputusan tanpa kehadiran R berdasarkan seksyen 121 (1) (b) ETMMS 2003 yang

menyatakan bahawa :

(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran -

(a) ……

(b) Defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian

wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya;

4. Mahkamah juga merujuk kepada kitab I’anah Al-Talibin, Juzu’ IV, hlm. 391 mengenai

panduan sekiranya Defendan ghaib atau enggan hadir ke Mahkamah yang menyatakan

seperti berikut :

إن (في غير عقوبة اهللا تعالى ) جائز(عن البلد وإن كان فى غير عمله أو عن المجلس بتوار أو تعزز ) والقضأ على غائب(

بالحق بل ادعى جحوده) مقر(أي الغائب ) ولم يقبل هوكان لمدع حجة

Bermaksud: “Dan penghakiman ke atas yang ghaib dalam negeri, sekalipun jika yang ghaib

itu berada di luar kawasan Wilayah (daerah) Hakim Syarie itu, atau ghaib dari Mahkamah

atau ghaib menyembunyi diri dari Mahkamah atau tidak mengendahkan panggilan hadir ke

Mahkamah secara degil adalah harus diteruskan dakwaan yang selain dari hukuman Allah,

dengan syarat dakwaan itu ada hujah (keterangan) dan tiada yang menuntut itu menyatakan

yang kena tuntut mengakui di atas tuntutannya bahkan dakwaan itu boleh disangkal haknya.”

5. Manakala di dalam kitab Sayyid Sabiq di dalam kitab Fiqh Sunnah, Jilid 3, hlm. 223

menjelaskan bahawa:

.ويجوز للحاكم أن يحكم علبه متى ثبتت الدعوى. يجوز للمدعي أن يدعى على الغائب الذي ال وكيل له

Page 7: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

7

Bermaksud: “diperbolehkan bagi orang yang mendakwakan untuk menyampaikan

dakwaannya terhadap orang yang tidak ada (ghaib) lagi tidak mempunyai wakil. Dan

diperbolehkan pula bagi hakim untuk menghukumnya apabila dakwaan-dakwaan ada”

Perkara ini selari dengan Firman Allah S.W.T dalam surah As-Shaad : ayat 26 ;

ق كم بین الناس بالح …..فاحBermaksud: “maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil”

6. Mahkamah merujuk kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah tanpa kehadiran

Defenden. sebelum ini, antaranya seperti Umi Nizan Binti Awang Ahmad lwn. Nor

Haniruddin Bin Abu Hassan, JH 29 (2), Roslaili Binti Abd Ghani Dan Seorang Yang

Lain lwn. Ahmad Azman Bin Yaacob, JH XXI (I), Hasnah lwn. Borhan Al-Din, JH VI (1),

Syam Sarah lwn. Kasim, JH VI (1); dan Halinah lwn. Mohamed Nasir, JH II (1).

7. Selain itu, hak bagi mendengar dan memutuskan injuksi pula, ia boleh dilihat dalam kes-

kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah sebelum ini, antaranya kes Radziah lwn. Peter

R. Gotschalk @ Yusof bin Abdullah, JH 27(2) hlm. 259, Wan Puziah binti Wan Awang

lwn. Wan Abdullah bin Muda dan Seorang Lagi , JH 14 (2), hlm. 235, Raja Suzana binti

Raja Kassim Dan Seorang lagi lwn. Kassim bin Othman dan Seorang Lagi, JH 25 (2),

hlm. 279, Bakhtiar bin Adam lwn. Mohd Fawzi bin Nahrawi dan 6 Yang Lain, JHXXI

(1), hlm.19 dan kes Haslinda bt Alias lwn. Johdi Mathew Byrne @ Yahya bin Abdullah,

JH 13 (1), hlm. 47.

Isu Kedua: Tegahan/Injunksi

8. Permohonan utama Pemohon adalah permohonan tegahan/ injunksi membawa anak keluar

Malaysia. Isu tegahan/injunksi ini adalah berdasarkan peruntukkan seksyen 107 EUUKIS

2003 yang menyatakan :

”Mahkamah adalah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum

selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau

Page 8: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

8

pembatalan, memerintahkan mana-mana orang menahan dirinya dari mengganggui atau

menceroboh; dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau

bekas isterinya”

9. Tatacara permohonan sesuatu tegahan/injunksi boleh dimulai samada tuntutan injuksi telah

dimasukkan di dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga. Permohonan injuksi

tidak boleh dipohon tanpa kewujudan fail induknya kecuali jika dalam keadaan terdesak

yang memerlukan permohonan dibuat melalui ex-parte. Perkara ini dinyatakan di bawah

peruntukkan seksyen 200 (1) dan (2) ETMMS 2003 iaitu ;

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, sebelum

atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan

injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah

dimasukkan dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-

mana yang berkenaan.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan

kecuali dalam keadaan yang mendesak.

10. Permohonan ini juga untuk menegah R dan/atau wakil dan/atau agennya dari membawa

anak-anak tersebut keluar dari Lembah Klang dan/atau Malaysia tanpa mendapat keizinan

Pemohon terlebih dahulu.

11. Permohonan ini adalah rentetan peristiwa ugutan yang dilakukan oleh R kepada Pemohon

sepertimana kejadian yang berlaku seperti berikut :

a. 22.12.2013- P menerima SMS daripada R yang mengugut hasrat hendak tinggal di

Thailand dan laporan polis oleh P.

b. 31.12.2013 – P menerima SMS daripada R mengugut tidak akan menjejak kaki di

Kuala Lumpur

c. 2.1.2014 – Laporan Polis oleh P bahawa pada 22.12.2013 adalah kali terakhir P

bersama anak-anak dan tidak mengetahui di mana anak-anak berada selepas itu.

Page 9: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

9

12. Mahkamah berpendapat adalah wajar perintah tegahan/injuksi dikeluarkan bagi

mencegahkan daripada berlakunya tindakan yang diluar jangka dan menyusahkan kelak.

Isu Ketiga : Hak Lawatan, Bersama dan Bermalam Bersama Anak-anak

Hak Jagaan Anak sementara

13. Isu hak jagaan sementara anak-anak ini adalah terhadap 2 orang anak P dan R iaitu :

a. Nur Dania Naurah binti Faiz-Udin yang lahir 9 Mac 2011 ;

b. Batrisyia Zahirah binti Faiz-Udin yang lahir pada 3 September 2012

tidak dipertikaikan oleh P dimana P memberi hak jagaan anak-anak kepada R . Pemohon

hanya memohon hak lawatan, bersama dan bermalam bersama anak-anak sahaja.

14. Oleh kerana anak pertama dan kedua masih belum mencapai umur mumaiyyiz, secara

umumnya Mahkamah merujuk kepada seksyen 82 (1) dan dibaca bersama dengan seksyen

85 (1) EUUKIS 2003 yang telah memperuntukkan :

Seksyen 81(1) - “Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala

orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga

selepas perkahwinan dibubarkan”.

Seksyen 85 (1) – ”Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah

kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur

sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas

permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak

itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun,

jika kanak-kanak itu perempuan”

15. Meskipun Pemohon tidak memohon hak jagaan sementara, namun perlu meletakkan anak

yang belum mumayyiz bersama dengan Responden selaku ibu. Mahkamah merujuk

kepada Kitab Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wa Al- Muslim, Jilid 10, hlm. 9 yang

menyebut:

Page 10: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

10

ي حضانة الصغار ذكورا كانوا أو إناثا أنها للنساءاألصل ف

Bermaksud :“orang perempuan yang berhak untuk hadhanah anak-anak kecil sama ada

lelaki atau perempuan ialah ibu kepada anak tadi.”

Hak Lawatan, bersama dan bermalam

16. Berdasarkan Affidavit Sokongan dalam permohonan hak lawatan, bersama dan bermalam

sementara ini, alasan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kedua-dua pihak telah

tinggal berasingan. Pada 22.12.2013 P menerima sms daripada R yang mengugut untuk

tidak balik ke rumah kelamin tersebut dan tidak akan tinggal di Kuala Lumpur atau

Selangor dan akan melarikan anak ke Thailand dan tinggal disana.

17. Tiada apa-apa jawapan yang dikemukakan oleh R terhadap alasan dan dakwaan yang

dibangkitkan oleh P. Walaupun R telah diberi peluang sebanyak 3 kali dalam sebutan pada

20 Mac 2014, 14 April 2014 dan 12 Mei 2014, namun R gagal memanfaat peluang yang

ada untuk menjawab Affidavit Sokongan P, sebaliknya sikap R ini menunjukkan sikap

beliau yang tidak serius dan tidak ambil kisah terhadap permohonan ini. Oleh itu, tiada

apa-apa dakwaan yang dibangkitkan oleh R yang menunjukkan P hilang kelayakan untuk

bersama dan bermalam serta melawat anak-anak tersebut. Permohonan P hanya untuk

bersama, bermalam dan melawat anak. Hak Jagaan anak-anak tersebut hanya diletakkan

pada R juga.

18. Sesungguhnya hak Pemohon sebagai bapa kepada anak tersebut juga hendaklah diberikan

kepadanya bagi menjaga ikatan silaturrahim di antara bapa dan anak tersebut. Hak

Pemohon untuk menziarahi anaknya telah dinyatakan dengan jelas samada berdasarkan

hukum syarak mahupun undang-undang. Mahkamah merujuk kitab Ahkam al-Usrah Fi al-

Islam karangan Syeikh Nabil ibnu Kamaluddin seorang pensyarah di Universiti Malik

Fahad Riyad hlm 452 menjelaskan-

Page 11: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

11

من الموضوعات المرتبطة بالحضانة حق رؤية األب لولده وهو في حضانة النساء ، وحق رؤية

األم لولدها إذا كان مع أبيه أو مع مستحق للحضانة غيرها ، فال يحق للحاضن أو للحاضنة أن

.يمنع األب أو األم من رؤية الصغير

Subjek penting berhubung dengan Hadhanah ialah kedudukan seorang

bapa tentang hak melawat anaknya yang berada di bawah jagaan bekas

isterinya, atau hak seorang ibu melawat anaknya yang masih berada di

bawah jagaan bekas suaminya atau orang yang lain yang telah

diperintahkan oleh Mahkamah menjaga anak tersebut. Maka hukumnya

tidak boleh bagi penjaga anak tersebut menghalang kepada bapa atau ibu

untuk melawat anak tersebut.

19. Ini juga bersesuaian dengan peruntukkan Seksyen 88 Enakmen Undang-undang Keluarga

Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan bahawa:

“88 (1) Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa

syarat yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk

kepada syarat-syarat, jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa,

perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk

memutuskan semua soal hubungan dengan pendidikan dan pelajaran

kanak-kanak itu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan

boleh-

(a) mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana kanak-

kanak itu akan tinggal dan cara pelajarannya;

(b) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada bagi

sementara dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang

lain daripada orang yang diberi jagaan itu;

(c) .......................................

Page 12: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

12

(d) ........................................

20. Hak lawatan yang akan diperolehi oleh Pemohon di dalam kes ini diputuskan oleh

Mahkamah ini berdasarkan kepada kesesuaian dengan fakta dan keadaan sediaada serta

budibicaran Mahkamah sehingga kes induk diputuskan. Mahkamah mengingatkan pihak-

pihak berkaitan pelaksanaan hak ziarah sebagai ibubapa terhadap anak-anak sebagaimana

yang dinyatakan di dalam kitab Mausuah Feqh Wa Qada’, Ahwal Syakhiyyah, Jilid 3,

karangan Muhammad Azmi Al-Bakri yang dipetik dari kes Noraini Binti Hanipah lwn.

Nasruddin Shah Bhaghit Bin Abdullah, JH XXIII (1) hlm. 99 iaitu ;

“Setiap ibu dan bapa adalah mempunyai hak untuk berjumpa atau menziarahi

anak-anak mereka, begitu juga dengan datuk ataupun nenek mereka juga

mempunyai hak yang sama apabila anak-anak itu ketiadaan ibu dan bapa di

sisi mereka;

Apabila kedua belah pihak gagal menguruskan bentuk perlaksanaan tersebut

maka Hakim boleh menguruskannya asalkan anak itu selamat dari apa jua

merbahaya atau ancaman;

Sekiranya salah satu pihak menyusahkan serta menyulitkan proses ziarah

itu dengan tanpa sebab yang munasabah maka Hakim boleh mewajibkan

pemindahan hak jagaan ini di kalangan golongan yang berhak hingga ke

satu tempoh yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah”

21. Oleh kerana ketiadaan dakwaan yang kuat menyatakan P tidak boleh melawat anak,

bersama dan bermalam bersama anak-anak tersebut, Mahkamah merujuk kepada salah satu

daripada lima kaedah fiqh telah disepakati oleh ulama iaitu :

لعـــــــدما األصل

“Bermaksud : Asal sesuatu itu tiada”

Hal ini juga bertepatan dengan kaedah fiqh sepertimana yang dinyatakan dalam kitab Al-

Asbah Wa An-Nadhair Fi Qawaid Wa Furu’ie As-Syafie , Juzu’ 1, hlm. 51 menjelaskan :

األصل بقاء ما كان على ما كان

Page 13: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

13

“Bermaksud : Asal sesuatu itu kekal keadaannya sebagaimana yang asal”

22. Sebelum Mahkamah teruskan dengan keputusan terhadap kes ini, sukacita Mahkamah

nyatakan bahawa kes ini telah diteruskan dengan keputusan berdasarkan peruntukan

seksyen 121 (1) (b) ETMMS 2003, maka adalah perlu bagi P untuk melafazkan ”Yamin Al-

Istizhar” sepertimana yang dinyatakan pada seksyen 121 (2) ETMMS 2003 :

“Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif

di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c),

mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat

sumpah istizhar”

23. Ini adalah selari dengan Arahan Amalan No. 1 Tahun 2003 yang telah mengesahkan

penggunaan Sumpah Istizhar dalam kes Mal dengan ketidakhadiran R dan Mahkamah

setelah mendengar semua keterangan dan hujah P dan untuk mengelakkan tohmah, maka

Mahkamah hendaklah sebelum membuat keputusan bagi P adalah diperlukan P

mengangkat sumpah Istizhar. Perkara ini juga sepertimana yang diputuskan di dalam kes

Syam Sarah lwn. Kasim, JH VI (1) dan Halinah lwn. Mohamed Nasir, JH II (1).

24. Justeru itu, berdasarkan pliding yang dikemukakan oleh P bersama lafaz ”Yamin Al-

Istizhar” di dalam kes ini, keputusan Mahkamah adalah seperti berikut :

Keputusan

Mahkamah setelah meneliti dan berpuashati dengan Permohonan dan Afidavit Pemohon

bertarikh 3 Januari 2014 DAN Hujah Pemohon bertarikh 12 Mei 2014 tanpa apa-apa pliding dari

Responden SERTA sokongan eksibit-eksibit dan autoriti-autoriti yang dikemukakan, MAKA

DENGAN INI MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKAN seperti berikut:

1. Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon di dalam kes ini.

2. Mahkamah memerintahkan Hak Jagaan Sementara diberikan kepada Responden (Ibu

Kandung) ke atas dua(2) orang anak iaitu;

Page 14: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

14

2.1 Nurdania Naurah binti Faiz-Udin (My Kid No. : 110309-10-1350)

2.2 Batrisyia Zahirah binti Faiz-Udin (My Kid No. : 120903-10-2128)

3. Mahkamah memerintahkan Pemohon (Bapa Kandung) diberikan hak lawatan dan

bersama anak-anak tersebut pada bila-bila masa dan tempat yang sesuai dan munasabah

dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Responden.

4. Mahkamah memerintahkan hak bersama dan bermalam bersama anak-anak diberikan

kepada Pemohon dua kali sebulan pada minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan

dengan mengambil anak-anak tersebut pada hari Sabtu antara jam 6.00 petang sehingga

jam 8.00 malam dan memulangkan semula anak-anak tersebut pada hari Ahad sebelum

jam 7.00 petang.

5. Mahkamah memerintahkan Responden dan/atau wakilnya dilarang dan ditegah daripada

membawa anak-anak tersebut keluar dari Lembah Klang/atau Malaysia tanpa mendapat

keizinan Pemohon.

6. Mahkamah mengarahkan Polis Diraja Malaysia dan/atau Pihak Berkuasa Berkaitan

hendaklah memastikan Perintah ini dapat dilaksanakan dengan baik jika pihak-pihak

dalam kes ini memerlukan bantuan proses perlaksanaan Perintah ini.

7. Mahkamah memutuskan Perintah ini berkuatkuasa sehingga kes tuntutan hak bermalam

dan bersama anak-anak tersebut dalam Kes Saman No.: 10200-028-0005-2014

diputuskan atau apa-apa perintah lain dikeluarkan oleh Mahkamah.

.............................................. Hakim Alasan Penghakiman ini telah disediakan oleh Y.A Tn. Salehan bin Haji Yatim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Page 15: 1 Faizuddin bin Tasaruddin lwn. Zairawati binti Mohd Fauzi [Dalam

15

LAFAZ SUMPAH ISTIZHAR PLAINTIF

بسم اهللا الرحمن الرحيم، رسول اهللا،المحمد اشهد أن ال اله إال اهللا واشهد أن

استغفر اهللا العظيم،

WALLAHI - واهللا WABILLAHI - وباهللا WATALLAHI - وتاهللا

DEMI ALLAH ! Aku Faiz-Udin bin Tasaruddin No. K/P : 870709-14-5127,

Bersumpah dengan Nama Allah bahawasanya semua keterangan dan maklumat

yang dikemukakan kepada Mahkamah ini adalah benar.

JIKA AKU BERDUSTA atas sumpah aku ini, aku akan dilaknat ALLAH

TAALA dunia dan akhirat.

___________________

Tandatangan

Tarikh : 10 Jun 2014 Masa :