of 27 /27
1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Pemerkasaan guru bermakna pengiktirafan autonomi, kuasa dan status guru sebagai pendidik profesional oleh pemerintah dan masyarakat. Autonomi dan kuasa sebagai pendidik profesional membolehkan guru merancang dan melaksanakan kurikulum dan kegiatan pembelajaran secara inovatif, kreatif dan berkualiti (Ambar, 2004; Sumodiningrat, 2000). Lantaran mencapai matlamat pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan pembangunan masyarakat, status profesional guru pula perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, polisi pemerkasaan guru adalah satu polisi positif, namun ia tidak boleh berlaku secara sendirian tanpa adanya proses desentralisasi, khasnya di Indonesia yang telah mengamalkan sentralisasi sistem pendidikan formal pada dekad sebelum 1998. Pada masa pemerintahan orde baharu (1965-1998), pemerintah Republik Indonesia melakukan intervensi yang besar terhadap bidang pendidikan. Keadaan mencapai puncaknya pada masa tidak ada satu pun kebebasan di sekolah, bahkan berbeza pendapat pun tidak dimungkinkan (Fasli dan Dedi, 2001). Sekolah bagaikan kelas besar dengan pembelajaran utama ideologi pemerintah yang tidak menerima kritik daripada masyarakat (Ali, 2002).

1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Pemerkasaan guru

  • Author
    tranbao

  • View
    249

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of 1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Pemerkasaan guru

  • 1

    BAB SATU

    PENDAHULUAN

    1.1. Pengenalan

    Pemerkasaan guru bermakna pengiktirafan autonomi, kuasa dan status guru

    sebagai pendidik profesional oleh pemerintah dan masyarakat. Autonomi dan kuasa

    sebagai pendidik profesional membolehkan guru merancang dan melaksanakan

    kurikulum dan kegiatan pembelajaran secara inovatif, kreatif dan berkualiti (Ambar,

    2004; Sumodiningrat, 2000). Lantaran mencapai matlamat pendidikan yang berkualiti

    dan relevan dengan pembangunan masyarakat, status profesional guru pula perlu

    dipertingkatkan.

    Sehubungan itu, polisi pemerkasaan guru adalah satu polisi positif, namun ia

    tidak boleh berlaku secara sendirian tanpa adanya proses desentralisasi, khasnya di

    Indonesia yang telah mengamalkan sentralisasi sistem pendidikan formal pada dekad

    sebelum 1998.

    Pada masa pemerintahan orde baharu (1965-1998), pemerintah Republik

    Indonesia melakukan intervensi yang besar terhadap bidang pendidikan. Keadaan

    mencapai puncaknya pada masa tidak ada satu pun kebebasan di sekolah, bahkan

    berbeza pendapat pun tidak dimungkinkan (Fasli dan Dedi, 2001). Sekolah bagaikan

    kelas besar dengan pembelajaran utama ideologi pemerintah yang tidak menerima kritik

    daripada masyarakat (Ali, 2002).

  • 2

    Meskipun demikian, pemerintah telah berusaha mengamalkan rancangan

    pendidikan untuk seluruh masyarakat, dengan menetapkan rancangan wajib belajar

    selama 9 tahun. Setiap anak yang telah mencapai usia untuk sekolah diharuskan

    memasuki sekolah mulai daripada Sekolah Rendah (SR) hingga Sekolah Menengah

    Pertama (SMP). Implikasi daripada polisi tersebut, pemerintah menyediakan guru yang

    bertugas di sekolah tersebut dengan menyelenggarakan progam pendidikan guru, iaitu

    Pendidikan Guru Sekolah Rendah (PGSR), dan graduan yang dihasilkan daripada

    rancangan ini dilantik sebagai guru SR sedangkan yang mempunyai sijil Diploma 1 dan

    Diploma 2 dilantik sebagai guru SMP.

    Melalui rancangan tersebut pemerintah telah memberikan peluang kepada

    murid-murid untuk meneruskan pengajian di SR dan SMP, sementara itu pelantikan

    guru-guru untuk berkhikmat di SR dan SMP telah memberikan peluang kepada

    masyarakat untuk menjadi guru. Namun, oleh sebab rancangan tersebut ialah bersifat

    jangka pendek dan hanya untuk memenuhi keperluan semasa, impaknya ialah kualiti

    guru menjadi rendah sehingga kualiti pendidikan menurun, khususnya untuk jenjang SR

    dan SMP (Dedi, 2003).

    Jatuhnya penguasa orde baharu (1965-1998) dan munculnya gerakan reformasi

    masyarakat yang dipelopori oleh pelajar dan kalangan terpelajar (Abd Rahman, 2005),

    telah menimbulkan keinginan untuk mengurangkan peranan dan campur tangan

    pemerintah pusat dalam menangani pelbagai permasalahan polisi, termasuk polisi

    pendidikan. Keadaan tersebut disokong dengan lulusnya Undang-undang No.22 Tahun

    1999 tentang Pemerintah Daerah (Andreas, 2001; Fasli & Dedi, 2001). Dalam undang-

    undang ini terkandung autonomi daerah, iaitu kesatuan masyarakat hukum yang terhad

    pada daerah tertentu, mempunyai autoriti mentadbir dan mengurus kepentingan

  • 3

    masyarakat tempatan, sesuai rancangan sendiri yang berasas kepada kehendak

    masyarakat dalam ikatan negara kesatuan Republik Indonesia.

    Pernyataan tersebut memberikan pengertian bahawa masyarakat daerah menuju

    ke arah kemandirian, kedewasaan dan kemampuan dalam merancang, mengembangkan

    model, mengamalkan kegiatan pembangunan serta melakukan pengawalan, namun hak

    dan kewajipan antara pemerintah daerah dengan pemerintah pusat dikembangkan secara

    seimbang dalam kehidupan masyarakat dan negara. Demikian juga bahawa pemerintah

    pusat melakukan pemerkasaan kepada pemerintah daerah dalam segala segi kehidupan,

    kecuali beberapa urusan yang berkaitan dengan keperluan hidup masyarakat Indonesia

    secara am tetap diurus oleh pemerintah pusat, seperti bidang politik luar negera,

    pertahanan dan keselamatan, peradilan, kewangan dan fiskal, agama serta autoriti

    bidang lain yang meliputi bidang asas tentang perancangan kebangsaan dan

    pengendalian pembangunan nasional, dana perimbangan kewangan, sistem pentadbiran

    negara dan badan perekonomian negara, pembinaan dan pemerkasaan sumber manusia,

    pengembangan sumber alam serta teknologi tinggi yang strategik, perlindungan alam

    dan standardisasi nasional tetap diurus oleh pemerintah pusat (UU. No.22 Tahun 1999).

    Pemerkasaan yang dilakukan termasuklah bidang pendidikan dengan

    menyediakan polisi undang-undang dan peraturan yang menjadi asas pemerkasaan

    pendidikan yang didalamnya termasuk pemerkasaan guru. Polisi desentralisasi

    pendidikan di Indonesia bukan sahaja sekedar keinginan dan kemahuan, tetapi sudah

    merupakan sesuatu keharusan (H.A.R. Tilaar, 2002), dan kesan yang ditimbulkan

    adalah autoriti dan autonomi terdapat di provinsi, daerah, dan sekolah, serta keadaan

    guru lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran, kualiti pendidikan meningkat.

    Keadaan ini boleh didapati secara rajah seperti berikut:

  • 4

    PROSES DESENTRALISASI

    Asas Dana dan Sarana Pakar

    UU No. 22 Th 1999 Tentang Pemerintahan Daerah

    SENTRALISASI

    sebelum 1998

    Kekangan autoriti dan autonomi politik pada provinsi, daerah dan sekolah Birokrasi terpusat Kurikulum terpusat

    Guru tidak memiliki autonomi dan autoriti melaksanakan pembelajaran Kualiti pendidikan rendah

    NON-SENTRALISASI

    setelah 1998

    Autoriti dan autonomi terdapat di provinsi, daerah dan sekolah Birokrasi desentralisasi

    Guru mempunyai autonomi dan autoriti untuk melaksanakan pembelajaran.

    Kurikulum tingkat satuan pendidikan Guru lebih kreatif dan inovatif Kepuasan kerja guru meningkat Kualiti pendidikan meningkat

    Autonomi dan

    Kuasa Guru

    Autoriti dan Autonomi

    Daerah

    Agensi

    Autonomi

    Sekolah

    Rajah 1.1 Polisi pemerkasaan guru dalam konteks peralihan daripada sentralisasi ke

    non-sentralisasi (dibina berdasarkan: Sufean Hussin, 2002; Hasbullah, 2006)

  • 5

    Perubahan autoriti pengurusan daripada sentralisasi kepada non-sentralisasi

    diperlukan adanya sumber insan yang boleh merancang dan mengawal pelaksanaan

    pelbagai urusan yang autoritinya diserahkan kepada daerah. Demikian pula tentang

    kuasa autonomi dan autoriti yang dimiliki guru untuk merancang kurikulum yang sesuai

    dengan situasi dan keadaan sekolah yang memungkinkan guru mempunyai peluang

    untuk melaksanakan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan pembelajaran yang

    sesuai dengan keadaan sekolah tempat berkhidmat. Pelbagai perubahan pengurusan

    yang terjadi adalah seperti Jadual 1.1 berikut:

    Jadual 1.1

    Perubahan Autoriti daripada Sentralisasi kepada Nonsentralisasi

    No Unsur Sentralisasi Nonsentralisasi

    1 Perancangan Top- Down Buttom Up

    2 Pelaksanaan Amaran Profesional

    3 Standard Proses dan luaran

    Kebansaan

    Proses Tempatan

    Luaran Kebangsaan

    4 Maklum balas Ibu

    Bapa

    Tidak diperlukan,

    kecuali murid

    bermasalah

    Diperlukan secara berterusan

    5 Objektif Pengembangan

    Intelektual

    Pengembangan Kepakaran

    6 Penilaian Seragam dan terhad Beragam dan berterusan

    7 Kontrol sekolah Oleh Pengetua oleh Ibu Bapa dan

    Masyarakat

    8 Pengambilan

    Keputusan

    Pengetua Guru, Ibu bapa dan Pengetua

    9 Peranan Ibu Bapa Menyediakan dana Terlibat dalam proses,

    kecuali penilaian

  • 6

    Berdasarkan keadaan tersebut, pemerkasaan guru secara terancang, terarah dan

    berterusan perlu dilakukan demi menjamin peluasan peluang, peningkatan kualiti,

    sistem pemerintahan yang baik dan pertanggungjawaban pendidikan yang mampu

    menghadapi cabaran sesuai dengan tuntutan perubahan kehidupan tempatan,

    kebangsaan, dan global.

    1.2. Kerangka Konsep dan Teori Pemerkasaan Guru

    Konsep desentralisasi pendidikan berkaitan dengan autonomi daerah dan

    desentralisasi penyelenggaraan pemerintahan dari pusat kepada daerah, memfokuskan

    kepada pemberian autoriti yang lebih besar kepada sekolah dengan motivasi untuk

    meningkatkan kualiti pendidikan.

    Tujuan dan orientasi daripada desentralisasi pendidikan adalah pelbagai,

    berdasarkan pengalaman desentralisasi pendidikan yang dilakukan di beberapa negara

    Amerika Latin, di Amerika Syarikat dan Eropah. Sebahagiannya, pemberian autoriti di

    sektor pendidikan yang lebih besar kepada pemerintah daerah, adalah untuk mencapai

    efisiensi dalam penggunaan sumber, terutamanya masalah dana pendidikan yang berasal

    daripada pemerintah dan masyarakat. Di lain pihak, desentralisasi pendidikan adalah

    usaha untuk peningkatan kualiti proses dan hasil belajar mengajar. Dalam

    kenyataannya, desentralisasi pendidikan yang dilakukan di banyak negara merupakan

    bahagian dari proses reformasi pendidikan secara keseluruhan dan tidak sekedar

    merupakan bahagian daripada proses autonomi daerah.

    Desentralisasi pendidikan akan meliputi suatu proses pemberian autoriti yang

    lebih luas di bidang polisi pendidikan dan aspek pendanaannya dari pemerintah pusat

    kepada pemerintah lokal dan pada masa yang bersamaan autoriti yang lebih besar juga

    diberikan kepada sekolah, iaitu pengurusan berasaskan sekolah (Armida, 2000).

  • 7

    Menurut Van Meter dan Van Horn (1975), pelaksanaan polisi pendidikan

    dipengaruhi oleh enam pemboleh ubah, iaitu 1) sumberdaya, 2) standard dan sasaran

    polisi, 3) hubungan antar organisasi, 4) persekitaran politik, ekonomi dan sosial, 5)

    disposisi pelaksana, 6) ciri-ciri agensi pelaksana, hal ini seperti Rajah 1.2 berikut:

    Huraian daripada tiap-tiap pemboleh ubah pelaksanaan polisi adalah seperti

    berikut:

    1) Sumberdaya. Pelaksanaan polisi diperlukan dukungan sumberdaya, sama ada

    sumberdaya insan mahupun sumber daya non-insan.

    2) Standard dan sasaran polisi. Standard dan sasaran polisi harus dinyatakan dengan

    jelas dan boleh diukur sehinga boleh diwujudkan. Jika standard dan sasaran tidak

    jelas, maka memungkinkan terjadi pentafsiran yang bermacam-macam dan

    mempunyai peluang terjadinya konflik antara agensi pelaksana polisi.

    Rajah 1.2 Model pelaksanaan polisi menurut Van Meter & Van Horn

    (Sumber Van Meter and Van Horn 1975:463)

    Standard

    dan Sasaran

    Polisi

    Hubungan

    antara

    organisasi

    Sumberdaya

    Persekitaran

    Poleksos

    Ciri-ciri

    Agensi

    Pelaksana

    Disposisi

    Pelaksana

    Prestasi

    Pelaksanaan

  • 8

    3) Persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Pemboleh ubah ini meliputi sumberdaya

    ekonomi persekitaran yang boleh mendukung kejayaan pelaksanaan polisi, sejauh

    mana kelompok-kelompok kepentingan memberikan dukungan bagi pelaksanaan

    polisi. Apakah objek yang menjadi sasaran boleh menerima polisi dan apakah pihak

    elit politik mendukung pelaksanaan polisi.

    4) Hubungan antara organisasi. Pelaksanaan polisi diperlukan dukungan dari beberapa

    lembaga yang berkaitan, sehingga diperlukan koordinasi dan kerjasama antar

    lembaga yang berkaitan bagi kejayaan pelaksanaan program.

    5) Disposisi pelaksana. Disposisi pelaksana meliputi tiga hal, a) respon pelaksana

    terhadap polisi yang akan mempengaruhi kehendak untuk melaksanakan polisi, b)

    kognisi, iaitu pemahaman pelaksana terhadap polisi dan c) intensiti disposisi

    pelaksana, iaitu pilihan nilai yang dimiliki oleh pelaksana.

    6) Ciri-ciri agensi pelaksana. Ciri-ciri yang dimaksud adalah struktur birokrasi,

    peraturan-peraturan, dan pola hubungan yang terjadi dalam birokrasi dan

    keseluruhannya akan mempengaruhi pelaksanaan polisi.

    Keenam-enam pemboleh ubah tersebut berkaitan dengan agensi pelaksanaan

    polisi dan pelaksanaan polisi, dan untuk memberikan arah dalam suatu penyelidikan

    serta menegaskan terhadap fokus pelaksanaan penyelidikan, William Dunn (2003)

    memerihalkan enam perkara penting bagi proses pelaksanaan polisi yang baik, iaitu:

    1) Keberkesanan, berkenaan dengan apakah suatu altenatif mencapai hasil sesuai

    dengan yang dirancang. Ini bermakna bahawa sejauhmana wujud pelaksanaan polisi

    sesuai dengan perancangan yang telah dilakukan.

    2) Efisiensi, berkenaan dengan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menghasilkan

    tingkat keberkesanan yang dikehendaki. Untuk mencapai matlamat yang dirancang,

  • 9

    usaha-usaha apa yang telah dilakukannya, sama ada oleh agensi pelaksana mahupun

    objek penerima polisi.

    3) Kecukupan, berkenaan dengan seberapa jauh tingkat keberkesanan memuaskan

    keperluan, nilai atau peluang yang menumbuhkan adanya masalah. Ini bermakna

    bahawa sejauh mana pelaksanaan polisi boleh memberikan kepuasan dan

    kemanfaatan kepada objek yang menjadi sasaran polisi.

    4) Purata, berkenaan dengan purataan distribusi manfaat polisi. Aspek ini mempunyai

    erti apakah setiap objek yang menjadi sasaran memperoleh peluang untuk menerima

    dan mendapatkan impak daripada pelaksanaan polisi.

    5) Responsiviti, berkenaan dengan seberapa jauh suatu polisi dapat memuaskan

    keperluan, pilihan, atau nilai-nilai kelompok masyarakat yang menjadi target polisi.

    Pelaksanaan sebuah program biasanya memberikan nilai-nilai kemufakatan

    kelompok daripada sesebuah organisasi, hal ini kerana mereka berasa mempunyai

    peranan yang sama bagi mewujudkan tercapainya pelaksanaan suatu program.

    6) Kesesuaian, berkenaan dengan pertanyaan apakah polisi tersebut sesuai untuk

    masyarakat.

    Dengan menggunakan keenam-enam aspek pelaksanaan polisi dapat digunakan

    untuk mendeskripsikan pelaksanaan polisi secara terfokus (Lexy, 2007), dan boleh

    dihuraikan kekangan dan kesan yang ditimbulkan dari sesebuah polisi.

    Satu unsur penting pelaksanaan polisi pendidikan ialah pemerkasaan guru.

    Pemerkasaan guru diertikan sebagai proses pengembangan kepakaran guru untuk

    menguasai pertumbuhannya dan menyelesaikan persoalannya (Barksdale & Thomas,

    1991; Short, 1994; Lorin, 2004). suatu proses pengembangan persekitaran aktiviti guru

    untuk menjadi profesional (Maeroff, 1988; Mary, 1994; Lee, 1991). Dikatakan juga

    bahawa pemerkasaan guru ialah suatu kekuatan penting dalam profesion keguruan,

  • 10

    sehingga guru boleh mengamalkan tugasnya dengan bebas dan dipatuhi oleh murid

    (Abd Rachim, 2005).

    Pemerkasaan tidak sahaja berlaku dalam masyarakat yang tidak memiliki

    kemampuan tetapi juga berlaku dalam masyarakat yang memiliki kuasa yang terhad dan

    boleh dikembangkan menuju kepada kemandirian (Ambar, 2004). Bagi guru,

    pemerkasaan ialah pemberian kemampuan atau kekuasaan kepada mereka untuk

    memudahkan menjalankan profesion serta memberikan peluang kepada mereka untuk

    meningkatkan kemampuan profesion kearah kemandirian. Short dan Rinehart (1992)

    mengenal pasti bahawa pemerkasaan guru terdiri daripada enam dimensi seperti yang

    berikut.

    1.2.1. Penglibatan dalam Membuat Keputusan

    Dalam menjalani aktiviti kehidupan di dunia ini hala tuju diperlukan, agar

    kehidupan menjadi terarah di samping dapat meminimumkan kesilapan. Dalam setiap

    profesion manusia memerlukan kepimpinan, membina kepimpinan serta melahirkan

    kepimpinan yang berterusan. Sehubungan dengan hal ini, profesion keguruan tidak

    terkecuali, perlu dipimpin oleh golongan yang berpelajaran, berhemah dan beretika,

    bermotivasi tinggi, boleh mencorakkan dan mempengaruhi perubahan, berwawasan dan

    boleh berperanan positif untuk memimpin ke arah kemajuan dan perubahan (Abd

    Rahim, 2005).

    Untuk membantu menyelesaikan sesuatu masalah, maka langkah terbaik yang

    perlu dilakukan oleh pengetua ialah diberikannya peluang kepada guru untuk

    mempunyai peranan mencari penyelesaian suatu permasalahan, terutama yang berkaitan

    dengan pembelajaran. Memberikan peluang kepada guru untuk mempunyai peranan

    dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan boleh menjadikan seseorang

  • 11

    guru berasa kehadirannya dihargai. Hal ini boleh meningkatkan motivasi dalam

    menjalankan aktiviti dan menimbulkan kepuasan dalam bekerja (Lightfoots, 1986).

    1.2.2. Peningkatan Profesionalisme

    Guru yang profesional ialah guru yang mampu mengurus dirinya sendiri dalam

    mengamalkan tugasan sehari-hari (Suparlan, 2005). Sedangkan profesionalisme guru

    ialah suatu proses yang bergerak daripada ketidaktahuan menjadi tahu, daripada

    ketidakmatangan menjadi matang, daripada diarahkan orang lain menjadi mengarahkan

    diri sendiri. Seorang guru adalah profesional jika guru itu memiliki kemampuan kerja

    yang tinggi dan kesungguhan hati untuk mengerjakan pekerjaannya dengan sebaik-

    baiknya (Ibrahim, 2004).

    Untuk menjadi profesional, seorang guru dituntut untuk memiliki lima hal, iaitu

    a) memiliki komitmen kepada profesionnya, b) secara mendalam menguasai bahan ajar

    dan cara mengajarnya, c) bertanggungjawab memantau kemampuan belajar murid

    melalui pelbagai metod penilaian, d) mampu berfikir sistematik tentang apa yang

    dilakukanya dan belajar daripada pengalamannya, e) menjadi anggota daripada

    masyarakat belajar dalam persekitaran profesionnya (Dedi, 1998). Seorang guru boleh

    memiliki kelima-lima hal untuk menjadi profesional dengan cara selalu berusaha untuk

    meningkatkan profesionalismenya. Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti

    pendidikan, salah satu jalan yang boleh dilakukan adalah meningkatkan profesionalisme

    guru, seorang guru hendaknya selalu berusaha meningkatkan profesionalismenya

    sehingga dalam melaksanakan tugas mengajar menjadi lebih baik.

  • 12

    1.2.3. Status

    Guru ialah manusia yang digugu dan ditiru (Dedi, 2003; Suparlan, 2004),

    dengan perkataan lain apa yang dikatakan oleh guru akan difahami dan apa yang

    dilakukan akan dicontoh oleh muridnya. Demikian juga halnya dalam kehidupan

    bermasyarakat, mereka selalu dipandang sebagai contoh dalam hidup bermasyarakat,

    hal ini dikeranakan guru disejajarkan sebagai orang yang patut menjadi teladan dalam

    kehidupan (Dedi, 2003).

    Namun keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang kekal sifatnya, mereka juga

    memerlukan adanya impak daripada profesionnya, yang tidak hanya memperoleh status

    yang tinggi dalam masyarakat, tetapi tidak memperoleh kebajikan yang cukup. Guru

    memperoleh julukan lugu tur kuru (Suparlan, 2004). Pernyataan ini memperlihatkan

    seseorang guru hanya mampu menyampaikan sekedarnya, sekiranya kebajikan tidak

    dipenuhi.

    Pekerjaan guru di beberapa negara maju menempati peringkat utama. Di

    Holland gaji guru 111 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan gaji staf pentadbiran, di

    Australia 116 peratus, Amerika Syarikat 128 peratus, Perancis 57 peratus, dan New

    Zealand 125 peratus lebih tinggi, sedangkan jika dibandingkan dengan bidang industri,

    gaji guru di Australia ialah 115 peratus lebih tinggi, Skotland 120 peratus, Amerika

    Syarikat 125 peratus, New Zealand 125 peratus, Holland 126 peratus, Jerman 213

    peratus, Finland 234 peratus, dan Sweden 235 peratus (Dedi, 1998).

    Dengan mengambil kira yang wujud di negara-negara maju, kini telah masanya

    memikirkan kualiti pendidikan di Indonesia dengan menempatkan profesion guru

    sebagai prioriti utama dalam pembangunan.

  • 13

    1.2.4 Kepercayaan Diri

    Kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada ilmuwan, negarawan dan

    pakar ekonomi yang hebat. Begitu juga dengan kemajuan dalam bidang teknologi

    maklumat, peranan pakar dalam bidang yang berkaitan sangat diperlukan. Mereka boleh

    memperoleh ilmu pengetahuan dan mengaplikasikannya demi kepentingan manusia

    sejagad. Hal ini dapat direalisasikan dengan adanya peranan guru. Mereka berjaya

    menjalankan penyelidikan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan sehingga berjaya

    menerobos hingga angkasa luar. Demikian juga halnya dengan anak-anak yang baharu

    belajar membaca, menulis, dan mengira, semua aktiviti ini dapat berjaya dengan adanya

    penglibatan guru. Oleh itu, para guru perlu memiliki kepercayaan diri yang sejajar

    dengan sumbangannya yang sangat bermanfaat dalam semua bidang kehidupan.

    Meskipun demikian, sebahagian guru kurang mempunyai kepercayaan terhadap dirinya

    yang disebabkan oleh profesionalismenya yang masih rendah, dan juga penghasilan

    mereka sebagai seorang profesional dengan gaji yang rendah.

    Di Indonesia, dengan disahkannya Undang-undang No. 14 Th. 2005 tentang

    Guru dan Dosen (Pensyarah), memberikan semangat dan motivasi kepada guru untuk

    meningkatkan kepercayaan dirinya, sebab dengan adanya Undang-undang tersebut, gaji

    guru akan bertambah sesuai dengan peraturan yang ditetapkan, iaitu dengan adanya

    program sertifikasi.

    1.2.5. Autonomi

    Autonomi ialah hak mengurus sendiri tanpa penguasaan atau pengendalian oleh

    pihak lain (Hj Noresah, 2007). Unsur-unsur yang ada dalam autonomi tidak

    memerlukan unsur-unsur luaran dalam menentukan perkara yang perlu dilakukan,

    kepercayaan tinggi terhadap kemampuan diri, pengamalan prinsip moral peringkat

  • 14

    tinggi dan nilai kegunaan dalam perbuatan, penyanjungan amalan etika profesional yang

    unggul, tidak mudah rasa tergugat, rasa kesalingan yang kental, ketegasan profesional,

    toleransi yang tinggi dalam perbezaan-perbezaan, pengawalan emosi yang mantap,

    kesediaan menerima maklum balas dan kritikan secara terbuka, penglibatan diri dalam

    proses refleksi secara berterusan dan kesungguhan membawa diri ke tahap nilai-nilai

    murni yang lebih tinggi (Bakhtiar, 1994).

    Autonomi guru dalam menjalankan aktivitinya berkait rapat dengan kepimpinan

    dalaman, iaitu kepimpinan di sekolah dan kepimpinan luaran, iaitu kepimpinan di luar

    sekolah, misalnya pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Seorang pengetua berperanan

    menyokong akiviti guru dan memberikan kebebasan dalam mengamalkan tugasnya di

    dalam bilik darjah, termasuk memilih model pembelajaran yang sesuai dengan subjek

    yang diajarkan sehingga guru mempunyai ruang gerak untuk berkreasi dan selalu

    menjalankan inovasi dalam pembelajaran. Demikian juga halnya dengan pihak luaran,

    keadaan ini disokong oleh peraturan yang memberikan autoriti kepada guru untuk

    melakukan kreativiti dan inovasi dalam mengamalkan pembelajaran.

    Jika mereka mempunyai kemahuan untuk menjalankannya, namun kemampuan

    mereka terhad, maka diperlukan adanya peningkatan kemampuan melalui beberapa

    tahap, dan inilah yang diperlukan dalam pemerkasaan, yakni dengan meningkatkan

    kemampuan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Berlakunya desentralisasi

    pendidikan, dan diberlakukannya Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP), guru

    mempunyai autoriti untuk merancang kurikulum sesuai dengan situasi dan keadaan

    sekolah, serta melaksanakan perancangan dan pelaksanaan pembelajaran dengan

    menyesuaikan keadaan sekolah. Hal ini boleh menjadikan guru menjadi kreatif dan

    inovatif dalam melaksanakan pembelajaran.

  • 15

    1.2.6. Pengaruh

    Guru ialah orang yang profesionnya mengajar (Hj Noresah, 2007). Profesion ini

    dijalankan secara perseorangan, kelompok, sama ada di sekolah mahupun di luar

    sekolah (Syaiful, 2000). Guru merupakan salah satu faktor penentu tinggi rendahnya

    kualiti hasil pendidikan (Syaiful, 2000; Ibrahim, 2004). Kejayaan melaksanakan

    pendidikan bergantung kepada kesediaan guru dalam menjalankan aktiviti

    pembelajaran. Guru merupakan unsur manusiawi yang sangat menentukan kejayaan

    dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana peningkatan kualiti sekolah amat bergantung

    kepada peringkat profesionalisme guru (Ibrahim, 2004; Suparlan, 2005; E. Mulyasa,

    2005). Untuk itu guru hendaknya mampu memberikan pengaruhnya bagi menjadikan

    persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar.

    Keadaan ini disokong oleh peluang yang dimiliki guru untuk melaksanakan

    kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran, sehingga guru dapat memberikan

    pengaruhnya kepada murid-murid untuk menjadikan situasi dan keadaan sekolah

    menjadi lebih kondusif untuk belajar.

    Keenam-enam dimensi tersebut juga telah digunakan dalam penyelidikan

    Scribner (2001) tentang pemerkasaan guru pendidikan teknikal dan implikasinya untuk

    sekolah kepimpinan. Demikian juga kajian yang dilaksanakan Yochim (2004) tentang

    pemerkasaan guru dan implikasinya dalam reformasi pendidikan d China.

    Daripada huraian sebelumnya, hubungan antara desentralisasi dan pemerkasaan

    guru serta agensi pelaksana polisi yang boleh merancang dan melaksanakan polisi

    pemerkasaan adalah seperti Rajah 1.3 berikut:

  • 16

  • 17

    DESENTRALISASI PENDIDIKAN

    DAN POLISI PEMERKASAAN GURU

    AGENSI PELAKSANA POLISI Parlimen Daerah, Pejabat Pelajaran

    Daerah, Dewan Pendidikan,

    Komite Sekolah dan Sekolah

    Strategi Mekanisme

    Kualiti Pendidikan

    Kepuasan Kerja dan

    Komitmen Organisasi Kualiti Guru

    PELAKSANAAN

    DASAR

    OUT PUT

    Rajah 1.3 Kerangka konsep dan teori polisi pemerkasaan guru

    ( Sumber: Short & Rinehart 1992; Syaiful, 2000; Sufean Hussin, 2002)

  • 18

    Sememangnya diakui bahawa pemerkasaan guru tidak boleh berlaku tanpa

    pemerkasaan unsur-unsur pengurusan di peringkat daerah dan negeri. Pemerkasaan guru

    tidak boleh berlaku secara terasing dan tersendiri. Bukan itu sahaja, pemerkasaan guru

    memerlukan budaya kerja baharu dan pemberian ganjaran yang lebih baik.

    1.3. Pernyataan Masalah

    Permasalahan yang wujud dalam pelaksanaan polisi desentralisasi pendidikan di

    Indonesia antara lain ialah penyerahan autoriti mengurus pendidikan daripada

    pemerintah pusat kepada pemerintah daerah, keadaan ini dianggap sebagai penyerahan

    kekuasaan daripada penyerahan unsur perkhidmatan (Ulul, 2005), sehingga pemerintah

    daerah berpotensi menjadi penguasa tanpa had jika tidak diimbangi dengan

    pengembangan badan dan sumber manusia di daerah. Pelaksanaan polisi desentralisasi

    pendidikan, banyak yang tidak sesuai dengan aspirasi polisi itu sendiri, khasnya

    beberapa daerah di Indonesia, masih banyak pengurusan yang melibatkan meja

    birokrasi hingga tidak mustahil mewujudkan risiko kebocoran pembiayaan.

    Maklumat tentang pengurusan sumber manusia dan sumber kewangan pada

    masa pelaksanaan desentralisasi pendidikan telah diperoleh hasil daripada penyelidikan

    yang dilaksanakan oleh Asia Foundation dengan satu program yang dinamakan

    Indonesia Rapid Decentralization Appraisal (IRDA) yang diperolehi dapatan kajian

    seperti berikut : a) pemerintah daerah telah menyerap semua pegawai negeri yang

    dilimpahkan pemerintah pusat, sementara 66 peratus pegawai negeri di sesebuah daerah

    bekerja dalam bidang pendidikan, namun profesionalisme mereka dalam menghadapi

    pelbagai halangan autonomi daerah masih perlu dipertingkatkan, b) pemerintah daerah

    telah melakukan penilaian terhadap keperluan pegawai serta kegiatan bengkel untuk

    meningkatkan kualiti dan keberkesanannya, c) bantuan telah diperolehi untuk membaiki

  • 19

    dan meningkatkan pengetahuan serta keterampilan para pegawai sama ada melalui

    bengkel mahupun pemberian beasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang

    lebih tinggi, d) pemerintah daerah merancang anggaran perbelanjaan sekitar 43 peratus

    untuk sektor pekerjaan am, sementara bidang pendidikan purata sebesar 10 peratus.

    (Hana, 2003).

    Namun, boleh diketahui pelbagai faktor kekuatan dan kelemahan pelaksanaan

    desentralisasi pendidikan, antara faktor kekuatannya adalah:

    1). Secara politis polisi desentralisasi pendidikan telah dikenal luas oleh masyarakat

    dan merupakan polisi yang sudah dikenal.

    2). Proses kelahirannya dikawal oleh para pakar pendidikan, kalangan ahli politik, sama

    ada yang ada di Parlimen mahupun yang ada dalam parti politik, sehingga

    pelaksanaannya menjadi agenda pemerintah.

    3). Jiwa dan roh polisi desentralisasi pendidikan telah lama diinginkan oleh masyarakat,

    khasnya dalam menghadapi era persaingan bebas yang mengharuskan masyarakat

    memiliki kepakaran dan daya saing yang tinggi.

    4). Adanya sokongan pembiayaan yang cukup besar bagi pengembangan bidang

    pendidikan, sebagaimana yang diamanatkan oleh UU No. 20 Tahun 2003 tentang

    Sistem Pendidikan Nasional.

    5). Polisi ini merupakan bentuk nyata yang memperkukuhkan peranan pemerintah

    daerah dalam merancang dan mengamalkan pembangunan bidang pendidikan di

    daerah masing-masing (Sam M Chan, 2005).

    Selain adanya kekuatan-kekuatan seperti yang disebutkan, polisi ini juga mempunyai

    kelemahan, antaranya:

    1). Adanya perbezaan kemampuan dan kesediaan pemerintah daerah untuk

    menjalankan polisi desentralisasi pendidikan, secara khasnya pemerintah daerah di

  • 20

    wilayah pedalaman. Bahkan untuk wilayah tertentu pelaksanaan polisi desentralisasi

    pendidikan cenderung menjadi masalah..

    2). Adanya perbezaan kemampuan kewangan daerah yang diperolehi dari Pendapatan

    Asli Daerah (PAD) sebagai sumber pembiayaan pendidikan di daerahnya masing-

    masing, terutamanya di daerah-daerah miskin.

    3). Pemerintah daerah tidak mempunyai pengalaman untuk mengurus pembangunan

    pendidikan di daerahnya.

    4). Staf birokrasi tidak terbebas daripada mentaliti dan budaya rasuah.

    5). Anggaran pembiayaan untuk pendidikan masih belum jelas (Sam M Chan, 2005)

    Berlakunya desentralisasi pendidikan, pemerintah daerah bandar Malang

    mempunyai tanggungjawab untuk mengamalkan pentadbiran pendidikan yang sesuai,

    dan salah satu unsur penting dalam mengamalkan pendidikan ialah guru. Guru

    menduduki peringkat utama dalam setiap pembicaraan, guru adalah faktor dominan

    dalam proses pendidikan dan salah satu bahagian yang sangat penting dalam kegiatan

    belajar mengajar (Firestone & Pennell, 1993; Blas J, 1993; Soodak & Podell, 1996;

    Fasli & Dedi, 2001; Andreas, 2001). Namun keadaan guru di Indonesia berada dalam

    posisi lemah yang disebabkan oleh situasi politik masa orde baharu (Dedi, 2003), dan

    akibat yang ditimbulkan ialah kualiti pendidikan yang kurang memuaskan (Syaiful,

    2000; Syafrudin, 2005; Suparlan, 2005; E Mulyasa, 2005), untuk itu perlu dilakukan

    pemerkasaan (Fasli & Dedi, 2001 ).

    Bagaimanapun ada empat pengaruh positif dengan memilih desentralisasi

    pendidikan, iaitu : a) peningkatan kualiti, dengan autoriti yang dimiliki, sekolah lebih

    leluasa mengurus dan memperkasakan potensi sumber yang dimiliki, b) efisiensi

    kewangan, hal ini boleh diperolehi dengan memanfaatkan bantuan masyarakat sehingga

    mengurangkan biaya operasional yang ditanggung pemerintah, c) efisiensi pentadbiran,

  • 21

    dengan memotong mata rantai birokrasi yang panjang dan menghilangkan prosedur

    yang bertingkat-tingkat, d) peluasan dan purataan, adanya peluang penyelenggaraan

    pendidikan di daerah pelosok sehingga berlaku peluasan dan purataan pendidikan

    (Sakdanur, 2004).

    Demikian juga menurut laporan Bank Dunia dalam Hanafi (2004) mengenai

    pelaksanaan desentralisasi pendidikan di Indonesia, bahawa beberapa prestasi

    pendidikan yang telah dilaksanakan dan layak untuk diteruskan ialah: a) peningkatan

    angka partisipasi pendidikan, b) kenaikan peringkat gaji pegawai sebagai akibat

    daripada peningkatan peringkat pendidikannya, c) usaha meningkatkan peranan pihak

    swasta dalam menyediakan pendidikan, sehingga memberi peluang pemerintah lebih

    memusatkan polisinya dalam meningkatkan pembiayaan pendidikan rendah, d).

    memperkecil kesenjangan jantina, e) penyerahan autoriti pelaksanaan pendidikan

    rendah dan menengah kepada pemerintah daerah sehingga lebih menjangkau

    masyarakat peringkat bawah.

    Berdasarkan kenyataan di atas, timbul persoalan, iaitu bagaimanakah mekanisme

    dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang tugasan mereka dalam

    pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang, Indonesia?; bagaimanakah

    pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang?; apakah kekangan dan kesan

    pelaksanaan polisi pemerkasan guru di bandar Malang?; bagaimanakah pengaruh

    dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organsiasi?

    rangkaian masalah sepertimana huraian sebelumnya adalah seperti Rajah 1.4 berikut.

  • 22

    Rajah 1.4 Pernyataan masalah

    (Dibina berdasarkan Wu & Short, 1996; Andreas, 2001; Suparlan, 2005)

    1.4. Tujuan Penyelidikan

    Tujuan utama penyelidikan ialah menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi

    pemerkasaan guru dalam konteks desentralisasi pendidikan di Indonesia. Tujuan lain

    ialah untuk mengetahui pengaruh pemerkasaan guru di bandar Malang yang terdiri

    daripada enam dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen

    organisasi dan juga mengetahui hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen

    organisasi guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia.

    DESENTRALISASI

    PENDIDIKAN

    Pemerkasaan Guru Autonomi Daerah dan

    Pemerkasaan

    Autonomi Sekolah dan

    Pemerkasaan

    Komitmen

    Organisasi

    Kepuasan

    Kerja

    Bagaimanakah persepsi guru mengenai

    pemerkasaan, kepuasan kerja dan komitmen organisasi? Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan

    guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen

    organisasi?, Bagaimanakah hubungan antara

    kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?

    Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang tugasnya dalam

    pelaksana polisi pemerkasaan?, Bagaimanakah

    pelaksanaan polisi pemerkasaan guru? Apakah

    kekangan dan kesan pelaksanannya?

  • 23

    1.5 Objektif Kajian

    Kajian ini mempunyai objektif seperti yang berikut :

    1). Untuk menganalisis mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta

    bidang tugas mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang,

    Indonesia.

    2). Untuk mengenal pasti pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di

    enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia.

    3). Untuk meneliti kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru

    Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia.

    4). Untuk menganalisis persepsi guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang,

    Indonesia terhadap pelaksanaan polisi dari segi pemerkasaan guru, kepuasan kerja,

    dan komitmen organisasi.

    5). Untuk menganalisis setakat mana pengaruh pemerkasaan guru Sekolah Menengah

    Pertama Negeri di Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja

    dan komitmen organisasi, dan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen

    organisasi.

    1.6. Soalan Kajian

    Soalan kajian dalam penyelidikan ini ialah:

    1). Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang

    tugas mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang,

    Indonesia?

    2). Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam

    buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?

  • 24

    3). Apakah kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru Sekolah

    Menengah Pertama Negeri di Malang, Indonesia?

    4). Bagaimanakah persepsi guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di Malang,

    Indonesia terhadap pelaksanaan polisi ditinjau dari pemerkasaan guru, kepuasan

    kerja, dan komitmen organisasi?

    5). Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru Sekolah Menengah Pertama Negeri di

    Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen

    organisasi, dan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?

    1.7 Kepentingan Kajian

    Sebuah penyelidikan dilaksanakan dengan harapan diperoleh suatu manfaat

    yang boleh digunakan untuk kepentingan teoritikal dan juga praktikal. Secara teoritikal

    kajian ini memberikan kefahaman, bahawa dalam sesebuah polisi diperlukan adanya

    undang-undang dan peraturan yang dapat dijadikan sebagai asas pelaksanaan, yang

    kemudian diperlukan adanya koordinasi bagi agensi pelaksana polisi agar dapat

    melaksanakan polisi yang sudah menjadi keputusan. Meskipun demikian diperlukan

    juga kepatuhan dan kesiapan objek dan subjek pelaksanaan polisi.

    Secara praktikal pula, hasil penyelidikan ini akan memberikan manfaat kepada

    agen-agen yang berkaitan dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, iaitu Parlimen

    Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, Dewan Pendidikan, Komite Sekolah, sekolah dan

    guru itu sendiri. Bagi Parlimen Daerah, penyelidikan ini dapat dijadikan evaluasi

    berhubungan dengan peranannya dalam merancang peraturan yang berkaitan dengan

    peningkatan kualiti pendidikan dan perancangan anggaran, mengawal pelaksanaan

    polisi, terutamanya pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Untuk pemerintah daerah

    keberadaan penyelidikan ini boleh dijadikan keterangan tentang kekangan dan kesan

  • 25

    pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, yang dapat dijadikan maklum balas untuk

    membaiki pelaksanaan polisi sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

    Penyelidikan ini juga boleh dijadikan alat oleh Dewan Pendidikan untuk mengetahui

    sejauhmana peranannya dalam penglibatannya meningkatkan kualiti pendidikan,

    demikian juga halnya bagi Komite Sekolah. Sedangkan untuk sekolah, bermanfaat

    untuk meningkatkan kualitinya.

    1.8 Batasan Kajian

    1). Kajian ini berfokus kepada proses dan mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan

    guru dalam konteks proses desentralisasi pendidikan yang berlaku di Indonesia dan

    tidak meneliti hal pemantauan atau penilaian pelaksanaan polisi.

    2). Kaedah kajian yang utama adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.

    Data kualitatif dikategori dan ditemakan menurut enam aspek sebagaimana

    dikemukakan Dunn (2003) dan proses pelaksanaan polisi oleh Van Meter dan Van

    Horn (1975).

    3). Dimensi pemerkasaan guru dalam kajian ini adalah sebagaimana yang dikemukakan

    oleh Short dan Rinehart (1992), iaitu penglibatan dalam membuat membuat

    keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan

    pengaruh dan tidak membahaskan selain daripada dimensi tersebut.

    1.9 Definisi Istilah

    1) Dewan Perwakilah Rakyat Daerah ialah lembaga perwakilan rakyat (parlimen

    daerah) yang ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya dan berkedudukan di daerah.

    2) Dinas Pendidikan Daerah ialah pejabat pelajaran daerah yang berada di bandar

    Malang

  • 26

    3) Dewan Pendidikan ialah badan mandiri yang melibatkan peranan masyarakat untuk

    meningkatkan kualiti, purataan, dan efisiensi pentadbiran pendidikan di daerah

    (Surat Keputusan Mendiknas No. 044/U/2002)

    4) Komite Sekolah ialah badan mandiri yang melibatkan peranan masyarakat untuk

    meningkatkan kualiti, purataan, dan efisiensi pentadbiran pendidikan di satuan

    pendidikan, sama ada pada pendidikan prasekolah, jalur pendidikan sekolah

    mahupun jalur pendidikan luar sekolah (Surat Keputusan Mendiknas No.

    044/U/2002)

    5) Sekolah Menengah Pertama Negeri ialah lembaga pendidikan awam yang

    merupakan kelanjutan daripada Sekolah Rendah dengan tempoh pengajian selama 3

    tahun dengan pentadbiran dibiayai oleh pemerintah.

    6) Guru ialah seseorang yang dilantik dan memperoleh surat keputusan (SK) daripada

    pemerintah untuk mengamalkan tugasan berupa kegiatan belajar mengajar di

    sekolah (Suparlan, 2005).

    7) Pemerkasaan Guru ialah pemberian kemampuan atau autoriti kepada guru untuk

    mengamalkan profesionnya serta memberikan peluang kepada guru untuk

    meningkatkan kemampuan profesionnya menuju kemandirian (Ambar, 2004).

    Dalam kajian ini pemerkasaan guru diukur dengan soal selidik yang dibina oleh

    penyelidik dengan penyelia dan mengadaptasi soal selidik dari School Participant

    Empowerment Scale (SPES) yang dikembangkan oleh Short dan Rinehart (1992)

    yang terdiri daripada enam dimensi iaitu membuat keputusan, peningkatan

    profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi, dan pengaruh.

    8) Kepuasan kerja ialah sikap positif seseorang yang mengarahkan untuk berperanan

    lebih terhadap pekerjaannya sehingga boleh menemukan dan mengulang cara-cara

    yang dianggapnya lebih bervariasi dan bernilai untuk memperoleh hasil yang

    maksimum (Alo, 1997; Hadari, 2003; Veithzal, 2006). Dalam kajian ini kepuasan

  • 27

    kerja diukur berdasarkan soal selidik yang dibina oleh penyelidik dengan penyelia

    serta menggunakan beberapa soal selidik yang pernah digunakan oleh Siti Suaibah

    (2004), dan Avadiar (2004).

    9) Komitmen organisasi diertikan sebagai sikap yang ditunjukkan oleh para staf atau

    sesuatu kekuatan yang mengikat posisi seorang staf dalam sebuah organisasi (Meyer

    & Allen, 1991). Dalam penyelidikan ini yang dimaksud organisasi ialah sekolah.

    Dimensi komitmen organisasi boleh dikatakan terdiri daripada tiga, iaitu komitmen

    afektif, komitmen kelangsungan, dan komitmen normatif (Meyer & Allen, 1991).

    Dalam kajian ini pengukuran komitmen organisasi dengan menggunakan soal

    selidik daripada The Organizational Commitment Questionnaire (OCQ), iaitu soal

    selidik yang dikembangkan oleh Mowday dan digunakan untuk mengukur

    komitmen terhadap organisasi oleh Wu Yueh Yun (1994) dan soal selidik yang

    dibina oleh penyelidik dan penyelia.