165
( RBT 3110: Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan) TAJUK 1 E-Dagang Pengenalan Perdagangan Elektronik 1.0 SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi maklumat.Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan. Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting.Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik.Kesan kumulatif perdagangan elektronik adalah satu keperluan untuk pengurusan maklumat yang teliti dan merupakan pilihan yang mesti dibuat mengenai rangkaian teknologi. Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan, dan kos.Telekomunikasi menyediakan banyak contoh situasi di mana firma-firma dan individu sanggup membayar satu premium untuk QoS 1.1 HASIL PEMBELAJARAN 1.1.1 Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi, ekonomi, organisasi dan pengguna. 1.1.2 Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan elektronik. 4 JAFRI/NORDIN/SHUKOR

09 Bahan Bacaan

  • Upload
    ivyting

  • View
    192

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

e-DAGANG

Citation preview

Rangka Isi Pelajaran

( RBT 3110: Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan)

TAJUK 1E-Dagang

Pengenalan Perdagangan Elektronik

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi maklumat.Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan.

Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting.Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik.Kesan kumulatif perdagangan elektronik adalah satu keperluan untuk pengurusan maklumat yang teliti dan merupakan pilihan yang mesti dibuat mengenai rangkaian teknologi. Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan, dan kos.Telekomunikasi menyediakan banyak contoh situasi di mana firma-firma dan individu sanggup membayar satu premium untuk QoS1.1 HASIL PEMBELAJARAN 1.1.1 Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi,

ekonomi, organisasi dan pengguna. 1.1.2 Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan elektronik.

1.1.3 Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.

1.1.4 Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik.

1.1.5 Faham bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat.

1.1.6 Faham bahawa internet bukan suatu medium elektronik tetapi medium peer-to-peer.

1.1.7 Faham mengapa maklumat, terutamanya paten pembelian, sangat bernilai.

1.1.8 Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

1.2 Kerangka Tajuk-tajuk

1.3 PENGENALANMendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas.

Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan mengkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas.

Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam dunia perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal aplikasi teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan pelan perniangaan dan metrik untuk penilaian.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan.

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran.

Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan.

Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti.

Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.

Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem tersebut.

Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam sistem dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik. Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi menyediakan produk baru untuk dimaklumkan kepada pelanggan dan cara terbaru untuk memaklumkannya kepada pengguna.

Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan

projek. Peranan pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik dan memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak dalam transaksi. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database digunakan untuk mengumpul data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.

Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai melepasi sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data, analisis dan penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan elektronik secara terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi yang canggih, multimedia dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat, pengurusan pesanan, pengurusan aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan lebih mudah dan efisyen dengan mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih baik.

Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang didbina dengan kepakaran teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk sahaja, di mana maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar kos yang rendah. Skala ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi kawasan geografi yang luas dan menandingi syarikat yang besar secara berkesan. Skop ekonomi baru membolehkan kedai yang tunggal menawarkan pilihan produk yang akan meliputi 95 peratus daripada produk.

Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepada-perniagaan atau perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem hakmilik tertutup berbanding ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat distruksturkan, berorientasikan kesan audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait dengan kebolehan pemprosesan data dan rangkaian sistem yang dibangunkan.

Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.

Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis gabungan perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap perkembangan yang seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal ini, perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Syarikat perkongsian akan menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta sebuah smart enterprise. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian perkhidmatan.

Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang terdapat dalam hal ini adalah sangat meluas ;

Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka.

Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online, mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai tambah.

Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.1.3.1INTEGRASI PERNIAGAANProses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek infrasturktur yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menguruskan perkongsian tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan yang teliti, dimensi pengurusan proses boleh menggunakan lebih banyak sumber berbanding projek itu sendiri. Dari segi rangkaian, persekitaran ini mempunyai model rangkaian yang kurang baik dan memberikan tekanan yang sangat besar ke atas keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.

Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis atau mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin. Perisian yang menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan, lengkap, meluas dan relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu jabatan.

Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi enterprise telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian :

Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan.

Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan personel dan keperluan bahan mentah.

Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.

Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan kepelbagaian (ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan komunikasi yang kerap mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh sebagai rakan kongsi perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work smarter!.

1.3.2PERUNCITAN

Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material dan tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika ianya sofa) sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi sebegini dilindungi oleh rangka kerja undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran ialah untuk malaksanakan prinsip asas yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja tidak berstruktur kepada dunia sebenar untuk mewujudkan proses yang selari.

Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan yang tidak dikehendaki, arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu mempertimbangkan keselamatan data dan hak peribadi pengguna.

Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai bentuk. Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai kelemahan yang perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email dari sumber yang tidak diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik mengenai pembayaran dengan kad kredit di web merupakan penyelesaian.

Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran digital. Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen tersebut menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan caj, memuat turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi adalah dibuat dengan selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi selamat mereka sendiri dengan pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa pengguna perlu melakukan proses muat turun dan memasukkan perisian.

Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya dapat mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kesepaduan dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan data peribadi yang tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat peribadi, sama ada melalui internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui encryption.

1.3.3MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI

Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.

Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat, mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan teknologi merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh didapati secara autuomatik di laman web, memandangkan peniaga akan membuat profil pelanggan yang dirasakan boelh membantu mereka mencapai target dengan lebih berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan tawaran dan insentif seperti perkhidmatan percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi apabila mereka mendaftar sebagai ahli. Pelayar laman web secara automatiknya akan mengikuti paten lawatan dan didedahkan dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak digambarkan dalam media tradisional.

Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan pengasasannya, internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat tersebut ( contohnya: direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang didagangkan dan suatu medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada pengguna ialah setelah maklumat peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini, tidak ada jalan untuk mengawal ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.

Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata pada setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain kebaikan teknologi dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada penurunan peluang pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa teknologi dan automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan sistem yang lama. Adalah diharapkan bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka akan lebih memandang jauh mengenai cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta oleh rangkaian digital global.

1.3.4Jenis-jenis Perniagaan InternetPasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal. Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang, dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran.

Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli dari mana-mana pembekal yang boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga, kuantiti, standard kualiti, jadual penghantaran dan sebagainya. Perhubungan di kalangan pembeli dan penjual mungkin singkat, memandangkan pembelian dilakukan atas transaksi oleh dasar transaksi.

Di bawah mekanisma berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pembekal yang mula-mula dikenalpasti. Ini adalah kerana firma tersebut memilih pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan mereka terikat dengan perjanjian.

Dalam persekitaran pasaran, pelanggan boleh membeli di sekitar mereka untuk mendapatkan kombinasi harga, kualiti atau lain-lain keperluan yang terbaik. Mamandangkan persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan, pembeli tidak akan bersikap mengambil peluang. Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa adalah secara umumnya mekanisma pasaran adalah lebih efisyen untuk membeli berbanding dengan hierarki.

Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi, bekalan mestilah dijamin dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap mengambil peluang. Untuk mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual, serta kos transaksi dikurangkan. Perbincangan kontrak meliputi keseimbangan transaksi berganda kos yang dicari.

Peranan perdagangan elektronik yang spesifik adalah sebahagiannya lebih terhad berbanding dalam persekitaran perniagaan yang tradisional kerana kehadiran teknologi. Terdapat had kepada nilai yang boleh ditambah oleh teknolgi, walapun dalam terma sebenarnya nilai boleh menjadi cukup besar. Perniagaan akan terus berorientasikan manusia, berpegang kepada keperluan dan keinginan manusia. Perdagangan elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisyen, transaksi lebih jelas dan menyediakan peluang untuk perniagaan baru.

TAJUK 2E-Dagang

Persekitaran Teknologi, Ekonomi , Organisasi dan Pengguna

2.0 SINOPSIS

Di dalam pasaran ia memudahkan urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-pembekal dan membentuk hierarki iaitu perhubungan pembekal-pelangan yang bertahan lama, diselaraskan oleh pengurusan lebih dari kuasa pasaran (market forces).Perhubungan antara pembeli dan penjual adalah singkat dan ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas.Mekanisme berhierarki membuat satu urus niaga dan hubungan ditentukan dalam satu perjanjian.Persekitaran pasaran membolehkan pelanggan mendapat gabungan harga yang terbaik, kualiti dan sifat yang diigini.Kebanyakkan ahli ekonomi percaya bahawa pasaran secara umumnya merupakan mekanisme-mekanisme yang lebih efisien untuk pembelian daripada hierarki- hierarki.Hierarki- hierarki terbentuk apabila kos urusniaga adalah tinggi. Bisnes berasaskan laman sesawang boleh menambah pelanggan baru dengan sedikit atau tiada kos tambahan.Meningkatkan keberkesanan organisasi jualan tradisional, katalog dan iklan.Katalog elektronik menyediakan maklumat dan pilihan produk yang lebih banyak. Penjualan terus secara online memendekkan tempoh kitaran pembelian semula dan meningkatkan kebolehan menjual barangan tambahan yang lain.2.1 HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Mengaplikasi E-dagang antara organisasi. 2.1.2Menjelaskan dan memberi contoh peluang-peluang perlakuan dalam e-dagang.2.1.3Memahani bagaimana pasaran dan model-model hieraki digunapakai apabila membincangkan e-dagang.

2.1.4Memahami perhubungan antara transaction dab workflow

2.1.5Memahami bagaimana e-dagang dapat menarik pelanggan dan pemborong.

2.1.6Memahami ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain.

2.1.7 Boleh menerangkan faedah dan kelemahan jenis-jenis rangkaian yang berbeza-beza.

2.1.8 Memahami istilah kualiti perkhidmatan (quality of services), misi kritikal, masa henti (downtime), penilaian risiko dan analisis kesan perniagaan.

2.1.9 Memahami hubungan antara kualiti perkhidmatan dan jenis rangkaian yang dipilih.

2.2 Kerangka Tajuk-tajuk

2.3 Persekitaran Teknologi, Ekonomi , Organisasi dan Pengguna 2.3.1 Persekitaran Teknologi

Pada masa lalu, kemajuan dalam telekomunikasi dan pengkomputeran diikuti dengan jelas pemisahan laluan evolusi. Hari ini, laluan ini bertumpu kepada rangkaian komputer. Tidak lama lagi, hampir semua pelaburan teknologi maklumat akan menjadi sebahagian daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan kerajaan.

Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan perbezaan ekonomi dan implikasi sulit, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat juga satu variasi yang luas dalam kepanjangan masa kemungkinan maklumat hendak dilindungi. Pertimbangkan pandangan ini:

Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di mana sekuriti jangka pendek adalah penting tetapi pendedahan adalah singkat.

Pelan strategik korporat sebuah syarikat, yang mana mesti dikekalkan secara rahsia untuk beberapa tahun tertentu.

Kunci kepada tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih.

Satu resipi atau formula produk yang proprietari, yang perlu untuk dilindungi sepanjang penggunaannya.

Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut.

Network Infrastructure and Performance (Infrastruktur Rangkaian Dan Prestasi). Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian berkembang lebih bernilai kepada mana-mana seorang pengguna berkadaran dengan jumlah pengguna lain. Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang rangkaian komunikasi:

1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik.

2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah negara, setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan nombor-nombor.

3. Sesetengah direktori mestilah wujud, yang merekod tugasan nombor kepada menusia. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab.

4. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara (intermediate switching system). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut. Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain.

5. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika anda menggunakan sebuah telefon berbayar (payphone), anda disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama.

Mission-Critical Networks (Rangkaian Misi-Kritikal)

Rangkaian-rangkaian hari ini adalah semakin misi kritikal. Mereka telah menjadi lebuh raya elektronik untuk memindahkan maklumat (lalu lalang) antara sebuah organisasi pemegang saham: pembeli-pembeli, penjual-penjual, pembekal-pembekal dan rakan kongsi. Pertukaran maklumat termasuklah pesanan-pesanan, pertanyaan-pertanyaan, bayaran-bayaran, perkhidmatan dan sokongan, rekaan-rekaan, rancangan dan apa-apa jenis maklumat lagi. Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi, sebagai contoh, menyediakan akses untuk data gudang bagi sokongan pemasaran masa nyata (real-time); menyokong wakil-wakil perkhidmatan pelanggan; mempersembahkan maklumat video kepada pelabur kewangan untuk mempengaruhi keputusan pelaburan; dan berkongsi imej-imej perubatan untuk bekerjasama tentang diagnos-diagnos yang kompleks.

Dalam kes-kes tersebut, kejayaan perniagaan adalah membahayakan jika prestasi yang cukup tidak meyakinkan. Tidak mengira sama ada pertukaran melibatkan teks mudah, atau campuran dokumen-dokumen yang menggabungkan imej-imej, audio dan video, hubungan antara pemegang saham boleh ditingkatkan melalui hubungan-hubungan yang menyediakan prestasi yang mencukupi atau dijejaskan oleh prestasi yang tidak mencukupi.

Tidak dapat dielakkan, sesetengah lalu lintas akan menjadi lebih penting dari yang lain, dan dunia sebenar mengenakan had-had kepada jalur lebar, keupayaan rangkaian dan bajet. Dalam satu dunia yang ideal, keupayaan rangkaian mungkin boleh ditambah dengan cepat dan dengan murah seperti yang diperlukan. Tetapi sementara itu mungkin suatu hari nanti piawaian telekomunikasi boleh dilaksanakan, biasanya terdapat satu kelewatan besar (considerable delay) antara keupayaan masa rangkaian tambahan yang diarahkan dan masa ia menjadi boleh tersedia.

Apabila kita semakin bergantung kepada rangkaian-rangkaian ini untuk menguruskan perniagaan, kita perlu memastikan keutamaan-keutamaan yang munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian (flow of network traffic). Ini memerlukan kebolehan untuk mengenalpasti kelas-kelas lalu lintas dan pengguna, serta teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan pada lalu lintas. Ia menganggap bahawa semua lalu lintas perlu untuk sampai ke destinasinya; bagaimanapun, bagi masa untuk beban berat, trafik yang kritikal perlu diberikan keutamaan melebihi trafik lain.

Satu rangkaian yang boleh memberikan jaminan-jaminan kualiti perkhidmatan (quality of service - QoS) mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-undang berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi rangkaian. Ini membenarkan satu takrif jenis lalu lintas yang bersesuaian untuk satu kelas perkhidmatan tertentu (sebagai contoh, lalu lintas daripada rakan perniagaan") dan dasar-dasar yang berkaitan dengan kelas perkhidmatan (lalu lintas daripada rakan perniagaan mendapat keutamaan tertinggi melalui rangkaian"). Ia menunjukkan satu anjakan daripada satu rangkaian pasif yang melayan semua lalu lintas secara sama kepada satu rangkaian pintar (intelligent network) yang mengenakan peraturan-peraturan pengurusan kepada lalu lintas yang dibawa. Keperluan-keperluan ini bukan ditentukan oleh protokol-protokol egalitarian Internet tradisional.

Network Management and Network Choice (Pengurusan Rangkaian Dan Rangkaian Pilihan)

Pihak syarikat juga memerlukan jaminan agar data mereka kekal selamat. Beberapa kategori-kategori umum data boleh diidentifikasi:

Data Awam (Public Data). Data jenis ini tidak mempunyai sekatan keselamatan dan mungkin digunakan oleh sesiapa sahaj. Bagaimanapun, data seumpama ini harus dilindungi daripada diusik tanpa kebenaran atau pengubahsuaian.

Data Hak Cipta (Copyright Data). Jenis ini adalah berhakcipta tetapi bukan rahsia. Pemilik sanggup untuk menyediakannya, tetapi mahukan bayaran bagi penggunaannya. Untuk meningkatkan hasil pendapatan, keselamatan perlulah diperketatkan.

Data Sulit (Confidential Data). Data jenis ini mengandungi isi yang sulit, tetapi kewujudan data adalah bukan suatu rahsia. Data seumpama ini termasuklah nombor akaun bank dan fail-fail kakitangan.

Data Rahsia (Secret Data). Kewujudan sebenar bagi data jenis ini adalah rahsia dan mesti disimpan rahsia pada setiap masa. Ia adalah perlu untuk memantau dan log semua akses dan percubaan akses kepada data rahsia.

Kebanyakan rangkaian yang dapat memberikan kualiti jaminan-jaminan perkhidmatan mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-undang berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi rangkaian, satu rangkaian yang terjamin mempunyai mekanisme-mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produk penyulitan yang canggih (sophisticated encryption products) dan firewalls digunakan oleh sesetengah syarikat untuk melindungi kerahsiaan dan memastikan keselamatan transaksi-transaksi internet.

Terdapat syarikat lain yang bergabung dengan kuasa-kuasa lain untuk mendapatkan perlindungan VANs. Industri automotif ANX, sebagai contoh, akan menyediakan rakan dagangannya dengan satu rangkaian terjamin untuk perdagangan elektronik dan pemindahan data. Pemimpin-pemimpin industri telah bersetuju tentang satu struktur pengurusan dan peraturan perniagaan untuk memastikan rangkaian mendapat keperluan-keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan. Penerimaan satu set umum amalan perniagaan, termasuklah boleh menerima penggunaan dasar-dasar dan tahap keselamatan rangkaian, adalah satu syarat bagi penyertaan dalam ANX.

Bagaimanapun, isu-isu pengurusan dan kawalan juga turut penting apabila rangkaian semakin berkembang, Terdapat sejumlah besar pertukaran penamaan, penyelenggaraan, dan butiran pampasan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam menyokong rangkaian berasaskan perkhidmatan. Sebagai contoh, kawalan mesti memastikan mesej-mesej tidak dihantar kepada pihak yang salah dan mesej-mesej yang tidak dapat disampaikan dikembalikan kepada pengirimnya. Potensi untuk kegagalan seperti ini semakin besar apabila jumlah rangkaian dan manusia terlibat semakin meningkat.

Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran. Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil dan penyedia-penyedia perkhidmatan, tiada satu entiti tunggal yang bertanggungjawab untuk memastikan satu mesej yang meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain. Model ini merupakan sebahagian daripada kejayaan awal bagi Internet, apabila ia membenarkan rangkaian untuk berkembang di dalam satu cara yang sangat berautonomi.

Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama, jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, Terdapat mereka yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan untuk pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa hadapan adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan fleksibiliti asas yang telah menjadikan ia berjaya.

Pada tahun 1992, ITU mentakrifkan apa yang kini dipertimbangkan, set tradisional pengurusan perkhidmatan rangkaian: pengurusan kerosakan/kesalahan, pengurusan tatarajah (konfigurasi), perakaunan, prestasi dan keselamatan. Kemajuan dalam bahagian ini adalah perlu bagi Internet untuk berevolusi daripada sesuatu yang kelam-kabut, bebas, koleksi entiti-entiti yang longgar kepada satu rangkaian kualiti sistem telefon yang terurus. Satu isu yang menerima perhatian yang banyak adalah harga dan kos penemuan. Satu perbahasan tentang penggunaan yang sesuai bagi penggunaan berasaskan penentuan harga lawan pembayaran ke atas satu langganan atau bayaran tetap asas. Apa yang merumitkan lagi perbahasan adalah penyedia perkhidmatan yang menawarkan laluan percuma kepada individu sebagai balasan kepada pendedahan untuk tajaan pengiklanan.

Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat mencari alternatif-alternatif paling sesuai untuk keperluan-keperluan perniagaan mereka yang segera. Bagi sesetengah syarikat, penyelesaian-penyelesaian standard di luar rak ke atas internet awam adalah sesuatu yang memuaskan. Bagi lain-lain, penyelesaian-penyelesaian khusus bersama dengan peraturan-peraturan eksplisit dan prosedur-prosedur operasi mungkin jawapannya. Beberapa syarikat lain akan bergantung kepada extranets, atau rangkaian swasta maya, yang menghadkan akses kepada sesetengah set perniagaan pra-layak dan rakan mereka. Sesetengah lain pula menggunakan internet untuk membeli bahan-bahan nilai lebih rendah sementara menyimpan pembelian nilai tinggi di VAN. Dengan VANs, jika sebarang permasalahan timbul, satu penyedia perkhidmatan rangkaian tunggal bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Contingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan)

Oleh sebab rangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin misi kritikal, satu kriteria

keputusan utama menjadi kualiti tahap perkhidmatan yang diperlukan. Business Impact Analysis dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan kritikal. Ia mengandungi beberapa langkah:

Pertama, kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsi pengeluaran yang menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Pemilik aktiviti bertanggungjawab kepada operasi harian yang sedang dijalankan.

Kedua, pemilik setiap aktiviti perniagaan perlu mengenal pasti sistem-sistem yang kritikal dan maklumat. Sistem-sistem kritikal adalah aplikasi-aplikasi yang dikomputerkan atau proses-proses manual yang perlu ditempatkan untuk menyokong aktiviti perniagaan yang kritikal. Pada ketika ini, ia juga adalah penting untuk mengenal pasti mana-mana sistem-sistem yang mengandungi maklumat yang sensitif atau sulit.

Langkah ketiga adalah untuk menganggarkan satu tempoh masa henti (downtime period) yang boleh diterima (jam, hari, minggu, dan sebagainya.) untuk setiap sistem yang bergantung kepada suatu aktiviti perniagaan, dan setiap sistem yang berurusan dengan maklumat yang sensitif. Ini bertindak seperti satu pemberat untuk aktiviti; satu penunjuk nilai relatif keutamaan unsur itu kepada perniagaan. Oleh sebab kebanyakan aktiviti adalah berkitaran, satu tempoh masa henti yang boleh diterima mungkin berbeza bergantung kepada masa dalam setahun apabila satu outage mungkin berlaku. Para penganalisis umumnya menganggap satu kes senario terburuk semasa mempertimbangkan persoalan ini.

Akhirnya, pemilik aktiviti dan pengurus sistem dapat mengenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti perlindungan. Bahagian-bahagian yang seharusnya diliputi termasuklah servers, pengurusan data, rangkaian operasi-operasi dan pentadbiran, aplikasi-aplikasi, pengecaman pengguna dan kakitangan.

Mereka yang tidak suka kepada malapetaka ini memanggil proses ini rancangan luar jangkaan, tetapi maknanya adalah sama: mesti ada satu pelan untuk mengembalikan perkhidmatan dalam keadaan malapetaka utama. Malapetaka-malapetaka ini tidak terhad kepada mereka yang memberi kesan secara langsung kepada kemudahan organisasi; kesan kerosakan kepada pusat telefon menukarkan kelengkapan atau kemudahan pengumpulan data kritikal juga perlu dipertimbangkan

Untuk mengira kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca daripada masa henti (downtime), pengurus-pengurus seharusnya bermula dengan suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi outage, jenisnya dan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas. Mengira kos produktiviti yang hilang adalah satu perkara mendarabkan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas dengan purata gaji pengguna. Ia juga adalah bernilai sama ada pengguna boleh melakukan sebarang kerja semasa outage.

Sebagai contoh, katakan bahawa satu server untuk 100 orang pengguna rosak di satu agensi pelancongan yang besar. Ia mengambil masa empat jam bagi memulihkan rangkaian, dan sepanjang masa tersebut kebanyakan pengguna tidak produktif sepenuhnya. Dengan setiap pengguna menghasilkan $20 sejam, kerosakan ini akan menelan belanja $8,000 kepada agensi pelancongan tersebut dalam perbelanjaan sahaja. Lebih buruk lagi, bagi kebanyakan organisasi, ia adalah kehilangan pendapatan langsung. Jika bahagian agensi pelancongan yang sama biasanya menempah $100,000 bernilai sejam tempahan, outage mungkin menelan belanja sebanyak $400,000.

Kos-kos amat berbeza dengan persekitaran pengkomputeran, aplikasi-aplikasi perniagaan dan pengguna. Sebagai contoh, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa masa henti rangkaian pada satu firma pembrokeran boleh engakibatkan kos $107,500 seminit, seperti berlawanan dengan $1,150 seminit untuk satu rangkaian jualan tiket telefon.

Lebihan (terutama sekali dalam hubungan komunikasi dan bekalan tenaga) umumnya dilihat seperti jawapan. Satu alternatif memproses tapak untuk sistem-sistem misi kritikal seharusnya wujud, dan bukan dalam bangunan yang sama. Sesetengah organisasi menggerakkan sistem-sistem fungsian legasi kepada satu alternatif memproses tapak; orang lain membuat perjanjian-perjanjian timbal balas sandar (backup agreements) dengan pengguna yang dipadankan. Kesan kepada keupayaan perancangan adalah jelas. Storan data sandar (backup) di luar tapak turut dianggap bijak, kedua-duanya untuk perancangan malapetaka dan tujuan keselamatan.

Perbincangan

Huraikan ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain.

1. Huraikan dalam ayat anda sendiri bagaimana maklumat dipindahkan melalui Internet, WAN dan VAN. Apakah perkara-perkara yang harus dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat ketika membuat keputusan terhadap jenis rangkaian yang paling sesuai untuk keperluan mereka?

2. Mengapa rancangan luar jangkaan adalah penting? Huraikan dengan terperinci konsep dan langkah-langkah yang terlibat.

2.3.2 Persekitaran ekonomi dan organisasi

Kitaran pengeluaran melibatkan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponen-komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk yang boleh diterima kepada seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai sesuatu bahan mentah yang asal. Menjelaskan tentang sesuatu firma memilih untuk membeli komponen-komponen atau perkhidmatan-perkhidmatan dalam pasaran terbuka, atau untuk mengeluarkan mereka in-house, merupakan satu soalan tradisional bagi sosiologi ekonomi dan organisasi.

Satu senarai unsur-unsur yang perlu dipertimbangkan untuk membuat dan menjual satu majalah berita, sebagai contoh, termasuklah: laporan; penulisan; penyuntingan; gambar-gambar; tipografi; reka letak; kertas; percetakan; perkhidmatan langganan; label bungkusan; dan pengagihan fizikal. Sesebuah firma mestilah memutuskan untuk mengeluarkan setiap barangan atau perkhidmatannya sendiri, atau membelinya daripada pembekal. Kebanyakan majalah-majalah berita tidak memiliki kilang kertas atau percetakan akhbar, tetapi mereka mengupah editor-editor sebagai kakitangan bergaji. Mereka boleh mengarahkan kumpulan pemberita mereka untuk menulis sebuah cerita, mencetak semula sebuah cerita daripada satu wire-service, atau mereka mungkin mentauliahkan seseorang daripada seorang pekerja bebas. Gambar-gambar pula mungkin didapati daripada jurufoto mereka sendiri, atau mereka mungkin membelinya daripada stock house.

Tinggalkan sebentar faktor-faktor sosial yang berpotensi seperti nepotisme, fahaman perlindungan dan tindakan pengakuan, dua faktor terpenting dalam menerangkan keputusan make-or-buy" adalah (a) pengaruh sikap oportunis (opportunistic behaviour) firma lain dan (b) kos urus niaga (transaksi).

Penjual mungkin akan mengambil kesempatan (cth. menaikkan harga lebih tinggi daripada sepatutnya) apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.

Sebuah syarikat boleh dipengaruhi (vulnerable) untuk bersikap oportunis disebabkan beberapa keadaan:

Ketentuan tapak (Site specificity): produk (cth. bahan-bahan mentah) hanya boleh didapati di suatu tapak tertentu.

Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada seseorang pelanggan.

Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.

Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh masa tertentu (cth. ia akan rosak).

Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Market and Hierarchies (Pasaran Dan Hierarki-hierarki)

Pasaran (Markets) adalah bermaksud memudahkan urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-pembekal. Hierarki-hierarki (Hierarchies) merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yang bertahan lama, diselaraskan oleh pengurusan lebih dari kuasa pasaran (market forces).

Semasa satu mekanisme pasaran bekerja, pembeli membeli daripada mana-mana pembekal yang menawarkan kombinasi sifat terbaik seperti harga, kuantiti yang boleh didapati, piawaian kualiti, jadual penghantaran, dan sebagainya. Perhubungan antara pembeli dan penjual adalah singkat, pembelian ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas.

Di bawah satu mekanisme berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada antara banyak penjual yang berpotensi, tetapi sebaliknya memperoleh barangan dan perkhidmatan daripada sebuah pembekal yang ditentukan. Pada dasarnya, firma tersebut memilih sebuah pembekal bagi sejumlah urus niaga, dan hubungan mereka ditentukan dalam satu perjanjian.

Dalam suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk mendapatkan gabungan harga yang terbaik, kualiti atau lain-lain sifat yang diinginkan. Oleh sebab persaingan antara pembekal-pembekal mewujudkan pelbagai pilihan, pembeli tidak perlu mengadakan tebusan untuk sikap oportunis pembekal. Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa pasaran secara umumnya merupakan mekanisme-mekanisme yang lebih efisien untuk pembelian daripada hierarki-hierarki.

Hierarki-hierarki terbentuk apabila kos urus niaga adalah tinggi, bekalan-bekalan mestilah dijamin, dan/atau pembekal-pembekal tidak cukup kompetitif untuk menghadkan oportunisme. Mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat mengurangkan kos urus niaga. Perundingan suatu kontrak yang meliputi pelbagai urus niaga mengimbangi kos carian (search costs).

Electronic Markets (Pasaran-pasaran Elektronik)

Dalam tempat di mana pasaran dijalankan, pembeli-pembeli mencari penjual-penjual. Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai kesan pembrokeran elektronik" (the electronic brokerage effect). Dalam pasaran elektronik, beberapa perkhidmatan wujud yang menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat (seperti satu pangkalan data berpusat yang diselenggara atau Jaringan Sejagat terpencar) dan menyediakan alat-alat untuk mencari data. Mereka membantu pembeli-pembeli untuk menilai tawaran-tawaran pelbagai pembekal dengan cepat, mudah dan murah.

Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan sejumlah besar pembekal yang berpotensi. Program-program perbandingan yang pintar boleh meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih, di samping mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi maklumat boleh juga digunakan bagi mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan. Sebaliknya, pemerihal piawai produk piawai dan teknik-teknik seumpama untuk fotograf, muzik, dan video telah terbukti amat sukar untuk dibangunkan.

Firma-firma mungkin cenderung untuk membina hubungan pasaran dengan rakan dagangan mereka apabila mereka menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos-kos pencarian. Oleh sebab teknologi menjadikan firma-firma mudah untuk mencari melalui banyak kemungkinan, mereka boleh menggunakan rangkaian-rangkaian ini bagi membangunkan sejumlah besar kumpulan pembekal, dan menunjukkan sedikit kesetiaan kepada pembekal-pembekal tertentu melalui satu siri urus niaga.

Electronics Hierarchies (Hierarki-hierarki Elektronik)

Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan mereka. Satu contoh adalah seperti sistem pertukaran data elektronik (electronic data interchange EDI) yang menyambungkan satu poin terminal jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kemungkinan peruncit kehabisan stok bagi barangan yang selalu dibeli. EDI adalah satu standard untuk menyusun dan menghantar maklumat antara komputer-komputer, selalunya melebihi rangkaian komunikasi swasta (disebut value-added networks atau VANs). Perolehan rutin automatik juga bermaksud kakitangan perolehan mempunyai lebih masa untuk memfokuskan kepada perundingan meletakkan harga yang lebih baik dan membina hubungan dengan pembekal.

Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan mengurangkan modal kerja dengan menambah darjah penglihatan peringkat stok. Mewujudkan perhubungan elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan pengiriman dengan lebih cepat. Keadah operasi ini juga disebut pengurusan inventori just-in-time (just-in-time inventory management JIT), mengenakan konstren yang ketat kepada penyelarasan organisasi. Rakan sepasangan (partners) disepadukan kepada satu takat yang ketara (significant) melalui penggunaan sistem maklumat dan rangkaian telekomunikasi.

Satu lagi contoh adalah integrasi sistem-sistem CAD/CAM antara satu reka bentuk cip komputer firma dan satu faundri silikon yang membenarkan pereka-pereka cip untuk memantau proses pembuatan dan mempunyai lebih kelonggaran dalam mengubah ciptaan mereka.

The Commercial Transaction (Urus Niaga Komersil)

Generalisasi pandangan ahli ekonomi tentang pasaran-pasaran dan hierarki-hierarki membawa kepada suatu kesimpulan pandangan bagi urus niaga dan dari situ, tercetus idea bahawa terdapat satu aspek dapat dilihat (visible)" dan satu aspek tidak kelihatan (unvisible)" untuk perdagangan elektronik. Aspek dapat dilihat adalah bermatlamatkan pasaran pengguna yang luas, manakala aspek tidak kelihatan pula meneruskan secara tertutup antara syarikat-syarikat dan tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara rakan perniagaan.

Sama ada dapat dilihat atau tidak kelihatan, model ini bermula pada persepsi ahli ekonomi tentang sesebuah pasaran. Bagi ahli ekonomi, definisi kepada satu pasaran sempurna" apabila setiap pembeli yang berpotensi mendapat maklumat yang sempurna" : tiada seorang yang mendapat maklumat yang orang lain tidak ada. Tambahan lagi, tidak wujud halangan kepada pergerakan ini bermakna untuk memudahkan model dengan membuang batasan realiti.

Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan beberapa infrastruktur untuk menggumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kos mengangkut barang-barang, termasuk maklumat, bergantung pada sifat rangkaian pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan dan pelaburan tidak dibuat tanpa prospek ganjaran sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dan dunia sebenar sudah jelas: akses kepada infrastruktur dan pulangan kepada pelaburan tidak akan diagih sama rata dan seterusnya akan memberi kesan kepada kos urus niaga.

Model empat fasa boleh menerangkan tentang kos urus niaga, oportunisme dan gangguan di mana hierarki-hierarki menyebabkan keunggulan pasaran-pasaran sempurna ahli ekonomi:

1. Penemuan Prepurchase (Prepurchase Discovery): takrif bagi keperluan-keperluan dan mencari ruang maklumat yang lebih besar bagi satu set produk yang berkemampuan yang bersesuaian dengan keperluan.

2. Pemilihan Dan Komitmen (Selection and Commitment): pemilihan sesuatu produk dan pembekal daripada penemuan set, berdasarkan kepada perbandingan sifat. Termasuk rundingan dengan pedagang-pedagang untuk syarat-syarat yang sesuai seperti harga, ketersediaan, dan tarikh penghantaran.

3. Penyempurnaan Pembelian (Purchase Consummation): penghantaran produk, mekanisme pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan pembelian.

4. Interaksi Postpurchase (Postpurchase Interaction): perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk memberi perhatian aduan-aduan pelanggan, pulangan produk dan kecacatan produk.

Workflow (aliran kerja)

Menggunakan teknologi untuk perdagangan memerlukan beberapa struktur yang ditentukan bagi pelaksanaan dalam persekitaran yang abstrak seperti yang telah dihuraikan di atas. Komputer-komputer dan rangkaian-rangkaian mestilah dirancang, dan tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan sokongan pembekal. Perspektif ekonomi dan pemasaran boleh menjadi agak abstrak manakala pengurusan dan perspektif khususnya teknologi mestilah konkrit.

Di tahap paling rendah, teori sistem pengurusan pangkalan data (database management system DBMS) menyediakan satu takrif eksplisit tentang urus niaga (transaksi). Takrif ini merupakan takrif yang menjadikan mesin wang automatik (automatic teller machines - ATMs) boleh dipercayai, dan dibenarkan untuk bekerja dengan sistem-sistem yang lain dalam sesuatu bank-bank. Takrif ini menyatakan bahawa transaksi:

Mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu hujung yang jelas.

Mengikut satu proses yang jelas (satu siri langkah-langkah atau perantaraan keadaan).

Pada akhirnya berjaya atau gagal (keadaan akhir).

Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

Meninggalkan pertukaran data dalam pangkalan data jika transaksi berjaya atau tidak berubah jika ia gagal.

Satu cara mudah untuk mengingati sifat-sifat transaksi adalah akronim ACID: Atomic, Consistent, Isolated and Durable. (Atom, Konsisten, Terpencil Dan Tahan)

Suatu transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai satu aktiviti tunggal atau atom (atomic) yang dilakukan oleh sistem.

Satu transaksi bagi jenis yang ditentukan akan sentiasa membuat perubahan-perubahan yang sama untuk pangkalan data, ini bermakna transaksi-transaksi itu adalah konsisten (consistent).

Setiap transaksi adalah satu set perubahan yang lengkap dan mereka diasingkan (isolated) daripada mana-mana transaksi lain yang dilakukan pada masa yang sama.

Sekali satu transaksi telah sempurna, perubahan-perubahan itu menjadi tetap; perubahan tersebut adalah tahan lama (durable).

Perbincangan

1. Mengaplikasikan teknologi dalam perdagangan memerlukan beberapa struktur yang telah ditentukan (definite structure) untuk pelaksanaan". Mengapa?

2. Syarikat-syarikat boleh memilih untuk membawa mana-mana atau semua transaksi mereka proses secara dalam talian. Jelaskan empat cara yang berbeza sesebuah syarikat kereta mungkin menjual produknya dengan menggabungkan transaksi-transaksi elektronik dan pembelian realiti (real-world purchasing).

3. Apakah perbezaan-perbezaan antara sistem pasaran dan sistem hierarki? Huraikan satu contoh dimana suatu syarikat akan lebih memilih untuk berkerja dalam satu hierarki. Bolehkah anda mengatakan akaun bank anda adalah satu hubungan berhierarki?

4. Huraikan bagaimana satu syarikat menggunakan rangkaian-rangkaian untuk menjadi lebih bersepadu. Beri tiga contoh kelebihannya. Apakah risiko-risiko yang syarikat harus berjaga-jaga?

2.3.3 PenggunaBisnes invest dalam teknologi maklumat dan e-dagang adalah untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meluaskan servis pengguna. Pengguna suka berbelanja/ membeli belah secara online kerana mereka mendapati banyak barang yang terdapat melebihi daripada barang di kedai biasa. Kualiti servis pengguna juga boleh di perkembangkan. Pengguna yang sibuk moleh menjimatkan masa dan mendapati bahawa membeli belah lebih mudah apabila peniaga melayan mereka secara individu. Secara online, mereka juga boleh mendapatkan lebih informasi untuk membuat keputusan dalam membeli barangan. Informasi yang baik dan pilihan yang banyak, tambahan pula dengan kos yang rendah untuk perniagaan internet, boleh menurunkan harga dan meningkatkan kualiti.

Semulajadi manusia tidak akan berubah hanya kerana pengguna berbelanja melalui komputer. Melakukan perniagaan melalui kedai, memerlukan peniaga untuk menyediakan servis yang sama kepada pengguna seperti yang mereka sering perolehi. Membeli-belh secara online tiada hubungan secara terus dgn empunya kedai dan kecepatan yang di peroleh dalam persekitaran online ini, sesetengah pengguna menganggap servis yang di jalankan lebih bertanggungjawab.

Syarikat yang berkembang secara cepat untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan peluang yang di cipta oleh internet. Banyak syarikat menerima akibat daripada keuntungan yang cepat dengan meletakkan pesanan dan operasi servis pelanggan di internet. Pemasaran secara terus dan pengiklanan telah berkembang kerana perhubungan yang rapat antara kumpulan-kumpulan lain di dalam internet mendatangkan keuntungan, membuatkannya lebih efisen untuk mencapai sasaran hanya dengan pengiklanan dan publisiti. Internet dan teknologi baru yang lain juga menggalakkan perniagaan untuk menjelajah.

Jualan runcit barangan, di mana jualan di hasilkan dalam internet tetapi produk itu diterima dari segi fizikal. Jualan software, muzik, video game, perkhidmatan banking, insurans, perkhidmatan pembelajaran, dan berita boleh di lakukan secara terus menerusi rangkaiaan. Penerimaan digital bagi barangan atau perkhidmatan ini mempunyai potensi untuk menjadi kawasan yang paling luas dalam pasaran elektronik.

Jumlah pengguna yang membuat belian melalui Internet merupakan bukti di mana pengguna memperoleh kebaikan. Lebih banyak pengguna yang melayari secara onlone, Internet menjadi lebih mudah untuk di ekses dan perdagangan internet bertambah. Pada zaman sekarang, kanak-kanak menjadi lebih dewasa. Tetapi, kenapa pengguna lebih gemar membuat belian secara elektronik?

Customer Service

Penjualan boleh menggalakkan banyak pelanggan yang boleh mereka temui atau hubungi melalui telefon. Justeru itu, apabila bil akaun meningkat, saiz penjualan juga akan meningkat. Syarikat penjualan terus perlu meningkatkan pekerja kerana tempahan meningkat. Sebaliknya, perniagaan internet boleh menambha pelanggan hanya dengan sedikit atau tanpa sebarang kos. Ini kerana penjualan berfungsi hanya dalam komputer berbanding dengan kedai yang menggunakan jurujual. Pencapaian perniagaan online ini dibatasi hanya dengan kapasiti komputer untuk melayani segala kemahuan atau tempahan yang dibuat.

Internet juga boleh membuat organisasi jualan secara tradisional, penjualan secara katalog dan pengiklanan yang lebih cekap. Tempahan secara elektronik boleh memaparkan lebih informasi dan kegunaannya berbanding dengan katalog kertas. Penjualan terus secara online boleh merendahkan pembelian semula dan meningkatkan kebolehan untuk menjual barang tambahan. Contohnya setiap pembelian di kilang yang besar, hanya perlu duduk di komputer, membuka laman web, dan mencari pembekal secara online. Pembekal yang kecil dengan penjualan yang terhad kini membolehkan pembeli hanya melayari laman web dengan mudah sama seperti syarikat yang besar. Sama juga seperti penjual menjual kepada berjuta-juta pengguna yang sedang berkerja di rumah mahupun di pejabat dengan mudah secara online.

Variety

Pembeli di laman web beruntung kerana tanpa meninggalkan rumah atau pejabat,pengguna boleh mengakses ribuan laman web untuk mengetahui berita terkini dan pelbagai acara lain, Maklumat tantang produk dan pembelian apa sahaja. Pemilihan yang sangat banyak tidak terhad kepada produk dan servis yang boleh di hantar secara di gital. Laman web yang menjual elektronik pengguna, alatan perkebunan, alatan pejabat dan lain-lain juga menawarkan pilihan yang lebih banyak di internet. Sebagai contoh, sebuah kedai buku yang menawarkan pelbagai jenis buku memerlukan pengguna mencari sendiri tajuk buku yang di kehendaki atau membuat pesanan melalui telefon. Sebaliknya, Jika pengguna ingin mendapatkan secara online, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci untuk mengenalpasti jenis buku yang mereka mahu, memilih laman web yang mengadakan promosi dengan mudah, dan maklumat yang diperlukan. Pengguna boleh menyelesaikan pemilihan dan proses pembelian, seterusnya mendapatkan tempahan mereka dalam beberapa hari kemudian.

Informed Choice

Harapan agar peluang yang lebih besar terhadap terbukanya pasaran elektronik, sesuai dan untuk mendapatkan maklumat. Pembelian yang memerlukan banyak bajet untuk pencrian latar belakang atau perbandingan yang besar terhadap tawaran, menjadi lebih senang apabila masalah dapat dikurangkan dan mudah di dapati.

Contohnya, membeli kereta adalah salah satu contoh kepada kebanyakkan kebiasaannya. Ini melibatkan pemilihan sesetengah keputusan dan model untuk kereta, mencubanya dengan aksesori yang berbeza, penampilan, memilih kewangan ( sama ada untuk mengurangkan atau membeli dan bagaimana untuk mendapatkan harga yang berpatutan), pembelian atau polisi insurans dan berunding dengan harga yang berpatutan. Mengumpulkan segala informasi yang di perlukan untuk membuat keputusan boleh mengambil masa yang panjang. Sebelum itu, kebanyakan pelanggan akan melawat ke bilik pameran jika mereka kekurangan informasi.

Melalui internet, pembeli kini boleh melihat model kereta yang berbeza dan membaca segala informasi kereta tersebut dan bagaimana persembahan kereta itu. Bersama dengan gambar kereta dan gambaran, pelanggan boleh mengakses kereta baru dan menggunakan harga kereta untuk di bandingkan harganya nelalui penjual di internet.

Selepas membuat keputusan terhadap model kereta tersebut, pengguna boleh menandakan kehendak mereka terhadap warna dalaman, dan luaran kereta, memilih sama ada model kereta 4 atau 2 pintu. Sesetengah perkara seperti sistem suara, power window dan kos juga bolehdi pilih. Akhir sekali, pelanggan boleh memasukkan informasi diri mereka supaya senang untuk di hubungi termasuk alamat. Permintaan pengguna akan diserahkan secara automatik kepada penjual berhampiran dengan alamat pembeli. Penjual akan penghubungi pelanggan untuk menetapkan harga.

Perbelanjaan insurans juga terdapat secara online. Perniagaan internet menjual insuran menyediakan peralatan software yang memabantu pengguna untuk mengenalpasti jenis insurans yang mereka perlukan dan seiring dengan informasi untuk membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat atara satu polisi insurans dan sebaliknya. Pelanggan boleh membeli polisi dengan menjawab beberapa soalan mudah tentang warganegara, umur, kesihatan dan gaji, keadaan keluarga dan kadar insurans yang di perlukan. Selain itu, sistem ini juga memaparkan kuota agen punya contacts. Hanya dengan beberapa klik pada tetikus, pelanggan boleh mendapatka informasi yang lebih detail mengenai setiap karier dan setiap polisi untuk memastikan sama ada harga berbeza.

Pelanggan boleh membandingkan polisi dan hagra terhadap karier yang berlainan. Sistem itu boleh memilih tempahan secara rawak dengan menyediakan kuota dan merujuk kepada pelawat hanya mengakses informasi yang mereka perlukan. Secagai contoh, penjelasan tentang perkataan/istilah yang mereka tidak faham, informasi berkaitan sesetengah karier atau banyak mana dan jenis apa insurans yang sesuai untuk mereka, yang memberikan keluarga mereka financial profil.

Sama ada pelanggan memilih untuk menyelesaikan secara online atau menjalankan pembelian secara personal selepas menggunakan laman web untuk membantu meluaskan pencarian tentang sesetengah produk,laman web ini memberikan pelanggan banyak pengetahuan tentang pemilihan harga yang terdapat untuk mereka.

Walaupun kelebihan yang di tawarkan oleh online shoping, banyak pelanggan hari ini masih risau tentang internet. Mereka amat prihatin tentang memelihara hak peribadi dan keselamatan informasi creadit kepada mereka. Ramai yang tidak mempunyai komputer, atau mendapati sangat susah untuk menggunakannya. Ramai yang memilih pengalaman sendiri untuk membeli belah dan memilih produk yang mereka boleh lihat, rasa dan cuba. Sesetengah pelanggan bimbang syarikat menawarkan informasi yang sallah, kegagalan penghantaran barangan, dan meneydiakan barangan yang tidak bagus seperti barangan yang di jual di kedai. Oleh sebab itu, membeli-belah barangan di kedai menjadi jalan utama pelanggan membeli barang untuk tahun-tahun yang akan datang.

Penjualan dan juga persaingan di internet masih belum di terokai. Urusan perniagaan yang baik di internet, jualan runcit, juga di bawa oleh kepercayan, pencarian kepada permulaan yang lebih besar dan peluang untuk mencari item yang belum berada di pasaran. Kebanyakan penjual runcit merasakan dalam jangka masa yang pendek, menurunkan harga tidak akan membawa kepada penjualan tambahan. Penjual runcit internet yang lain menawarkan diskaun daripada penjual di kedai biasa. Apabila penjualan secara online berterusan untuk berkembang, persaingan dan keuntungan melalui medium ini adalah seperti di tukarkan kepada harga yang rendah kepada pelanggan.

Rintangan kepada membeli belah di internet adalah seperti adalah di kurangkan untuk pengguna yang muda. Kanak-kanak pada hari nini membesar dengan internet dan mereka suka mencari shoping di internet dengan mudah dan natural. Pada dekad yang akan datang, kanak-kanak pada hari ini menjadi dewasa , e dagang harus membesar bersama mereka.

Transaction and Workflow

Kembali kepada idea perjalanan kerja dan analisa proses, kita boleh melihat kepada pembukaan pasaran daripada perspektif perniagaan dan pengguna. 4 model fasa yang di perkenalkan boleh di gunakan sebagai panduan untuk mencari contoh untuk pengguna dan contoh untuk perniagaan, bersama dengan penyambung teknologi dan sokongan yang di perlukan.

Prepurchase Discovery

Ini merupakan satu proses untuk mencari satu set produk yang berupaya untuk memenuhi permintaan pengguna. Kepada pengguna, ini bermakna mereka boleh mengetahui apa yang mereka mahu dan mencari siapa penjualnya. Pada pembekal, ini bermakna mereka perlu memberitahu pelanggan tentang produk dan servis yang di tawarkan.

Dalam pembelian kereta contohnya, pembeli menggunakan informasi di internet untuk membuat keputusan tentang produk dan keinginan mereka yang ada di pasaran.Seseorang perlu memastikan maklumat ini berada di tahap pertama iaitu pembekal, informasi tentang pembekal juga boleh di tambah sebagai informasi tambahan seperti perbandingan produk yang di tawarkan, penjual mesti mempamerkan informasi yang telah dicipta untuk mencapai target mereka. Informasi ini boleh di ambil dan di sebarkan melalui saluran yang lain oleh orang lain.

Selection and Commitment

Ketika fasa ini pembeli memilih pembekal dan produk berdasarkan perbandingan yang telah di buat. Fasa ini termasuk perundingan dengan penjual untuk harga yang sesuai, availability, dan tarikh penghantaran. Bagi pembekal, ini bermakna strategi meletakkan harga termasuk diskaun, speacial features dan servis istimewa. Ini bermakna pembekal harus mnyediakan informasi tentang kedapatan dan informasi penghantaran.

Pada tahap ini, tempahan masuk turut masuk melalui gambar. Pada fasa yang sebelumnya, mungkin tidak terdapat komunikasi yang baik dengan pengguna, risalah dan katalog produk mungkin sudah memadai. Pada tahap ini, komunikasi 2 hala antara pelanggan dengan pembekal amat di perlukan. Sistem tempahan masuk perlu di sediakan untuk komunikasi tentang permintaan yang lebih spesifik dan penghargaan. Kepada pereka sistem ini, ini adalah permulaan permindahan atau enevt perniagaan.

Purchase Consummation

Ini merupakan fasa merangkumi perjalanan informasi dan dokumen yang berkaitan tentang pembelian dan pembanyaran secara elektronik yang memudahkan pembayaran kepada proses pembelian.Bagi pengguna, ini sangat mudah; menerima barang dan membayar kepada mereka. Invois dan resit dokumen pembelian di integrasikan ke dalam sistem akaun pembeli.

Bagi pembekal, mereka lebih banyak aktiviti yang perlu di lakukan. Rujukan harus di gerakkan untuk menghasilkan dan menrima barang atau sevris yang di minta oleh pelanggan di dalam masa setuju.Barangan, kakitangn dan proses penghasilan harus selaras dengan tujuan untuk dilaksanakan. Bergantung kepada betapa susahnya penghasilkan barangan itu dan proses penghaslannya, rangkaian pekerja memerlukan keselarasan juga.

Postpurchase Interction

Dalam fasa terakhir ini meliputi servis pelanggan dan galakan untuk menerima aduan pelanggan, menerima kembali produk yang dihantar dan juga kerosakan produk. Pengguna juga memerlukan pemasangan tambahan, penyelenggaraan atau servis percubaan. Produk yang kompleks mungkin memerlukan penulisan teknikal, selalunya di buat dalam beberapa bahasa.

Bagi pembekal, setiap pengurusan individu harus di kawal untuk mendapatkan kesimpulan yang berjaya, termasuk tempoh pembayaran. Usaha pemasaran tambahan membolehkan fokus kepada pembinaan kesetiaan brand, atau penjualan. Pembekal mungkin mahu mengekalkan personal lines dalam komunikasi.

From onclusion

1. Dalam industri yang kian bertambah bertukar kepada pengkomputeran untuk menambahkan kualiti, perkhidmatan, inovasi, dan kecepatan. Pesaing harus lakukan perkara yang sama atau mencari kelemahan untuk di perbaiki.

2. Perlaburan perniagaan dalam teknologi informasi dan e dagang adalah untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan menambahkan perkhidmatan pelanggan.

3. Informasi dan pemilihan yang lebih baik, bergabung dengan kos operasi yang rendah dalam perniagaan Internet, kualiti lebih meningkat.

4. Penghantaran secara digital produk atau perkhidmatan ada potensi untuk menjadi kawasan yang luas di dalam pasaran.

5. Bilangan individu yang menggunakan internet menunjukkan potensi untuk menjadi kawasan yang luas dalam pasaran.

6. Pembaca hanya perlu memasukkan keywords untuk mengenalpasti jenis buku yang di kehendaki, melawat laman web dan mencari, membuat keputusan dan pembelian, seterusnya mendapatkan buku di tangan mereka beberapa hari kemudian.

7. Bagi pengguna, prepurchase discovery bermakna mencari apa yang mereka perlukan dan mencari siapa yang menjualnya.

8. Bagi pembekal, prepurchase discovery bermakna memberitahu pengguna berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

TAJUK 3E-Dagang

Aplikasi Antara Organisasi

3.0 SINOPSIS

Bab ini menjelaskan bagaimana proses-proses yang terlibat bagi pembekal dan pembeli dalam menepati jumlah penghantaran,kualiti dan harga yang ditetapkan.Bagi pengurusan inventori pula, bagaimana ia diurus dengan cekap supaya stok dan pusing ganti inventori memenuhi piawai yang telah ditetapkan dan bagimana pengurusan masa dalam menjanakan kualiti dan penghantaran produk serta fasa-fasa yang terlibat dalam asimilasi teknologi dan bagaimana keterbukaan sesuatu rangkaian bergantung kepada seluas mana mereka membenarkan komunikasi antara pelanggan baru,pembekal atau entiti lain dalam rangkaian.3.1.HASIL PEMBELAJARAN

3.1.1Mempelbagaikan maklumat berkaitan E-dagang; melalui pencarian bebas dan terarah seperti search engines dsb. 3.1.2Membuat lakaran dan memahami bagaimana kos pembelian, pengurusan inventori dan kitaran masa memberi kesan kepada harga produk dan bagaimana intergrasi ini boleh menolong syrarikat.

3.1.3Membuat peta minda bagaimana empat fasa dalam proses adaptasi teknologi baru.

3.1.4Memahami perbezaan antara open internet dan VANs sebagaimana ianya memberi manfaat kepada perniagaan 3.Kerangka Tajuk-tajuk

3.3 KANDUNGAN ISI

Penggunaan sistem komputer yang semakin canggih telah menjadi suatu kemestian dalam pelbagai industri di sebabkan oleh persaingan. Contohnya kepada airlines, perhotelan, dan syarikat kereta sewa, sistem perkomputeran adalah mesti sama ada untuk syarikat berkenaan atau kegunaan pengguna lain.

Perhubungan secara elektronik berkembang peasat dalam industri. Semua syarikat boleh berkomunikasi antara satu dengan yang lain secara elektronik melalui Internet. Sebagai contoh, penggunaan internet, IT, dan alat komunikasi membantu melicinkan hubungan inter organisational. Penggunaan medium ini adalah yang terpenting dan termudah bagi menjimatkan masa dan jarak. Objektif kepada penggunan medium ini adalah atas dasar keberkesanannya, efisen dan inovasi, iaitu kesedaran untuk memperbaiki produk dan sevis akibat persaingan.

Penggunaan komputer dan medium yang boleh menghubungkan pembekal dengan pembeli di dalam sesuatu perniagaan di dapati paling banyak di gunakan pada masa sekarang.

3.3.1Kos Pembelian

Pembelian barang-barang atau servis untuk organisasi yang besar akan melibatkan beberapa proses.

i. Pembeli harus mencari pembekal yang dapat mengeluarkan produkyang dikehendaki dan menepati jumlah penghantaran, kualiti dan harga yang telah di tetapkan. Proses ini melibatkan pertuturan informasi supaya produk yang di bekalkan menepati spesifikasi yang di kehendaki. Kebanyakan informasi mungkin juga sulit, jika ia berkaitan dengan proses pengeluaran atau mereka cipta produk.

ii. Apabila contoh produk telah di luluskan, pembeli akan menghantar purchase order untuk menyatakan kuantiti produk yang di kehendaki.

iii. Seterusnya, sebelum proses penghantaran produk berlaku, pembeli akan di maklumkan terlebih dahulu oleh pembekal berserta dengan invois untuk produk yang dihantar. Bahagian accounting akan memadankan invois dengan purchace order.

3.3.2Pengurusan Inventori

Kebanyakan syarikat perlu menghentikan sementara pengeluaran produk bagi menjamin kestabilan stok.

Syarikat perlu menyimpan sesetengah stok yang mendapat sambutan bagi menjamin kelancaran pengeluaran produk. Sebagai contoh, pengeluaran produk yang mengambil masa yang lama untuk sampai kepada pembeli, semakin banyak mereka perlu menyimpan stok sebagai persediaan jika berlaku kesilapan dan semakin lambat proses yang terlibat jika berlaku perubahan dalam permintaan.

Pengurusan barangan stok dan produk yang kemas membolehkan servis yang baik dapat diberikan untuk pelanggan dan boleh menjimatkan kos yang lebih rendah.

3.3.3Kitaran Masa

Cycle Times merupakan jumlah masa yang diambil untuk membina produk/barangan yang telah tersedia untuk dijual.

Semkin lama masa yang di ambil, boleh di atasi dengan adanya hubungan koordinasi yang rapat antara pembekal dengan pelanggan. Masa yang singkat dapat menghasilkan pengawalan kualiti yang baik kerana masa yang diambil untuk pengujian produk dan kadar kerosakan. Jika masa yang biasa untuk mengeluarkan produk boleh dikurangkan daripada 8jam kepada 6jam, fixed costs per unit are lower since less time is needed.

Technology Assimilation

Penggunaan komputer yang pertama di gunakan di dalam bidang ketenteraan dan sains, bukan untuk commerce. Dalam tahun 1960, Bank of America merupakan bank yang pertama yang menggunakan teknologi Electronic Recording Machine Accounting (ERMA). Awal tahun 1970, para pengkaji mendapati IT memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah syarikat.

Mereka mendapati 4 fasa yang terlibat dalam penghasilkan teknologi baru dan 3 penghalang yang boleh menghalang proses di atas daripada berlaku.

Fasa 1, Technology Identification and Investment . Ia boleh di tafsirkan sebagaipermulaan kepada perancangan sesebuah teknologi, melabur dalam teknologi tersebut, dan permulaan kepada projek teknologi tersebut. Fasa ini lebih berteraskan kepada eksperimen.

Fokus perancangan dalamfasa 1 mesti di hasilkan di antara pengenalan teknologi dan sumber manusia. Resolusi masalah teknologi jangka pendek sangat kritikal, pengalaman terlalu terhad, pemikiran secara logik mengenai implikasi teknologi selalunya tidak stabil. Pihak pengurusan (personel) hanya mahukan pengalaman dan selalunya memerlukan latihan khusus.

Fasa 2, Technology Learning and Adaptation. Apabila teknologi membuktikan kegunaannya, proses ini perlu di sesuaikan dengan teknologi yang di sebutkan pada fasa 1 di mana pada peringkat ini lebih ramai pengguna terlibat bagi memastikan faedah dan implikasi teknologi.

Jika pendekatan terlalu konservatif, teknologi tidak akan berkembang. Sebaliknya bergantung kepada komunikasi yang baik dan kesanggupan penyesuaiaan bagi faedah pengguna. Hal ini sama risikonya. Designer mungkin menggunakan lebih masa dan upaya dalam menonjolkan yang baru dalam produk yang tak berakhir.

Perancangan dalam tahap ini adalah susah, kerna inovasi mendahului penapisan design secara berturut-turut. Dalam fasa perancangan harus ada fokus strategi yang kukuh. Kepercayaan asas boleh menjadi potensi kepada pengguna supaya berhati-hati dalam teknologi yang baru dan mendorong imaginasi pengguna bagaimana mencari cara untuk menggunakannya.

Fasa 3, Rationalisation and Management Control adalah untuk membimbing design dan implimentasi. Peranan pengguna dan sokongan staf menjadikan boleh di ramalkan manakal kemajuan dalam pembaharuan dan pengubahsuaiian adalah lembab.

Keadaan yang tidak berkembang dalam fasa ini boleh menyebabkan kelekaan dengan kawalan terhadap pengembangan keberkesanan. Kawalan yang keras dapat menggalakkan galakan yang secara diam-diam dalam projek fasa 1. Terlalu banyak penekanan dalam skala ekonomi akan mmbunuh projek, walaupun selepas pelaburan yang bersungguh-sungguh. Akhir sekali, bahaya yang tidak di duga mungkin akan di lihat di akhir pembinaan dan projek itu akan di bekukan apabila kemudahan terhad.

Perancangan dalam fasa ini mengandungi fokus yang efisen. Hal ini termasuklah menyiapkan dan menapis aplikasi, menaikkan pangkat staff kepada tahap yang boleh diterima, dan menyusun semula bagaimana menggunakan teknologi baru secara efisen. Perancangan yang formal menjadikan lebih efektif dan belanjawan lebih tepat disebabkan pengalaman yang di peroleh dari fasa dua yang pertama (the 1st two phase)

Dalam fasa terakhir, pengaliran teknologi yang tersebar luas (Maturity/Widespread Transfer) di kenalpasti berdasarkan penyerapan dalam teknologi melalui organisasi. Selalunya, pembahagian secara penyerahan dalam teknologi kepada lain-lain orang yang berkerjasama. Ia juga boleh memberi makna pengambilan teknologi kepada pesaing. Dalam fasa ini, tak akan sampai kerana perbahan persekitaran teknologi boleh menggantikan kepesatan teknologi daripada ia di ambil sepenuhnya.

Perancangan dalam fasa ini memberikan perhatian terhadap pengurusan di mana teknologi boleh di gunakan dan berapa banyak kos untuk melaksanakannya. Beberapa teknologi tak akan dijumpai dalam fasa 4, kerana ia di gantikan dengan cepat tahap terbaru iaitu 3 teknologi daripada bahagian yang lain dalam organisasi.

Fasa 1 dan 2 di kenalpasti melalui perubahan, manakala fasa 3 dan 4 melalui pengawalan. Dalam fasa perubahan, pengurusan harus melakukan rujukan untuk sesetengah faedah, rujukan menjadi lebih di gunakan secara efisen kepada tempat-tempat lain. Sistem pengurusan kewangan dan persembahan akan lebih efektif dalam fasa kawalan di mana terdapat tahap yang lebih tinggi daripada jangkaan yang di perlukan kepada mereka untuk berfungsi. Kedinamikan pengembangan pengetahuan teknologi bermakna di mana-mana sahaja point yang di berikan dalam satu masa, syarikat akan berkemungkinan menjadi pengurus projek yang menggambarkan semua 4 fasa ini.

Technology Adoption

Organisasi boleh menjangkakan untuk mengalami gelombang fasa, seperti teknologi- teknologi yang meninggalkan perubahan fasa akan di gantikan dengan eksperimen yang baru. Contohnya, awal tahun 1990, batch data processing (like payroll) oleh sesuatu majikan untuk kebanyakan syarikat adalah dalam fasa 4; perubahan data elektronik (EDI) untuk pengawalan belian dan inventori dalam fasa 3 dan internet adalah barusahaja bermula untuk bergerak dari fasa 1 ke fasa 2. Perubahan kurun, kemajuan dalam teknologi mengukuhkan perniagaan pemprosesan data dalam fasa 4. Manakala Internet-based electronic commerce adalah bergerak dalam fasa 2 apabila syarikat menjelajahi berkemungkinan dan pelanggan menjadi biasa kepada keuntungan, risiko dan had kepada sistem tersebut. (companies explore possibilities dan customers become accustomed to the benifits, risks, and limitation of the system)

Rangkaiaan dan servis teknologi boleh menguatkan perhubungan, kerana komunikasi adalah optimis, pertukaran maklumat yang lebih efisen menjadi lebih mudah. Kebanyakan aliran maklumat boleh di tambah manakala selebihnya boleh di gantikan atau hilang keseluruhannya apabila rangkaiaan komputer di gunakan untuk menghubungkan sistem informasi melalui batasan organisasi.

Organisasi besar adalah yang pertama yang mengambil kelebihan/advantages dalam teknologi maklumat, kedua-duanya dalam syarikat mereka termasuk rangkaiaan yang menambah kuasa komputer melalui tahap syarikat tersebut. Sejak 1970-an dan 1980-an, perniagaan di hantar dan di terima purchase order, invois dan shipping notification via EDI over value-added networks (VANs), untuk mengurangkan buruh, kos percetakan dan penghantaran mail dalam procurement process. Tahun 1980-an juga memperkenalkan sistem computer-aided design (CAD), computer-aided engineering (CAE)dan computer-aided manufacturing (CAM) dimana membolehkan jurutera, pereka dan technicians untuk mengakses dan berkerja.

Rangkaian lebih terbuka kepada mereka menggunakan komunikasi yang mudah dengan pelanggan yang baru, pembekal dan orang lain. Rangkaian menjadi lebih terbuka dengan :

a) Protokol awam (public protocol) yang di ambil daripada kelengkapan yang major dan penyediaan software. Ini mengurangkan kewangan dan kos pekerja dalam pemperolehan, penemapatan dan menggunakan segala perkakasan dan perisian yang di perlukan untuk berkomunikasi menerusi rangkaian tersebut. Apabila kedua-dua iaitu multiple suppliers dan multiple buyers perlu dimasukkan, standard harus berkaitan tanpa pelabur substantial network-specific sama ada pada penjual atau pembeli.

b) Mereka di kawal oleh bahagian ketiga sama ada pembeli atau penjual pada rangkaian tersebut. Jika bahagian ketiga kembali berdasarkan overall volume pada rangkaian pengurusan, penyedia kepada rangkaian ada beberapa sebab untuk membuang sama ada penjual atau pembeli. Jika rangkaian itu di uruskan oleh penjual atau pembeli di dalam pasaran, mereka akan melihat pembukaan rangkaian tersebut sebagai amaran kepada pemegang saham pasaran atau kelebihan bersaing.

Rangkaian telefon adalah contoh yang baik kepada rangkaian yang terbuka. Di USA, lebih daripada 90% individu dan perniagaan/ para peniaga mempunyai servis telefon. Ini kerana murah sebab skala ekomoni dan subsidi pelbagai di tawarkan.

Internet telah membuatkan lebih berpatutan walaupun kepada rumah pejabat yang kecil dengan meluaskan rangkaian perniagaan tersebut ke kawasan yang luas(work team & geographical location). Kos untuk pelanggan untuk mencari pembekal yang berpotensi adalah rendah dan kos untuk pembekal untuk menambah pelanggan juga rendah.

CONCLUSION

1. Teknologi informasi dan telekomunikasi membantu melicinkan masalah untuk mengatasi masalah penyelarasan dan kawalan dan dapat membantu mengstruktur semula hungungan inter-organisational, terutamanya lebihan masa dan jarak. (Kos pembayaran, pengurusan inventori dan kitar masa).

2. Companies lower procurement costs by consolidating purchases and devoloping relationships with key suppliers to benifit from volume discounts and tighter integration in the manufacturing process.

3. Holding inventory bermakna operating kos yang tinggi dan profits yang rendah.

4. Jumlah masa yang digunakan untuk membina produk dinamakan kitar masa.

5. Fasa 1: Technology Identification and Investment, Fasa 2: Technological Learning and Adaption, Fasa 3: Rationalisation and Management Control, Fasa 4: Maturity/Widespread Technology Transfer.

6. Pembukaan Internet di harapkan most important attribute.

7. WWW menjadikan e dagang kepada rumah pejabat yang dengan rangkaian perniagaan berhubungan dengan elektonik dengan kemudahan berkolaborasi projek melalui work teams dan keadaan geografi.

8. Syarikat yang pelbagai saiz kini boleh berkomunikasi antara satu sama lain secara elektronik, melalui Internet, networks for compony-use only(intranets) atau untuk digunakan oleh compony dan its bisnes partners(extranets) as well as the private value-added networks.

9. Sistem komputer telah bertukar kepada persaingan yang biasa dan ia lebih kepada insdustri.

10. Ia di gunakan untuk penyelarasan antara purchasing operation di syarikat tersebut dengan pembekal.

TAJUK 4E-Dagang

Pencarian Bebas dan Terarah

(Free Search and Directed Search)

4.0.SINOPSIS

Tajuk ini berkisar mengenai perkhidmatan yang bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat yang sangat banyak dan luas dalam rangkaian .Mengumpul maklumat mengenai dokumen-dokumen yang boleh digunakan di Internet.Menggunakan alat TOOL yang dinamakan SPIDER( atau robot /webcrawler) yang akan menyenaraikan sampel dokumen yang dijumpai di Internet dan hantar kembali ke pengkalan (HOME).SPIDER berkebolehan mengikut link. Manakala pencarian terarah lebih berfokus kepada peranan agen-agen yang dianggap sebagai jawapan kepada petunjuk masalah dalam kecelaruan internet4.1.HASIL PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan menyatakan bagaimana search engine dan pengiklanan memberi sumbangan kepada e-dagang.

4.1.2Dapat menyatakan dan menggambarkan kelebihan dan kekurangan strategi pengiklanan atas talian (on-line)

4.1.3Memahami dengan jelas apa itu meta-data,WebRing,click through dan web site pirate.

4.1.4Menceritakan apakah virtual mall dan bagaimana ia dapat menarik pelanggan.

4.1.5Menggambarkan bagaimana perbezaan antara agen-agen dan pemberi maklumat. 4.2.Kerangka Tajuk-tajuk

4.3Pencarian BebasKejayaan sesuatu perniagaan tidak akan terjamin dengan hanya mewujudkan suatu kehadiran di Internet. Cabaran utama bagi pemasar-pemasar adalah, untuk menarik perhatian pelawat-pelawat ke laman mereka, serta untuk menjana suatu ulangan lawatan yang penting dan bermakna. Membina kesedaran jenama (brand awareness) melalui pengiklanan dan pemasaran adalah penting untuk berjaya di dalam suatu pasaran yang baru dan pantas membangun, terutamanya di Internet di mana para pengguna mempunyai pilihan untuk menghabiskan masa dan duit mereka pada ribuan laman yang berbeza. Kesedaran ini akan mempengaruhi kita untuk melawat laman tersebut, sebagai hanya suatu percubaan atau suatu permulaan kepada lawatan-lawatan seterusnya.

Portal-portal yang diisytiharkan sendiri telah berkembang menjadi suatu corong yang bertindak untuk membimbing seseorang pelawat bagi menembusi kandungan Internet yang sangat luas dan sangat banyak. Khidmat-khidmat yang ditawarkan Free Search akan dibincangkan di dalam bab ini; iaitu pertanyaan-pertanyaan pengkalan data (database queries) dan pengiklanan. Khidmat-khidmat lain akan dibincangkan di dalam bab yang seterusnya.

ENJIN PENCARIAN (SEARCH ENGINES)

Hingga kini Internet adalah suatu kolam infomasi yang paling fleksibel. Oleh kerana sangat mudah untuk memasukkan suatu maklumat ke dalam Internet, ramai penyumbang-penyumbang yang menjadikannya semakin besar dan luas dari hari ke hari. Maka, adalah sangat mudah untuk sesat. Sebab itulah perkara pertama yang biasanya dilakukan oleh pengguna adalah melawat enjin pencarian. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian tersebut.

Setiap enjin pencarian akan mengumpul maklumat mengenai dokumen-dokumen yang boleh digunakan di Internet. Ia biasanya menggunakan sejenis alat (tool) yang dinamakan spider (atau robot atau webcrawler) yang akan menyenaraikan sampel-sampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke pengkalan (home). Sesetengahnya hanya mengambil 500 perkataan pertama dari satu halaman yang dijadikan sampel, manakala selebihnya mengambil keseluruhan atau kesemua maklumat tersebut. Spider juga berkebolehan untuk mengikut link (hubungan/rantaian) yang disertakan di dalam dokumen tersebut, dan seterusnya penemuan laman-laman tambahan untuk disiasat.

Apabila spider menghantar sampel-sampel kembali ke pengkalan, akan terdapat suatu mekanisme untuk mengeluarkan meta-data daripada sampel tersebut. Meta-data adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen tersebut. Ini mungkin dikeluarkan melalui kekerapan perkataan (kecuali stop-words, seperti and atau etc). Sesetengah enjin pencarian mengambilkira bukan hanya kekerapan perkataan di dalam suatu halaman, tetapi juga berapa hampir perkataan itu berada di bahagian atas suatu halaman dan ianya dibahagikan secara adil disepanjang halaman tersebut. Petunjuk-petunjuk lain adalah formatnya (font yang lebih besar biasanya adalah tajuk-tajuk); dan text yang telah disertakan oleh penulis (author) untuk menerangkan mengenai dokumen tersebut. Bahasa mark-up tradisional, HTML, mempunyai tag yang berformat khusus (dikenali sebagai tag META) yang membenarkan penulis (author) untuk merekabentuk satu set kata kunci yang diingini bagi laman web tersebut.

Meta-data ini kemudiannya digabungkan dengan suatu pangkalan data yang membenarkan orang ramai untuk bertanya menggunakan kata kunci. Sintaksis pertanyaan mungkin adalah mudah atau rumit/canggih. Sesetengah enjin pencarian mungkin mengikuti suatu peraturan yang tersirat bila diberikan beberapa kata kunci, sementara yang lain menawarkan peluang kepada pengguna untuk mencari melalui frasa dan bukan sahaja melalui perkataan. Terdapat juga yang memberi keutamaan kepada perkataan-perkataan, membenarkan suatu pertanyaan yang menggunakan kombinasi operator AND, OR, NEAR dan NOT, serta menawarkan pilihan untuk mengehadkan keputusan dalam suatu tempoh masa tertentu.

Keputusan kepada pertanyaan biasanya ditunjukkan sebagai satu set link berbentuk hypertext. Pada kebiasaannya, ayat pertama pada satu halaman mukasurat akan ditunjukkan pada keputusan pertanyaan untuk memberikan satu gambaran atau pengenalan kepada apa yang ada di laman tersebut, atau lebih bagus lagi, huraian ringkas setiap dokumen yan ditunjukkan dalam konteks istilah pencarian tersebut. Keputusannya mungkin seribu, sejuta atau pun hanya dua dokumen sahaja yang boleh digunapakai, bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh sistem untuk mengeluarkan meta-data dan topik pertanyaan secara kasar.

Sesetengah enjin pencarian pakar dalam jenis-jenis sumber tertentu: fail-fail audio, grafik-grafik, atau program-program komputer, contohnya. Enjin pencarian ini akan memberi pilihan untuk mengecilkan pencarian kepada jenis muzik (cth; karaoke), atau sistem operasi jika ia berkaitan program. Andaikata anda ingin melihat gambar beruang perang (brown bear). Perkhidmatan ini akan benarkan anda untuk pilih Picture, masukkan istilah brown bear dan klik butang search. Pertanyaan ini akan dijawab dengan ratusan lokasi tepat gambar, dan memberitahu anda saiz setiap imej dan format imej tersebut disimpan.

Pencarian ini juga bergantungharap kepada meta-data, oleh kerana teknik penyusunan pengkalan data untuk bunyian dan imej-imej masih dalam perkembangan. Penyelidik-penyelidik masih mengusahakan sistem yang memahami abstrak seperti light brown dan jazz, begitu juga dengan pelbagai kemungkinan maksud yang boleh didapati daripada lion atau kitchen atau old man with a moustache.

Sesetengan enjin pencarian melitupi lingkungan sumber-sumber yang luas, seluruh internet. Ia membenarkan seseorang untuk mengehadkan atau meluaskan pertanyaan kepada punca-punca seperti laman (site) FTP dan newsgroups. Terdapat juga satu laman yang dipanggil metasearch (atau metacrawlers) yang menghantar pertanyaan anda kepada beberapa enjin pencarian global dalam satu masa. Akhir sekali, terdapat juga enjin pencarian yang sulit dan spesifik. Ia berguna terutamanya dalam dua situasi: mencari satu katalog produk yang luas bagi cir