21
PENGENALAN Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenal pasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam Topik ini, kita membincang dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran. Tumpuan ialah kepada definisi dan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran dan kaedah mengenal pasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka. T T o o p p i i k k 4 4 Masalah Pembelajaran HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membandingkan beberapa definisi bermasalah pembelajaran; 2. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran; 3. Membezakan di antara pelbagai ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran; 4. Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran; dan 5. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

  • Upload
    hanhan

  • View
    355

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

� PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenal pasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam Topik ini, kita membincang dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran. Tumpuan ialah kepada definisi dan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran dan kaedah mengenal pasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.

TTooppiikk����

44��

�Masalah�Pembelajaran�

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membandingkan beberapa definisi bermasalah pembelajaran;

2. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran;

3. Membezakan di antara pelbagai ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalahpembelajaran;

4. Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran; dan

5. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantukanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Page 2: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 71

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

Istilah Âmasalah pembelajaranÊ (learning disabilities) pertama kali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca, hiperaktif dan tidak boleh selesai masalah matematik. Sebenarnya, Kirk telah menemui konsep tersebut setahun lebih awal. Secara purata, adalah dianggarkan 1 dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti sebagai bermasalah pembelajaran (Smith, 2004). Kanak-kanak ini, diandaikan mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingat, atau menyampaikan maklumat. (a) SSamuel Kirk (1963): mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai

kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelalajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

(b) AAkta Masalah Pembelajaran Spesifik (Specific Learning Disabilities Act,

1969): memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Golongan yang termasuk dalam kumpulan ini ialah:

� Kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan persepsi,

� Kecederaan otak,

� Ketidakfungsian otak yang minima,

� Disleksia dan lain-lain lagi.

Mereka yang TIDAK termasuk dalam golongan bermasalah pembelajaran ialah mereka bermasalah penglihatan, pendengaran dan pergerakan (motor), kerencatan mental, dan gangguan emosi dan tingkah laku.

4.1

Page 3: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

72 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c) AAkta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individual with Disabilities Education Act atau IDEA, 1997): mendefinisi bermasalah pembelajaran sebagai:

Secara Umum bermasalah pembelajaran bermakna masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan, di mana masalah-masalah yang dihadapi mengakibatkan:

� Kebolehan mendengar yang tidak sempurna,

� Kebolehan berfikir yang tidak sempurna,

� Kebolehan bertutur yang tidak sempurna,

� Kebolehan membaca yang tidak sempurna

Ini TIDAK termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

(d) JJawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The

National Joint Commitee on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan emosi yang serius.

(e) Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah

pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian:

� Kebolehan kognitif;

� Tingkah laku sosial;

Page 4: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 73

� Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan;

� Penguasaan membaca;

� Kemahiran matematik. Kesimpulan Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan. Secara umum, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk bermasalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak ini (Mercer, 1997). Bagaimana pun, adalah penting untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana dia perlu mengatur intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini. Lihat Rajah 4.1 menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran; iaitu, masalah membaca, masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial dan masalah tingkah laku.

4.2

SEMAK KENDIRI 4.1

Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan, gubal satu definisi umum yang menerangkan dengan lengkap apakah bermasalahpembelajaran.

Page 5: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

74 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 4.1: Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran

4.2.1 Masalah Membaca

Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah membaca (Lerner, 2000; Lynmoat, 1997). Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenal pasti perkataan kurang dan kesukaran membaca secara lisan. Oleh kerana pelajar ini menghadapi masalah membaca, ramai di antara pelajar gagal di sekolah. Kegagalan ini telah penyumbang kepada pengurangan harga-diri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-eficacy). Menurut Torgensen and Wagner (1998), masalah pembacaan yang paling ketara ialah kesukaran pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi iaitu kekurangan kefahaman terhadap peraturan yang mengawal kesamaan antara bunyi sebenar dan huruf-huruf tertentu yang membina perkataan (Raskind, 2001). Contohnya, sesetengah pelajar tidak memahami iaitu, perkataan

Page 6: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 75

„kuching‰ terdiri daripada beberapa huruf dan gagal mengaitkan bunyi dengan huruf. Kesukaran mendekod menyumbang kepada masalah membaca. Disleksia Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah Disleksia (Dyslexia). Kanak-kanak disleksia mengalami masalah dan terdiri daripada mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan. Berikut ini ialah beberapa ciri pelajar disleksia:

� Sukar mengaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya

� Lebih minat merujuk kepada gambar dan bukan kepada perkataan yang berkaitan

� Cuba meneka maksud perkataan dengan melihat gambar

� Huruf, perkataan dan nombor ditulis terbalik; contohnya Âb‰ ditulis sebagai ÂdÊ.

� Sukar membezakan antara pelbagai bunyi yang didengar

� Kecelaruan dengan manakah ÂkananÊ dan manakah ÂkiriÊ

� Kerap melangkau baris ketika membaca

� Mudah lupa perkataan baru yang dipelajari Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. Pemahaman memerlukan sesorang itu mentafsir frasa, ayat dan perenggan. Pelajar bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti perkataan sudah tahap pemahamannya tidak setanding dengan tahap pemahaman pelajar normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan menghabiskan masa mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membaca dengan fasih dan lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur.

4.2.2 Masalah Menulis

Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis. Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. (Smith 1998). Berikut ialah beberapa masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:

(i) Kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan;

(ii) Menulis huruf yang berlainan saiz;

(iii) Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang di antara huruf;

Page 7: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

76 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(iv) Kelemahan dalam ejaan (meninggalkan atau menambahkan huruf-huruf tertentu);

(v) Kesukaran mengaitkan gambar dengan perkataan;

(vi) Tidak menggunakan tatabahasa yang betul;

(vii) Organisasi perenggan yang tidak teratur;

(viii) Penjanaan idea yang tidak matang; dan

(ix) Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

4.2.3 Masalah Matematik

Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran matematik (Rivera, 1997). Diskalkulia (dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya dikalkulia bermakna ketikupayaan untuk mengira. Berikut ialah beberapa masalah matematik di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:

(i) Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab

(ii) Kesukaran menyelesai masalah matematik bentuk ayat atau bahasa

(iii) Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang salah secara konsisten.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Apakah ciri-ciri pelajar disleksia?

2. Berbanding dengan pelajar normal, apakah kelemahankemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalahpembelajaran?

Page 8: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 77

(iv) Kesukaran mengingat kembali fakta (mengingat semula fakta lebih perlahan berbanding pelajar biasa)

(v) Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.

4.2.4 Masalah Interaksi Sosial

Setelah mengkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness (1996) membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Kompetensi sosial yang rendah di kalangan pelajar bermasalah adalah rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi sosial di sekitar mereka (lihat Rajah 4.2). Contohnya, mereka mereka tidak faham apa yang mereka harus lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa orang lain ingin mereka buat dan bagaimana orang lain melihat mereka.

Rajah 4.2: Kemahiran sosial ialah mengetahui apa orang lain ingin kita

lakukan dan bagaimana kita mempengaruhi orang lain

Page 9: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

78 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

4.2.5 Masalah Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempamerkan masalah tingkah laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif, telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya (Kirk 1997; Torgese & Litcht, 1983). Istilah yang sering digunakan untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan (Attention Deficit Disorder, ADD) yang telah disemak semula dan kini dipanggil Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder, ADHD) pada tahun 2000 oleh Persatuan Psikitari Amerika (The American Phychiatric Association). Masalah ini lebih ketara di kalangan pelajar lelaki berbanding dengan perempuan. Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap situsai sosial di sekolah dan keadaan di rumah. Bagaimana, perlu ditegaskan bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD) dan berikut ialah ciri-ciri umum masalah tersebut: (i) Sangat aktif (dipanggil hiperaktiviti)

� Tidak boleh duduk diam

� Kerap berjalan dalam kelas (ii) Sukur memberi tumpuan (iii) Bertindak tanpa memikir (impulsif). Contohnya, tiba-tiba meluahkan

jawapan sebelum soalan ditanya (iv) Tidak memberi perhatian kepada perkara terperinci (v) Tidak mengikuti arahan sepenuhnya

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Berbanding dengan pelajar normal, apakah kelemahan kemahiranmengira di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran?

2. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar bermasalah pembelajaranmempunyai kompetensi sosial yang rendah?

Page 10: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 79

(vi) Tidak boleh mengelola aktiviti atau tugas yang diberi (vii) Mudah memberi perhatian kepada perkara lain (viii) Kerap harta benda sendiri seperti buku, kerja sekolah (ix) Terlalu banyak bercakap (x) Tidak menunggu giliran (xi) Mencela ketika orang lain bercakap Masalah Tingkah laku seperti disenaraikan akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Apakah yang menyebabkan bermasalah pembelajaran? Pada masa kini tidak dapat ditentukan dengan tepat apakah yang menyebabkan masalah pembelajaran. Bagi kebanyakan pelajar, kita tidak ketahui apakah yang menyebabkan sesuatu masalah pemelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau kesukaran menyelesai masalah matematik. Bagaimana pun, para penyelidik perubatan telah mengaitkan sebab-sebab masalah pembelajaran kepada empat faktor umum; iaitu, kecerderaan otak, keturunan (atau genetik), ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran (lihat Rajah 4.3).

4.3

AKTIVITI 4.1

Dengan merujuk kepada bahan-bahan internet, kumpulkan maklumat tentang pelajar Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD). Apakah tindakan guru mengajar pelajar-pelajar ini?

Page 11: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

80 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 4.3: Sebab-sebab umum masalah pembelajaran

4.3.1 Kecederaan Otak

Ramai para profesional perubatan berpendapat kebanyakan masalah pembelajaran ada kaitan dengan kecederaan otak. Kecederaan otak atau trauma (kecederaan) pada sistem saraf pusat (central nervous system) biasanya berlaku sebelum kelahiran bayi (prenatal) dan selepas kelahiran bayi (posnatal). (a) SSebelum Kelahiran Bayi Pelbagai kejadian semasa kandungan boleh menyebabkan kecederaan otak

seperti ibu yang menghidap penyakit-penyakit seperti Rubella (sejenis deman campak), herpes simplex, mengambil dadah (seperti herion, kokain), minum alkohol dan merokok, terdedah kepada logam berat (seperti pelambam dan merkuri) dan sinar X.

(b) SSemasa Kelahiran Bayi Pelbagai kejadian semasa kelahiran bayi boleh menyebabkan kecederaan

otak seperti kekurangan oksigen (anoxia), tidak cukup bulan (pramatang) atau kurang berat badan, trauma yang diterima disebabkan oleh penggunaan alatan perubatan seperti forsep (forcep) dan vakum.

Page 12: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 81

(c) SSelepas Kelahiran Bayi Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak terdedah kepada pelbagai

kemalangan yang kadang kala boleh mencedera otaknya seperti hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan, demam yang terlalu tinggi, tumbuhan pada otak dan jangkitan seperti encephalitis dan meningitis [Kita telah membincang penyakit-penyakit dalam Topik 3].

Untuk memastikan struktur dan fungsi otak, para penyelidik telah menggunakan teknologi imejan terkini seperti CAT skan (computerised axial tomopgrahic) dan MRI (magnetic resonance imaging). Kedua-dua peralatan imejan ini digunakan untuk memperolehi imej atau gambar otak dengan lebih terperinci (lihat Rajah 4.4). Tujuan menggunakan peralatan ini ialah untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan struktur dan fungsi otak di kalangan mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang tidak menghadapi masalah pembelajaran. Terdapat bukti-bukti perbezaan struktur dan fungsi di antara pelajar bermasalah pembelajaran teruk dengan pelajar yang normal atau biasa, terutama di kalangan pelajar disleksia. Bagaimana pun, keputusan kajian-kajian ini tidak konsisten dan seorang pendidik harus berhati-hati membuat kesimpulan tentang kaitan di antara struktur dan fungsi otak dengan masalah pembelajaran.

Rajah 4.4: CAT skan: X-ray daripada pelbagai sudut untuk

mendapatkan imej otak

4.3.2 Genetik

Hubung kaitan di antara genetik (atau keturunan) dan masalah pembelajaran masih dipertikaikan kerana tidak ada bukti kukuh. Walaupun amat sukar untuk membezakan sama ada masalah yang timbul adalah disebabkan oleh faktor genetik atau persekitaran, terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan kaitan genetik dan masalah pembelajaran. Para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35 hingga 45 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa yang juga menghadapi masalah membaca

Page 13: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

82 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(Pennington, 1990). Risiko mempunyai masalah membaca akan meningkat sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai masalah yang sama (Raskind, 2001). Penemuan yang sama didapati bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan (Lewis, 1992) dan masalah ejaan (Schulte-Korne, Diemel, Muller, Gutenbrunner & Remschmidt, 1996). Hubung kaitan di antara genetik dan pencapaian dikaji dengan membuat perbandingan ke atas pasangan kembar monozigot atau kembar seiras (identical twins) yang mempunyai ciri-ciri genetik yang sama dengan kembar dizigot atau kembar tidak seiras yang mempunyai ciri-ciri genetik yang berbeza. Didapati daripada kajian-kajian bahawa sekiranya seorang kembar monozigot atau kembar seiras menghadapi masalah membaca, kembarnya juga menghadapi masalah yang sama. Keadaan ini tidak wujud di kalangan kembar tidak seiras. Ini memperkukuhkan hipotesis bahawa masalah pembelajaran mempunyai kaitan dengan genetik (Gargiulo, 2006). Walaupun kembar seiras mempunyai persekitaran keluarga yang berlainan mereka mempunyai sifat yang sama dalam masalah pembelajaran.

4.3.3 Ketidakseimbangan Biokimia

Selain faktor-faktor kecederaan otak dan keturunan, keadaan biokimia yang tidak seimbang juga dikatakan sebagai salah satu sebab berlakunya masalah pembelajaran. Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah. Isu ketidakseimbangan biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran harus ditafsir dengan berhati-hati. Contohnya, pada suatu ketika dipercayai bahawa kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran. Beberapa pakar perubatan telah mengusulkan memberi vitamin dengan banyak kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Bagaimanapun terapi ini tidak menunjukkan pengurangan terhadap masalah pembelajaran. Bahkan di dalam satu kes didapati dos vitamin yang banyak menyebabkan sesetengah kanak-kanak lebih terganggu berbanding dengan sebelumnya (Cott, 1972). Disebabkan penemuan ini, maka Akademi Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics) telah mengumumkan bahawa terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan bagi masalah pembelajaran. Orang ramai harus berhati-hati dengan pelbagai iklan yang mengusulkan ubat-ubatan dan makanan tertentu yang kononnya dapat mempertingkatkan ingatan (atau memori) atau mententeramkan kanak-kanak hiperaktif atau mempertingkatkan kecerdasan atau mempertingkatkan kemahiran matematik.

Page 14: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 83

Hingga kini, tidak ada bukti yang kukuh dan konsisten bahawa sesuatu ubat-ubatan atau makanan atau minuman dapat mengurangkan masalah pembelajaran. Ubat-ubatan tertentu mungkin dapat mententeramkan kanak-kanak hiperaktif tetapi ia tidak secara langsung mengurangkan masalah pembelajaran.

4.3.4 Persekitaran

Seperti mana kecederaan otak, genetik dan ketidakseimbangan biokimia sukar dipastikan sebagai penyebab masalah pembelajaran, faktor persekitaran juga tidak boleh dipastikan dengan tepat sebagai penyebab masalah pembelajaran. Bagaimana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan (seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekiatan yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi) boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Contohnya, kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995) dapati iaitu bayi dan kanak-kanak yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, mempunyai kosa kata dan pengusaan bahasa yang terhad sebelum memasuki sekolah. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran. Kesimpulan Empat faktor telah diutarakan sebagai penyebab masalah pembelajaran. Heward (2003) menyarankan iaitu, guru pendidikan khas harus berhati-hati mengaitkan kecederaan otak, genetik, ketidakseimbangan biokimia atau persekitaran sebagi penyebab masalah pembelajaran. Contohnya, jika guru mengaitkan masalah pembelajaran dengan kecederaan otak, ada kemungkinan dia mencari alasan untuk tidak mengajar dengan betul. Atau seorang pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tidak menunjukkan kemajuan dalam pelajaran, guru mungkin membuat andaian kemiskinan yang menghalang dia belajar dan memberi alasan tidak banyak yang boleh dilakukan.

(a) Sejauh manakah kecederaan otak merupakan faktor yang menyebabkan masalah pembelajaran?

(b) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan kaitan di antara genetik dan masalah pembelajaran?

(c) Mengapakah guru pendidikan khas harus berhati-hati mentafsir faktor-faktor yang menyebabkan masalah pembelajaran?

Page 15: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

84 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

MENGENAL PASTI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran, penaksiran perlu dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang lazim digunakan ialah seperti berikut:

4.4.1 Ujian Standard

Ujian Standard digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian pelajar dengan prestasi pelajar kumpulan norma sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza. (Siti Rahayah Ariffin, 2003). Dengan menggunakan pangkatan percentil (percentile ranking) guru dapat memastikan kedudukan pelajar yang diuji berbanding dengan pencapaian lain. Bagi mentadbir ujian ini, perlu dipastikan ia mempunyai kebolehpercayaan (skor yang konsisten diperolehi apabila ujian itu ditadbirkan) dan kesahan (ujian itu mengukur apa yang hendak diukur) yang tinggi, Pastikan juga norma, iaitu kumpulan perbandingan adalah yang sesuai. Ujian standard digunakakn secara meluas di negara-negara seperti Amerika Syarikat kerana ia boleh digunakan untuk mendiagnos atau mengkategorikan pelajar mengikut keperluan mereka sama ada pendidikan biasa, pendidikan khas, pemulihan ataupun pintar cerdas. Keputusan ujian standard dapat digunakan untuk menyampaikan keputusan kepada ibu bapa. Ujian standard digunakan dengan tujuan membuat perbandingan dengan norma kebangsaan.

4.4.2 Ujian Berasaskan Sekolah

Ujian yang dibina oleh guru boleh digunakan untuk menentukan prestasi pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Penekanan yang diberikan dalam ujian ini adalah sama ada pelajar sudah menguasai isi dan kemahiran yang diajar dengan tidak ambil kira kedudukan seseorang pelajar dibandingkan dengan yang lain. Contohnya, ujian yang bina oleh guru yang menggunakan hasil pembelajaran dalam kurikulum digunakan untuk menentukan sama ada pelajar telah mencapai objektif-objektif pelajaran sesuatu unit atau bahagian sukatan pelajaran. Pelajar perlu menguasai setiap unit sebelum ke unit yang berikutnya. Dalam model penaksiran ini, pencapaian seorang pelajar, biasanya dalam pelajaran matematik ataupun bacaan akan dinilai beberapa kali dalam seminggu di mana item-item ujian melambangkan tugasan harian yang berarahan (Gargiulo, 2006; Deno & Fuchs, 1987). Ia akan mengukur jumlah huruf yang

4.4

Page 16: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 85

betul dalam ejaan, jumlah digit yang dikira dengan betul dalam matematik dan jumlah perkataan yang ditulis dalam karangan digunakan sebagai bukti-bukti mudah terhadap pencapaian akademik. Menurut Lerner (2003), ujian berasaskan sekolah telah digunakan secara meluas dalam pendidikan khas dan ia paling berguna untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran kerana ia meneguhkan perkaitan yang penting antara penaksiran dan pengajaran.

INTERVENSI PENDIDIKAN

4.5.1 Penempatan

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka (Gargiulo, 2006; Mercer & Pullen, 2005). Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalahan pembelajaran, antaranya: (a) BBilik Darjah Biasa Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan dalam

bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Hanya, penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendididkan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

(b) GGuru Pendidikan Khas sebagai Penasihat Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan

kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

4.5

Page 17: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

86 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c) BBilik Sumber Pelajar bermasalah pendidikan yang ditempatkan dalam sekolah biasa akan

pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

Rajah 4.5: Bilik darjah berasingan untuk pelajar bermasalah pembelajaran

(d) BBilik Darjah Berasingan Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah

kecil (di cadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Menurut Heward (2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapt dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling

Page 18: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 87

berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

4.5.2 Pengajaran

Kajian menujukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mandapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Gerstein (1998) mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah: (a) PPengajaran Secara Langsung Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.

Nyatakan kepada pelajar secara terus apa yang patut dilakukan, apa yang patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

(b) MMemperkukuhkan Penguasaan Isi Kandungan Selain menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah

pembelajaran juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains, geografi dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah sukar bagi ramai pelajar bermasalah pembelajaran kerana tahap kemahiran membaca mereka belum kukuh. Oleh itu, guru perlu membantu pelajar menguasai fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran seperti berikut:

� NNota Berpandu: Ini merupakan edaran yang disediakan khas yang terdiri daripada isi-isi penting dan ruang kosong untuk pelajar mengisi. Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan dalam ruang-ruang kosong disebelah poin-poin penting.

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Pada pendapat anda, manakah di antara empat kaedahpenempatan pelajar bermasalah pembelajaran yang lebih berkesan?Mengapa?

2. Apakah kaedah penempatan pelajar bermasalah pembelajaran yang diamalkan di Malaysia?

Page 19: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

88 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

� PPenyusunan Grafik: Isi-isi penting sesuatu pelajaran disampaikan dalam bentuk grafik atau visual. Sesetengah penyusunan grafik disampaikan secara lengkap manakala yang lain disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang kosong untuk diisi oleh pelajar.

� NNeumonik: Neumonik membantu pelajar meningkat fakta-fakta penting. Contohnya, neumonik ÂPaReKiÊ digunakan untuk membantu mengingat kembali sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iaitu; Sg. Pahang, Sg. Rejang dan Sg. Kinabatangan.

(c) SStrategi Pengajaran Pelajar normal menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan

apabila berhadapan dengan sesuatu tugas pembelajaran. Didapati bahawa pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam penghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah: membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

AKTIVITI 4.2

1. Dengan merujuk kepada bahan-bahan internet, senaraikan pelbagai jenis penyusuan grafik dan strategi pembelajaran yang boleh diajarkepada pelajar bermasalah pembelajaran.

2. Rujuk kepada kepada laman web National Center for Learning

Disabilites, http://www.ncld.org/

(i) Apakah misi organisasi ini?

(ii) Senaraikan aktiviti-aktiviti yang jalankan oleh organisasi ini.

Page 20: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN � 89

� Istilah Âbermasalah pembelajaranÊ (learning disabilities) mula-mula sekali

digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

� Samuel Kirk mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

� Bagi Akta Masalah Pembelajaran Spesifik: (Specific Learning Disabilities Act, 1969) ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.

� Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

� Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah membaca, masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial dan masalah tingkah laku.

� Kanak-kanak Disleksia (Dyslexia) mengalami masalah dan terdiri daripada mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan.

� Kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

� Diskalkulia (dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.

� Kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial.

� Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder, ADHD) terdiri daripada pelajar yang sentiasa gelisah dan tidak dapat memberi tumpuan dan lebih kerap berlaku di kalangan pelajar lelaki.

Page 21: 08.HBSE1103 Topik 4 - EPICepic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802... · kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan

90 � TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

� Terdapat bukti-bukti perbezaan struktur dan fungsi di antara pelajar bermasalah pembelajaran teruk dengan pelajar yang normal atau biasa, terutama di kalangan pelajar disleksia.

� Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).

� Ujian Standard digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian pelajar dengan prestasi pelajar kumpulan norma sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza.

� Ujian yang dibina oleh guru boleh digunakan untuk menentukan prestasi pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Bermasalah pembelajaran

Bilik sumber

Disleksia

Hiperaktiviti

Hiperaktiviti

Kelas berasingan

Kelas biasa

Masalah interaksi sosial

Masalah kurang tumpuan

Masalah membaca

Masalah mengira

Masalah menulis

Pengajaran secara langsung

Penyusunan grafik

Penyusunan grafik

Strategi pembelajaran

Ujian standard

Ujian-rujukan criteria