31
PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah Tajuk 1 Pengenalan kepada Al-Quran Sipnosis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk utama iaitu Rasm Uthmani, jenis bacaan al-Quran dan adab dengan al-Quran. Ketiga-tiga tajuk mempunyai kepentingan secara langsung dengan pemeliharaan kitab suci. Melalui pemeliharaan dan penjagaan kepada ketiga-tiga perkara tersebut diharapkan pelatih dapat sepenuhnya menjaga kesucian kitab Suci al-Quran. Ia merangkumi pemeliharaan tulisan, bacaan dan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran. Mushaf-mushaf dan bahan-bahan sumber lain seperti buku iqra’ yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran al-Quran pendidikan sekolah rendah sekarang menggunakan resam Uthmani. Hasil Pembelajaran 1. Mendefinasikan, menyusur galur sejarah, menyenaraikan kelebihan serta mengaplikasikan penulisan resam Uthmani dan Dobt al-Quran dalam pengajaran pembelajaran al-Quran. 2. Mengenalpasti bentuk dan ciri bacaan al-Quran yang dibenarkan dan mengaplikasikan adab-adab berkaitan dengan al-Quran. Kerangka konsep tajuk Pengenalan kepada al-Quran Resam Uthmani Jenis bacaan Al-Quran Adab dengan Al-Quran 1. Resam Uthmani ( 7 jam) 1

08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Tajuk 1 Pengenalan kepada Al-Quran

Sipnosis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk utama iaitu Rasm

Uthmani, jenis bacaan al-Quran dan adab dengan al-Quran. Ketiga-tiga tajuk

mempunyai kepentingan secara langsung dengan pemeliharaan kitab suci. Melalui

pemeliharaan dan penjagaan kepada ketiga-tiga perkara tersebut diharapkan

pelatih dapat sepenuhnya menjaga kesucian kitab Suci al-Quran. Ia merangkumi

pemeliharaan tulisan, bacaan dan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran.

Mushaf-mushaf dan bahan-bahan sumber lain seperti buku iqra’ yang digunakan

dalam pengajaran pembelajaran al-Quran pendidikan sekolah rendah sekarang

menggunakan resam Uthmani.

Hasil Pembelajaran

1. Mendefinasikan, menyusur galur sejarah, menyenaraikan kelebihan serta

mengaplikasikan penulisan resam Uthmani dan Dobt al-Quran dalam

pengajaran pembelajaran al-Quran.

2. Mengenalpasti bentuk dan ciri bacaan al-Quran yang dibenarkan dan

mengaplikasikan adab-adab berkaitan dengan al-Quran.

Kerangka konsep tajuk

Pengenalan kepada al-QuranResam Uthmani

Jenis bacaan Al-Quran

Adab dengan Al-Quran 1. Resam Uthmani ( 7 jam)

1

Page 2: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Anda tentu sudah lama menyedari bahawa tulisan ayat-ayat al-Quran dalam

buku Ikrak menggunakan resam Uthmani. Sejauh mana anda memahami istilah

tersebut?. Sebelum itu marilah kita jejaki secara ringkas sejarah penulisan al-

Quran.

Sudah menjadi sunnah, ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-

dua cara iaitu secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan Al-Quran. Bersama-

sama bentuk-bentuk bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril

Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah

Al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah mengesan beberapa kaedah penulisan

kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Resm

Uthmani.

Melalui kaedah-kaedah penulisan tersebut suatu kesimpulan

dapat dirumuskan bahawa kaedah-kaedah tersebut sangat

unik. Jika ia bukan bersumberkan Rasulullah dan para

sahabat tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis

kalimah-kalimah Kitab yang paling agung. Yang jelas dan

nyata banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga

Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sangat mengambil berat terhadapnya.

Rasm dan Rasm Uthmani.Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui gabungan huruf-huruf Hijaiyah.

Rasm Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Quran yang digunakan dan

dipersetujui Saidina Uthman ketika penulisan dan penyalinan Al-Quran. Ada

yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan cara

penulisan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini disebabkan adanya penambahan, pembuangan,

penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Dr Syaaban

Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan

mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.

Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada aktiviti sahabat-

sahabat yang bertanggungjawab menulis Mushaf-Mushaf dengan menggunakan

kaedah-kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan

2

Page 3: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

ulama berpendapat bahawa Rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah

yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga memerintahkan supaya

digunakan di dalam penulisan Al-Quran Ketika itu.

Rujuk pada beberapa kitab Ulum Quran dan Resam al-Quran dan

dapatkan maklumat yang membezakan antara istilah-istilah berikut ;

resam, khat dan manuskrip.

Rasm Uthmani.

Tulisan asal Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah

Rasm yang digunakan sahabat-sahabat menulis ayat-ayat Al-QuranDinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana beliau mengarahkan Al-Quran disalin semula

Sejarah Rasm Uthmani Penulisan .Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa Ummi tidak mengenal tulisan.

Keadaan ini berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar

menulis menjelang kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah

mengenai akan datang seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan

Islam dan menyiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media

tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima

mengalami perubahan.

Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Qurais di Makkah tidak

mengambil tulisan kecuali melalui Harb bin Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma

berbeza pendapat mengenai daripada siapa ia mempelajarinya. Dari sumber

inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam.

Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih

buta huruf.

3

Page 4: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang

mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi

yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang

pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b

Thabit yang kesemuanya juga belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas

perintah Nabi s.a.w.

Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan

menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan

4-5 surah Al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan

tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan

dalam mengangkat martabat umat islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat

menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media

untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai menulis

diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi

sedikit hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan

bahawa islam adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.

Penulisan Al-QuranRasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui

perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat

Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid

b Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada

wahyu turun beliau menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di

samping menambah kepercayaan dan kehati-hatian terhadap Kitab Allah sehingga

penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran

menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan

besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran. Kemudian tulisan-

tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian, al-Quran

telah dihimpun dengan cara itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah atau

mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain

yang seumpamanya.

4

Page 5: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.Abu bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia

menghadapi masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan

yamamah mensyahidkan ramai para hafiz Al-Quran dan saidina Umar melahirkan

kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu

Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul Al-

Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada dalam hati

para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-

lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan

kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).

Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman. Penyebaran islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah,

dan penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim

kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan

perbezaan “huruf” yang dengannya Al-Quran diturunkan. Apabila mereka

berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka merasa heran perbezaan-

perbezaan Qiraat yang berlaku di kalangan mereka.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia

dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan.

Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini

menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin

lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat

Islam pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam

Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu

Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari

satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media

yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia

mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang

terabai”.

5

Page 6: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Penulisannya di zaman Saidina Uthman.Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan

diberbagai daerah. Umat islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya

wahyu. Masing-masing daerah islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada

kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang

memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit

kerana mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah

sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke

darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.

Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para

pakar untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin

beberapa mushaf untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar

selainnya dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.

Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua

puluh empat dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin Al-Quran

mereka dibantu oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang

Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris.

Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf Uthmani dan di hantar naskhah

tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili Qiraat-

qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan

tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam

enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

Hasilkan grafik tulang ikan menggambarkan ciri-ciri pengumpulan

Al-Quran di zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina

Uthman. (1 jam)

Kelebihan Rasm Uthmani

6

Page 7: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat

perlu diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis

dan membaca kitab suci Al-Quran.

Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-

ulama untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah

penulisannya bersifat Tauqifi.

Rasm Uthmani tauqifi. Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada bimbingan Rasulullah.

Lebih jelas ia bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti

dimaklumi Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada sahabatnya melainkan

setelah mendapat wahyu daripada Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau

Khalaf semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan

sahabat-sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun

ada beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini

perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada

sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan

sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan

kefahaman Al-Quran.

Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai

mukjizat tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya

diketahui oleh Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan

mengurangkan keagungan dan mukjizat Al-Quran.

7

Page 8: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran. Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya

menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke

Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh

beliau sendiri.

Merangkumi tujuh huruf. Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi

keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan

dengan wajah qiraat yang diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama

mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan

ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad,

mutahanna atau jamak dan samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada

cara ikrab, perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf

atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau

mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada

tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf

yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu

terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja

dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawatiroh yang lain.

8

Page 9: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir. Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam

rasul melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b

Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya.

Dengan keadaan tersebut Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan

mengumpul Al-Quran oleh dua khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina

Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa

hayat nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah

sebagai ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf

tersebut. Begitu juga apa yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat

seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana

sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.

Kaedah penulisan yang istimewa. Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani

banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.

Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah

sahaja, huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;a.

b.

9

Page 10: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.

a.

3. keistimewaan hazaf.

a.

b.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).

a.

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri

sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya

akan dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di

kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan

yang wajib dan dipelihara dan diamalkan.

10

Page 11: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan

namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama

kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan

dalam jangka panjang mendedahkan Al-Quran kepada perubahan.

Kemukakan DUA buah Hadis Sohih dan huraiannyanya yang

menjelaskan maksud Tujuh Huruf di dalam pengajian Al-Quran.

(2 jam)

11

Page 12: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani

1. kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf)hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah

tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah

alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan

(fawatih) surah tertentu Al-Quran

a. hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:

i. alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak

ii.alif “Al-Takrif” yang didahului huruf lam untuk ta’kid atau “jar”

iii. kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang

berfungsi sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah

wasal atau Qata’ contohnya;

12

Page 13: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

iv. alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;

13

Page 14: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

v. alif ya kata seruan (ya al-nida’) contohnya

vi. alif kalimah aiyuha pada tiga tempat

14

Page 15: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

vii. alif “domir marfuk” yang bersambung dengan “domir

maful” contohnya;

viii. alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;

15

Page 16: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

ix. kebanyakan alif pada kalimah jamak muzakkar salim

contohnya;

x. semua alif jamak muzakkar salim contohnya;

16

Page 17: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

xi. alif pada kata nama bilangan (Asmak Al-Adad)

contohnya;

xii. alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya

hamzah contohnya

17

Page 18: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

xiii. alif bagi “ha peringatan” (ha tanbih) contohnya;

xiv. Alif kata penunjuk (isim isyarah) contohnya;

18

Page 19: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

xv. Alif kata nama penyambung (asmak al-Mausulah)

contohnya;

xvi. Alif ditengah-tengah ejaan nama ajam (bkn arab) yang

sering digunakan contohnya;

19

Page 20: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

xvii. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat

pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran;

xviii. Alif hamzah pada semua perkataan “al an” contohnya

Kecuali ayat sembilan suran al-Jin

xix.

xx. Dua alif yang berturut-turut iaitu;

20

Page 21: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

xxi.

(Al-i-'Imran

184)

(Al-Baqarah 061)

Begitu juga pada empat tempat berikut;

Kemukakan 10 petikan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan

hazaf Wau dengan Ya`. ( 1 jam)

21

Page 22: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

2. Kaedah ziyadah atau tambahan.

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah

tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua

keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.a. Ziyadah huruf wau pada ;

i.

(Al-A’raf 145)

ii.Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di

bawah ;

b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;

22

Page 23: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah berikut

23

Page 24: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

24

Page 25: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

3. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada

kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima

keadaan berikut iaitu;a. Pertukaran huruf alif kepada waub. Pertukaran alif kepada yac. Pertukaran nun kepada alifd. Pertukaran ta simpul kepada ta terbukae. Pertukaran thulathi wau kepada alif.

i.

ii.

Latihan : (2 jam)

Rujuk kepada kitab-kitab Ulum Al-Quran yang sesuai dan

kemukakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penggantian

huruf `alif kepada ya` dan `nun kepada alif` .

4. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)

berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain

yang lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan

penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai.

Contohnya penggabungan penulisan lafaz “an” dengan “lan” pada ayat 3

surah Al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan

lafaz “anna” dengan “ma” pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62.

25

Page 26: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.

6. Kaedah penulisan huruf hamzah.

kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara

kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang

bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada “fiel” selepas Istifham pada

tujuh tempat iaitu;

(Al-Maryam 78)

26

Page 27: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Latihan : ( 3 jam)

1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di

tengah-tengah kalimah.3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam

kalimah-kalimah Al-Quran.

2. Jenis Bacaan dalam al-Quran: Di dalam membaca al-Quran terdapat beberapa martabat atau tingkatan dalam

membacanya berdasarkan kecepatan waktu dan tatacara yang dibenarkan oleh

hukum-hukum Tajwid. Dalam hal ini Ulama Qiraat berbeza pendapat di dalam

membahagi-bahagi martabat tersebut. Menurut `Izzah Ubaid Da`aas di dalam

kitabnya "Fannut Tajwid" beliau membahagikan 3 tingkatan di dalam membaca Al-

Quran iaitu : al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.

27

Page 28: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

1. Al-Tartil: Adalah tingkatan bacaan yang paling utama. Cara membacanya

perlahan-lahan dengan penuh tawadhu`, tadabbur (menghayati isi

kandungan) dengan memelihara segala hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah

sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s. ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50 minit dalam satu Juzu`.

2. At-Tadwir: Adalah tingkatan bacaan yang sederhana dengan erti tidak

terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan membacanya dengan

kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`. Bacaan seperti

ini adalah sebagaimana bacaannya yang dilakukan oleh Ibnu Amir dan

huffaz di dalam mentakrir mengulang-ulang bacaan. Tingkatan bacaan ini

juga sentiasa memelihara hukum-hukum tajwid sebagaimana yang telah

ditentukan.

3. Al-Hadr: Adalah tingkatan bacaan yang paling laju tetapi tetap memelihara

aturan-aturan hukum tajwid. Pada umumnya bacaan ini memakan masa

10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Tingkatan seperti ini sebagaimana

bacaan yang dilakukan oleh Ibnu Khatir dan Abi Amru. Dengan cara inilah

dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malam Ramadhan solat Tarawih

dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu malam. Jadi Beliau

telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan Beliau boleh

mengkhatamkan Al-Quran.

1. ADAB-ADAB AL-QURAN. Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran.

Adab-adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar, belajar dan guru al-

Quran

Adab-adab guru al-Quran

Adab pelajar-pelajar al-QuranAdab mendengar & membaca al-Quran

28

Page 29: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Adab-adab denganAl-Quran

29

Page 30: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran. Untuk menjaga kedudukan

al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli adab berkaitan

mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;

Adab membaca dan mendengar al-Quran

Ikhlas kerana AllahMenghadirkan hati dan aqalMembaca istiazahMembaca basmalahBerkeadaan suciMembaca di tempat suci dan bersihMembersih mulutMemakai pakaian bersih dan suciMembaca dengan khusuk dan tawadukDuduk dengan sopan dan menghadap kiblatTidak diselangi dengan percakapan yang tidak perluMemohon kebajikan (ayat rahmat)Membaca ucapan tertentu (ayat tertentu)

Adab-adab pelajar al-Quran:1. Ikhlaskan niat kerana Allah.2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya

muda , kurang masyhur dan seumpamanya.

30

Page 31: 08 tajuk 1_penglan_kpd_al-quran_1-29.doc

PIM3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah

3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya.4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.

Adab-adab guru al-Quran:1. Ikhlaskan niat kerana Allah.2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.5. Berlembut dengan pelajar.6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar.8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.

Latihan

1. Dengan menggunakan peta minda, secara atas talian internet kemukakan

cara-cara mengaplikasikan bacaan al-Quran al-Tartil, al-Tadwir dan al-Hadr.

Layari Internet

1. Dengan melayari laman http.Saifulmerahs.blogspot.com, hasilkan nota-nota

tambahan bagi melengkapkan adab-adab membaca al-Quran. Rujuk juga

dimana-mana laman web yang berkaitan.

31