25

037 BAHASA TAMIL filemenghuraikan isi dengan beserta contoh yang relevan. Mereka juga menguasai kosa ... Calon kumpulan ini juga dapat menulis karangan jenis fakta dan

Embed Size (px)

Citation preview

037 BAHASA TAMIL

Bahasa Tamil 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod mata pelajaran : 037 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Tamil Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah bahagian yang wajib dijawab. Calon harus membina empat (4) ayat. Markah yang diperuntukkan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada satu (1) karangan berpandu yang mesti dijawab. Calon harus menulis cerpen mengenai gambar tersebut. Markah yang diperuntukkan ialah 20. Bahagian C terdiri daripada tiga (3) soalan berbentuk respons terbuka dan calon perlu menjawab satu soalan sahaja. Markah yang diperuntukkan ialah 30. Konstruk yang diukur ialah:

a) Kefahaman tentang tatabahasa. b) Memahami dan memindahkan maklumat. c) Kemahiran menulis.

PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya calon dapat memahami dan menjawab mengikut kehendak soalan dengan baik. Calon juga memahami konsep dan isi kandungan soalan. Prestasi calon telah meningkat dari segi kuantiti berbanding tahun sebelumnya. Bagi calon cemerlang mereka dapat mengolah isiisi penting dengan baik dan tepat. Calon juga dapat menghuraikan isi dengan beserta contoh yang relevan. Mereka juga menguasai kosa kata dan gaya bahasa yang menarik. Bagi calon sederhana pula, mereka dapat memahami kehendak soalan namun kurang kemahiran dalam menghuraikan isi secara terperinci beserta contoh yang sesuai. Calon juga kurang mahir menulis karangan jenis fakta berbanding tahun sebelumnya. Mereka juga tidak dapat menunjukkan kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain.

Calon kumpulan rendah tidak menunjukkan sebarang peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Calon hanya menyalin soalan yang diberi. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dapat membina ayat dengan kata penerang yang tepat serta menulis cerpen dengan kreatif. Calon kumpulan ini juga dapat menulis karangan jenis fakta dan

Bahasa Tamil 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

berformat dengan memberi ideaidea yang bernas. Struktur ayat yang gramatis digunakan beserta dengan kosa kata yang betul dan menarik. Jawapan dijawab mengikut kehendak soalan. Calon juga dapat mempersembahkan jawapan yang bermutu. Pendahuluan dan penutup karangan bersesuaian dan dinyatakan dengan baik dan jelas. Calon dapat menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat tunggal dan ayat majmuk. Penguasaan tatabahasa calon dalam kumpulan ini adalah sangat baik. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca yang dilakukan oleh calon ini. Kumpulan Sederhana Calon dapat membina ayat yang betul tetapi mereka tidak menggunakan kata penerang. Calon kumpulan ini dapat memahami kehendak soalan tetapi kurang berkemahiran dalam menghuraikan isi dengan tepat dan contoh yang diberi adalah terlalu ringkas serta tiada kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain. Mereka juga banyak melakukan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Calon ini juga tidak dapat menyampaikan idea secara kreatif dan kurang mahir menulis karangan berbentuk fakta. Kumpulan Rendah Calon melakukan kesalahan ejaan yang ketara. Calon juga mengulangi isi yang sama dalam setiap perenggan. Ada juga di antara calon yang hanya menyalin soalan yang diberi. Calon juga kurang kemahiran menulis karangan jenis berformat dan fakta. Ideaidea yang diberi juga tidak bernas. PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Bina Ayat / : (10 )

Calon dikehendaki membina empat ayat yang gramatis dengan menggunakan kata penerang yang sesuai bagi perkataan perkataan yang diberi.

:

- .

-

.

.

- ,

.

- ,

. .

1. 2. 3. 4.

Bahasa Tamil 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dikehendaki membina empat ayat yang gramatis dengan menggunakan kata penerang yang sesuai bagi perkataanperkataan yang diberi.

Jawapan di atas menunjukkan contoh kategori cemerlang. Calon menulis jawapan yang bermutu, bertepatan dan mengikut kehendak soalan. Calon membina empat ayat dengan menggunakan kata penerang yang tepat bagi setiap perkataan yang diberi. Calon juga dapat menjelaskan maksud perkataan lebih jelas tanpa kesalahan ejaan. Struktur ayat yang gramatis digunakan beserta dengan perbendaharaan kata yang betul dan menarik. Calon ini juga dapat menggunakan tatabahasa yang betul seperti tanda baca, laras bahasa dan kosa- kata yang tepat.

. , . , .

Bahasa Tamil 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas adalah kategori sederhana. Calon dapat membina ayat yang gramatis dengan menggunakan perkataan yang diberi tetapi kata penerang tidak digunakan dengan tepat. Calon tidak melakukan kesalahan ejaan. Calon menggunakan tanda baca yang betul, kosa kata yang biasa dan laras bahasa yang betul. Bentuk tulisan bagi calon dalam kumpulan ini adalah kurang memuaskan.

. , . .

Bahasa Tamil 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas adalah daripada kategori rendah. Calon kurang memahami kehendak soalan. Ayat yang ditulis tidak mempunyai kata penerang serta penjelasan yang kurang tepat. Penggunaan perkataan yang salah dan juga kosa-kata yang terlalu lemah. Ayat yang dibina tidak sesuai dan terdapat banyak kesilapan tatabahasa khususnya dalam ejaan dan struktur ayat. Ada calon yang tidak menggunakan langsung perkataan yang diberi tetapi menggunakan perkataan yang sama maksud dengan kata tersebut.

. . , , .

Bahasa Tamil 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian B Karangan Bergambar

: 80 .

Calon dikehendaki menulis sebuah cerpen tidak kurang daripada 80 patah perkataan berpandukan gambar yang diberi.

Bahasa Tamil 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

(Permulaan)

Bahasa Tamil 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

(Kesudahan)

Bahasa Tamil 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Jawapan di atas adalah daripada kategori cemerlang. Calon telah memulakan cerpen dengan gaya bahasa yang sesuai. Calon dapat mengembangkan isi, jalan cerita dan klimaks yang menarik dengan menggunakan kosa kata yang sesuai. Calon cemerlang dapat mengemukakan idea yang kreatif dengan daya imiginasi yang tinggi. Hal ini dapat mencungkil kebolehan calon dalam penulisan cerpen. Penggunaan tatabahasa yang sesuai dan tepat menjelaskan kematangan calon. Mereka juga dapat memahami situasi gambar dengan jelas. Calon kumpulan ini dapat memilih tema cerita yang sesuai dengan kehendak soalan.

. . . . . .

(Permulaan)

Bahasa Tamil 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

(Kesudahan)

Jawapan di atas adalah kategori sederhana. Calon menjawap soalan dalam bentuk cerpen tetapi gaya bahasa kurang menarik. Tatabahasa dan kosa kata yang digunakan tidak tepat dengan kehendak soalan. Daya imaginasi tidak menonjol dalam hasil karya calon serta huraian situasi gambar adalah pasif

. . . .

Bahasa Tamil 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

(Permulaan)

Bahasa Tamil 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

(Kesudahan)

Jawapan di atas mengambarkan bahawa calon tidak memahami kehendak tugasan. Pengolahan idea tidak jelas, tidak tepat dan tidak berkaitan. Terdapat banyak kesalahan struktur ayat, kata dan kosa kata. Daya imiginasi adalah lemah dan tidak menepati tema. Kebanyakan hasil calon dalam bentuk karangan.

. . . .

Bahasa Tamil 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Bahagian C

: (30 ) 1,2,3 . 120 .

3 . {C1} - . : {C2} -

: .

{C3} - :

Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Calon dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan daripada tiga tajuk yang diberi.

Bahasa Tamil 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan C1

{C1} - -

Jawapan di atas adalah daripada kategori cemerlang. Calon memberi isi dan menghuraikan isi tersebut dengan terperinci serta dapat menghasilkan karangan mengikut kehendak soalan. Calon kumpulan ini dapat menghuraikan isi dengan tepat dan pengolahan yang jelas. Pengolahan isi yang bernas dan struktur ayat yang gramatis membolehkan calon menghasilkan karangan yang bermutu tinggi. Tiada sebarang kesalahan struktur ayat dan ejaan dalam hasil penulisan. Calon ini juga dapat menguasai kosa kata dengan baik.

Bahasa Tamil 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

, . . . , . . .

Dalam contoh jawapan sederhana calon menyatakan isi tetapi tidak dapat mengolahnya dengan baik. Calon sederhana hanya memberi isi tetapi tidak menghuraikannya secara mendalam. Calon dalam kumpulan ini hanya menghuraikan satu isi sahaja dengan baik.

Bahasa Tamil 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Isi-isi lain tidak dihuraikan dengan sepenuhnya. Terdapat juga sedikit kesalahan struktur ayat dan ejaan.

. , . . .

Di atas adalah jawapan kategori rendah. Calon menghasilkan karangan mengikut kehendak soalan. Calon dalam kumpulan ini hanya dapat menulis dalam bentuk ayat tunggal sahaja. Calon ini juga tidak dapat menghuraikan isi dan fakta dengan jelas dan tepat. Mereka juga tidak menguasai struktur ayat dan kosa kata. Ada juga calon yang hanya menyalin semula soalan yang diberi.

. . , . .

Bahasa Tamil 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan C2

{C2} - - .

Contoh jawapan di atas adalah daripada kategori cemerlang. Calon memberi isi dan menghuraikan isi tersebut dengan terperinci serta dapat menghasilkan karangan mengikut format laporan dengan baik. Calon kumpulan ini dapat memulakan pendahuluan dengan betul. Pengolahan isi yang bernas dan struktur ayat yang gramatis membolehkan calon menghasilkan laporan bermutu tinggi. Tiada sebarang kesalahan struktur ayat dan ejaan dalam hasil penulisan. Calon ini juga dapat menguasai kosa kata dengan baik.

Bahasa Tamil 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

. . . , .

Dalam contoh jawapan sederhana calon menjawab kehendak soalan tetapi tidak dapat menghuraikan isi dengan terperinci. Terdapat calon yang mengulangi isi yang sama.dan sedikit kesalahan struktur ayat dan ejaan.

Bahasa Tamil 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

. , . . . . .

Calon kategori rendah tidak memilih tajuk berformat ini. Calon kumpulan ini hanya menyalin semua soalan.

. .

Bahasa Tamil 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Soalan C3

{C3} - -

Contoh jawapan di atas adalah daripada kategori cemerlang. Kebanyakan calon telah memilih tajuk ini. Mereka dapat menghuraikan isi dengan daya imaginasi yang tinggi. Calon dapat menonjolkan pemikiran kreatif dengan pengolahan ayat yang jelas dan tepat. Tiada sebarang kesalahan struktur ayat dan ejaan dalam hasil penulisan. Calon ini juga dapat menguasai kosa kata dengan baik.

Bahasa Tamil 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

. . . .

Dalam contoh jawapan sederhana calon menghuraikan isi dengan daya imaginasi pada tahap yang memuaskan. Pemikiran kreatif calon dalam kumpulan ini tidak begitu menonjol. Terdapat juga sedikit kesalahan struktur ayat dan ejaan.

. . .

Bahasa Tamil 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Di atas adalah jawapan kategori rendah. Calon tidak mempunyai daya imaginasi dan pemikiran kreatif. Calon dalam kumpulan ini hanya dapat menulis dalam bentuk fakta sahaja. Calon tidak menguasai struktur ayat dan kosa kata. Ada juga calon yang hanya menyalin semula soalan yang diberi.

. . . .

Bahasa Tamil 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON

1. Memahami kehendak soalan sebelum menjawab. 2. Mengamalkan budaya membaca untuk menambah perbendaharaan kata,

pengetahuan dan peka kepada isu semasa. 3. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan. 4. Memberi tumpuan khusus dalam tatabahasa bagi mengelakkan kesalahan bahasa. 5. Memperbanyakkan latih tubi 6. Memahami karangan berformat secara terperinci. 7. Meningkatkan daya fikiran kreatif dan kritis.

Bahasa Tamil 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU

1. Menekankan aspek tatabahasa dan struktur ayat di dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Mempelbagaikan latihan bahasa dan memaksimumkan latihan membina ayat. 3. Menekankan bentuk tulisan yang betul. 4. Menitikberatkan unsur KBKK dan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Mencungkil bakat murid melalui kepelbagaian aktiviti. 6. Memperbanyakkan latihan mengarang kepada murid dan semak latihan dengan

teliti dan berbincang dengan murid.

Bahasa Tamil037 BAHASA TAMIL