36
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AQILAH BINTI ZAINAL RASID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PSZ 19:16(Pind. 1/97) PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN BAGI TAJUK KEK DAN ROTI (HURUF BESAR) CIK SARIMAH ISMAIL LOT 780, JALAN MASJID BAUNG BAYAM, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.

01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya AQILAH BINTI ZAINAL RASID

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

u Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

BAGI TAJUK KEK DAN ROTI

(HURUF BESAR)

CIK SARIMAH ISMAIL LOT 780, JALAN MASJID BAUNG

BAYAM, 15200 KOTA BHARU,

KELANTAN.

Page 2: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

: ………………………………….

: CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

: 24 APRIL 2009

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Page 3: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

i

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN

MODUL PENGAJARAN KENDIRI KURSUS

ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

BAGI TAJUK KEK DAN ROTI

AQILAH BINTI ZAINAL RASID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan di mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : AQILAH BINTI ZAINAL RASID

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat :

Suami tercinta,

Muhammad Arif bin Awang

Sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan…

Mak abah tersayang,

Azmah binti Azhar & Zainal Rasid bin Mohd Zain

Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa diingatan…

Adik beradik yang diingati selalu,

K’ jie, A’ime, K’mi, A’Lukme, K’yan, A’Fatah, A’Amir, Ammar, Iby, C, Aman, Han

Walau berjauhan semangat kalian sentiasa disisi…

Teman seperjuangan,

Ana, Zu, Cah, Nor, Laa

Kejayaan ini milik kita bersama…

Teman sentiasa dalam ingatan,

Sya, Dhilah, Aima

Ukhuwwah fillah abadan abada…

Page 6: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada individu yang terlibat dalam menghasilkan penulisan ini. Jutaan

terima kasih diucapkan kepada Cik Sarimah binti Ismail selaku penyelia Projek Sarjana

Muda kerana sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta meluangkan begitu banyak

masa dalam menyiapkan projek ini. Tunjuk ajar dan teguran daripada beliau adalah yang

paling berharga demi menambah ilmu pengetahuan. Terima kasih di atas keprihatinan

dan sentiasa memberi peluang untuk diri ini memperbaiki kesilapan.

Kepada suami tercinta, Muhammad Arif bin Awang yang terlalu banyak

berkorban serta mak abah tersayang, Azmah Azhar dan Zainal Rasid Mohd Zain yang

sentiasa memberi semangat dan dorongan. Buat adik beradik, rakan-rakan pembantu-

pembantu pensyarah yang membantu bagi menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

projek ini. Jasa kalian abadi di jiwa dan semoga Allah memberikan ganjaran yang

setimpal di atas segala sumbangan kalian.

Wassalam…

Page 7: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

v

ABSTRAK

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) tajuk Kek dan Roti ini adalah pakej

pengajaran-pembelajaran kandungan kendiri yang direkabentuk dengan terancang,

teratur dan sistematik. MPK yang dibina merupakan salah satu alternatif bagi mengatasi

masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk

digunakan oleh para pelajar dan pensyarah serta membantu dalam memahami sesuatu

topik dengan lebih baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membina dua buah MPK

bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tajuk Kek dan Roti. Pembinaan

MPK ini adalah berdasarkan kepada Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). MPK yang

dibina dinilai kesesuaiannya melalui Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh

dua orang pensyarah manakala Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) pula dinilai

oleh tiga orang pensyarah yang mengajar kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan. Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) pula melibatkan 30 orang

pelajar yang mengambil kursus yang sama. Data daripada PFKK dianalisis secara

statistik deskriptif dalam bentuk min, maksimum dan minimum. Data PFKP pula secara

statistik deskriptif dalam bentuk peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan

kesesuaian MPK pada PFSS, PFKK dan PFKP masing-masing memberikan status sesuai

dan sangat sesuai bagi MPK Kek dan MPK Roti digunakan sebagai bahan P&P yang

menekankan kepada pembelajaran kendiri. Penggunaan MPK Kek dan MPK Roti

banyak membawa implikasi positif kepada pelajar, pensyarah, institusi pengajian tinggi.

Page 8: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

vi

ABSTRACT

Self Instructional Module (SIM) titled Cake and Bread were designed

systematically for self teaching and learning package. SIM is an alternative to fulfill the

lack of quality in teaching and learning materials. It is suitable for students and lecturers

usage in order to understand the topics better. So, the purpose of the study is to construct

the design of two SIMs which specialize in Basic Food Preparing and Nutrition course

in the Cake and Bread topics. Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) had been used in

constructing those SIMs. In evaluating these SIMs, two lecturers were involved in One-

to-One Formative Evaluation (OOFE) and three lecturers who teach Basic Food

Preparing and Nutrition were involved in Small Group Formative Evaluation (SGFE).

Field Trial Formative Evaluation (FTFE) were involved 30 students who had learned the

same subject. Data collected from SGFE were analyzed using descriptive statistics in

terms of mean, maximum and minimum. On the other hand, statistics descriptive also

used FTFE finding in terms of mean and percentage. The study indicated that Cake and

Bread SIMs constructed was very suitable at both levels of evaluation, OOFE and SGFE

as learning and teaching materials for self learning. The usage of those SIMs had offered

positive implications to the students and lecturers at Higher Education Institution.

Page 9: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 15

1.4 Objektif Kajian 16

1.5 Persoalan Kajian 16

1.6 Rangka Kerja Konsep 17

1.7 Kepentingan Kajian 18

1.7.1 Pelajar 18

Page 10: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

viii

1.7.2 Pensyarah 19

1.7.3 Institusi Pengajian Tinggi 19

1.8 Skop Kajian 20

1.9 Takrifan Istilah 20

1.9.1 Pembinaan 20

1.9.2 Pembangunan 21

1.9.3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 21

1.9.4 Penilaian 21

1.9.5 Penilaian Formatif 22

1.9.6 Pra ujian 22

1.9.7 Ujian Diagnostik 22

1.9.8 Pemulihan 23

1.9.9 Pengayaan 23

1.10 Rumusan 23

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 24

2.1 Pendahuluan 24

2.2 Pengajaran Individu 25

2.3 Pengajaran Terancang 25

2.4 Pengajaran Bermodul 26

2.4.1 Tujuan Pengajaran Bermodul 27

2.4.2 Ciri-ciri Pengajaran Modul P&P 28

2.5 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 29

2.6 Kajian Terdahulu Penggunaan MPK ke atas Pencapaian

Akademik 30

2.7 Status MPK di Malaysia 31

2.8 Model Yang Berkaitan Dengan Pembinaan MPK 32

2.8.1 Model Burns 32

2.8.2 Model Klingstedt 33

2.8.3 Model Eijl 35

Page 11: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

ix

2.8.4 Model de Vito-Krockover 36

2.8.5 Model Meyer 37

2.8.6 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 39

2.8.6.1 Pengenalan 40

2.8.6.2 Isi Kandungan 41

2.8.6.3 Penilaian Kendiri 41

2.8.6.4 Pengukuhan 42

2.8.6.5 Maklum Balas 43

2.8.6.6 Rujukan 43

2.9 Perbandingan Model-model MPK 43

2.10 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 44

2.11 Penilaian MPK 45

2.11.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 46

2.11.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 47

2.11.3 Penilaian Formatif Kajian Percubaan 47

2.12 Kekangan Menggunakan MPK 48

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 49

3.1 Pendahuluan 49

3.2 Reka Bentuk Kajian 49

3.3 Kandungan MPK Kek dan MPK Roti 50

3.3.1 Isi Kandungan Utama Dalam MPK Kek 51

3.3.1.1 Bahagian Pemulihan 52

3.3.1.2 Bahagian Pengayaan 53

3.3.2 Isi Kandungan Utama Dalam MPK Roti 53

3.3.2.1 Bahagian Pemulihan 55

3.3.2.2 Bahagian Pengayaan 55

3.4 Responden Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 56

3.6 Tatacara Kajian 59

3.6.1 Kajian Tahap Pertama 61

Page 12: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

x

3.6.2 Kajian Tahap Kedua 62

3.6.3 Kajian Tahap Ketiga 63

3.6.4 Kajian Tahap Keempat 64

3.6.4.1 Analisis Temubual PFSS 64

3.6.4.2 Analisis Soal Selidik PFKK 64

3.6.4.3 Analisis Soal Selidik PFKP 66

3.7 Andaian Kajian 67

3.8 Batasan Kajian 68

3.9 Rumusan 69

BAB 4 ANALISIS DATA 70

4.1 Pendahuluan 70

4.2 Kajian Rintis MPK Kek dan MPK Roti 70

4.2.1 Dapatan Kajian PFSS 71

4.2.2 Dapatan Kajian PFKK 76

4.3 Bahagian Pertama : Pembinaan MPK 80

4.3.1 MPK Kek 81

4.3.2 MPK Roti 82

4.4 Hasil Dapatan Kajian Yang Telah Dijalankan 83

4.4.1 Analisis data PFKP 83

4.4.1.1 Analisis Bahagian A 84

4.4.1.2 Analisis Bahagian B : MPK Kek dan

MPK Roti 85

4.5 Rumusan 108

BAB 5 RINGKASAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 110

5.1 Pendahuluan 110

5.2 Ringkasan 110

5.2.1 Bahagian Pertama : Pembinaan MPK 111

Page 13: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xi

5.2.2 Bahagian Kedua : Penilaian MPK 111

5.3 Perbincangan 113

5.3.1 Perbincangan Bahagian A : Pembinaan MPK Kek 113

5.3.2 Perbincangan Bahagian B : Penilaian MPK oleh

pensyarah dan pelajar 115

5.4 Cadangan 119

5.5 Kesimpulan 120

BIBLIOGRAFI 121

LAMPIRAN 124-150

Lampiran A – Pengesahan Keseluruhan MPK

Lampiran B – Borang Temubual Keseluruhan MPK

Lampiran C – Borang Soal Selidik Responden (Pensyarah)

Lampiran D – Borang Soal Selidik Responden (Pelajar)

Lampiran E – Pengesahan MPK (Pensyarah)

Page 14: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Senarai Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

di bawah Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan, UTM 4

1.2 Buku-buku Kek yang terdapat di Perpustakaan

Sultanah Zanariah (UTM) 5

1.3 Buku-buku Roti yang terdapat di Perpustakaan

Sultanah Zanariah (UTM) 6

1.4 Buku-buku Kek yang terdapat di Perpustakaan

Tuanku Bainun (UPSI) 7

1.5 Buku-buku Roti yang terdapat di Perpustakaan

Tuanku Bainun (UPSI) 7

1.6 Buku-buku Kek yang terdapat di Perpustakaan

Abdul Samad (UPM) 8

1.7 Buku-buku Roti yang terdapat di Perpustakaan

Abdul Samad (UPM) 8

1.8 Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi

2007/2008 9

1.9 Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi

2006/2007 10

1.10 Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi

2005/2006 11

Page 15: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xiii

1.11 Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi

2004/2005 12

1.12 Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi

2003/2004 13

1.13 Bilangan pelajar mendapat gred A dalam

Peperiksaan SPL 1112 berdasarkan sesi 14

2.1 Perbandingan Model-model MPK 44

3.1 Bilangan responden bagi membuat penilaian 56

3.2 Darjah persetujuan responden 58

3.3 Item soal selidik 58

3.4 Jadual Pengkelasan Maklum Balas Responden

Berdasarkan Skor Min 65

3.5 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk

Pensyarah 66

3.6 Kaedah Menganalisis Data 67

3.7 Penentuan Tahap dan Peratusan 67

4.1 Dapatan PFSS Mengikut Aspek Teks, Gambar

rajah, Soalan dan Aktiviti Pembelajaran MPK Kek 71

4.2 Dapatan PFSS Mengikut Aspek Teks, Gambar

rajah, Soalan dan Aktiviti Pembelajaran MPK Roti 74

4.3 Dapatan bagi PFKK MPK Kek 77

4.4 Dapatan bagi PFKK MPK Roti 79

4.5 Ringkasan Dapatan bagi PFKK 80

4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 84

4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Taraf Pendidikan Tertinggi 84

4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Keputusan Peperiksaan Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan 85

Page 16: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xiv

4.9 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Kek Dari

Aspek Teks 86

4.10 Purata Peratusan Item Dari Aspek Teks 88

4.11 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Roti Dari

Aspek Teks 89

4.12 Purata Peratusan Item Dari Aspek Teks 91

4.13 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Kek Dari

Aspek Gambar Rajah 92

4.14 Purata Peratusan Item Dari Aspek Gambar Rajah 93

4.15 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Roti Dari

Aspek Gambar Rajah 94

4.16 Purata Peratusan Item Dari Aspek Gambar Rajah 95

4.17 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Kek Dari

Aspek Objektif Pembelajaran 96

4.18 Purata Peratusan Item Dari Aspek Objektif

Pembelajaran 97

4.19 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Roti Dari

Aspek Objektif Pembelajaran 98

4.20 Purata Peratusan Item Dari Aspek Objektif

Pembelajaran 99

4.21 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Kek Dari

Aspek Soalan 100

4.22 Purata Peratusan Item Dari Aspek Soalan 101

4.23 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Roti Dari

Aspek Soalan 102

4.24 Purata Peratusan Item Dari Aspek Soalan 103

4.25 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Kek Dari

Aspek Aktiviti Pembelajaran 104

4.26 Purata Peratusan Item Dari Aspek Aktiviti

Pembelajaran 106

Page 17: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xv

4.27 Dapatan Bagi Penerimaan MPK Roti Dari

Aspek Aktiviti Pembelajaran 106

4.28 Purata Peratusan Item Dari Aspek Aktiviti

Pembelajaran 108

4.29 Purata Min Bagi Analisis Data PFKP MPK Kek 108

4.30 Purata Min Bagi Analisis Data PFKP MPK Roti 109

5.1 Min Tertinggi dalam Setiap Aspek Yang

Dinilai dalam MPK Kek 112

5.2 Min Tertinggi dalam Setiap Aspek Yang

Dinilai dalam MPK Roti 113

Page 18: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan

SPL 1112 sesi 2007/2008 9

1.2 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan

SPL 1112 sesi 2006/2007 10

1.3 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan

SPL 1112 sesi 2005/2006 11

1.4 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan

SPL 1112 sesi 2004/2005 12

1.5 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan

SPL 1112 sesi 2002/2003 13

1.6 Rangka Kerja 17

2.1 Model Teras-Cabang 39

3.1 Rangka Kerja Operasi Kajian Keseluruhan 59

3.2 Rangka Kerja Penilaian Formatif 63

Page 19: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xvii

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFKP - Penilaian Formatif Kajian Percubaan

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

SPSS - Statistical Package for Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPM - Universiti Putra Malaysia

UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Pengesahan Keseluruhan MPK 124

B Borang Temubual Keseluruhan MPK 126

C Borang Soal Selidik Responden (Pensyarah) 130

D Borang Soal Selidik Responden (Pelajar) 135

E Pengesahan MPK 141

Page 21: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam membentuk rakyat Malaysia

yang berbakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara.

Sistem pendidikan di Malaysia adalah sistematik dengan wujudnya sukatan pelajaran

yang terancang. Pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan

oleh pelajar. Di antaranya adalah pendekatan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam

bentuk bercetak telah diperkenalkan sejak tahun 1983 di Universiti Sains Malaysia.

MPK ini adalah untuk pelajar di pengajian luar kampus (Shaharom, 1993).

MPK boleh ditakrifkan sebagai pakej pemelajaran kandungan kendiri (self-

contained) yang direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik yang

menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (Shaharom dan Yap, 1993).

Terdapat tiga objektif utama pembinaan MPK iaitu untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu. Antaranya seperti

perbezaan dari segi sikap, minat terhadap kursus, latar belakang, gaya belajar, motivasi

dan lain-lain (Shaharom, 1993). Objektif kedua pula, membolehkan pelajar tidak terikat

dengan urutan sukatan kursus seperti pelajar lain. Ini kerana proses pembelajaran dapat

dijalankan mengikut kecepatan dan kebolehan pelajar secara individu.

Page 22: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

2

Selain itu, objektif ketiga membolehkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

pembelajaran. Pembelajaran seperti ini tidak membosankan pelajar dan dapat

merangsang minat mereka terhadap isi pelajaran. Pendekatan pembelajaran MPK

dengan bantuan gambar, rajah dan jadual dapat membentuk corak pembelajaran yang

lebih menarik, dinamik dan interaktif.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995) dalam Nor Faizah (2008), MPK

direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik dengan menggabungkan

pendekatan sistem untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang digunakan hari ini.

Walaupun sistem pengajaran dan pembelajaran di universiti masih menggunakan kaedah

kuliah di mana pensyarah menyampaikan maklumat sementara pelajar mendengar.

Dengan adanya MPK dapat membantu pensyarah mempertingkatkan kaedah kuliah

dengan lebih berkesan. Hal ini membolehkan pelajar memperkukuhkan isi pelajaran

yang disampaikan oleh pensyarah seterusnya meningkatkan pencapaian akademik

disamping memperkayakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran menimbulkan masalah apabila kekurangan

bahan rujukan pembelajaran bagi pelajar khususnya untuk mengulangkaji pelajaran.

Masalah ini timbul bagi sesetengah kursus dan tajuk yang sukar seperti yang dapat

dikenalpasti dalam kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan bagi tajuk Kek

dan Roti. Tajuk Kek dan Roti merupakan salah satu daripada tajuk amali yang

memerlukan pelajar berdikari untuk mendapatkan kemahiran baru. Di dalam sebuah

kelas, guru tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajar khususnya

dalam kelas amali. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar

yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru (Mok Soon Sang,

2004).

Page 23: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

3

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini dengan

menambahkan bahan pengajaran bagi tajuk Kek dan Roti iaitu membina MPK untuk

membolehkan pelajar belajar sendiri. Hal ini bertujuan membolehkan para pelajar

memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran

lebih berkesan dan produktif (Shaharom, 1997). Walau bagaimanapun, MPK Kek dan

MPK Roti yang dibina belum pernah diterbitkan. Melalui laman web rasmi

Perpustakaan Fakulti Pendidikan dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) di

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menunjukkan MPK Kek belum pernah dibina.

Penyelidik mengambil maklumat bagi pembinaan MPK di UTM ini di bawah Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan dari tahun 2002 sehingga 2008.

Page 24: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

4

Jadual 1.1 : Senarai MPK di bawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di

UTM

Bil Modul Pengajaran

Kendiri (MPK)

Tahun

Diterbitkan

Kursus Penulis

1 Elektrik 2002 Kemahiran

Hidup

Sazila Bt Ghazali & PM. Dr. Hj.

Shaharom Bin Noordin

2 Daya Dan Momen 2002 Pengajian

Kejuruteraan

Jentera

Noor Shahumi Binti A Shahar &

PM. Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin

3 Struktur 2002 Pengajian

Kejuruteraan

Awam

Rosdi Bin Haron & PM. Dr. Hj.

Shaharom Bin Noordin

4 Enjin 2006 Teknologi

automotif

Muhammad Bin Saari & En. Adnan

Bin Ahmad

5 Reka Bentuk Dan

Penghasilan Produk

2007 Reka Cipta Nor Yasnida Bt Mokhtar & En.

Muhammad Sukri B. Saud

6 Autocad 2005 2007 Autocad Aizatul Husna Binti Mohd Sabri &

En. Muhammad Sukri B. Saud

7 Penyajian Makanan 2008 Operasi

Perkhidmatan

Makanan

Noorazlin Binti Moskam & Cik

Sarimah Bt. Ismail

8 Autocad 2D 2008 Autocad Wan Mansor Bin Wan Abdul

Rahman & En. Rosni Zamuddin

Shah B. Sidek

9 Penyajian Makanan 2008 Operasi

perkhidmatan

makanan

Suzella binti Sung & Cik Sarimah

Bt. Ismail

10 Pandangan

Tambahan

2008 Lukisan

kejuruteraan

Tumirah Sean & En. Muhammad

Sukri B. Saud

11 Lukisan Berbantu

Komputer

2008 Lukisan

kejuruteraan

Mohd. Azzam Ahmad

12 Penghasilan Kacang

Soya

2008 Pemprosesan

Makanan

Nor Faizah Abdullah & Cik

Sarimah Bt. Ismail

Sumber: Perpustakaan Fakulti Pendidikan dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)

Pembinaan MPK Kek dan MPK Roti oleh penyelidik boleh menambahkan bahan

pembelajaran sedia ada. Bahan pembelajaran khususnya buku sangat terhad di pasaran.

Hal ini dikenalpasti oleh penyelidik melalui bilangan buku Kek/Cake yang terdapat di

Perpustakaan Sultanah Zanariah di UTM, Perpustakaan Tuanku Bainun di UPSI dan

Perpustakaan Sultan Abdul Samad di UPM.

Page 25: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

5

Jadual 1.2 : Buku-buku Kek yang terdapat di Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 500 greatest ever cake recipes : The

best-ever fully llustrated baking book

2005 Martha Day

2 Aneka kek 2001 Sa'adiah Mohamad

3 Cakes and cake decorating, step-by-step 2006 Angela Nilsen, Sarah

Maxwell, Janice Murfitt

4 Cakes, tortes and gateaux of the world :

Exotic and delightful recipes, icings,

toppings and decorations

1991 Aaron Maree

5 Kek lapis Sarawak 2005 Rabiah Amit

6 Piece of cake 1984 Derek Robinson

7 Professional cake decorating 2007 Toba Garrett

8 Roti kek pastry 1999 Norani Sidek

9 The cake book 2006 Tish Boyle

10 The technology of cake making 1997 E B Bennion and G S T

Bamford

11 Ultimate cake 1996 Barbara Maher

12 Variasi kek lapis : Teknik membakar

dan mengukus

2007 Noraini Zakaria

Sumber: http://web.utm.my/psz

Page 26: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

6

Jadual 1.3 : Buku-buku Roti/Bread yang terdapat di Perpustakaan Sultanah Zanariah

(UTM)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 Beautiful bread making : A practical

guide to perfect home baking

2004 Emma Summer

2 Betty Crockers homemade quick bread 1993 Betty Crocker

3 The book of bread 2002 Christine Ingram, Jennie

Shapter

4 Bread : Simple and delicious easy-to-

make recipes for your bread maker

2002 Linda Doeser

5 Bread : A baker's book of techniques

and recipes

2004 Jeffrey Hamelman

6 Bread 2006 Christine Ingram, Jennie

Shapter

7 Bread machine kitchen handbook :

Making the most of your bread

machine's potential, including more than

150 step-by-step recipes

2005 Jennie Shapter

8 Bread machines basics : Essential tips

and techniques for your bread machine,

including over 50 fabulous recipes

2001 Jennie Shapter

9 By bread alone 1975 Lester R Brown, Erik P

Eckholm

10 Great whole grain breads 1993 Beatrice Ojakangas

11 Handbook of breadmaking technology 1990 Charles A. Stear.

12 Look and cook classic breads 1995 Anne Willan

Sumber: http://web.utm.my/psz

Page 27: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

7

Jadual 1.4 : Buku-buku Kek/Cake yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun

(UPSI)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 Cake 80 classic & contemporary recipes 2007 Joanna Farrow

2 Cake decorating for dummies 2007 Joe LoCicero

3 Kek lapis Sarawak, jilid 2 2005 Rabiah Amit

Sumber: http://pustaka.upsi.edu.my

Jadual 1.5 : Buku-buku Roti/Bread yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun

(UPSI)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 Advanced bread and pastry a

professional approach

2009 Michel Suas

2 Bread 2004 Eric Treuille & Ursula

Ferrigno

3 Bread and beyond original bread

recipes for every occasion

1985 Beverley Sutherland Smith

4 Roti dan masakan yis tingkatan 4 dan 5 2005 Rahmah Abdul Rahman,

Oh Phaik Leng

5 Roti, kek, pastry 1999 Norani Sidek

Sumber: http://pustaka.upsi.edu.my

Page 28: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

8

Jadual 1.6 : Buku-buku Kek/Cake yang terdapat di Perpustakaan Abdul Samad (UPM)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 Cake decorating : an A-Z of hints and

tips

1990 Pat Lock

2 Cake making 1966 Edmund B. Bennion

3 Cakes & cake decorating, step-by-step :

The complete practical guide to

decorating with sugarpaste, icing and

frosting, with 200 beautiful cakes for

every kind of occasion, shown in over

1500 fabulous easy-to-follow colour

photographs

2006 Angela Nilsen

4 Cakes to dream on : A master class in

decorating

2004 Colette Peters

5 Kek lapis Sarawak 2003 Rabiah Amit

6 Kek lapis Sarawak : Jilid 3 2008 Rabiah Amit

7 The cake bible 1988 Rose Levy Beranbaum

8 The Merehurst cake book 1992 Bridget Jones

Sumber: http://www.lib.upm.edu.my

Jadual 1.7 : Buku-buku Roti/Bread yang terdapat di Perpustakaan Abdul Samad (UPM)

Bil Nama buku Tahun

diterbitkan

Penulis

1 Advanced bread and pastry : A

professional approach

2009 Michel Suas

2 Bread : A baker's book of techniques

and recipes

2004 Jeffrey Hamelman.

3 Bread dough aeration and rheology

during mixing

2003 Nyuk Ling Chin

4 Bread from stones : A new and rational

system of land fertilization and physical

regeneration

1991 Julius Hensel

5 Bread making : Improving quality 2003 Stanley P. Cauvain

6 Bread science and technology 1971 Yeshajahu Pomeranz

7 Bread: Social, nutritional and

agricultural aspects of wheaten bread

1975 Arnold Spicer

8 Roti serbaneka 2003 Don Yong

9 Roti, kek, pastry 1999 Norani Sidek

10 The bread baker's manual: The how's

and why's of creative bread making

1979 Rosalie Cheney

Sumber: http://www.lib.upm.edu.my

Pelajar yang tidak mendapat bahan pembelajaran yang sempurna akan

menjejaskan prestasi pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di

Page 29: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

9

perpustakaan universiti tidak khusus kepada proses membuat kek dan roti. Penyelidik

membuat perbandingan jumlah buku kek dan roti yang terdapat di perpustakaan tiga

IPTA yang menawarkan kursus Pendidikan Kemahiran Hidup. Buku-buku bagi tajuk

kek dan roti amat terhad. Hal ini akan menyebabkan pelajar perlu menunggu giliran bagi

mendapatkan buku tersebut terutama di akhir semester yang memerlukan pelajar

mengulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, kekurangan bahan rujukan pelajar akan

menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Data di bawah menunjukkan bukti kurang

penguasaan pelajar di dalam kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan, SPL

1112 di UTM.

Jadual 1.8 : Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi 2007/2008

Keputusan Bilangan pelajar

A 0

A- 2

B+ 20

B 16

B- 2

C+ 1

Jumlah pelajar 41

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Rajah 1.1 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan SPL 1112 sesi 2007/2008

Page 30: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

10

Jadual 1.9 : Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi 2006/2007

Keputusan Bilangan pelajar

A 13

A- 41

B+ 57

B 4

Jumlah pelajar 115

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Rajah 1.2 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan SPL 1112 sesi 2006/2007

Page 31: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

11

Jadual 1.10 : Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi 2005/2006

Keputusan Bilangan pelajar

A 5

A- 47

B+ 126

B 63

B- 10

C+ 4

Jumlah pelajar 255

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Rajah 1.3 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan SPL 1112 sesi 2005/2006

Page 32: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

12

Jadual 1.11 : Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi 2004/2005

Keputusan Bilangan pelajar

A 0

A- 5

B+ 26

B 53

B- 21

C+ 6

Jumlah pelajar 111

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Rajah 1.4 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan SPL 1112 sesi 2004/2005

Page 33: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

13

Jadual 1.12 : Keputusan peperiksaan SPL 1112 bagi sesi 2003/2004

Keputusan Bilangan pelajar

A 0

A- 2

B+ 13

B 10

B- 6

C+ 1

Jumlah pelajar 32

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Rajah 1.5 Peratus mengikut gred keputusan peperiksaan SPL 1112 sesi 2003/2004

Melalui keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Fakulti Pendidikan

mendapati sangat kurang pelajar yang mendapat gred A di dalam peperiksaan bagi bagi

sesi 2003/2004 sehingga 2007/2008. Pada lima sesi tersebut hanya 18 orang iaitu kurang

daripada lima peratus pelajar yang mendapat gred A. Hal ini menunjukkan kurang

penguasaan pelajar dalam kursus ini.

Page 34: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

14

Jadual 1.13 : Bilangan pelajar mendapat gred A dalam peperiksaan SPL 1112

berdasarkan sesi pengajian

Sesi pengajian Bilangan pelajar

Sesi 2007/2008 0

Sesi 2006/2007 13

Sesi 2005/2006 5

Sesi 2004/2005 0

Sesi 2003/2004 0

Jumlah pelajar 18

Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan

Menurut Okey (1978) dalam Mohd Haslan (1996), keciciran para pelajar dalam

pembelajaran disebabkan pelbagai punca. Masalah ini timbul termasuklah jenis bahan

pembelajaran yang digunakan mungkin kurang sesuai, organisasi bahan kandungan yang

dipelajari kurang terancang, persekitaran bilik darjah kurang teratur atau kepelbagaian

pada kaedah pengajaran yang digunakan oleh para pendidik (Shaharom, 2000). Bagi

meningkatkan pencapaian dan mengukuhkan pembelajaran mereka di dalam kelas,

pelajar boleh menggunakan bahan pilihan pembelajaran seperti MPK bagi meringankan

kesulitan yang dihadapi oleh mereka. Dengan menggunakan MPK akan memberikan

sedikit ruang kebebasan kepada pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran mereka

mengikut kebolehan dan cara pembelajaran masing-masing. Para pelajar memilih cara

pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran lebih berkesan

dan produktif (Shaharom, 1997). Dalam pengajaran kendiri, pelajar belajar sendiri

dengan menggunakan bahan pembelajaran, bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.

Bahan yang digunakan dalam pengajaran kendiri merupakan pengajaran terancang, iaitu

bahan yang akan dipelajari telah disusun secara berurutan (Esah, 2004). Oleh itu,

penyelidik membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian demi

meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar serta membina kaedah pengajaran yang

lebih cekap dan mudah lentur berbanding kaedah lain. Ciri-ciri ini terdapat dalam MPK.

Setiap individu pelajar di dalam sesebuah kelas adalah berbeza dari segi latar

belakang, kebolehan dan gaya pembelajaran. Di antara aspek perbezaan individu yang

penting dalam proses pembelajaran termasuklah perbezaan dari segi kebolehan intelek,

Page 35: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

15

latar belakang akademik dan gaya pembelajaran (Shaharom, 1994). Oleh itu adalah

mustahil bagi pensyarah untuk memenuhi keperluan setiap pelajar dalam masa yang

terhad semasa proses P&P. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang

begitu padat, pensyarah terpaksa menggunakan kaedah yang pada anggapannya boleh

diterima oleh majoriti pelajar seperti kaedah berpusatkan guru (Mok Soon Sang, 2004).

Kesan daripada perbezaan individu, didapati sebahagian pelajar yang

perkembangan pelajarannya terlalu cepat dan ada sebahagian yang lain pula terlalu

lambat. Akibatnya pelajar yang terlalu cepat dapat menguasai konsep yang dipelajari

dengan mudah dan mula merasa bosan kerana proses P&P selanjutnya kurang mencabar.

Sebaliknya pelajar yang lambat tidak boleh menerima apa yang diajar oleh pensyarah.

Akibatnya mereka ketinggalan dibelakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-

kemahiran asas yang diperlukan. Oleh itu, mereka memerlukan masa yang lebih lama

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran bagi mencapai tahap penguasaan yang

ditetapkan.

Justeru, kaedah PB menggunakan MPK mengambil kira perbezaan individu dan

membolehkan kadar pembelajaran disesuaikan mengikut keperluan pelajar (Shaharom,

1993). Pelajar yang lemah boleh mengikuti aktiviti pemulihan dan mengulang mana-

mana bahagian yang didapati sukar, manakala pelajar yang cerdas boleh meneruskan ke

bahagian pengayaan untuk mengukuhkan dan mengembangkan lagi konsep yang perlu

mereka kuasai.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai kesesuaian MPK Kek

dan MPK Roti sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan bagi mengatasi masalah kekurangan bahan

rujukan dan prestasi peperiksaan yang sederhana. Penilaian Formatif Satu dengan Satu

Page 36: 01 STATUS TESIS - fp.utm.my filei pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri kursus asas penyediaan makanan dan pemakanan bagi tajuk kek dan roti aqilah binti zainal

16

(FPSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) digunakan bagi menilai

kesesuaian MPK oleh pensyarah. Manakala Penilaian Formatif Kaji Percubaan (PFKP)

digunakan bagi menilai kesesuaian MPK oleh pelajar. Penilaian dilakukan bagi menilai

penerimaan kesesuaian MPK dari aspek-aspek teks, gambar rajah, objektif

pembelajaran, soalan dan aktiviti pembelajaran. Sasaran penggunaan MPK adalah

kepada pelajar dan pensyarah kursus Tahun satu Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan di UTM.

1.4 Objektif Kajian

1) Membina MPK menggunakan Model Teras-Cabang Shaharom (1994).

2) Menilai penerimaan kesesuaian MPK dari aspek:

i. teks

ii. gambar rajah

iii. objektif pembelajaran

iv. soalan

v. aktiviti pembelajaran

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebagai bahan

P&P adalah:

1) Apakah penerimaan kesesuaian MPK dari aspek teks?

2) Apakah penerimaan kesesuaian MPK dari aspek gambar rajah?

3) Apakah penerimaan kesesuaian MPK dari aspek objektif pembelajaran?

4) Apakah penerimaan kesesuaian MPK dari aspek soalan?

5) Apakah penerimaan kesesuaian MPK dari aspek aktiviti pembelajaran?