12

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 1 12-Feb-16 3:43:33 PMeprints.ums.edu.my/18032/1/Sejarah pembudayaan perahu tradisi di... · SENARAI PETA Peta Halaman 2.1 Migrasi manusia Austronesia

Embed Size (px)

Citation preview

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 1 12-Feb-16 3:43:33 PM

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 2 12-Feb-16 3:43:34 PM

ISMAIL ALI

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2016

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 3 12-Feb-16 3:43:35 PM

© Universiti Malaysia Sabah, 2016

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Ismail Ali, 1969- SEJARAH PEMBUDAYAAN PERAHU TRADISI DI SABAH / ISMAIL ALI. ISBN 978-967-0521-65-7 1. Ethnicity--Sabah. 2. Rites and ceremonies--Sabah. 3. Praus--Sabah. 4. Sabah--Social life and customs. I. Judul. 305.89923059521

Muka taip teks: Myriad Pro 11 poin/Swis721 BlkCn BTSaiz taip teks dan leading: 13.2 poinDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MalaysiaDicetak oleh: Gayawara Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Nountun Kg. Bambangan, Inanam Tingkat Bawah, Wisma Capital 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 4 12-Feb-16 3:43:35 PM

“Pelajarilah laut sebelum laut memberi pelajaran kepada kita.”

Arif Satria

“Nenek moyangku bangsa pelaut.”

A. P. Lapian

“Barang siapa yang menguasai laut dan lautan maka dialah menguasai dunia.”

A. T. Mahan

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 5 12-Feb-16 3:43:35 PM

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 6 12-Feb-16 3:43:35 PM

Senarai Rajah v

Senarai Foto ix

Senarai Peta x

Senarai Jadual x

Senarai Singkatan x

Prakata xi

Penghargaan xii

BAB 1Pendahuluan

1

BAB 2Teori Pembudayaan Perahu

7

BAB 3Pembudayaan Perahu Bercadik

21

BAB 4Perahu Bercadik dan Ilmu Pelayaran Kuno

37

BAB 5Kepelbagaian Perahu Tradisi

57

BAB 6Penutup

99

Bibliografi 103

Indeks 107

Kandungan

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 7 12-Feb-16 3:43:36 PM

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman2.1 Penggunaan batang kayu 92.2 Menebuk batang kayu 102.3 Perahu bercadik menggunakan layar 113.1 Perahu bercadik di India 233.2 Ilustrasi pelaut Polinesia di Kepulauan Oceania 273.3 Ilustrasi perahu bercadik yang digunakan oleh pelaut Mikronesia

dan Polinesia menuju Nusantara28

3.4 Relief perahu bercadik pada dinding Borobudur 294.1 Ukuran lebar dan panjang bogo-katik 384.2 Ukuran tinggi bogo-katik 394.3 Keratan rentas bahagian hadapan bogo-katik 394.4 Pandangan bogo-katik dari sisi 404.5 Kitab pelayaran pada halaman pertama 464.6 Kitab pelayaran pada halaman dua 484.7 Kitab pelayaran pada halaman tiga 494.8 Kitab pelayaran pada halaman empat 504.9 Kitab pelayaran pada halaman lima 514.10 Kitab pelayaran pada halaman enam 525.1 Ilustrasi komponen perahu timbawan 605.2 Ilustrasi biduk 635.3 Proses pembuatan lepa cantik 665.4 Daripada batang kayu kepada baul lepa 665.5 Perkakasan membuat lepa cantik 675.6 Lepa cantik 675.7 Paleh tinampah 685.8 Lepa-lepa 695.9 Lepa cantik 695.10 Lepa nipasil 705.11 Lepa nipasil cantik 705.12 Kerangka utama lepa 715.13 Tingkat satah lepa 725.14 Sapit dan sapit biruk 755.15 Barangayan 875.16 Lanong 875.17 Garay 885.18 Prahu 88

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 8 12-Feb-16 3:43:36 PM

ix

5.19 Salisipan 895.20 Kora-kora 895.21 Bogo-lamak 905.22 Ilustrasi komponen bogo-lamak 925.23 Ilustrasi ketinggian dan panjang bogo-lamak 925.24 Ilustrasi katik bogo-lamak 935.25 Ilustrasi lamak 93

SENARAI FOTO

Foto Halaman4.1 Bogo-katik tanpa cat 404.2 Bogo-katik bercat 414.3 Bogo-katik digunakan untuk menangkap ikan 414.4 Ilustrasi potret Marahaja Onnong 434.5 Kubur Marahaja Onnong di Pulau Omadal 444.6 Hj. Bakara menunjukkan Kitab Pelayaran Sampang Bulan 454.7 Membakar kupang dan tiram menggunakan pelepah kelapa 535.1 Timbawan 595.2 Lantai timbawan 605.3 Timbawan sebagai perahu tambang 615.4 Biduk 625.5 Kemudi 625.6 Jangkar kayu 635.7 Biduk disimpan di bawah kolong rumah 635.8 Reka bentuk kerangka lepa cantik di Pulau Bum-Bum, Semporna 735.9 Bengkel lepa di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum 735.10 Lepa Bajau Laut di Pekan Semporna 745.11 Lepa Bajau Laut di Pulau Mabul 745.12 Sapit 765.13 Bahagian hadapan sapit 775.14 Bahagian tengah sapit 775.15 Bahagian belakang sapit 785.16 Beliung 785.17 Pahat belingkuku 795.18 Jungkung 815.19 Papan untuk membuat dinding jungkung 825.20 Membelah kayu menggunakan gergaji berantai 82

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 9 12-Feb-16 3:43:36 PM

x

5.21 Kulit kayu digunakan untuk menutup sambungan papan 835.22 Kerangka jungkung 835.23 Pemasangan pasak kayu 845.24 Pondok membuat jungkung 855.25 Memunggah ikan tuna dari jungkung di jeti ikan Pekan

Semporna85

5.26 Membawa penumpang dari Semporna ke Pulau Mabul 865.27 Nelayan melayarkan bogo-lamak 915.28 Bogo-lamak belayar menuju ke daratan 945.29 Pendayung digunakan untuk mengawal hala tuju bogo-

lamak94

5.30 Pelaut menurunkan lamak 955.31 Pelaut mengikat lamak 955.32 Kain layar diletakkan di bahagian sisi cadik bogo-lamak 96

SENARAI PETA

Peta Halaman2.1 Migrasi manusia Austronesia di Lautan Pasifik 133.1 Migrasi pelaut Austronesia ke Kepulauan Oceania 253.2 Jalur pelayaran dan perdagangan di Nusantara semasa

era Sriwijaya dan Majapahit31

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman4.1 Tafsiran simbol mengikut bulan Islam pada halaman pertama 47

SENARAI SINGKATAN

BNBCC British North Borneo Chartered CompanyKEKWA Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan WarisanM MasihiRM Ringgit MalaysiaSM Sebelum MasihiSWT Subhanahuwataala

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 10 12-Feb-16 3:43:36 PM

xi

Prakata

Sabah atau dahulunya lebih dikenali sebagai Borneo Utara (North Borneo) semasa era pentadbiran British merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai peradaban maritim. Negeri ini mempunyai hubungan sejarah yang cukup panjang dengan negara-

negara di Asia Tenggara dan dunia amnya yang dihubungkan oleh tiga laut, iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Dari segi sejarahnya, Sabah yang suatu masa dahulu diperintah oleh dua kesultanan, iaitu Kesultanan Brunei di pantai barat dan Kesultanan Sulu di pantai timur dan utara merupakan dua buah kesultanan yang cukup makmur dan terkenal dalam bidang kelautan. Melalui kedua-dua kesultanan ini terutamanya Kesultanan Sulu, budaya hidup berteraskan ‘daratan’ yang diamalkan oleh penduduknya di kawasan pedalaman mula berubah kepada budaya ‘kelautan’ apabila berlaku migrasi penduduk dari wilayah-wilayah selatan Kepulauan Sulu yang sememangnya terkenal dengan kehidupan sebagai pelaut yang menjadikan laut dan perdagangan sebagai teras budaya hidup.

Kemasukan secara besar-besaran suku pelaut seperti Taosug, Bajau, Iranun dan Balangingi terutamanya semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu turut membawa bersama budaya perahu. Justeru, semasa era Kesultanan Sulu beberapa jenis perahu yang dimiliki oleh para pembesar Sulu (Taosug) seperti kora-kora, salisipan, barangayan, garay, lanong dan sebagainya yang berasal dari Kepulauan Sulu sering kali menghiasi pemandangan Laut Sulu, Laut China Selatan dan Laut Sulawesi untuk tujuan perdagangan, pengangkutan, pemburuan hamba dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, keberadaan perahu-perahu ini mula hilang ditelan zaman apabila Sabah diperintah oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1878 sehingga Kerajaan British (Crown Colony) pada tahun 1963.

Tempoh ini (1878–1963) telah memperlihatkan kemunculan pelbagai jenis perahu yang dihasilkan sendiri oleh para pelaut tempatan seperti timbawan dan biduk di pantai barat dan bogo-katik, bogo-lamak, lepa, sapit dan jungkung di pantai timur. Seterusnya apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963, perahu-perahu ini terus wujud namun telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dari segi reka bentuk dan bahan binaan, selari dengan perubahan fungsinya pada masa kini. Dengan mengambil kira perubahan-perubahan yang telah dinyatakan di atas, maka sudah tiba masanya usaha mendokumentasikan perahu-perahu ini perlu dilakukan untuk memastikan nilai-nilai sejarahnya tidak hilang daripada pandangan mata dan menghargai sumbangannya dalam pembentukan peradaban maritim di Sabah.

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 11 12-Feb-16 3:43:36 PM

xii

Penghargaan

Terlebih dahulu penulis ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya telah membolehkan penulis menyempurnakan kajian dan penulisan buku ini. Pada ruangan ini penulis ingin mengambil kesempatan

untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah membiayai kajian ini di bawah Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Selain itu, penulis juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah kepimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada para kakitangan akademik di UMS untuk terus berkarya dan memartabatkan penyelidikan dan penulisan ilmiah. Penulis juga ingin merakamkan ucapan, yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Puan Ainun Jamil, Encik Nataniel Ebin, Puan Dora Diana Desmond dan Puan Alecia Angati di Penerbit UMS yang telah banyak membantu penulis dalam urusan penerbitan buku ini. Ucapan penghargaan ini turut ditujukan khas kepada Prof. Dato Dr. Mohammad Raduan bin Mohd. Ariff, mantan Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara dan mantan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya yang telah banyak memberikan pandangan dan komen yang bernas dalam penulisan buku ini. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Saudara Mosli Tarsat (Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan) dan Saudara Yusten Karulus (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa), UMS yang menjadi pembantu penyelidik dalam kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Bakara Marahaja Onnong di Pulau Bum-Bum, Semporna yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian dan penulisan buku ini.

ISMAIL BIN ALI, PhDProgram SejarahFakulti Kemanusiaan, Seni dan WarisanUniversiti Malaysia Sabah

0 - Prelim Sejarah Perahu.indd 12 12-Feb-16 3:43:36 PM