12
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2016 TAHUN 6 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Bahagian B NAMA CALON : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.Tulis nama kamu pada petak yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. 3. Serahkan Bahagian B ini bersama- sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Kod Pemeriksa : Bahagian No. Soalan Marka h 21 22 (a) (b) (c) 23 (a) (b) (c) 24 (a) (b) (c) (d) 25 (a) (b) (c) (d) JUMLAH 30

gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 2016TAHUN 6

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011Bahagian B

NAMA CALON :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.Tulis nama kamu pada petak yang disediakan.

2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

[lihat sebelah

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Kod Pemeriksa :

Bahagian No. Soalan Markah

21

22 (a)(b)

(c)

23 (a)

(b)

(c)

24 (a)

(b)

(c)

(d)

25 (a)

(b)

(c)

(d)

JUMLAH 30

Page 2: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Menabung merupakan amalan yang mulia. Amalan menabung dapat memberikan

keuntungan terhadap diri sendiri______________ keluarga. Menabung juga melatih

seseorang __________bersikap sabar dan sentiasa berusaha kerana menabung

memerlukan masa yang agak panjang untuk memperoleh hasilnya. Amalan menabung

ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat_____________ kita dapat menggunakan

wang simpanan itu jika kita menghadapi masalah kewangan _______________ dalam

kesusahan. Amalan menabung sangat baik kerana dapat mengelakkan diri daripada

bersikap boros.

[ 4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya: __________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan: Saya dan Aiman membantu Cikgu Ali membersihkan stor sukan sekolah.

[ 2 markah]

atau serta dan terhadap

tatkala agar oleh kerana

[lihat sebelah

2SULIT 011

Page 3: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

[ 2markah] c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2markah]

[lihat sebelah

3SULIT 011

Page 4: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

Soalan 23

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah

Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah?

Pertama , setiap murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah. Peraturan ini dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu menghindarkan diri daripada berlari, bertolak-tolakkan atau bergaduh di dalam bilik darjah.

Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan peralatan semasa mengikuti pembelajaran di bilik khas atau di makmal. Mereka tidak sepatutnya bermain peralatan yang membahayakan diri sendiri dan rakan-rakan.

Selain itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak ansur semasa berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap tersebut, sudah tentu sesuatu perkara yang tidak diingini akan dapat dihindari.

Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di kawasan yang sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya berada di kawasan yang lebih terbuka seperti pondok bacaan atau di kawasan tapak perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawap menjaga keselamatan diri masing-masing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan warga sekolah akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

a. Murid mesti mengikuti peraturan sekolah kerana ___________________________

__________________________________________________________________. [1 markah]

b. Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik darjah?

[ 2markah]

[lihat sebelah

4SULIT 011

Page 5: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

[ 2markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan. Mereka mula menyusuri sungai dengan menggunakan batang kayu yang besar. Mereka akan duduk di atas batang kayu tersebut lalu mendayung dengan menggunakan kaki. Hal ini kerana, pada waktu itu manusia belum terdedah dengan perkembangan teknologi.

Manusia berubah mengikut peredaran zaman, daripada menggunakan batang kayu, manusia bertukar menggunakan rakit. Justeru, alat perhubungan pun turut diperbaharui. Mereka menebang buluh untuk dibuat rakit. Besar atau kecil sebuah rakit bergantung kepada tujuan penggunaannya.

Apabila semakin maju, manusia merekacipta pengangkutan yang lebih baik berbanding rakit, iaitu sampan. Dengan menggunakan sampan, pergerakan manusia ke sesebuah destinasi menjadi lebih pantas. Namun begitu, perkembangan teknologi menyebabkan sistem pengangkutan air mengalami tranformasi. Jadi, manusia telah menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk mereka pengangkutan air yang lebih canggih seperti bot, feri dan kapal selam.

a. Perkataan zaman dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan__________________.

[1 markah]

Murid-murid perlu menitikberatkan keselamatan diri di sekolah.

Peraturan yang diikuti oleh murid di dalam bilik darjah menyebabkan murid tidak berdisiplin.

Kawasan yang sunyi seperti di belakang bangunan sesuai sebagai tempat pembacaan untuk murid-murid.

betul

salah

[lihat sebelah

5SULIT 011

Page 6: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

b. Apakah alat pengangkutan yang digunakan oleh manusia sebelum rakit dicipta?

[ 2markah]

c. Mengapakah sistem pengangkutan air mengalami tranformasi ?

[ 2 markah]

d. Mengapakah manusia pada zaman dahulu menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan?

[ 3markah]

[lihat sebelah

6SULIT 011

Page 7: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

Soalan 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BERJIMAT CERMAT

Pergi ke belukar memasang,

Pulangnya lewat di hujung petang,

Jikalau sentiasa berjimat cermat,

Rezeki secupak terasa segantang.

Indah nian pemandangan dunia,

Dari timur hingga selatan,

Sikap berjimat amalan mulia,

Orang boros sahabat syaitan.

Masa meranum buah ara,

Jatuh sebiji di atas papan,

Jika berjimat setiap perkara,

Pasti terjamin masa hadapan.

Singgah berehat di kota lama,

Kuih dijamah air dihirup,

Berjimat cermat suruhan agama,

Jika diamal sejahtera hidup.

[lihat sebelah

7SULIT 011

Page 8: gurubesar.my · Web viewCara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan

Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

[2 markah]

b. Mengapakah kita harus berjimat cermat dalam semua perkara?

[1 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salahBerdasarkan pantun tersebut.

Amalan berjimat cermat sangat dituntut oleh agama.

Boros berbelanja akan menambahkan pendapatan.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas ?

[ 3markah] KERTAS SOALAN TAMAT

Singgah berehat di kota lama,

Kuih dijamah air dihirup,

Berjimat cermat suruhan agama,

Jika diamal sejahtera hidup.

8SULIT 011