10
PUTRAJAYA BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA EDISI SEPTEMBER 2013 my WWW.PUTRAJAYA.GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY Program Putrajaya Bandar Selamat Festival Kucing Putrajaya

Putrajaya Angg … · menggunakan Pemetaan GIS Jenayah untuk membantu polis menganali - sis bentuk jenayah dan mengenal pasti pola jenayah di Putrajaya. Melalui SPBS, PPj berupaya

Embed Size (px)

Citation preview

PUTRAJAYABULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRA JAYA • EDISI SEPTEMBER 2013my

W W W.PUTRA JAYA .GOV.MY / W WW.PPJ.GOV.MY

Putrajaya Anggotai AFHS

Program Putrajaya Bandar Selamat

Festival Kucing Putrajaya

Sidang redaksi myPutrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Semua urusan surat menyurat dan email hendaklah ditujukan kepada:

[email protected]

Buletin myPutrajaya,Unit Portal & Multimedia, Bahagian ICT, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/ perbadananputrajaya,

Instagram/

perbadananputrajaya.

Surat menyurat

Santai @ Dataran GemilangPelbagai aktiviti mingguan disediakan setiap hari Ahad,

jam 4.30 petang sehingga 7.00 malam di program “Santai @ Dataran Gemilang”, Presint 4, Putrajaya.

Program ini menyediakan pelbagai platform hiburan dan riadah secara bersantai serta memberi ruang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni. Pelbagai aktiviti menarik seperti weding pool, giant bubble untuk kanak-kanak, riang ria bersama pertunjukkan silap mata oleh Hafiz, persembahan Super Hero serta persembahan badut turut disediakan.

Beberapa artis terkenal tanahair turut membuat persembahan seperti Dato’ Fazley Yaakob, Syura, Syanie, Zul Mystroe, Nadia (AF7), Ali Terra Rossa, Haiza, Irwan Shah, Maya, Shireen, IKlon Anuar Zain, Bintang Idola Kecil dan Cirles of Friends. Disamping itu juga beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna, Demo Masakan Chef dan gerai jualan turut diadakan.

Rebutlah peluang untuk menikmati pelbagai aktiviti sambil bersantai dan berhibur seisi keluarga di Putrajaya.

Langkah Ceria@Putrajaya diadakan pada hari Ahad ketiga setiap bulan, di Dataran Putrajaya, Presint 3 iaitu

pada 15 September 2013. Program ini dapat menceriakan Persiaran Perdana

sebagai lokasi menarik untuk aktiviti sukan dan rekreasi serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga Putrajaya.

Selain daripada keceriaan di kalangan keluarga dan ra-kan, hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan.

Langkah Ceria @PUTRAJAYA

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi surat bertarikh 14 Jun 2013 telah bersetuju meluluskan penubuhan Koperasi Perbadanan

Putrajaya Berhad.  Sepertimana keperluan untuk pendaftaran rasmi koperasi maka satu

Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad te-lah diadakan pada 13 September 2013 bertempat di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pre-siden Kanan Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Muhamad Haitamin bin Ishak dan telah dihadiri oleh sebahagian pekhidmat Perbadanan Putrajaya.

Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad

PUTRAJAYA ANGGOTAIALLIANCE FOR HEALTHY CITIES (AFHC)

Perbadanan Putrajaya telah mengorak selangkah lagi dalam

pelaksanaan Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya dengan pelancaran Bandar Sejahtera Putrajaya (Healthy City Put-rajaya) yang diadakan di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putra-jaya pada 5 September 2013.

Bandaraya Putrajaya dengan ker-jasama Kementerian Kesihatan Ma-laysia (KKM) berhasrat untuk meng-anggotai Alliance For Healthy Cities (AFHC) yang merupakan satu badan networking antarabangsa di rantau Asia Pasifik yang bekerjasama dengan World Health Organisation (WHO) untuk meningkatkan kesejahteraan bandar dan kualiti kesihatan pen-duduk bandar.

Beberapa bandar sejahtera di negara Jepun, China, Australia, New Zealand, Thailand, India dan Korea telahpun menjadi anggota AFHC de-ngan menjalinkan rangkaian kerjasa-ma dengan warga di bandar-bandar tersebut untuk menjayakan pelbagai program menjurus kepada kesihatan komuniti.

Pelbagai komen kerjasama bakal dilaksanakan oleh Putarajaya dengan kerjasama bandar-bandar anggota AFHC ini yang akan bersidang pada setiap tahun di Brisbane, Australia di mana program-program terbaik yang dianjurkan oleh negara-negara ang-gota akan diberi pengiktirafan.

Majlis Pelancaran Healthy City Pu-trajaya yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menyak-sikan kehadiran seramai 650 orang war-ga dan pihak berkepentingan (stake-holders) Putrajaya.

Bagi Bandaraya Putrajaya, usaha-usaha bagi merealisasikan hasrat untuk meningkatkan kualiti persekitaran dan kesihatan warganya menerusi program Healthy City Putrajaya diterajui oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Put-rajaya dengan kerjasama dari semua pihak berkepentingan termasuklah ko-muniti, warga kerja dari sektor awam dan swasta, wakil-wakil NGO, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Kesemua pihak yang terlibat disaran untuk lebih komited merangka pelbagai program berbentuk amalan gaya hidup sihat dan pemeliharaan alam sekitar les-tari di Putrajaya.

Bersempena dengan majlis pelancaran ini juga, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah pembentangan kertas ucap-tama yang disampaikan oleh para pence-ramah jemputan yang berpengalaman dalam pengendalian program-program Kesihatan Komuniti. Kesemua peserta yang hadir juga berpeluang berkongsi rahsia menjalani kehidupan sihat mela-lui forum “Kongsi Rahsia Sihat” dimana ia menampilkan Heliza Helmi sebagai moderator dan para panel jemputan iaitu YBhg. Ustazah Nor Hafiza Binti Musa dan Ybhg. Dato’ Dr. Hajah Sarimah Ahmad.

Kayuhan Ceria @ Putrajaya

Kayuhan Ceria @ Putrajaya adalah program berbasikal yang diadakan setiap hari Ahad minggu keempat setiap bulan

sepanjang tahun ini. Kayuhan Ceria pada kali ini bermula di sebelah pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

Kayuhan Ceria@Putrajaya bertujuan untuk mempromosikan dan menceriakan Persiaran Perdana sebagai lokasi menarik untuk aktiviti sukan dan rekreasi serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga Putrajaya.

Disamping itu juga hadiah cabutan bertuah disediakan kepada peserta yang bertuah serta makan dan minum turut disedaikan di tapak program. Rebutlah peluang untuk menikmati gaya hidup sihat di Putrajaya.

Program Bandar Selamat 'Ke Arah Putrajaya Sifar Jenayah 2018'

Perbadanan Putrajaya juga telah melancarkan Kempen Kunci Motosikal sebagai inisatif bagi mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di seki-tar kawasan kediaman pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Melalui sistem tempat letak motosikal berkunci yang akan dilaksanakan oleh Per-badanan Putrajaya, penduduk turut digalakkan agar menggunakan kunci tambahan bagi menjayakan kempen tersebut. Diharapkan agar orang ra-mai menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin dan sekali gus mampu mengelakkan berlakunya kejadian kehilangan motosikal daripada terus berlaku. Presiden Perbadan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Hj Che Mat juga turut hadir pada program ini.

Sehingga Ogos tahun ini, 247 kes jenayah direkodkan dengan jenayah kecurian motosikal mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 82 kes diikuti pecah rumah dan curi, 50 kes. Pada tahun lepas Jawatankuasa Bandar Sela-mat Putrajaya melaksanakan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) menggunakan Pemetaan GIS Jenayah untuk membantu polis menganali-sis bentuk jenayah dan mengenal pasti pola jenayah di Putrajaya.

Melalui SPBS, PPj berupaya mengenal pasti langkah awal pencegahan jenayah di kawasan sekitar. Antaranya dengan menambah baik sistem pencahayaan, pemasangan pagar, cermin keselamatan, tempat letak mo-tosikal berkunci dan papan tanda peringatan di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah. Hasil daripada sistem tersebut purata indeks jenayah pada tahun lepas semakin berkurangan di Putrajaya iaitu 12.83 peratus dengan 360 jenayah direkodkan berbanding 413 kes pada tahun 2011.

Sempena pelancaran Program Bandar Selamat 'Ke Arah Putrajaya Sifar Jenayah 2018', Perbadanan Putrajaya telah mewujudkan 4 lagi langkah

tambahan untuk mencegah jenayah iaitu konsep Community Policing, program pencegahan jenayah, pencegahan gejala sosial dan kawalan ke-selamatan jalan raya. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar, Ybhg. Datuk Seri Utama Tengku Adnan Mansur pada Sabtu 28 September 2013 di Presint 16, Putrajaya.

Pameran bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai pendidikan pra-sejarah dan penyelidikan saintifik secara interaktif dan

berbentuk animatronics. Pameran yang berlangsung sehingga 28 Febuari 2014 di Marina Putra-

jaya dapat memberi pengalaman unik dengan saiz bahan-bahan pameran yang berskala besar dapat memberikan perasaan lebih dramatik dan ham-pir realistik. Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM10 untuk de-wasa, RM8 untuk OKU dan RM5 untuk kanak-kanak.

Pameran ‘Backyard Monsters and Dinosaurs’

Lebih dari 3000 kaki pancing telah membanjiri Sisiran Tasik Putrajaya Presint 8 untuk

menyertai Sirkit Pancing Putrajaya siri 3/2013 sempena Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana dan sambutan Hari Kemerdekaan.

Pertandingan memancing ini juga turut diserikan dengan kehadiran Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Pengarah Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib turut hadir pada pertandingan ini.

Nik Nazriariffin yang menaikkan ikan Tenggalan seberat 3.1kg muncul juara untuk meraih RM7,000. Tempat kedua dengan hadiah

RM5,000 dimenangi oleh Mohd Akmal Hashim yang menaikkan ikan Tenggalan seberat 2.4kg manakala Rosli Chik di tempat ketiga dengan hadiah RM3,000. Hadiah saguhati sebanyak RM200 bagi pemenang tempat ke-4 hingga ke-13 turut disediakan, manakala pemenang tempat ke-14 hingga ke-20 pula menerima hadiah hamper. Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Hj Che Mat.

Johan Keseluruhan Sirkit 2013 akan mengambil kira rekod-rekod tangkapan bagi siri 1, 2, 3 dan 4 yang berupa Hadiah Grand Prix iaitu sebuah kereta Myvi, sebuah motosikal Modenass dan TV LCD 32”. Hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan kepada peserta bertuah.

Selain itu, PPj turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti acara Explorace,

Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Memancing Udang untuk kanak-kanak dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik buat para pemenang.

SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 3/2013

PROGRAM LARIAN BOTANI

Para peminat kucing telah berpeluang menyaksikan pelba-gai jenis haiwan peliharaan tersebut dalam Festival Kucing

Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya di Au-ditorium Cempaka Sari, Kompleks PPj.

Festival yang berlangsung dari 14 hingga 15 September 2013 menampilkan 150 kucing daripada pelbagai jenis dan baka termasuk Parsi, Norwegian Forest, Devon Rex, Cornish Rex, Bengal, Siam, Siberian, Birman, Angora, Turkish, Kucing Malaysia, Maine Coon, Exotic Short Hair, Exotic Long Hair, kucing tanpa bulu dari jenis Sphynx dan pelbagai jenis kucing yang ganjil dan unik.

Objektif penganjuran festival ini ialah untuk memberi pe-luang kepada masyarakat mendapatkan pendedahan dan tunjuk ajar berhubung teknik dan kaedah penjagaan kucing.

Pemilihan rakan strategik pada penganjuran ini iaitu Kelab Kucing Malaysia selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Federation International Feline (Fife) merupakan satu platform untuk mengumpul semua pengge-mar kucing dari dalam dan luar negara.

Festival ini mengandungi pelbagai program termasuk pa-meran dan juga pertandingan kucing. 30 kategori dipamer dan dipertandingkan iaitu 15 kategori untuk bulu pendek dan 15 kategori bagi kucing bulu panjang. Pameran dan pertandingan ini terbuka kepada semua peminat dan pemilik kucing.

Pelbagai acara sampingan juga diadakan bagi memboleh-kan pengunjung menyertainya termasuklah pertandingan bunyi macam kucing, hiasan sangkar kucing, pakaian kucing, kuiz dan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Pameran dan pertandingan pada festival ini telah diadili oleh juri yang didatangkan khas dari Estonia dan Norway selain dua juri tempatan daripada Jabatan Veterinar Kemen-terian Kesihatan. Pemenang setiap kategori yang dipertan-dingkan membawa pulang piala pusingan, sangkar kucing, aksesori dan makanan kucing beserta sijil.

Dalam pertandingan pada kali ini, kucing milik Maizatul Shima Abdul Rahman yang dinamakan Milo mendapat un-dian terbanyak dengan 1,500 like sekali gus membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa televisyen paparan kristal cecair (LCD) 42 inci berjenama Toshiba.

Program Larian Botani yang telah dilaksanakan pada 21 September 2013 adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang di

dalam Kalendar Acara Taman tahun 2013 untuk Taman Botani . Acara ini merupakan program untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental serta memberi pengetahuan dalam ilmu botani dan seni ta-man serta memberi peluang kepada peserta untuk menjadikan Taman Botani Putrajaya sebagai destinasi aktiviti pembelajaran dan pen-didikan bersumberkan flora dan alam sekitar.

Program ini juga secara tidak langsung dapat mendedahkan peser-ta kepada kemudahan aktiviti rekreasi dan perkhidmatan yang dita-warkan oleh Taman Botani Putrajaya. Hadiah wang tunai disediakan di mana juara membawa pulang RM500, naib juara RM350, tempat ketiga RM250 dan juga beberapa hadiah sagu hati. Program Larian Botani ini dijalankan serentak dengan Program Garden Talk berkaitan Buah-buah Nadir, Kompos dan Pengenalan Kurasi Herbarium.

Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seki-tar Putrajaya , Selangor dan Kuala Lumpur. Bayaran penyertaan se-banyak RM15 bagi setiap peserta dan terbuka kepada 200 penyer-taan sahaja.

Festival Kucing Putrajaya 2013

Tasik Putrajaya dan WetlandPutrajaya adalah sebuah bandar yang

dirancang dan dibina untuk mengha-dapi cabaran alaf baru. Ia adalah sebuah Bandar dalam Taman yang melihat ke-pada alam sebagai inspirasi, menghasil-kan sebuah landskap yang dipengaruhi oleh keindahan Tasik Putrajaya. Kualiti air tasik yang tinggi adalah salah satu faktor terpenting untuk membuahkan hiasan yang cantik dan satu lagi unsur yang menjadi anugerah alam ialah den-gan pembinaan Wetland Putrajaya. Pu-sat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru bukan sahaja sebuah bandar baru, tetapi juga melambang-kan kematangan Malaysia sebagai ang-gota komuniti global yang dinamik dan progresif yang komited kepada konsep pembangunan yang stabil.

Pembinaan wetland adalah sistem buatan manusia yang melibatkan penu-karan kedudukan tanah sedia ada untuk mengsimulasi keadaan tanah lembap. Wetland ini didapati telah menyucikan air dengan membuang kompaun organik dan mengoksidasikan ammonia, me-ngurangkan nitrit dan membuang fos-forus. Mekanismanya sangat rumit dan melibatkan oksida bakteria, penapisan, pemendapan dan pemendakan kimia.  Kebanyakan wetland yang dibina cuba meniru fungsi biokimia eko-sistem se-bagai agen penapis dan penyuci, diikuti oleh fungsi hidrologi yang menjadi pu-sat tebatan banjir.

Penggunaan wetland yang dibina un-tuk merawat hakisan bumi oleh air di kawasan bandar dan membuang bahan-bahan dari pelbagai unsur di takungan-takungan luar bandar telah menarik banyak perhatian kebelakangan ini. Ini bermakna, wetland adalah kawasan penapisan atau ‘buah pinggang' di mana kawasan takungan, menyekat aliran air, memerangkap mendapan dan bahan ce-mar, mengalihkan bahan-bahan toksik (racun serangga, racun rumput, logam) dan menyerap nutrien serta tenaga dari-pada kawasan takungan di hulu sungai.

Wetland mempunyai keupayaan un-tuk menapis nutrien dari air yang masuk yang merupakan asas kepada rangkai-an makanan yang bukan sahaja bermu-

la dan berakhir di dalam wetland sahaja tetapi menjangkau kompleks wetland itu sendiri. Di mana ada makanan di situ ada kehidupan. Oleh itu wetland bertindak sebagai tempat membiak, tapak semaian dan rumah kepada pelbagai jenis tum-buhan, haiwan tidak bertulang belakang, katak, reptilia, ikan dan burung air. Wet-land sangat dikenali sebagai habitat ikan dan burung air. Wetland telah menjadi semakin popular sebagai destinasi eko pelancongan.  Kepelbagaian biologinya, kawasan terbuka, estatik dan pem-bangunan kemudahan awam menjadi-kannya cadangan terbaik bagi aktiviti rekreasi dan pembangunan sosial.

Wetland adalah tanah yang subur un-tuk pembelajaran dan kajian saintifik.  Bahkan sudah terdapat kecenderungan ke atas wetland di kalangan murid-murid sekolah yang mula menerokai penemuan alam sekitar apabila diperkenalkan kepa-da eko-sistem yang dinamik ini. Ini sudah tentu menjadi langkah pertama kepada pendidikan umum mengenai wetland yang menjadi tanggungjawab bersama.

Tasik Putrajaya seluas 400 hektar telah dicipta dengan melimpahkan lem-bah Sungai Chua dan Sungai Bisa. Pem-binaannya telah dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama merangkumi kawasan lebih kurang 110 hektar, sebuah em-pangan sementara telah dibina merentasi Sungai Chua.

Pembinaan empangan ini telah siap pada bulan Mei 1998 manakala penakungan Tasik Fasa 1A dimulakan pada bulan September 1998 dan selesai dalam bulan Januari 1999. Reka bentuk tasik ini asasnya adalah untuk menon-jolkan daya tarikan estetika Putrajaya.

Ia juga dirancang untuk kegunaan sukan dan rekreasi bagi menarik pelancong.

Kajian ke atas takungan Putrajaya bagaimanapun menunjukkan baha-wa ia mengandungi paras bahan cemar yang agak tinggi yang datang dari hulu sungai dan luar  kawasan pembangunan Putrajaya. Pembangunan seterusnya ke atas takungan Sungai Chua dijangka akan meningkatkan limpahan manakala paras bahan cemar pula sama ada akan kekal atau meningkat.

Wetland Putrajaya ialah wetland buat-an manusia yang pertama di Malaysia dan salah sebuah wetland air tawar ter-besar yang dibina sepenuhnya di kawasan tropika. Projek seluas 197 hektar ini me-ngubah kedudukan tapak tanaman kelapa sawit kepada ekosistem wetland dengan bantuan teknologi moden dan kaedah pengurusan alam sekitar yang ketat dari segi reka bentuk dan pembinaan.

Wetland ini menyelusuri laluan air Sungai Chua, Sungai Bisa dan tiga lagi anak sungai.   Fungsi utamanya adalah un-tuk memastikan air yang memasuki tasik itu mengikut tahap yang ditentukan oleh Perbadanan Putrajaya.

Untuk mencapai matlamat ini, bebera-pa jenis pokok air telah ditanam untuk bertindak sebagai sistem tapisan asli yang mengeluarkan nutrien dan bahan cemar dari takungan air.  Ia juga merawat air lebihan yang keluar daripada takungan air Sungai Chua seluas 50.9 km perse-gi. Selain bertindak sebagai pembersih dan penapis air, wetland juga membantu mengurangkan kemungkinan banjir, me-melihara alam, eko pelancongan, rekreasi, kajian dan pembelajaran dan juga menge-lakkan hakisan tanah. 

SISIPAN SEPTEMBER 2013

02.09.2013 Kunjungan YBhg. Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke Perbadanan Putrajaya.

08.09.2013 Majlis menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) untuk menjalinkan kerjasama antara

Putrajaya dan Makassar.

06.09.2013 Kunjungan Menteri Pengangkutan Iraq ke Perbadanan Putrajaya.

10.09.2013 Program berjalan kaki bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh di Wetland

07.09.2013 Lawatan Kerja PPj ke Makassar, Indonesia. Langkah permulaan menjalinkan kerjasama antara Putrajaya dan Makassar dalam pelbagai bidang diharap dapat menfaatkan kedua-dua pihak.

08.09.2013 Pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan Makas-sar dari pelbagai bidang dalam menjalinkan kerjasama antara

kedua-dua pihak di Hotel Aryaduta Makassar.

13.09.2013 Pelepasan peserta PPj Cycling Team ke program Ipoh Fun Ride 2013 di hadapan Auditorium Cempaka Sari,

Perbadanan Putrajaya.

18.09.2013 Majlis Penyerahan Institut Kanser Negara di Presint 7, Putrajaya oleh Menteri Kerja Raya kepada Menteri Kesihatan.

18.09.2013 Tan Sri Presiden Menghadiri Majlis Jamuan Ne-gara meraikan Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, Presiden Republic Singapura dan Mrs. Mary Tan.

11.09.2013 Lawatan ke ladang bunga-bungaan di Hulu Langat, Semenyih untuk melihat teknologi yang digunakan

dalam pengurusan pembungaan.

22.09.2013 Lawatan ke Pesta Sukan Komuniti Putrajaya 2013 di Kompleks Sukan Taman Pancarona, Putrajaya.

22.09.2013 Pelepasan acara Reebok One Challenge di Dataran Putrajaya

24.09.2013 Majlis pelepasan ikan sempena Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013 di jeti Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya

24.09.2013 Bersiaran langsung melalui web tv www.1malaysiaiptv.com

26.09.2013 Temu bual bersama Stesen TV KBS

29.09.2013 Sesi bercerita kepada anak-anak yang berkunjung ke YKP oleh Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah

29.09.2013 Melawat pameran buku di Yayasan Kepimpinan Perdana

29.09.2013 Di Program Santai @ Gemilang

28.09.2013 Pelancaran Kereta Sheriff Putrajaya di Presint 16 Putrajaya