10
PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI MALAYSIA Azman Ab Rahman 1 Siti Martiah Anwar 2 ABSTRAK Zakat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah mencukupi syarat. Segala urusan berkaitan kutipan zakat dikendalikan oleh institusi zakat setiap negeri di Malaysia. Seterusnya institusi zakat bertanggungjawab dalam mengagihkan zakat kepada lapan golongan asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran iaitu kepada fakir, miskin, muallaf, fi sabilillah, ibnu sabil, gharimin, riqab dan amil. Pengagihan zakat kepada lapan golongan asnaf ini terdapat dalam pelbagai skim dan bentuk termasuklah bantuan pendidikan. Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan salah satu kaedah yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat memainkan peranan yang penting dalam memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 di mana anak-anak fakir miskin ini tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal melunaskan yuran persekolahan mereka. Dengan wujudnya kes-kes keciciran dalam pelajaran seperti ini, institusi zakat memainkan peranan yang sangat penting dalam menyalurkan bantuan zakat dari segi pendidikan kepada gologan ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf di samping peranan yang dilakukan oleh institusi zakat dalam memastikan pelajar fakir dan miskin tidak ketinggalan dalam pelajaran khususnya di Lembaga Zakat Selangor. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantu fakir dan miskin dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Kata Kunci: Zakat Pendidikan, Fakir dan Miskin, Skim dan Bantuan Abstract Zakat is an obligation that must be done by all the Muslims who fulfilled the conditions of zakat. All the matters related to the zakat collection are administered by the zakat institution in Malaysia. Therefore, this zakat institution is responsible in distributing the zakat to eight asnaf as has been decreed in the Quran which are to the poor, needy, muallaf, fi sabilillah, ibnu sabil, gharimin, riqab and amil. The distribution of zakat is in various forms and schemes which includes the educational aid. The educational aid is one of the most important aids given to the poor and needy because with education only they can change their life and bring them out of poverty. Due to the importance of education in the life of the poor and needy, the zakat institutions play a vital role in ensuring that the poor and needy being given an opportunity in education and opportunity to be a successful person in the future. There were a few cases reported in the early year of 2013 whereby the kids from the poor and needy family cannot continue their study due to their failure to pay the school fee. By looking at this situation, the zakat institutions play an important role in giving the educational aids to them. Therefore, this research is to examine the scheme and educational aids given to the poor and needy in Malaysia besides the role play by the zakat institutions in ensuring the poor and needy not to be left behind in term of education especially by the Lembaga Zakat Selangor (LZS). It is hope that this 1,2 Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel. (+60) 012-2165852, Fax. (+60) 06-7988530). Email:[email protected] 92 Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System", Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

!! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN DI MALAYSIA

Azman Ab Rahman1 Siti Martiah Anwar2

ABSTRAK

Zakat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah mencukupi syarat. Segala urusan berkaitan kutipan zakat dikendalikan oleh institusi zakat setiap negeri di Malaysia. Seterusnya institusi zakat bertanggungjawab dalam mengagihkan zakat kepada lapan golongan asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran iaitu kepada fakir, miskin, muallaf, fi sabilillah, ibnu sabil, gharimin, riqab dan amil. Pengagihan zakat kepada lapan golongan asnaf ini terdapat dalam pelbagai skim dan bentuk termasuklah bantuan pendidikan. Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan salah satu kaedah yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini dari kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat memainkan peranan yang penting dalam memastikan golongan asnaf fakir miskin ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 di mana anak-anak fakir miskin ini tidak dapat meneruskan persekolahan kerana gagal melunaskan yuran persekolahan mereka. Dengan wujudnya kes-kes keciciran dalam pelajaran seperti ini, institusi zakat memainkan peranan yang sangat penting dalam menyalurkan bantuan zakat dari segi pendidikan kepada gologan ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia kepada golongan asnaf di samping peranan yang dilakukan oleh institusi zakat dalam memastikan pelajar fakir dan miskin tidak ketinggalan dalam pelajaran khususnya di Lembaga Zakat Selangor. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat dalam membantu fakir dan miskin dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Kata Kunci: Zakat Pendidikan, Fakir dan Miskin, Skim dan Bantuan

Abstract

Zakat is an obligation that must be done by all the Muslims who fulfilled the conditions of zakat. All the matters related to the zakat collection are administered by the zakat institution in Malaysia. Therefore, this zakat institution is responsible in distributing the zakat to eight asnaf as has been decreed in the Quran which are to the poor, needy, muallaf, fi sabilillah, ibnu sabil, gharimin, riqab and amil. The distribution of zakat is in various forms and schemes which includes the educational aid. The educational aid is one of the most important aids given to the poor and needy because with education only they can change their life and bring them out of poverty. Due to the importance of education in the life of the poor and needy, the zakat institutions play a vital role in ensuring that the poor and needy being given an opportunity in education and opportunity to be a successful person in the future. There were a few cases reported in the early year of 2013 whereby the kids from the poor and needy family cannot continue their study due to their failure to pay the school fee. By looking at this situation, the zakat institutions play an important role in giving the educational aids to them. Therefore, this research is to examine the scheme and educational aids given to the poor and needy in Malaysia besides the role play by the zakat institutions in ensuring the poor and needy not to be left behind in term of education especially by the Lembaga Zakat Selangor (LZS). It is hope that this

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1,2Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Tel. (+60) 012-2165852, Fax. (+60) 06-7988530). Email:[email protected]

92

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 2: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

research will gives a better overview to the society at large on the efforts done by the zakat institution in helping the poor and needy in term of the educational enhancement in Malaysia.

Keywords: Zakat – Education – Poor – Needy – Scheme and Aids

1. PENDAHULUAN

Zakat memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan pelajar fakir dan miskin di Malaysia. Terdapat beberapa kes melibatkan golongan fakir dan miskin yang berhenti sekolah dan tidak dapat meneruskan persekolahan disebabkan oleh masalah kewangan. Kes seperti ini telah direkodkan dan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media massa dan elektronik. Sebagai contoh, seorang anak sulung daripada lima beradik di Kuantan iaitu Mohd Abu Khir Abu Bakar yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar tidak dapat meneruskan pelajaran kerana gagal menjelaskan yuran Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala dua adiknya yang lain sering kali tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana malu dengan rakan-rakan mereka yang mereka adalah orang miskin (Sinar Harian, 28 Februari 2013).

Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat oleh penyelidik terhadap institusi zakat negeri-negeri dan unit baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Mereka mempunyai skim dan bentuk bantuan atau sumbangan pendidikan kepada golongan asnaf khususnya fakir dan miskin seperti bantuan persekolahan, bantuan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT), biasiswa kecil pelajaran, bantuan kepada sekolah pondok dan juga bantuan pengajian tinggi ke luar negara (Dasar Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1994; Hak Asnaf: Asnaf Fakir dan Miskin, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang; Bantuan: Pendidikan, Lembaga Zakat Selangor; Skim Bantuan, Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman; Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Isu ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Abd Halim dan Mohd Saladin (2011) yang bertajuk ‘Pengurusan Agihan Zakat’, ia menerangkan kaedah yang dilaksanakan dalam mengelola dana zakat yang telah dikumpul supaya dapat diagihkan kepada asnaf yang berhak. Memandangkan peningkatan prestasi kutipan zakat semakin meningkat maka pengagihan seharusnya meningkat sama supaya dapat mengurangkan bilangan yang tidak berkemampuan. Kajian ini mendapati bentuk bantuan kepada asnaf perlu dimantapkan lagi terutamanya dari segi pengagihan pendidikan. Ini kerana bantuan berterusan dari segi pendidikan kepada golongan asnaf sehingga mereka berjaya adalah sangat penting, ia dapat mengubah kehidupan dan meningkatkan lagi ekonomi negara. Berdasarkan Manual Pengurusan Agihan Zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008), ia menerangkan tentang bentuk bantuan dan skim pendidikan yang diberikan kepada golongan asnaf seperti skim bantuan pelajaran, skim bantuan Am pelajaran/ dermasiswa, skim bantuan yuran persekolahan dan peperiksaan sekolah rendah/menengah, skim bantuan aktiviti dan lawatan belajar. Tujuan skim seperti ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan pelajaran kepada anak golongan asnaf supaya tidak tercicir dalam pelajaran serta dapat memperbaiki taraf hidup keluarga. Menurut kajian Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud dan Safani Bari (2005) yang bertajuk ‘Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam’ dalam Jurnal Pendidikan. Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dari golongan fakir miskin di negeri Selangor, khususnya di daerah Sabak Bernam. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada 19 pelajar yang tinggal di tiga buah Desa Kasih Pusat Zakat Selangor dan 23 orang pelajar yang tinggal di luar Desa Kasih. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar fakir miskin dalam kajian ini mempamerkan aspirasi yang sihat, serta nilai yang positif walaupun mereka menghadapi masalah kewangan. Aspek yang ketara menjadi penghalang kepada

93

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 3: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

aspirasi pelajar-pelajar miskin ini adalah cara gaya hidup mereka seperti menonton televisyen secara berlebihan, berbual kosong, peruntukan masa yang sangat sedikit bagi mengulangkaji, menyiapkan kerja rumah, ataupun membaca bacaan berunsur akademik, kerohanian, dan pengetahuan am. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi zakat di Malaysia telah memberikan beberapa bentuk skim dan bantuan pelajaran kepada fakir dan miskin di Malaysia. Tetapi permasalahan lain yang timbul adalah seperti golongan fakir dan miskin ini tidak diberikan pendedahan dan pengetahuan tentang cara-cara untuk memohon bantuan tersebut yang menyebabkan hanya segelintir sahaja golongan fakir dan miskin yang mendapat manfaat daripada skim dan bantuan tersebut. Isu ini turut dibincangkan juga dalam kajian yang dijalankan oleh Azman Ab Rahman dan Ahmad Wifaq Makhtar (2011) yang bertajuk ‘Kelayakan dan Kedudukan Pelajar sebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif Islam’ dalam Jurnal Pengurusan Jawhar, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri. Kajian ini menjelaskan bahawa salah satu faktor kegagalan dan kesukaran permohonan bantuan pendidikan adalah disebabkan oleh pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan.

2. SKIM DAN BANTUAN PENDIDIKAN YANG DIBERIKAN OLEH INSTITUSI ZAKAT DI

MALAYSIA

Terdapat pelbagai skim dan bentuk bantuan pendidikan yang telah ditawarkan kepada golongan asnaf fakir dan miskin oleh institusi zakat di seluruh negeri di Malaysia. Skim dan bentuk bantuan pendidikan ini dapat diringkaskan seperti dalam jadual (1) di bawah:

Jadual 1: Jenis Skim dan Bentuk Bantuan Pendidikan oleh Institusi Zakat di Malaysia

No NEGERI SKIM DAN BENTUK BANTUAN PENDIDIKAN ASNAF

1 Selangor

Keperluan Pendidikan, Bantuan Yuran Sekolah Rendah dan Menengah, Biasiswa Pelajaran, Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas, Dermasiswa, Bantuan Umum Pelajaran, Elaun Guru KAFA, Bantuan Umum Pelajaran Dalam dan Luar Negara, Dermasiswa Pelajar Belajar di Timur Tengah, Dermasiswa Hufaz Quran.

Fakir dan Miskin, Mualaf,

Fisabilillah

2 Negeri Sembilan

Pinjaman dan bantuan zakat pelajar Timur Tengah tajaan MAINS kali ke-2 dan bantuan perkapita Sekolah SMAN, SABK, SAR, KAFA, Tahfiz dan Tadika Islam Tahun 2013 di Royale Bintang, Seremban.

Fakir dan Miskin,

Fisabilillah

3 Johor

Skim Bantuan Pelajaran, Skim Bantuan Pendidikan Pendaftaran IPTA, Skim Bantuan Awal Tahun Persekolahan (Pakaian Seragam), Skim Bantuan Basikal Pelajar, Skim Bantuan Cermin Mata, Skim Bantuan Pendidikan di Universiti, Skim Bantuan Pembiayaan Tambang Ke Pusat Pengajian, Skim Pinjaman Pengajian.

Fakir dan Miskin

4 Kelantan

Bantuan Persekolahan, Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT), Biasiswa Kecil Pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK), Bantuan Kepada Sekolah Pondok, Biasiswa Tengku Anis.

Fakir dan Miskin

5 Terengganu Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Dermasiswa (IPTA/IPTS), Skim Bantuan Pondok/Madrasah.

Fakir dan Miskin

94

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 4: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

6 Kuala Lumpur

Bantuan Tambang Dalam/ Luar Negeri, Bantuan Am Pelajaran IPT, Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB), Biasiswa Baitulmal/Insentif Khas Pelajar Cemerlang, Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan, Bantuan Tuisyen, Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI, Bantuan Persediaan IPT.

Fakir dan Miskin

7 Perlis

Bantuan Pakaian Sekolah, Bantuan Persekolahan Menengah dan Rendah, Bantuan Sekolah, bantuan Pelajaran, Bantuan Pelajaran Timur Tengah, Bantuan Sekolah dan Institusi Agama.

Fakir dan Miskin

8 Pulau Pinang

Bantuan Pendidikan, Persekolahan, Pakaian Seragam, Permulaan ke IPT Dalam dan Luar Negara, Biasiswa Kecil Sekolah Agama Rakyat, Pendidikan Khusus Kecemerlangan Minda, Kelas Persediaan Belajar, Bantuan Yuran Sekolah Rendah/Menengah, Bantuan Keperluan Pendidikan.

Fakir dan Miskin

9 Sarawak

Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Pengajian Sekolah Rendah/Menengah, Yuran/Kelengkapan Persekolahan, Bantuan Pengajian ke Timur Tengah, Bantuan Pengajian IPT Bidang Agama, Bantuan Pengajian Sekolah Agama/Arab, Bantuan Pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran, Bantuan Kertas Kerja Projek (Tesis).

Fakir dan Miskin,

Fisabilillah

10 Kedah

Bantuan Yuran Peperiksaan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Penuntut Miskin Sekolah Agama Nidzomi, Bantuan Persekolahan Bulanan, Bantuan Persekolahan Sekaligus Penuntut Miskin, Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Penuntut Miskin, Bantuan Penuntut Miskin Maktab Mahmud, Bantuan Yuran Penuh Ke IPT Tempatan Penuntut Miskin.

Fakir dan Miskin

11 Melaka Bantuan Kelas Tuisyen dan Motivasi Pelajar, Pembiayaan Pinjaman Biasiswa Pengajian Tinggi Islam, Bantuan Yuran Persekolahan.

Fakir dan Miskin

12 Sabah Yuran Pendaftaran Pengajian IPT/S, Dermasiswa Pengajian IPT/S, Tiket Penerbanagan ke IPT/S di Semenanjung Malaysia.

Fakir dan Miskin,

Fisabilillah

13 Perak - Masih dalam proses pengumpulan maklumat -

Berdasarkan kepada jadual (1) di atas ia menunjukkan bahawa hampir kesemua insitusi zakat negeri-negeri di Malaysia seperti di Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak yang memberikan bantuan persekolahan rendah dan menengah, bantuan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara (Pengajian ke timur tengah). Begitu juga bantuan sampingan yang lain seperti bantuan persediaan persekolahan, bantuan pakaian seragam sekolah, bantuan galakan hafaz Quran.

Institusi zakat di negeri Johor memberikan bantuan pendidikan yang berbeza daripada institusi zakat lain di Malaysia iaitu dari segi Skim bantuan basikal pelajar dan Skim bantuan cermin mata. Manakala di negeri Sarawak, bantuan pendidikan yang berbeza yang diberikan oleh institusi zakat Sarawak ialah

95

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 5: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

bantuan kertas kerja projek (thesis). Terdapat juga keistimewaan dan bantuan zakat pendidikan khusus bagi pelajar yang mengambil bidang kejururawatan di Kuala Lumpur yang dinamakan Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI. Secara keseluruhannya, institusi zakat di Kuala Lumpur memberikan pelbagai jenis bantuan dari pelbagai aspek yang dilihat telah banyak membantu dan memenuhi keperluan golongan asnaf fakir dan miskin di Kuala Lumpur.

Walaubagaiamanapun, terdapat sedikit perbezaan berkaitan syarat permohonan bagi bantuan pendidikan tersebut mengikut negeri-negeri di Malaysia. Sebagai contoh, bantuan pendidikan di Sabah dan Sarawak dari segi bantuan yuran pengajian adalah dibezakan mengikut bidang pengajian yang diambil. Kedua-dua institusi zakat ini mensyaratkan bidang agama sebagai syarat utama untuk memohon dermasiswa dan bantuan ini akan diberikan pada setiap semester di sepanjang pengajian. Berbeza dengan bidang pengajian yang lain di mana bantuan yuran pengajian hanya akan diberikan sekali sahaja iaitu ketika pendaftaran pengajian. Institusi zakat lain selain Sabah dan Sarawak tidak memberikan syarat yang khusus seperti yang digunapakai di Sabah dan Sarawak kerana objektif bantuan pendidikan tersebut adalah lebih bersifat menyeluruh dan saksama kepada semua golongan asnaf fakir dan miskin.

3. PERANAN LZS DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN FAKIR DAN MISKIN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Mengikut laporan kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2012, jumlah kutipan zakat di negeri Selangor adalah sebanyak RM394.1 juta manakala jumlah agihan zakat adalah sebanyak RM 401.7 juta. Perkara ini boleh dirujuk dalam jadual (2) di bawah:

Jadual 2: Jumlah Kutipan dan Agihan Zakat di Selangor Bagi Tahun 2012

2012 2011 Peratus Peningkatan

Kutipan

Kutipan Zakat (RM) RM451.3 Juta RM394.1 Juta 15

Bil. Pembayar (Orang) 210,307 180,617 16

Agihan Agihan Zakat (RM) RM401.7 Juta RM 373.5 Juta 8

Berdasarkan jadual 2 di atas, kutipan zakat pada tahun 2012 telah meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tahun 2011 dengan jumlah pengagihan sebanyak 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan zakat. Manakala laporan kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2012 di bawah program pembangunan pendidikan turut menjelaskan jumlah agihan zakat mengikut program pembangunan bagi tahun 2013 seperti jadual 3 dan 4 di bawah.

96

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 6: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

Jadual 3: Agihan Zakat Mengikut Program Pembangunan Bagi Tahun 2012

Jadual (3) di atas menunjukkan bahawa pendidikan merupakan agihan zakat kedua terbesar selepas program pembangunan sosial iaitu mewakili 40% daripada keseluruhan agihan program zakat. Manakala pembangunan ekonomi dan Institusi agama adalah sebanyak 4% daripada jumlah keseluruhan agihan. Sebanyak 5% daripada kutipan zakat diperuntukkan bagi pembangunan insan.

Kajian juga mendapati terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan di bawah program pembangunan pendidikan bagi tahun 2012 di Selangor sebagaimana yang terdapat dalam jadual ( 4) di bawah.

Jadual 4: Jenis Bantuan Terbesar di Bawah Program Pembangunan Pendidikan Bagi Tahun 2012 di Selangor

NO

ASNAF

JENIS BANTUAN

JUMLAH AGIHAN (RM JUTA)

BILANGAN PENERIMA

1 Fakir dan Miskin

Keperluan Pendidikan 33.4 13,629

Bantuan Yuran Sekolah Rendah /

Menengah 5.1 13,195

Biasiswa Pelajaran 5.3 1,487

2 Mualaf

Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas 2.9 2,755

Dermasiswa 1.6 492 Bantuan Umum

Pelajaran 0.6 140

3 Fisabilillah Elaun Guru KAFA 27.7 3,710

97

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 7: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

Bantuan Umum Pelajar Dalam dan

Luar Negara 21.1 17,352

Dermasiswa Pelajar Belajar di

Timur Tengah 12.5 850

Dermasiswa Hufaz Quran 1.6 1,115

Jadual (4) di atas menjelaskan bahawa seramai 54,725 orang menerima bantuan pendidikan di bawah program pembangunan pendidikan di Selangor dan ia melibatkan duit zakat sebanyak RM 140,103,080 iaitu sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan agihan zakat mengikut program pembangunan pada tahun 2012. Jumlah ini dikatakan telah meningkat berbanding tahun yang sebelumnya iaitu seramai 27,583 orang sahaja penerima bantuan pendidikan pada tahun 2008. Jumlah penerima agihan tertinggi adalah dari kalangan asnaf fisabilillah yang mendapat bantuan umum pelajaran di dalam dan luar Negara.

Di samping bantuan pendidikan yang diberikan, Lembaga Zakat Selangor juga telah mensasarkan dan merancang beberapa aktiviti dan program khusus kepada golongan asnaf fakir dan miskin di Selangor dari segi bantuan pendidikan. Antaranya ialah seperti yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2013 iatu sebanyak RM 17.9 juta zakat pendidikan telah diagihkan kepada golongan asnaf yang melibatkan seramai 32,919 orang asnaf. Menurut ketua sektor pengurusan daerah LZS iaitu Mohd Basir Hasan Basri, agihan bantuan zakat pendidikan ini bertujuan untuk memperkasa pendidikan dan juga memenuhi keperluan persekolahan supaya anak-anak dapat menumpukan pembelajaran sehingga ke peringkat universiti (Laporan Kutipan dan Agihan Zakat, Info Zakat, Lembaga Zakat Selangor, 2013).

LZS turut memperuntukkan zakat berjumlah RM2.5 juta melalui Program Sekolah Angkat (Prosa2012) untuk dimanfaatkan kepada 15,220 anak asnaf yang menuntut di sekolah rendah dan menengah di Selangor. Program ini dijalankan dengan usahasama LZS bersama Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dengan memfokuskan anak asnaf yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (Laporan Kutipan dan Agihan Zakat di Selangor Bagi Tahun 2012).

Menurut laporan kutipan dan agihan zakat di Selangor bagi tahun 2012, sebanyak 26,069 keluarga asnaf fakir dan miskin telah dicatatkan. Oleh yang demikian, beberapa program giat dijalankan bagi mengurangkan bilangan keluarga asnaf fakir dan miskin dari tahun ke tahun iaitu melalui program pembangunan sosial, program pembangunan ekonomi, program pembangunan pendidikan, program pembangunan insan dan juga program pembangunan institusi agama. Tujuan diadakan program pembangunan pendidikan oleh LZS adalah untuk melahirkan generasi asnaf yang cemerlang dan bebas daripada kemiskinan di Selangor (Laporan Pengurusan Zakat Selangor, 2008).

Manakala sumbangan yang berterusan yang diberikan oleh LZS semenjak tahun 2008 sehingga kini ialah sumbangan pakaian sekolah di awal tahun persekolahan. LZS telah memberikan sumbangan pakaian kepada 48 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya secara tahunan. Penyerahan sumbangan pakaian atau uniform sekolah ini diharapkan dapat menyuntik semangat para pelajar dari golongan asnaf fakir dan miskin supaya lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan

98

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 8: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

belajar lebih tekun dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka (Laporan Pengurusan Zakat Selangor, 2008).

Usaha LZS ini dilihat telah menampakkan hasil apabila bilangan anak-anak fakir dan miskin yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan meningkat dari tahun ke tahun. Ia memberikan gambaran bahawa kemiskinan bukan lagi menjadi penghalang untuk golongan asnaf fakir dan miskin ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kejayaan anak-anak asnaf fakir dan miskin ini menjadi kebanggaan kepada LZS serta pembayar zakat seterusnya mereka menjadi contoh kepada anak asnaf yang lain dalam membuktikan bahawa dana zakat dapat melahirkan lebih ramai lagi anak-anak asnaf yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan. (Laporan Kutipan dan Agihan Zakat, Info Zakat, Lembaga Zakat Selangor, 2013).

4. PENUTUP

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, penyelidik mendapati bahawa institusi zakat di Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pendidikan anak-anak golongan fakir dan miskin iaitu melalui skim dan bantuan pendidikan yang telah diberikan. Institusi zakat di Malaysia juga telah berusaha keras dalam melaksanakan aktiviti dan program pembangunan pendidikan kepada golongan asnaf fakir dan miskin dan usaha yang berterusan ini seharusnya mendapat pujian daripada semua pihak. Seharusnya anak-anak golongan fakir dan miskin juga dapat memanfaatkan skim dan bentuk bantuan yang telah ditawarkan supaya dapat membantu meringankan beban mereka dalam membayar yuran persekolahan dan pengajian di institusi pengajian tinggi. Diharapkan bahawa dengan adanya skim dan bantuan pendidikan yang telah diberikan oleh institusi zakat di Malaysia dapat menggalakkan golongan asnaf supaya mementingkan pendidikan dan ilmu pengetahuan sebagaimana yang digalakkan dalam Islam iaitu menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada semua umat Islam. Dengan usaha seperti ini, ia seharusnya dapat menaikkan lagi martabat golongan asnaf, memperbaiki taraf hidup golongan fakir dan miskin, melahirkan lebih banyak lagi pelajar asnaf fakir dan miskin yang berjaya di dalam dan luar negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kurang masalah dalam keciciran pelajaran.

RUJUKAN

Ab Rahman, Azman dan Makhtar, Ahmad Wifaq, 2011, ‘Kelayakan dan Kedudukan Pelajar sebagai Penerima Zakat Menurut Perspektif Islam’, Jurnal Pengurusan Jawhar, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri.

Ab Rahman, Azman, 2010, Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia: Lembaga Zakat Selangor, PHD Thesis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Abd Halim & Mohd Saladin, 2011, ‘Pengurusan Agihan Zakat’, Fiqh Zakat Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Bantuan: Pendidikan, Lembaga Zakat Selangor; (PPZS). www.e-zakat.com.my

Buku Panduan Skim Agihan Bantuan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. http://maidam.terengganu.gov.my/

99

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 9: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

Dasar Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,1994;

http://www.zakatkedah.com/index.php/agihan-zakat/skim-bantuan

http://www.zakatpenang.com/index.php/info-asnaf/jenis-jenis-bantuan-agihan

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji. www.jawhar.gov.my

Laporan Zakat PPZ-MAIWP, 2010, 2009, 2008, 2007. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Laporan Kutipan dan Agihan Zakat, Info Zakat, Lembaga Zakat Selangor, 2013

Laporan Pengurusan Zakat Selangor, 2008

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. http://www.e-maik.my/public_new/index.php

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. http://maip.perlis.gov.my/

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. http://www.maiamp.gov.my/

Majlis Agama Islam Negeri Johor. http://www.maij.gov.my/

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. http://www.zakat.com.my/

Mohd Ashrof dan Mohammad Mahyuddin, 2011, ‘Perakaunan Zakat’, Fiqh Zakat Malaysia. Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Norsiah Sulaiman dan Farahdina Abdul Manaf, 2009, “Peranan harta Wakaf Dalam Bidang Pembangunan Dan Pendidikan Ummah: Fokus Dalam Bidang Perubatan”, Jurnal Pengurusan Jawhar, Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri

Pulau Pinang memberi pembiayaan di dalam pendidikan dalam sudut Persekolahan, Pakaian Seragam, Permulaan ke IPT ( Dalam & Luar Negara ), Biasiswa Kecil Sekolah Agama Rakyat dan Khusus Kecemerlangan Minda.

Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang. http://www.zakatpahang.my/v2/default.aspx

Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan (PPZNS). www.zakatns.com.my

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. http://www.zakatpenang.com/

Pusat Zakat Melaka. http://www.izakat.com/

Pusat Zakat Sabah. http://www.zakat.sabah.gov.my/

Selangor membiayai Bantuan yuran sekolah rendah/menengah, Bantuan Keperluan Pendidikan dan Biasiswa pelajaran. http://www.e-zakat.com.my/jenis-bantuan-pendidikan/

Sinar Harian, 28 Februari 2013. “Tidak mampu bayar yuran, anak terpaksa berhenti sekolah”.

Skim Bantuan, Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman. http://www.zakatkedah.com/index.php

100

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.

Page 10: !! ! PERANAN INSTITUSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN

!!!

Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak. http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/zakatharta.html

101

Paper Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System",

Organized By Faculty Economics And Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 4-5th September 2013.