59

pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia
Page 2: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia
Page 3: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia
Page 4: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ATURAN PROSIDING

1. UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH

2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM MALAYSIA BAGI PIHAK

MAJLIS PEGUAM DAN BADAN PEGUAM MALAYSIA

3. UCAPAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH

BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA

4. UCAPAN MEMPERINGATI PEGUAM-PEGUAM YANG TELAH

MENINGGAL DUNIA

5. UCAPAN HAKIM BERSIDANG

Page 5: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

INDEKS

BIL PERKARA NAMA PENYAMPAI M/S

1. UCAPAN PENGERUSI BADAN PEGUAM NEGERI KEDAH

NAZLIYAH MANSOR 1

2. UCAPAN NAIB PRESIDEN BADAN PEGUAM MALAYSIA DATO‟ ABDUL FAREED ABDUL GAFOOR

4

3. UCAPAN WAKIL PEGUAM NEGARA DATO‟ NOR „AZURA MOHAMED ZOHDI 7

4.

CHRISTIE GILBERT NAUGHTON

CHE SHARIF BIN MAT 9

5. PATHMANATHAN S/O SUNDRAM BALAKRISHNAN A/L K G NAIR 11

6. KAMARUDIN B AHMAD NOOR HISHAM ISMAIL 13

7. POH AH LOY @ POH AH LEY TUNKU MOHAMAD ZULKIFLI OSMAN 15

8. MANJIT SINGH A/L RAM SINGH DEO MOHAMAD AFZA BIN DAHARI@ZAHARI 17

9. AZLINA BT HANIF NAZIRA ABDUL RAHIM 19

10. MAYANDI A/L ELAPAN SUBRAMANIAM KALIANAN, R 21

11. ADI SATRIA B AHMAD @ HARUN BAHADOR OMAR 23

12. SELVAMANI A/P NARAYANASAMY BURHANUDEEN ABDUL WAHID 25

13. VEERASAMY @ RAJENDRANA/L AMS PERIASAMY NADARAJAN A/L ARUMUGAM 27

14. MOHAMAD FIRDAUS BIN IDRIS SITI RAZASAH ABD RAZAK 29

15. OO GIN SUN RUSIDAH HASSAN 31

16. ALIZA BINTI AHMAD MURSHIDAH MUSTAFA 33

17. MOHD SHAKRI BIN ABD RAZAK NAWAL HARUN 35

18. PANCHARAM A/L ARUMUGAM SHANMUGAIAH A/L CHELLIAH 37

19. ISMAEL BIN ALABAS DATO‟ HASHIM JAHAYA 39

20. ROSNI HAIDA BINTI MAT RIFIN SHARIFAH NOR AINAA SYED NASIR 41

21. RAO SURYANA ABDUL RAHMAN ROZAKIAH BINTI ARIFFIN 43

22. RC MURUGESON A/L RAMACHANDRAN PADMANATHAN A/L KUMARASAMY 45

23. ZAINON BINTI MOHD MOKHTAR OMAYAH BINTI OMAR 47

24. AYASAMY A/L KUPUSAMY MURTHY A/L BUTHARAJOO 49

25. QUAH SIEW MEI AHMAD TAUFIQ BAHARUM 51

Page 6: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

UCAPAN OLEH

NAZLIYAH BINTI MANSOR

PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH

Dengan izin Yang Arif,

1. Saya Nazliyah Binti Mansor hadir bagi pihak Badan Peguam Kedah pada hari ini

untuk prosiding memperingati ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang telah

meninggal dunia. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kepada Badan Peguam

Kedah kerana Berjaya meneruskan tradisi mulia Badan Peguam Malaysia dalam

memperingati dan menghargai para peguam yang telah terlebih dahulu pergi

meninggalkan kita.

2. Saya mohon merekodkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Arif Dato‟ Haji Ghazali Bin Cha, Yang Arif Puan Chan Jit Li, Yang Arif Tuan

Abu Bakar Bin Katar dan pihak Mahkamah yang Mulia ini di atas kesudian dan

persetujuan mengadakan prosiding ini pada hari ini.Tidak lupa juga kepada Yang

Arif Dato' Hashim Bin Hamzah yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan

kepada kami dalam merealisasikan prosiding ini.

3. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berbesar hati di atas kehadiran

YB Dato‟ Hajah Nor „Azura bt Haji Mohamed Zohdi, Penasihat Undang-Undang

Negeri Kedah yang hadir mewakili Peguam Negara pada prosiding ini.

4. Seterusnya izinkan juga saya menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada

Yang Berbahagia Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib Presiden Badan Peguam

Malaysia yang sudi meluangkan masa hadir pada prosiding ini mewakili Majlis

Peguam dan Badan Peguam Malaysia.

1

Page 7: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

5. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sekretariat Badan

Peguam Malaysia terutamanya Encik Rajen Devaraj, Ketua Pegawai Eksekutif

Badan Peguam Malaysia yang telah banyak membantu kami mendapatkan butiran

maklumat mengenai latar belakang rakan-rakan peguam yang telah meninggal

dunia untuk direkodkan di dalam buku memorial ini.

6. Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan peguam yang telah sudi menjadi

penyampai di dalam Prosiding ini, begitu juga sekalung tahniah kepada Ahli-ahli

Jawatankuasa Badan Peguam Kedah yang telah bertungkus lumus berusaha gigih

bagi menjayakan Prosiding ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada

kakitangan Badan Peguam Kedah dan para pelatih dalam kamar yang telah

memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan Prosiding Memperingati

pada hari ini.

7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan

memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah

meninggal dunia sejak 24 tahun yang lalu iaitu dari tahun 1994 sehingga 2018.

Prosiding ini merupakan penghormatan dan penghargaan kepada rakan-rakan

peguam yang telah pergi dahulu, agar ahli-ahli Badan Peguam Kedah terutamanya

para peguam muda dapat mengenali dan menghargai para peguam senior yang

telah meninggal dunia serta mengambil contoh kebaikan yang ditunjukkan oleh

mereka.

8. Bagi pihak Badan Peguam Kedah, saya ingin merekodkan ucapan takziah kepada

semua ahli keluarga di atas pemergian para rakan Peguam yang dikasihi sekelian.

Sungguh pun kita masih terasa sedih dan berdukacita dengan pemergian mereka,

kami yang masih meneruskan perjuangan menghargai jasa mereka dan

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat mereka dalam bidang

perundangan serta sumbangan bakti mereka kepada masyarakat.

9. Adalah diharapkan Prosiding Memperingati ini dapat diteruskan di masa akan

datang dan dijadikan amalan berterusan Badan Peguam Kedah dengan kerjasama

pihak Mahkamah Yang Mulia ini demi mengingati dan menghargai para Peguam

yang pernah berjasa di Negeri Kedah Darul Aman.

2

Page 8: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

10. Saya akhiri dengan peribahasa yang berbunyi: “Harimau mati meninggalkan

belang, manusia mati meninggalkan nama” yang bermaksud kita perlulah

berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme agar segala yang kita

lakukan dapat dijadikan suri tauladan oleh generasi akan datang dan dikenang

sehingga ke akhir hayat.

11. Yang Arif, saya dengan hormatnya mengusulkan supaya Rekod Prosiding

Memperingati ini disimpan di Arkib Mahkamah yang Mulia ini dan sesalinan

diserahkan kepada setiap keluarga mereka yang kita kenang dan ingati pada

prosiding hari ini.

Terima Kasih.

NAZLIYAH BINTI MANSOR PENGERUSI BADAN PEGUAM KEDAH

3

Page 9: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

SPEECH BY

DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR

VICE PRESIDENT OF MALAYSIAN BAR

Dengan Izin Yang Arif,

1. I am ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR, and I appear for the Bar Council and

the Malaysian Bar in today‟s reference proceedings.

2. May I begin by thanking your Lordship for agreeing to this reference and

making time to preside over the proceedings. This is a solemn and meaningful

occasion that is unique to the legal profession. It is a time when the Bar

recognizes, as a matter of formal record, our own members who are no longer

with us.

3. I would also like to thank the Kedah Bar Committee under the able leadership

of Puan Nazliyah Binti Mansor for reviving this time honoured tradition in

remembrance of our departed colleagues.

4. May I also acknowledge the presence of YB Dato‟ Hajah Nor„Azura bt Haji

Mohamed Zohdi, Kedah State Legal Adviser on behalf of the Honorable

Attorney General, who has taken time off her busy schedules to be with us

this morning.

5. In the finest traditions of the Bar, we gather to pay tribute and commit to

posterity the achievements of our learned friends and colleagues at the Bar

that should be emulated and forever cherished.

4

Page 10: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

6. My learned friends will speak in great length on the many achievements and

contributions of our departed members. Each one of them has had illustrious

careers, both within and outside the legal fraternity and they have been

revered by their families and acquaintances.

7. On a personal note, I have known the following late members in the course

my work as an advocate and solicitor,

a) PATHMANATHAN S/O SUNDRAM – he was slightly senior in practice and was

an up and coming lawyer before his untimely death;

b) VEERASAMY @ RAJENDRAN A/L AMS PERIASAMY – he is much senior in

practice but puts younger members at ease due to his jovial character.

Perhaps it runs in his family as I later came to know of his younger brother

Vivekananda, who is equally jovial, who was a former Perak Bar Chairman

and Council Member of the Malaysian Bar;

c) RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN – despite her diminutive figure, RAO

was a strong character who is known to articulate her thoughts very well.

Unknown to many, she has also played football for the Penang Bar‟s ladies

team in the early part of her career.

8. With the departure of these 22 of our collagues, the Malaysian Bar has not

only lost outstanding lawyers, but respectable personalities whose voids are

difficult to fill.

9. Although we grieve and mourn their deaths, we also acknowledge their many

contributions, service and dedication to the Bar and society which is evident

in all of us being here today paying tribute to them. We believe that the

marks left behind by each and every one of the 22 will continue to serve as an

inspiration to members of the Bar, whether from the current or future

generations.

5

Page 11: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

10. On behalf of the Bar Council and Malaysian Bar, I express our sincere

condolences to the family and friends of the 22 departed members, as we

mourn their loss. We pray that their souls rest in peace.

11. Lastly, may I ask your Lordship to direct that a Record of this Reference be

kept in the Archives of the Court and a copy sent to the families of our

departed brothers and sister-at-law.

12. My Lord, I wish to end my speech with the recitation of a pantun:-

Di Pagi Yang Indah Penuh Kesyahduan

Kita Berkumpul Mengingati Pemergian

Sahabat Setia Di Arena Perundangan

Budi Dan Jasa Dikenang Berzaman

DATO’ ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR VICE PRESIDENT MALAYSIAN BAR

6

Page 12: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

UCAPAN OLEH

YB DATO' HAJJAH NOR 'AZURA

BT HJ MOHAMED ZOHDI

PENASIHAT UNDANG-UNDANG

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BAGI PIHAK PEGUAM NEGARA

Dengan izin Yang Arif,

1. Assalammualaikum w.b.t.

Salam Sejahtera.

Salam Kedah Serata-Rata

Rakan bijaksana saya YBhg. Dato‟ Abdul Fareed Abdul Gafoor, Naib

Presiden Badan Peguam Malaysia.

Rakan bijaksana saya Pn. Nazliyah binti Mansor, Pengerusi Badan Peguam

Kedah.

Rakan-rakan bijaksana dan semua yang hadir pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas

kepada semua Ahli Jawatankuasa Badan Peguam Negeri Kedah yang telah

bertungkus-lumus untuk menjayakan program yang julung kalinya diadakan

di Kedah iaitu prosiding memperingati Ahli-ahli Badan Peguam Kedah yang

telah meninggal dunia.

3. Sepanjang empat tahun bertugas di Kedah, saya hanya berkesempatan

mengenali Almarhumah Rao Suryana binti Abdul Rahman. Rao Suryana yang

saya kenali seorang yang pendiam, sentiasa tersenyum dan lemah-lembut

orangnya. Pemergiannya mengejut tetapi itulah kehidupan kita sebagai

manusia, tidak kekal di dunia ini.

4. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa soal jodoh, pertemuan dan ajal di

tangan Allah. Ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu juga tiada

syarat sakit. Mati itu menjengah tanpa mengira waktu dan ketika, tidak kira

tua atau muda, sakit atau sihat. Majlis ini secara tidak langsung turut

menjadi peringatan kepada kita semua supaya memanfaatkan kehidupan

sementara ini dengan sebaiknya, insyaAllah.

7

Page 13: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

5. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam takziah kepada semua ahli

keluarga Badan Peguam Kedah yang telah kembali menemui penciptaNya

dengan petikan kata-kata:

“Those we love don‟t walk away, they walk beside us every day. Unseen,

unheard but always near, still loved, still missed and very dear.”

6. Yang Arif, saya dengan ini mengusulkan supaya Rekod Prosiding ini disimpan

di Arkib Mahkamah yang Mulia ini dan sesalinan diserahkan kepada setiap

keluarga mereka yang kita kenang dan ingati pada prosiding hari ini.

Terima kasih, Yang Arif.

Oleh:

YB Dato’ Hajah Nor ‘Azura bt Haji Mohamed Zohdi

Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah

8

Page 14: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

CHRISTIE GILBERT NAUGHTON

(BC/N/12)

21 JANUARI 1921 - 5 OGOS 1994

Mendiang Christie Gilbert Naughton adalah merupakan anak kelahiran Scotland.

Mendiang memulakan kariernya sebagai seorang Peguam di Kedah bermula pada

tahun 1960-an. Merupakan bekas seorang juruterbang tentera udara di negaranya,

mendiang bertekad untuk meneruskan minatnya di dalam bidang perundangan

apabila mendiang mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di

Lincoln‟s Inn, London.

Mendiang yang lebih dikenali dengan nama Naughton Christie telah berkahwin

dengan seorang wanita Malaysia berketurunan Cina dan semenjak itu mendiang

telah menetap di Malaysia sehingga ke akhir hayatnya. Hasil perkahwinannya

mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Mendiang Naughton Christie memulakan kariernya sebagai Peguam di Kedah

dengan menjadi rakan rongsi kepada Encik Kartar Singh A/L Ranjit Singh di Firma

Kartar Singh & Co. Selepas itu mendiang menubuhkan firma guamannya sendiri

sebagai pemilik tunggal kepada Tetuan Naughton Christie & Co.

Mendiang Naughton Christie bergiat aktif di dalam bidang perundangan jenayah

dan perundangan sivil serta amat dikenali di Kedah kerana pada masa dahulu

prosedur di Mahkamah termasuklah perbicaraan dijalankan di dalam Bahasa

Inggeris maka mendiang Naughton Christie pantas di dalam menggunakan kelebihan

dan kefasihannya berbahasa Inggeris untuk menegakkan kepentingan anakguamnya

di dalam Mahkamah.

Terdapat juga kes-kes yang telah dikendalikan mendiang menjadi kes-kes yang

signifikan(landmark) dan menjadi rujukan di dalam bidang perundangan. Antaranya

adalah kes yang melibatkan isu Tanah Rizab Melayu seperti kes Haji Hamid Bin

Ariffin & Anor v. Ahmad Bin Mahmud [1976] 2 MLJ 79; dan kes jenayah melibatkan

9

Page 15: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti kes Ramlan Bin Salleh v. Public Prosecutor

[1987] 2 CLJ 300.

Memandangkan mendiang Naughton Christie bukanlah anak kelahiran Malaysia,

dalam beramal sebagai peguam di Kedah, mendiang sudah tentulah menghadapi

kesulitan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana ia adalah bahasa asing bagi

mendiang. Namun, berkat keazamannya yang tinggi, kesungguhan dan usahanya

mempelajari Bahasa Malaysia membuatkan mendiang akhirnya fasih berbahasa

Melayu. Mendiang adalah seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

Setiap halangan dan cabaran yang dihadapinya ditempuhi dengan penuh berani.

Mendiang Naughton Christie juga seorang yang tegas dan lantang di dalam

menyuarakan pendapatnya yang mana atas faktor ini, nama mendiang sangat

dikenali di dalam bidang perundangan.

Mendiang Naughton Christie amat komited dalam menjalankan tugasnya sebagai

seorang Peguam walaupun pada usia yang lanjut dan dalam keadaan yang uzur,

mendiang tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap apa yang

dilakukan sehingga ke akhir hayatnya.

Mendiang Naughton Christie meninggal dunia di rumahnya di Taman Golf, Alor

Setar, Kedah pada 5 Ogos 1994 di usia 73 tahun dan disemadikan di Watt Siam,

Jalan Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah. Walaupun telah lama meninggal dunia,

namun mendiang masih menjadi sebutan di kalangan peguam-peguam muda

sebagai seorang peguam yang berkaliber dan menjadi sebahagian dari sejarah

perundangan di Kedah. Sehingga kini, nama Christie Gilbert Naughton masih teguh

dan mekar di ingatan kita.

Disampaikan Oleh: Che Sharif Bin Matt (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Siti Hajar Binti Abd Wahab (Pelatih Dalam Kamar)

10

Page 16: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

PATHMANATHAN A/L SUNDRAM

(BC/P/162)

28 DISEMBER 1967 – 18 OKTOBER 1997

Mendiang S. Pathmanathan dilahirkan pada 28hb Disember 1967 dan berasal dari

Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bercita-cita ingin menjadi seorang peguam sejak

kecil, mendiang menjadi kebanggaan keluarga apabila berjaya menyambung

pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti of London

(external). Akhirnya, setelah beberapa tahun berhempas-pulas demi segulung

ijazah, mendiang akhirnya menamatkan pengajian dengan jayanya. Mendiang

kemudiannya menduduki CLP dan telah berjaya dengan cemerlang. Kejayaan ini

amat membanggakan keluarganya kerana mendiang adalah anak harapan keluarga.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Dalam Kamar di firma guaman di

Pulau Pinang dan setelah selesai tempoh latihan, mendiang telah diterima masuk

dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara pada 28.10.1994 di

usia 27 tahun. Mendiang memulakan kerjayanya sebagai peguam muda dengan

beramal sebagai rakan kongsi di Tetuan K S Koay Pathma & Co., sebuah firma

guaman yang mempunyai cawangan di Kedah dan Pulau Pinang. Mendiang

menumpukan dalam bidang litigasi jenayah sebagai pilihan bidang amalannya

kerana minatnya yang mendalam di dalam undang-undang jenayah.

Dalam tempoh yang singkat sejak memulakan kerjayanya sebagai seorang Peguam,

sekitar 3 tahun, mendiang mula dikenali di atas kejayaannya mengendalikan kes-

kes jenayah. Keberanian dan kelantangannya berhujah membuatkan mendiang

disegani dan dihormati ramai. Pada awal pembabitannya di bidang guaman,

mendiang seorang peguam yang penuh berdedikasi dan sangat fokus dengan

kerjayanya. Mendiang sering dipuji dan dikenangi kerana perjuangan mendiang

mempertahankan anakguamnya. Sifat berani dan pantang undur untuk menegakkan

keadilan mencerminkan prinsip-prinsip kukuh yang dimiliki oleh mendiang.

11

Page 17: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Walau bagaimanapun, kerjaya dan kejayaan mendiang tidak kekal lama. Pada

petang Ahad,19 Oktober 1997, negara telah dikejutkan dan digemparkan dengan

penemuan mayat mendiang di pejabatnya di Tetuan K S Koay Pathma & Co. di

Lebuh China, Pulau Pinang dalam keadaan berlumuran darah dengan sembilan

kesan tikaman di badannya. Mendiang telah dibunuh dengan kejam di mana

tangannya diikat ke belakang dengan rantai besi yang dikunci dan mulutnya ditutup

menggunakan pita lekat. Pihak polis mengesyaki mendiang telah dibunuh sehari

sebelumnya iaitu pada 18 Oktober 1997. Sehingga hari ini misteri kematiannya

belum dapat diungkai lagi. Semoga penjenayah yang terlibat dengan pembunuhan

mendiang dapat diheret ke muka pengadilan dengan segera.

Mendiang telah meninggal dunia di kala sedang meningkat naik di dalam

kerjayanya dan diusia yang masih muda iaitu baru mencecah 30 tahun. Mendiang

juga masih bujang dan belum sempat berumah tangga semasa hayatnya. Mendiang

dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang baik dan mudah didekati

mempunyai gaya hidup yang sederhana dan sangat merendah diri. Rakan-rakan

yang mengenali mendiang mengakui bahawa mendiang merupakan seorang yang

baik hati dan sentiasa bertolak ansur.

Pemergian mendiang amat mengejutkan dan diratapi oleh semua pihak

terutamanya keluarga dan sahabat handai. Kehilangan mendiang adalah sangat

dirasai terutamanya oleh rakan-rakan dalam profesion perundangan kerana

mendiang adalah seorang peguam yang berperibadi mulia, mesra dan telah

beramal dengan cemerlang sekali dalam bidang ini walaupun dalam tempoh yang

singkat. Semoga mendiang berehat dengan tenang dan aman di sana.

Disampaikan Oleh: Balakrishnan A/L K.G. Nair (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara)

12

Page 18: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

KAMARUDIN BIN AHMAD

(BC/K/115)

14 OGOS 1949 - 25 MEI 1998

Dilahirkan pada tanggal 14 Ogos 1949, Allahyarham Kamarudin Bin Ahmad

merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik hasil perkahwinan Encik

Ahmad Bin Jidin dan Puan Fatimah Binti Ahmad. Allahyarham merupakan seorang

peguam yang tidak lokek berkongsi ilmu dan disegani ramai. Allahyarham

menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mei 1998 di Kangar, Perlis semasa berumur

49 tahun.

Allahyarham memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi/Sosiologi) pada

28 Jun 1974 di Universiti Malaya dan minat Allahyarham yang mendalam dalam

bidang perundangan telah mendorong Allahyarham meneruskan pengajian dan

seterusnya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di universiti

yang sama pada 11 Ogos 1983.

Kerjaya Allahyarham sebagai seorang Majistret di Alor Setar Kedah merupakan titik

permulaan Allahyarham dalam bidang perundangan. Allahyarham meneruskan

latihan dalam kamar di Tetuan Hoe & Ahmad Zaki dan sepanjang tempoh latihan

tersebut, Allahyarham telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat

serta pendedahan yang amat luas dan berharga untuk Allahyarham mengorak

langkah yang lebih jauh dalam bidang guaman. Pada tahun 1988, Allahyarham

telah diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan

Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

13

Page 19: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Pada 21 Januari 1992, Allahyarham telah menubuhkan firma guaman sendiri iaitu

Tetuan Chin Len Chong, Kamaruddin & Co bersama rakan Allahyarham iaitu Encik

Chin Len Chong. Sepanjang karier Allahyarham sebagai peguam dan rakan kongsi di

firma tersebut, Allahyarham bekerja dengan penuh semangat dan berintegriti. Kini,

Tetuan Chin Len Chong, Kamaruddin & Co merupakan salah sebuah firma guaman

yang terkenal dan mempunyai empat cawangan di sekitar Kedah dan Perlis. Firma

ini juga merupakan firma terakhir di mana Allayarham Kamaruddin Bin Ahmad

berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara. Berdasarkan pengalaman selama

lebih 10 tahun dalam bidang perundangan, Allahyarham berpengalaman dalam

mengendalikan kes-kes litigasi yang terdiri daripada kes-kes komersial, korporat,

perbankan dan juga litigasi am.

Allahyarham dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Nursyahirah binti Kamarudin

dan Fatin Khairunnisa Binti Kamarudin. Salah seorang daripada mereka telah

mengikuti jejak langkah bapa mereka dalam bidang perundangan dan kini

merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara di sebuah firma guaman yang

terkenal di Kuala Lumpur.

Allahyarham Kamarudin Bin Ahmad merupakan seorang peguam yang berkarisma

dan sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Memiliki sikap merendah diri, baik hati dan menghormati orang lain, Allahyarham

amat disenangi bukan sahaja oleh kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai

malahan orang yang tidak dikenali begitu mudah menerima dan menyayangi

Allahyarham. Dengan pemergian Allahyarham, kita telah kehilangan seorang

sahabat dan peguam yang baik. Namun, Allahyarham pergi meninggalkan pelbagai

kenangan manis yang akan sentiasa diingati dan dihargai.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Disampaikan Oleh: Noor Hisham Bin Ismail (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nurameera Binti Shahrul Azrin (Pelatih Dalam Kamar)

14

Page 20: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

POH AH LOY @ POH AH LEY

(BC/P/75)

20 FEBRUARI 1944 -20 FEBRUARI 1999

Mendiang Poh Ah Loy @ Poh Ah Ley dilahirkan pada 20 Februari 1944. Mendiang

mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent dan kemudian di

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar.

Pada tahun 1962, mendiang telah berjaya mendapatkan Certificate of Education di

Brinsford Lodge, Birmingham, England. Seterusnya, mendiang telah memulakan

kerjaya dengan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Sekolah Convent Alor Setar

dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Daripada bidang pendidikan, minat dan kecenderungan untuk berbakti kepada

masyarakat telah mendorong mendiang menyambung pelajaran dalam bidang

undang-undang selama 4 tahun di University of London sebagai pelajar luar kampus

dalam bulan Januari 1977, semasa mendiang berkhidmat sebagai guru.

Memulakan langkah pertama dalam bidang guaman, mendiang telah menjalani

Latihan Dalam Kamar di Tetuan Jin-Nge & Co. Sepanjang tempoh latihan tersebut,

mendiang telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta

pendedahan yang luas untuk mendiang mengorak langkah yang lebih jauh dalam

bidang guaman. Selepas tamat latihan, mendiang telah diterima masuk sebagai

Peguambela dan Peguamcara pada 18 September 1986 di Mahkamah Tinggi Alor

Setar.

Pada penghujung tahun 1986, berbekalkan komitmen dan integriti, mendiang

berkhidmat sebagai peguam di Tetuan Jin-Nge & Co dan seterusnya melangkah

15

Page 21: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

setapak lagi apabila dilantik sebagai rakan kongsi dalam firma tersebut. Mendiang

pada mulanya menceburi bidang litigasi sivil dan kemudiannya conveyancing.

Sebagai seorang peguam, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh

mendiang, antaranya sifat merendah diri, suka membaca dan teliti dalam

pekerjaan, menjadikan mendiang seorang yang sangat disegani di kalangan rakan-

rakan sekerja. Mendiang juga telah menyumbang artikel dalam jurnal undang-

undang Malayan Law Journal. Selain itu, mendiang juga terlibat dalam aktiviti-

aktiviti sosial apabila mendiang pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bekas-

Bekas Murid Sekolah Convent dan Presiden Persatuan PIBG Sekolah Convent.

Pada 20 Februari 1999, mendiang telah menghembuskan nafas yang terakhir

meninggalkan keluarga dan rakan-rakan yang disayangi termasuk dua orang cahaya

mata iaitu Albert Chong dan Fiona Chong. Fiona Chong juga telah mengikuti jejak

ibunya dan pernah bekerja sebagai peguam. Kehilangan mendiang adalah sangat

dirasai terutamanya dalam bidang guaman kerana mendiang adalah seorang

peguam yang berdedikasi dan telah berbakti dengan cemerlang sekali dalam bidang

ini selama 13 tahun.

Mutiara kata yang sering diungkapkan oleh mendiang ialah:

“Every bad people there is little bit good in him and every good people there is

little bit bad in him.”– Poh Ah Loy @ Poh Ah Ley

Disampaikan Oleh: Tunku Mohamad Zulkifli Bin Osman (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Norsyazwani Binti Mohd Yatim (Pelatih Dalam Kamar)

Page 22: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

MANJIT SINGH A/L RAM SINGH

(BC/M/130)

31 OKTOBER 1951 –14 DISEMBER 2002

Manjit Singh A/L Ram Singh Deo, dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada

31.10.1951. Mendiang Manjit Singh, anak ke 8 daripada 9 adik beradik adalah anak

kepada pengawal keselamatan dan penternak Ram Singh Deo. Ibunya bernama

Kartar Kaur, adalah seorang wanita yang tabah, penyayang dan sabar

membesarkan kesemua anaknya dengan penuh disiplin sehingga berjaya. Mendiang

merupakan adik kepada peguam tersohor mendiang Karpal Singh.

Mendiang telah mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya bernama

Sylvia Geraldine Haslam yang merupakan anak kepada setiausaha Hakim Mahkamah

Tinggi Alor Setar pada ketika itu. Mereka telah di kurniakan seorang anak

perempuan bernama Kiran Kaur yang kini meneruskan legasi mendiang sebagai

seorang Peguam.

Pengalamannya dalam bidang perundangan bermula apabila mendiang bekerja

sebagai kerani di firma guaman milik abangnya Karpal Singh. Mendiang bersungguh-

sungguh membantu abangnya mengendalikan Firma tersebut sejak mula

beroperasi. Hasil dari pengalamannya bermula sebagai seorang kerani di Firma

guaman tersebut, dari hari ke hari, mendiang mula mahir dalam bidang undang-

undang terutamanya jenayah.

Melihat minatnya yang mendalam di bidang perundangan, abangnya mendiang

Karpal Singh memberi penuh kepercayaan, dorongan dan pengharapan untuk

melihat adiknya berjaya dalam bidang perundangan. Karpal Singh telah membiayai

pengajian mendiang Manjit Singh dalam jurusan Undang-Undang di Buckhingham

University, London.

16

17

Page 23: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Atas dorongan keluarga terutama abangnya Karpal Singh, dengan penuh

kesungguhan dan semangat akhirnya mendiang Manjit Singh berjaya mendapat

Ijazah Undang-Undang dari Buckhingham University dan Barrister dari Lincoln‟s Inn,

London.

Mendiang memulakan kariernya sebagai pelatih dalam kamar dan telah berjaya

didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara pada 6 Mei 1984,

tarikh yang cukup bermakna buatnya kerana mendiang telah membuktikan segala

usaha kerasnya membuahkan hasil. Mendiang juga berterima kasih tidak terhingga

kepada abangnya mendiang Karpal Singh yang tidak pernah jemu memberi

dorongan kepada dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang undang-

undang.

Mendiang Manjit Singh memulakan kariernya sebagai Peguam di Kedah dengan

beramal di Firma Manjit & Co yang di asaskan oleh abangnya Karpal Singh yang

terletak di Jalan Kota, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Firma ini merupakan firma

guaman terkenal di Kedah dengan kepakaran dalam bidang jenayah. Selama

pembabitannya di bidang guaman, beliau seorang peguam yang penuh berdedikasi

dan sangat fokus dengan kerjayanya. Mendiang sering dipuji dan dikenang kerana

perjuangan beliau mempertahankan anak guamnya. Sifat berani dan pantang undur

untuk menegakkan keadilan mencerminkan prinsip-prinsip kukuh yang dimiliki

olehnya. Beliau telah beramal sebagai seorang Peguambela & Peguamcara sehingga

tahun 2000.

Pada 14 Disember 2002 mendiang telah meninggal dunia di usia 51 tahun akibat

serangan jantung di rumah kediamannya di Taman Golf, Alor Setar. Mendiang

dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang periang, ceria dan mudah

didekati. Mempunyai gaya hidup yang sederhana dan sangat merendah diri. Rakan-

rakan yang mengenali mendiang mengakui bahawa mendiang merupakan seorang

yang baik hati, mesra, bertolak ansur dan berani. Pemergian mendiang sangat

dirasai oleh kaum keluarga dan rakan-rakan peguam sekelian. Takziah buat

keluarga mendiang.

Disampaikan oleh: Mohamad Afza Bin Dahari @ Zahari (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara) &

Nur Fatin Binti Rozaini (Pelatih Dalam Kamar)

18

Page 24: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

AZLINA BINTI HANIF

( BC/A/699)

27 JULAI 1972 - 28 DISEMBER 2002

Allahyarhamah dilahirkan pada 27 Julai 1972 dan berasal dari Taiping, Perak. Bapa

Allahyarhamah bernama Haji Hanif Bin Haji Abdul Samad manakala ibunya

bernama Hajjah Rahmah Binti Mohd Dahlan. Allahyarhamah merupakan anak yang

ke empat dari enam orang adik beradik. Pendidikan awal beliau adalah di Taiping

iaitu Sekolah Rendah Methodist Pokok Assam, Taiping dan seterusnya meneruskan

pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Raja Perempuan Taa‟yah Ipoh, Perak.

Bercita-cita menjadi seorang Peguam, pada tahun 1990 Allahyarhamah telah

berjaya melanjutkan pengajian tingginya di Kulliyah Undang-Undang di Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Allahyarhamah merupakan pelajar yang

cemerlang, peramah dan suka membantu kawan-kawannya yang memerlukan

pertolongan.

Hasil kegigihan dan kesungguhannya Allahyarhamah telah berjaya menamatkan

pengajiannya di UIAM dengan memperolehi Ijazah Undang-Undang LL.B (Kepujian).

Setelah itu Allahyarhamah telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan AJ

Hamzah di Lebuh Buckingham, Pulau Pinang.

Seterusnya pada tahun 1997, Allahyarhamah telah diterima masuk dan

didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Kejayaan Allahyarhamah menjadi kebanggaan keluarga kerana Allahyarhamah

adalah satu-satunya Peguam di kalangan keluarganya. Allahyarhamah telah

memulakan kerjayanya sebagai seorang Pembantu Undang-undang ( Legal Assistant)

di Tetuan AJ Hamzah di Pulau Pinang. Seterusnya pada tahun 2001 Allahyarhamah

telah beramal di Tetuan Hamzah Daud Daros & Siti Nor di Kulim, Kedah. Di sini

kerjaya Allahyarhamah lebih tertumpu di bidang conveyancing. Di samping itu

Allahyarhamah juga adalah seorang Peguam Syarie yang bertauliah.

19

Page 25: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Pada tahun 1997, Allahyarhamah telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Amir

Saad Bin Abdul Rahim yang kini bertugas di Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang

sebagai seorang pakar perubatan forensik. Mereka telah dikurniakan 3 orang

cahaya mata iaitu Aina Sofea, Alya Irdhina dan Ahmad Danial.

Di dalam kesibukannya menjalankan tugas sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah

tidak pernah mengabaikan tanggungjawab utama sebagai seorang isteri dan ibu

yang membesar dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Dalam kariernya sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah di kenali di kalangan

rakan peguam sebagai seorang yang bertanggungjawab, komited dan menjalankan

tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Peribadinya yang

sentiasa merendah diri, bertimbang rasa, lemah lembut, peramah, mesra dan

sangat mengambil berat dengan orang sekelilingnya membuatkan Allahyarhamah di

sayangi oleh sahabat handai dan keluarga.

Namun Allah lebih menyayanginya, tanggal 28 Disember 2002 merupakan detik

yang memilukan apabila Allahyarhamah Azlina Binti Hanif telah terlibat dengan

kemalangan jalanraya berdekatan dengan Hospital Kulim, Kedah dan meninggal di

tempat kejadian. Allahyarhamah telah meninggal dunia di usia yang masih muda

iaitu 30 tahun. Kehilangannya amat dirasai oleh keluarga terutama ibubapa, suami

dan anak-anak tercinta serta rakan-rakan yang pernah mengenali Allahyarhamah.

Semoga rohnya di tempatkan di kalangan golongan yang beriman lagi bertaqwa

Disampaikan Oleh : Nazira Binti Abdul Rahim (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Ooi Shi Pin (Pelatih Dalam Kamar)

20

Page 26: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

MAYANDI A/L ELAPAN

(BC/M/36)

30 MAC 1941 - 13 DISEMBER 2004

Mendiang Mayandi A/L Elapan adalah seorang peguambela dan peguamcara dari

Mayandi & Panjaram yang bertempat di Tingkat Satu, No.21, Jalan Tunku Ibrahim,

Alor Setar, 05000 Kedah.

Mendiang telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Thanaletchumy A/P

Supramaniam dan telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Suganthi Mayandi,

Vaijanthi Mayandi dan Nanthini Sivagame Mayandi.

Mendiang merupakan seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang

undang-undang. Pada tahun 1967, mendiang berjaya menamatkan pengajiannya di

National University of Singapore dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang

(LLB Hons).

Mendiang sangat disukai oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya kerana sifatnya

yang peramah. Selain itu, sifat murah hati mendiang amat disanjungi dikalangan

peguam kerana mendiang adalah seorang yang gemar mencurahkan ilmunya kepada

semua orang tanpa mengira umur atau bangsa sehinggakan mendiang telah

menyumbangkan banyak buku dan jurnal undang-undang kepada Perpustakaan

Jawatankuasa Peguam Negeri Kedah. Klien-klien mendiang pula menganggapnya

sebagai seorang kawan apabila memerlukan khidmat profesionalnya.

Dalam keadaan dunia yang serba mencabar di mana tuntutan material kadang kala

mengaburi garisan hitam dan putih profesion guaman, kita amat beruntung kerana

mendiang merupakan seorang peguam yang berpegang teguh kepada prinsip

memperjuangkan keadilan untuk semua orang tanpa mengira darjat dan bangsa.

Kecintaannya terhadap bidang perundangan pastinya satu memori yang terpahat di

kalangan rakan-rakan mendiang.

21

Page 27: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada yang kita akan

lupa dalam beberapa ketika dan ada pula yang kita akan ingat untuk masa yang

singkat sahaja. Mendiang Mayandi A/L Elapan bukanlah salah seorang daripada

mereka.

Mendiang Mayandi A/L Elapan meninggal dunia pada 13 Disember 2004. Mendiang

adalah suami tercinta, ayah dan sahabat. Kebaikan, kata-kata dan kasihnya akan

selalu berada di dalam hati kita. Mendiang akan sentiasa diingati bak kata

pepatah;

“Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia

mati meninggalkan nama”.

Disampaikan Oleh: R Subramaniam Kalianan (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Sukhdave Singh A/L Mohan Singh (Pelatih dalam Kamar)

22

Page 28: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ADI SATRIA B. AHMAD @ HARUN

(BC/A/553)

21 MEI 1970 – 16 JULAI 2005

Allahyarham En. Adi Satria b. Ahmad @ Harun dilahirkan pada tanggal 21 Mei 1970

di Hospital Besar Alor Setar. Allahyarham memulakan sesi persekolahannya di

Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah dari Darjah Satu sehingga tamat Darjah Enam.

Berbekalkan keputusan yang cemerlang, Allahyarham menyambung pengajiannya

dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara Kulim,

Kedah sebelum berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara Seremban sehingga

menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1987. Allahyarham sekali lagi

berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang semasa peperiksaan SPM

sehingga melayakkan Allahyarham menyambung pengajian ke University of Wales,

Cardiff. Allahyarham menjadi kebanggaan keluarga apabila berjaya menyambung

pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang undang-undang ; Barrister Of Law di

Lincoln‟s Inn, London. Akhirnya, setelah beberapa tahun berhempas-pulas demi

segulung ijazah, Allahyarham akhirnya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Ibarat sireh pulang ke gagang, sekembalinya Allahyarham ke Kedah, Allahyarham

mula menjalani latihan dalam kamar selama tempoh 9 bulan di firma guaman

Ahmad Farid & Associates di Alor Setar. Berkat keazaman dan semangat

Allahyarham yang teguh, pada tanggal 22 Oktober 1995 di usia 25 tahun,

Allahyarham Adi Satria telah disenaraikan dan didaftaraikan sebagai Peguambela

dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Semasa hayatnya, Allahyarham Adi Satria merupakan seorang anak yang taat

kepada ayah dan bondanya. Sebagai putera sulung dalam keluarga yang terdiri dari

empat orang adik-beradik, Allahyarham merupakan seorang abang yang prihatin

dan penyayang kepada adik-beradiknya. Setelah mendirikan rumahtangga,

23

Page 29: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Allahyarham dikurniakan empat orang cahaya mata. Allahyarham merupakan

seorang bapa yang penyayang, mithali dan sangat mengasihi keluarga dan anak-

anaknya sepanjang hayatnya.

Allahyarham Adi Satria merupakan seorang yang bertimbang rasa serta disenangi

oleh rakan-rakan sekerjanya. Sebagai rakan kongsi di firma guaman Ramli Amar Jit

& Tan di cawangan Alor Setar, keperihatinan Allahyarham sebagai majikan sangat

dihargai oleh para kakitangannya. Allahyarham merupakan seorang rakan yang

memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Personaliti Allahyarham ini

membuatkan Allahyarham disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Di kemuncak kariernya, Allahyarham merupakan seorang peguam yang berjaya di

Kedah. Firma terakhir tempat Allahyarham mencurahkan khidmat bakti adalah

Tetuan Ramli Amar Jit & Tan sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafasnya

yang terakhir di usia 35 tahun pada 16 Julai 2005. Sesungguhnya, kehilangan

Allahyarham masih dirasai hingga ke hari ini. Jasa dan budi baik Allahyarham akan

sentiasa terpahat di hati kita, malahan kenangan bersama-sama Allahyarham akan

sentiasa segar malar dalam ingatan kita.

Izinkan saya mengambil satu petikan ayat Al Quran dari Surah Al-Ankabut ayat 57

yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian, hanyalah kepada

Kami kamu akan dikembalikan”.

Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Adi Satria, mengampunkan segala

kekhilafan Allahyarham serta mengangkat darjatnya di kalangan para Solihin.

Disampaikan Oleh: Bahador Bin Omar (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nor Farahani Binti Ruslan (Pelatih Dalam Kamar)

24

Page 30: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

SELVAMANI A/P NARAYANASAMY

(BC/S/1110)

16 OGOS 1957 - 9 FEBUARI 2006

Saya sangat berbangga kerana diberi peluang untuk memberi penghormatan

kepada bekas ahli Badan Peguam Kedah, Mendiang Puan Selvamani A/P

Narayanasamy untuk “Reference Proceedings” pada hari ini.

Mendiang dilahirkan pada 16 Ogos 1957 dan merupakan anak kepada seorang

pengetua yang berdedikasi dan seorang surirumah yang penyayang. Mendiang

mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bedong dan menyambung pendidikan

menengahnya di Sekolah Menengah Bedong, Sekolah Menengah Kulim dan

seterusnya menamatkan Tingkatan Limadi Sekolah Menengah Che Tom, Sungai

Petani.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai seorang jurubahasa mahkamah pada

Januari 1979 di Mahkamah Majistret Baling dan kemudiannya berpindah ke

Mahkamah Majistret Kulim. Sepanjang kerjaya mendiang sebagai seorang

jurubahasa mahkamah, mendiang pernah bekerja di bawah Yang Arif Dato Hashim

Bin Hamzah, Puan Manmeet Kaur dan Tuan Abdul Wahab di mana semuanya

merupakan majistret pada ketika itu. Pada masa itu, mendiang juga merupakan

seorang Pesuruhjaya Sumpah. Semangat tidak pentingkan diri sendiri dan

keramahan mendiang membuatkan mendiang sangat dikenali sesama rakan setugas

dan para peguam di tempat mendiang bekerja. Mendiang sering menziarahi Pusat

Serenti diwaktu lapangnya kerana percaya bahawa setiap orang berhak mendapat

peluang kedua. Mendiang juga selalu menghulurkan pertolongan kepada sesiapa

yang memerlukan bantuan dan sanggup mendengar sebarang masalah mereka

dengan sepenuh hati.

25

Page 31: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Didorong oleh cita-cita untuk menegakkan keadilan, mendiang Selvamani berjaya

mendaftarkan diri dalam jurusan undang-undang di University of Wolverhampton

(UK). Atas hasil usaha dan titik peluhnya, mendiang telah berjaya memperoleh

Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Kelas Kedua Tinggi dari universiti tersebut.

Sekembalinya ke tanahair, mendiang telah berjaya memperoleh “Certificate of

Legal Practice” pada tahun 1998.

Mendiang Selvamani, atau lebih dikenali sebagai Selvi atau Mani di kalangan rakan

sekerja, memulakan Latihan Dalam Kamarnya pada tahun 1998 di firma guaman

Balabedha & Co yang mana suami mendiang, Encik Balabedha, merupakan pengajar

(Master) kepadamendiang di situ. Mendiang kemudiannya diterima masuk dan

didaftaraikan sebagai seorang peguambela dan peguamcara pada tahun 1999 ketika

berusia 42 tahun dan memulakan kariernya di dalam bidang guaman di firma yang

sama.

Mendiang yang telah mengahwini Encik Balabedha a/l Ramaloo pada tahun 1973

telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak lelaki mereka, Dato‟ Sri Chandra

yang kini berusia 42 tahun adalah seorang usahawan berjaya manakala anak

perempuan mereka, Sri Pracha Nanthini yang kini berusia 36 tahun merupakan

seorang Majistret di Mahkamah Butterworth. Pada 9 Februari 2006 ketika berusia

49 tahun, mendiang telah meninggal dunia ketika baru 7 tahun beramal sebagai

peguam.Namun, suami mendiang iaitu Encik Balabedha masih meneruskan

semangat juang mendiang dengan mengendalikan firma guaman mereka di Kulim

sehingga ke hari ini.

Akhir kata, saya dengan rendah diri ingin menyampaikan sedalam-dalam simpati

dan takziah kepada ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan mendiang. Mendiang

Sevamaniakan sentiasa diingati selamanya.

Disampaikan Oleh: Burhanudeen Bin Abdul Wahid (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Maizura Binti Mukhtar (Pelatih Dalam Kamar)

26

Page 32: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

VEERASAMY @ RAJENDRAN A/L AMS PERIASAMY

(BC/V/31)

30 MEI 1956 - 10 JUN 2008

“Patah tak tumbuh lagi. Hilang belum berganti”

Rajendran, nama yang tidak asing dalam dunia perundangan. Tanggal 10/06/2008,

hilangnya seorang anak yang penyayang, sahabat yang setia dan peguam yang

amanah kerana serangan jantung. Pemergian mendiang bagai kehilangan permata

yang tiada gantinya.

Berasal dari Sungai Siput, Perak anak ke empat dari tujuh beradik ini menerima

pendidikan rendah di SK Methodist Sungai Siput dan kemudiannya menyambung

pendidikan menengah di SMK Methodist Sungai Siput. Mendiang merupakan seorang

pelajar yang begitu aktif dalam sukan hoki dan turut mewakili sekolah sebagai

penjaga gol bagi pasukan bola sepak.

Mendiang mendapat pendidikan A-Levels di Aberyswyth University, United Kingdom

dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Manchester

Polytechnic, United Kingdom. Mendiang bergiat aktif dalam sukan dengan menjadi

wakil pemain bola tampar bagi Manchester Polytechnic. Setelah berjaya

memperolehi LLB dan diterima masuk sebagai Barissterdi England Bar pada tahun

1982, mendiang pulang ke Malaysia dan memulakan latihan dalam kamar di Tetuan

Mathew Thomas di Kuala Lumpur. Mendiang berkhidmat sebagai Pembantu Undang-

Undang di firma tersebut setelah didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara

Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1983. Mendiang kemudiannya meneruskan

kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di RK Nathan & Co. dan kemudiannya

menjadi rakan kongsi di firma tersebut. Minat mendiang dalam bidang sukan

diteruskan sehingga mewakili Majlis Peguam Malaysia dalam acara bola sepak

semasa Malaysia/Singapore Bar Games.

27

Page 33: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Pada tahun 1995, mendiang bersara dari RK Nathan & Co. dan menubuhkan firma

sendiri yang diberi nama Veerasamy Rajendran & Associates di Sungai Siput, Perak.

Mendiang juga telah mengasaskan Tadika Mahatma Ghandi Kalasalei di Sungai Siput

yang masih berfungsi hingga hari ini di bawah seliaan abang mendiang, Encik

Nanda. Di samping itu, mendiang sekeluarga telah menyumbang dana untuk

menubuhkan sebuah kelas di SKJT Mahatma Ghandi Kalasalei di awal penubuhan

sekolah tersebut.

Mendiang juga seorang sahabat yang setia di dalam susah dan senang. Tangan yang

memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Mendiang pernah

membantu seorang rakan dengan memberi bantuan kewangan dan kelengkapan

perniagaan untuk menjalankan perniagaan cendol di Pulau Pinang. Sebagai tanda

terima kasih, rakan tersebut telah menamakan perniagaan tersebut sebagai Raja‟s

Cendol sempena nama panggilan Mendiang.

Mendiang dikenali di kalangan peguam kerana sikapnya yang mesra dan periang.

Mendiang turut disenangi oleh para hakim. Sepanjang kerjayanya sebagai peguam,

Mendiang telah mengendalikan pelbagai kes di seluruh Malaysia. Bidang kepakaran

Mendiang adalah kes-kes kemalangan di mana mendiang turut menyumbang kepada

perkembangan undang-undang berkaitan dengan kes kemalangan.

Pada tahun 1997, mendiang telah menubuhkan sebuah firma bersama Santhana

Dass A/L Savarinathan yang kini dikenali sebagai Dass, Jainab & Associates.

Mendiang telah berkhidmat di firma tersebut sehingga akhir hayat mendiang dan

telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Kehilangan mendiang dirasai dan ditangisi oleh semua kaum kerana ketinggian budi

pekertinya sebagai seorang individu dan juga sebagai seorang Peguam. Mendiang

akan sentiasa diingati.

Disampaikan Oleh: Nadarajan A/L Arumugam (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nur Adibah Raihan Binti Ramli (Pelatih Dalam Kamar)

28

Page 34: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

MOHAMAD FIRDAUS BIN IDRIS

(BC/M/1320)

15 MEI 1976 - 12 MAC 2009

“Kematian bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan, kerana teladan yang

ditinggalkan akan sentiasa diingatan”

Allahyarham Mohamad Firdaus bin Idris dilahirkan pada tanggal 15 Mei 1976 dan

telah meninggal dunia pada 12 Mac 2009 semasa berumur 33 tahun. Allahyarham

merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik kepada pasangan Idris bin

Hashim dan Ku Zaiton binti Ku Isa. Allahyarham merupakan seorang graduan dan

pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah didaftarai sebagai seorang Peguambela

dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2003. Allahyarham pernah

berkhidmat di firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners, Kuala Lumpur,

Tetuan Subramaniam Shanmugam & Associates, Sungai Petani, Kedah dan Tetuan

Faisal Abdullah & Co, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Mohamad Firdaus dikenali sebagai seorang yang lemah lembut dan

berbudi bahasa. Setiap tutur kata yang diungkapkan oleh Allahyarham sangat

berhemah dan jarang mengguris perasaan orang di sekeliling Allahyarham. Namun

begitu, di sebalik kelembutan tersebut, Allahyarham terkenal dengan ketegasannya

dalam menjalankan tugas sebagai seorang peguam. Allahyarham merupakan

seorang yang berdisiplin dan menepati janji tidak kira samada dengan ahli keluarga,

kawan-kawan mahupun dengan anakguamnya. Setiap temujanji yang diaturkan

akan diambil serius oleh Allahyarham kerana Allahyarham percaya menjadi seorang

yang menepati masa dan janji itu akan menjamin keberkatan rezeki yang

diperolehi.

Sebagai anak dan abang sulung di dalam keluarga, Allahyarham selalu membantu

adik-adiknya dari segi pelajaran dan juga pekerjaan. Allahyarham sangat mencintai

29

Page 35: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ilmu dan ini telah mendorong Allahyarham membuat keputusan untuk menyambung

pelajaran di dalam bidang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Utara

Malaysia(UUM), Kedah. Selain peguam, Allahyarham juga bercita-cita untuk

menjadi seorang pensyarah kerana Allahyarham ingin berkongsi ilmu dengan orang

ramai terutamanya golongan muda.

Namun begitu, sewaktu arwah sedang menuntut ilmu di Universiti Utara Malaysia

(UUM), Allahyarham telah jatuh pengsan akibat penyakit darah tinggi yang

dihidapinya. Allahyarham telah meninggal dunia pada 12 Mac 2009 dengan

meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak perempuan. Pemergian arwah di

usia muda amat dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handainya.

Jasa, ilmu dan bakti yang pernah dicurahkan oleh Allahyarham akan sentiasa

diingati dan semoga menjadi teladan serta panduan kepada ahli keluarga, sahabat-

sahabat dan juga peguam-peguam terutamanya di negeri Kedah.

Disampaikan Oleh: Siti Razasah Binti Abd Razak (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Noraiman Amalina Binti Zainordin (Pelatih Dalam Kamar)

30

Page 36: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

DATO’OO GIN SUN

(BC/O/29)

16 FEBRUARI 1933 – 29 APRIL 2009

Yang Berbahagia mendiang Dato Oo Gin Sun berasal daripada sebuah keluarga yang

besar. Mendiang merupakan anak kedua kepada pasangan Encik Oo Chong Bin dan

Puan Teoh Phaik Yoke. Mendiang telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Puan

Ong Say Loon yang juga merupakan seorang peguam yang telah menamatkan

pengajian di Honourable Society di Middle Temple, Empayar Inns di London.

Mendiang dikurniakan seorang anak lelaki bernama Oo Ban Leong yang merupakan

seorang peguam pakar korporat di Singapura. Ayah Puan Ong Say Loon iaitu Encik

Ong Huck Lim juga merupakan seorang peguam yang terkenal di Pulau Pinang.

Mendiang kemudiannya telah berkahwin dengan isteri kedua iaitu Datin Lee Kooi

Tin setelah berpisah dengan isteri pertama dan dikurniakan seorang anak lelaki

yang bernama Oo Bok Leong yang kini masih seorang pelajar.

Mendiang Dato Oo Gin Sun telah mendapat pendidikan di Sekolah St. Xavier, Pulau

Pinang. Seterusnya mendiang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi

di Lincoln‟s Inn, London dan telah didaftaraikan sebagai peguam di London pada

sekitar tahun 1956. Pada 14 Januari 1957, mendiang telah didaftaraikan pula

sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Mendiang seterusnya telah mengasaskan sebuah firma bersama-sama rakan

kongsinya Dato Mohd Abu Bakar bin Rautin Ibrahim iaitu Tetuan Oo Gin Sun, Bakar

& Co yang beralamat di No. 1526, Tingkat 1, Jalan Mahsuri, 05000 Alor Setar,

Kedah Darul Aman. Firma guaman Tetuan Oo Gin Sun, Bakar& Co. merupakan firma

guaman antara yang terawal dan terkenal di Kedah sehinggalah ke hari ini.

Selain berkerjaya sebagai peguam, mendiang Dato Oo Gin Sun juga merupakan

bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah. Mendiang telah terpilih sebagai

31

Page 37: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Ahli Parlimen Alor Setar sebanyak 4 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1974,

1978, 1982 dan 1986. Sepanjang perkhidmatannya, mendiang telah memegang

portfolio Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Timbalan Menteri

Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang mudah tersenyum, bersikap

baik, berbudi bahasa dan mudah didekati, mendiang mempunyai gaya hidup yang

sederhana dan tidak tertarik kepada kemewahan. Rakan-rakan yang mengenali

mendiang juga mengakui bahawa mendiang merupakan seorang yang lembut hati,

penyayang dan tidak lokek untuk sentiasa berkongsi ilmu serta sangat bertimbang

rasa. Justeru, mendiang merupakan seorang yang sangat memahami terutama

kepada peguam-peguam muda yang berkhidmat dengannya.

Saya adalah salah seorang peguam „junior‟ yang pernah berkhidmat lebih 10 tahun

di firma guaman mendiang. Semasa saya berterima kasih kepada mendiang dahulu

apabila dilantik menjadi „junior partner‟, sehingga kini masih teringat dan saya

ikuti pesan mendiang semasa membalas ucapan terima kasih saya iaitu, “… bila

belajar sudah pandai, berkongsilah ilmu dengan orang lain, jaga etika dan sentiasa

menghormati para hakim, pentadbir dan peguam-peguam senior. Mereka adalah

juga guru kita. Reputasi, imej dan nama baik adalah harga diri dan harta seorang

peguam yang akan dibawa jika nanti kamu bercita-cita membuka firma sendiri.”

Alhamdulillah, kini saya berjaya membuka firma guaman perkongsian, Tetuan

Aidah Ghani & Associates.

Mendiang Dato Oo Gin Sun meninggal dunia di rumahnya di Taman Tunku Habsah

pada petang Isnin 29 April 2009, ketika umurnya 76 tahun dan disemadikan di

Memorial Park Kebun 500 di Pokok Sena, Kedah.

Disampaikan oleh: Rusidah binti Hassan (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan oleh: Nurul Ain Syuhada binti Abdul Hadi (Pelatih Dalam Kamar)

32

Page 38: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ALIZA BINTI AHMAD

(BC/A/1231)

3 NOVEMBER 1963 - 3 OGOS 2009

Allahyarhamah Aliza Ahmad dilahirkan pada 3 November 1963 di Sungai Petani,

Kedah. Allahyarhamah mendapat pendidikan awal di Melaka dan kemudiannya

berpindah ke Sekolah Menengah Che Tom, Sungai Petani pada tahun 1976 sehingga

tahun 1980. Pada tahun 1981 dan 1982, Allahyarhamah menyambung pelajarannya

ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Kerjaya

Allahyarhamah di dalam bidang guaman bermula ketika Allahyarhamah berkerja

sebagai kerani Conveyancing di Tetuan Kadir & Co di Butterworth, Pulau Pinang

sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang (dengan Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun

1997. Allahyarhamah telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan Ajmer Sandhu

& Ongdi Pulau Pinang. Allahyarhamah telah diterima dan didaftaraikan masuk

sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 14 Mac 2003 dan seterusnya berkhidmat

sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman yang sama.

Allahyarhamah kemudiannya membuka firma guamannya sendiri di Sungai Petani,

Kedah dengan nama Tetuan Liza & Johan. Pada 26 Januari 2007 firmanya di tukar

nama kepada Tetuan Liza & Associates. Pada 13 September 2007, Tetuan Liza &

Associates telah menjadi rakan kongsi dengan Tetuan Busyairy & Co dan akhirnya

membentuk satu firma yang dikenali sebagai Tetuan Busyairy, Liza, & Abang.

Allahyarhamah merupakan peguam yang beramal di dalam bidang litigasi &

conveyancing.

Sepanjang tempoh Allayarhamah berkerjaya sebagai seorang Peguam,

Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang baik budi pekerti, berdedikasi,

berdisiplin dan bertanggung jawab. Allahyarhamah juga adalah seorang yang

33

Page 39: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

mudah mesra, peramah dan disenangi oleh keluarga serta rakan taulan.

Allahyarhamah merupakan seorang AJK Pusat Bantuan Guaman, Badan Peguam

Kedah yang amat berdedikasi dan komited. Allahyarhamah sangat aktif

menyalurkan khidmat bantuan guaman kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Malah Allahyarhamah boleh dianggap sebagai seorang srikandi guaman yang tidak

jemu berkhidmat kepada masyarakat marhaein tanpa mengira masa, tenaga dan

wang ringgit sehingga ke hujung nyawa.

Di pengakhiran usianya Allahyarhamah telah ditugaskan sebagai penyelia di Klinik

Bantuan Guaman yang di kendalikan oleh Pusat Bantuan Guaman, Badan Peguam

Kedah sempena Karnival Kedah Sejahtera yang diadakan di Bandar Laguna, Sungai

Petani selama 10 hari. Memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi,

Allahyarhamah meluangkan masa dan tenaga Allahyarhamah sepanjang Karnival

tersebut siang dan malam tanpa mengenal penat dan jemu memberi khidmat

nasihat dan menyantuni orang awam yang mengunjungi Klinik Bantuan Guaman

tersebut.

Usainya Karnival Kedah Sejahtera, Allahyarhamah telah jatuh sakit dan tidak lama

kemudian Allahyarhamah telah kembali menghadap Penciptanya di usia 46 tahun

pada 3 Ogos 2009 akibat jangkitan kuman di paru-paru. Kehilangan Allahyarhamah

menjadi kejutan dan sangat dirasai terutamanya oleh suami beserta 5 orang

anaknya, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sangat menyayanginya.

Mengakhiri ucapan, saya ingin memetik sepotong ayat daripada Al-Quran iaitu

Surah Ali „Imran ayat 145, di mana Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,

sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.”

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan

yang beriman lagi bertaqwa.

Disampaikan Oleh: Murshidah Binti Mustafa (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nurdiana Binti Azmi (Pelatih Dalam Kamar)

34

Page 40: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

MOHD SHAKRI BIN ABD RAZAK

(BC/M/316)

11 SEPTEMBER 1965 – 6 JANUARI 2013

Allahyarham Mohd Shakri bin Abd Razak dilahirkan pada 11hb September 1965 di

Pendang, Kedah. Merupakan anak tunggal di dalam keluarga, setelah menamatkan

pengajian menengah di Maktab Mahmud Alor Setar, Allahyarham telah memulakan

pendidikan undang-undangnya di Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

pada tahun 1984 dan meneruskan pengajian undang-undang di Kuliyyah Undang-

undang universiti tersebut dari tahun 1985 sehinggalah pada tahun 1989

Allahyarham telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang

(dengan kepujian). Allahyarham telah menjalani Latihan Dalam Kamar di Tetuan

Syarikat Choe di Alor Setar, Kedah. Setelah diterimasuk sebagai Peguambela dan

Peguamcara pada tahun 1990, pada tahun tersebut juga, Allahyarham telah

menyertai Tetuan Syarikat Choe sebagai Pembantu Undang-undang. Selepas

beberapa tahun menyertai Tetuan Syarikat Choe, Allahyarham telah mengambil

alih firma tersebut bersama rakan kongsinya, Encik Hamzah bin Muhamad apabila

peguam Choe berhijrah ke New Zealand. Firma tersebut kemudiannya telah ditukar

namanya kepada Tetuan Choe Shakri & Hamzah.

Pada November 1994, firma tersebut telah ditukar nama kepada Tetuan Shakri &

Co yang menjalankan kes litigasi dan kemudiannya lebih kepada kes hartanah dan

conveyancing. Selain daripada beramal di dalam profesion perundangan sebagai

Peguam, Allahyarham juga adalah seorang usahawan yang terkenal dan berjaya.

Allahyarham terus memacu kerjayanya sehingga menubuhkan Konsortium Rancang

Awal Mimbar Maju Dev Sdn Bhd yang menumpukan di dalam pembangunan

hartanah. Allahyarham juga memiliki rangkaian Pasaraya Pendang serta Café di

sekitar Kedah.

35

Page 41: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Meskipun sibuk dengan tugasan sebagai seorang peguam yang berjaya di usia

mudanya, Allahyarham adalah seorang yang sentiasa merendah diri, banyak

membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan masyarakat setempat serta suka

meraikan rakan rakannya walau di mana sahaja Allahyarham bertemu dengan

mereka. Allahyarham amat dikenali di kalangan masyarakat Kedah atas sifat

pemurah dan dermawannya membantu mereka yang memerlukan malah

Allahyarham turut menginfakkan banglonya di Pendang sebagai pusat pengajian Al

Quran, kuliah agama dan pengajian kitab “kuning” oleh pelbagai ilmuan Islam.

Allahyarham turut memberikan khidmatnya kepada Jabatan Agama Islam Kedah

apabila mewakili jabatan tersebut sehingga ke Mahkamah Persekutuan di dalam

kes Soon Singh lwn Perkim Kedah & Jabatan Agama Islam Kedah yang menentukan

bidangkuasa Mahkamah manakah antara Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah

dalam mendengar kes-kes murtad. Kes tersebut telah memberikan bidangkuasa

kepada Mahkamah Syariah dan merupakan kes ujian (test case) bagi kes kes murtad

seterusnya.

Sejak tahun 2001, Allahyarham telah berhenti daripada beramal sebagai

peguambela dan peguamcara kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya

kepada perniagaannya di Kuala Lumpur dan di Kedah. Namun, Allahyarham tetap

mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan peguamnya. Firmanya telah

diambil alih oleh Puan Omayah binti Omar yang kemudiannya telah menukar nama

firma Shakri & Co kepada Tetuan Omayah Nawal & Co.

Pada 06hb Januari 2013 di usianya 48 tahun, Allahyarham telah meninggal dunia di

Hospital Sultanah Bahiyah kerana komplikasi diabetes. Semoga Allah mengampuni

dan merahmati roh Allahyarham yang sangat pemurah dan dermawan ini serta

menempatkannya di kalangan para solihin, Aamiin.

Disampaikan Oleh: Nawal binti Harun (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Siti Razasah binti Abd Razak (Peguambela & Peguamcara)

36

Page 42: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

PANCHARAM A/L ARUMUGAM

(BC/P/006)

24 APRIL 1938 - 20 JANUARI 2014

Mendiang Pancharam A/L Arumugam dilahirkan pada 24 April 1938 di Sungai Petani,

Kedah. Mendiang mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak bongsu

dalam keluarga Encik Arumugam dan Puan Thanabakiam. Mendiang mendapat

pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim di Sungai Petani.

Seterusnya melanjutkan pelajaran di Lincoln‟s Inn di London dalam bidang undang-

undang.

Mendiang telah berkahwin dengan Puan Vijayalakshmi A/P Nachiappan iaitu

seorang bekas guru dan hasil daripada perkahwinan tersebut, mendiang

dikurniakan tiga orang anak iaitu Subathra, Theveram dan Ranjheta.

Memulakan langkah pertama dalam bidang guaman, mendiang menjalani latihan

dalam kamar di Ramli Amarjit & Co. Sepanjang tempoh latihan tersebut, mendiang

telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar, nasihat serta pendedahan yang

amat luas dan berharga untuk mendiang mengorak langkah lebih jauh dalam bidang

guaman. Pada 21 September 1974, mendiang diterima masuk dan didaftaraikan

sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Mendiang

bersama rakan, Mendiang Mayandi A/L Elapan telah menjadi rakan kongsi dan

mereka bekerjasama membuka sebuah firma guaman iaitu Tetuan Mayandi &

Panjaram di Alor Setar.

Mendiang merupakan seorang peguam yang amat dihormati oleh rakan-rakan

peguam kerana pengalaman mendiang selama lebih dari 35 tahun dalam bidang

perundangan. Kelantangan dan kebijaksanaan mendiang ketika berhujah di

mahkamah amat dikagumi oleh rakan-rakan peguam yang lain.

Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peguam

Negeri Kedah/Perlis.

37

Page 43: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Mendiang percaya sesungguhnya untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi,

seseorang itu harus bersikap positif dan mempunyai semangat yang tinggi untuk

berjaya dan yang paling utama, meyakini kemampuan diri sendiri. Sikap merendah

diri, baik hati dan menghormati orang lain menjadikan mendiang amat disenangi

bukan sahaja oleh kaum keluarga, saudara-mara, sahabat handai, malahan orang

yang tidak dikenali begitu mudah menerima dan menyayangi mendiang. Mendiang

juga mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan di mahkamah.

Antara jasa mendiang yang diingati ialah mendiang sering menyumbang bahan-

bahan bacaan kepada perpustakaan Badan Peguam Kedah untuk dikongsi bersama

peguam-peguam yang lain. Sifat mendiang yang cintakan ilmu terzahir melalui

sikap suka membaca.

Kematian mendiang Pancharam pada tarikh 20 Januari 2014 merupakan satu

kehilangan yang besar bagi bidang perundangan. Pemergiannya diratapi oleh

keluarga, rakan-rakan dan kakitangan yang amat menyayangi dan menyanjungi

mendiang.

Segala jasa baik mendiang tidak mungkin akan dilupakan dan akan dikenang

sepanjang masa. Bak kata pepatah “Hancur badan dikandung tanah, budi baik

dikenang juga.”

Disampaikan Oleh: Shanmugiah A/L Chelliah (Peguambela & Peguamcara) Disediakan Oleh: Nor Faizah Binti Mohd Nazir (Pelatih Dalam Kamar)

38

Page 44: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ISMAEL BIN ALABAS

(BC/I/29)

25 SEPTEMBER 1951 – 21 APRIL 2014

Allahyarham Ismael bin Alabas dilahirkan pada 25 September 1951 dan berasal

dari Sungai Bakap, Pulau Pinang. Allahyarham telah berkahwin bersama Puan

Norlia binti Mohd Salleh Khan dan dikurniakan empat cahaya mata. Allahyarham

merupakan anak tunggal dalam keluarga Allahyarham. Allahyarham telah

mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Bakap dan pendidikan

menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Ampat, Pulau Pinang

daripada tingkatan satu sehingga tingkatan tiga.Setelah memperoleh keputusan

cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Allahyarham menerima tawaran

untuk ke Sekolah Menengah Sultan Alam Shah sebuah sekolah berasrama penuh

di Kuala Lumpur.

Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai seorang anggota polis berpangkat

Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Pendakwa. Allahyarham berkhidmat

bersama Polis Diraja Malaysia pada tahun 1975 sehingga tahun 1983. Pada tahun

1983, Allahyarham telah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan dianugerahkan dengan Ijazah

Undang-undang dengan Kepujian pada tahun 1987.

Berbekalkan prinsip “Stand & Fight” Allahyarham tekad menamatkan

kerjayanya sebagai pegawai polis dan telah memilih bidang perundangan untuk

meneruskan cita-citanya sebagai peguam. Memulakan langkah pertama dalam

bidang guaman, Allahyarham menjalani latihan dalam kamar bersama Tetuan

Shearn Delamore & Co. di Kuala Lumpur pada tahun 1987. Sepanjang tempoh

latihan tesebut, Allahyarham telah menerima ilmu pengetahuan, tunjuk ajar,

nasihat serta pendedahan yang amat luas dan berharga untuk Allahyarham

mengorak langkah lebih jauh dalam bidang guaman.

39

Page 45: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Setelah berpindah ke Kedah pada tahun 1989, Allahyarham telah ditawarkan

untuk menjadi Pembantu Undang-Undang di Tetuan Jayadeva & Kamal, Alor

Setar dan seterusnya ditawar untuk menjadi rakan kongsi di firma tersebut

sehingga tahun 1992.

Allahyarham telah menubuhkan firma guaman sendiri iaitu Tetuan Ismael

Alabas & Associates pada 1 Oktober 1992. Pada tanggal 1 September 1993,

nama firma guaman telah ditukar kepada Tetuan Ismael Alabas & Hashim

apabila Dato‟ Hashim bin Jahaya menjadi rakan kongsinya.

Allahyarham banyak mengendalikan kes-kes litigasi jenayah dan juga sivil.

Allahyarham juga turut menyediakan pelbagai nasihat guaman bertulis dan lisan

yang sangat berkualiti tinggi dalam bidang ini terutamanya dalam kes-kes

jenayah & sivil. Sifat suka membantu Allahyarham dalam bidang guaman ini

menyebabkan jasa Allahyarham sentiasa diingati dan dihargai ramai rakan

peguam.

Allahyarham telah dijemput Ilahi pada 24 April 2014 akibat serangan jantung

ketika usia Allahyarham 63 Tahun. Kehilangan Allahyarham sangat dirasai oleh

ahli keluarga dan sahabat handai. Kata-kata hikmah yang menjadi pegangan

dan kekuatan sepanjang hayat Allahyarham adalah;

“Character cannot be developed in ease and quiet. Only through experience of

trial and suffering can the soul be strengthened, ambition inspired, and

success achieved”

Allahyarham pergi meninggalkan seorang balu dan anak-anak yang sangat

menyayanginya. Apa yang pasti, kami tidak akan pernah berhenti merindui

Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham Ismael bin Alabas dicucuri rahmat dan ditempatkan

dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Disampaikan Oleh: Dato‟ Hashim Bin Jahaya (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh : Muhammad Fazreen Bin Abu Bakar &

Nur Syafiqah Bt Che Halim (Pelatih Dalam Kamar)

40

Page 46: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ROSNI HAIDA BINTI MAT RIFIN

(BC/R/576)

22 JANUARI, 1974 – 9 SEPTEMBER 2015

Allahyarhamah Rosni Haida Binti Mat Rifin merupakan cahaya mata Puan Ramlah

Binti Isan dan Allahyarham Mat Rifin Bin Dollah yang dilahirkan pada 22 Januari

1974 di Kampong Telaga Ara, Gunung Bachok, Kelantan. Allahyarhamah telah

mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Telaga Ara dari

Darjah 1 sehingga Darjah 6 dan seterusnya di Sekolah Menengah Bachok dari

Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6.

Allahyarhamah adalah seorang graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia

yang mendapat Ijazah Undang-Undang L.L.B(Hons) pada tahun 1999. Selepas itu,

Allahyarhamah menjadi Pelatih Dalam Kamar di firma Tetuan Benedict Cheang,

Naziruddin& Co. Kota Bharu, Kelantan dan mendapat Sijil Amalan Guaman pada

16 April 2000.

Allahyarhamah memulakan amalan guaman di Tetuan Mumtaz Mohd Nawi & Co.

pada tahun yang sama. Kemudiannya, Allahyarhamah menyertai firma Tetuan

Xavier Ravi, Yunus & Yeoh, Kulim, Kedah sehingga tahun 2002. Selama tempoh

tersebut, Allahyarhamah terlibat di dalam pelbagai bidang guaman termasuklah

perbankan korporat dan kormesial, perbankan Islam, pembiayaan projek,

„conveyancing‟, dan juga perkara-perkara litigasi yang lain. Allahyarhamah

kemudiannya menyertai Tetuan Tay Chai Huat & Co. di Sungai Petani dengan

melibatkan diri di dalam litigasi sivil dan jenayah. Allahyarhamah seterusnya

meneruskan amalan guaman di Tetuan Hamzah, Daud Daros & Siti Nor, di Kulim,

Kedah sehinggalah ke tarikh Allahyarham menubuhkan firma sendiri di bawah nama

Tetuan Rosni Haida & Associates pada tahun 2004.

41

Page 47: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Allahyarhamah bersama-sama rakannya, Puan Rohayati Binti Sidik, telah

menggabungkan firma-firma guaman mereka dan beramal di bawah nama Tetuan

Rosni Haida, Rohayati & Associates pada 5 Mei 2005. Allahyarhamah

bertanggungjawab terhadap cawangan firma tersebut di Kulim, Kedah sepenuhnya

sehinggalah Allahyarhamah meninggal dunia. Firma mereka kini mempunyai tiga

cawangan iaitu di Kuala Terengganu, Terengganu, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan

di Kulim, Kedah.

Allahyarhamah adalah seorang yang peramah, rajin, baik hati dan murah senyuman.

Prinsip yang sering dipegang olehnya adalah “lebih banyak memberi sedekah, lebih

banyak kita akan dapat”. Allahyarhamah juga sering membantu peguam-peguam

lain jika mereka mempunyai soalan atau masalah dan Allahyarhamah juga gemar

menasihati klien tentang cara terbaik di dalam menyelesaikan masalah guaman,

memberi komen, panduan dan tip-tip disokong oleh kes-kes serta peruntukan

undang-undang. Allahyarhamah adalah seorang yang sangat berdedikasi dan

bersemangat dalam kerjayanya. Selain daripada itu, Allahyarhamah juga

merupakan anak yang sangat disayangi ibubapanya dan sentiasa dipuji sebagai anak

yang baik.

Pada tahun 2014, Allahyarhamah telah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri

bernama Azza Humaira Binti Mohammad Shah. Pada tahun 2015, Allahyarhamah

jatuh sakit dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 September 2015.

Semoga roh Allahyarhamah Rosni Haida dicucuri rahmat dan ditempatkan

dikalangan para Solihin.

Disampaikan Oleh: Sharifah Noor Aina Syed Nasir (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nur Asyraf Bin Zolhani (Pelatih Dalam Kamar)

42

Page 48: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN

(BC/R/477)

17 APRIL 1973 - 17 NOVEMBER 2016

Rao Suryana Binti Abdul Rahman dilahirkan pada 17 April 1973 di Arau, Perlis.

Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam Selangor

manakala pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Father Barres Convent,

Sungai Petani, Kedah. Pada tahun 1990, Allahyarhamah telah meneruskan

pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah dianugerahkan Ijazah

Sarjana Muda Undang- Undang dengan kepujian pada tahun 1997.

Pada tahun 1998 Allahyarhamah telah diterima masuk sebagai peguambela dan

peguamcara dan pernah berkhidmat di Tetuan Cheong Wai Meng & Van Buerle

serta Tetuan Syarikat Rodziah sebelum menubuhkan firmanya sendiri atas nama

Tetuan Rao Suryana pada Disember 2003. Allahyarhamah telah beramal dalam

bidang undang-undang litigasi, hartanah, kemalangan serta syariah sehinggalah di

peringkat Mahkamah Persekutuan. Bagi meningkatkan lagi kemahirannya,

Allahyarhamah telah memperolehi Kursus Kemahiran Mediasi dari “The Accord

Group Australia” pada tahun 2010.

Allahyarhamah dilantik sebagai Setiausaha Badan Peguam Kedah/Perlis Sesi

2009/2011 dan seterusnya telah diberikan kepercayaan dan dipilih sebagai wanita

pertama menjadi Pengerusi Badan Peguam Negeri Kedah/Perlis dari tahun 2011

sehingga 2013 dan juga Pengerusi bersama YBGK (LAC) Kedah/Perlis 2011/2012.

Sepanjang tempoh tersebut, banyak program untuk para peguam dan masyarakat

di Kedah/Perlis dilaksanakan. Di peringkat Majlis Peguam, Allahyarhamah dilantik

sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa

Firma-Firma Kecil dan Ahli Jawatankuasa Insurans Indemniti Profesional.

43

Page 49: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Allahyarhamah juga adalah antara individu yang menjadi penggerak kepada

penubuhan Badan Peguam Negeri Perlis yang berasingan daripada Badan Peguam

Negeri Kedah.

Allahyarhamah juga gemar mengembara dan telah menjelajah ke banyak negara

antaranya Jerman, Mongolia, England, Perancis, Turki, Itali, Russia, Sepanyol,

Portugal, Norway, Sweden, Brunei dan Indonesia.

Rao Suryana adalah seorang anak yang taat, ibu yang penyayang, sahabat yang baik

budinya, seorang peguam yang berkaliber dan disenangi oleh rakan, kakitangan

Mahkamah dan masyarakat. Walaupun berhadapan dengan masalah kesihatan yang

serius dan sibuk dengan kerjaya, tanggungjawab Allahyarhamah terhadap keluarga,

anakguam dan para pelajar tidak diabai. Namun, pada 17 November 2016 di usia 43

tahun Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir setelah bertahun

bertarung dengan masalah kesihatan.

Sumbangan besar Allahyarhamah kepada firma – firma kecil telah diteruskan

perjuangannya oleh para ahli jawatankuasa Small Firms Committee di Majlis

Peguam sehingga Makalah JURISK Majlis Peguam pada Disember 2016 telah

mengabadikan “Tribute To Rao Suryana” dan catatan kegigihannya

memperjuangkan firma- firma guaman kecil di dalam Makalah tersebut agar para

peguam mengambil semangat luar biasa yang ada dalam diri seorang Rao Suryana.

Sungguh ! Hilanglah kini sebutir mutiara yang bersinar dari bumi Jelapang Padi ini

namun nama dan semangat juangnya akan kekal abadi. Al Fatihah buat Rao

Suryana.

Disampaikan Oleh: Rozakiah Binti Ariffin (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Abdul Hafiz Bin Jefri (Pelatih Dalam kamar)

44

Page 50: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

RC MURUGESON A/L RAMACHANDRAN

(BC/M/83)

3 MAY 1938 - 21DECEMBER 2016

Ramachandran Murugeson, or professionally known as R.C. Murugeson was born on

the 3rd of May 1938, in Kulim, Kedah. The younger of two siblings, his parents were

respected “Penangites”, residing in Peel Avenue and in the latter years in

Codrington Avenue in the Pulau Tikus area.

Mr. Murugeson graduated from the Honourable Society of the Inner Temple in 1963,

followed by chambering in Lord Dingle Foot‟s chambers. Declining a permanent

position in the firm, he decided on returning (to Penang) – to be closer to his

beloved parents.

After practising as Legal Assistant in Min Tatt‟s firm (covering Penang & Alor Setar),

he ventured out to open his own practice, setting up shop in Alor Setar, circa 1967.

Professionally, Murugeson upheld the highest standards and was zealous in

representing clients. In the early days, he earnt his bread and butter from criminal

law - later branching out and subsequently specializing in civil briefs.

He was a “one-man show” throughout his career, volunteering himself frequently

to undertake legal aid or pro bono work.

Mr. Murugeson closed his practice in 1994 and departed for the United Kingdom to

fulfil a lifelong dream - returning to academia. He pursued a doctorate in

Biotechnological Law and Ethics at the University of Sheffield.

Dr. Murugeson also contributed research and input for a specially convened United

Nations committee in his area of expertise – subsequently he accepted a

scholarship in the area of his research.

45

Page 51: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Having spent childhood holidays on hill stations, he went on to fulfil another dream,

building a home on the foothills of Mount Kinabalu in the small village of Mersilau

immersed in its tranquillity and spectacular scenic beauty. Murugeson was a

private and eclectic character.

Aside from his abiding love for immediate family, he was an ardent nature, animal

and music enthusiast who travelled extensively to indulge these interests.

Dr. Murugeson was also famous in town as a luxury vehicle aficionado, frequently

changing cars - favouring marques such as Audi, Mercedes and Citroen, to name a

few.

He passed away on the 21st of December 2016 in Kota Kinabalu, with his wife and

second son by his side.

Dr. Murugeson is survived by his wife, Indra Devi Raja Gopal, who was a teacher in

Sultan Abdul Hamid College for over twenty years – his elder son , Narain

Murugeson, an established hotelier in a reputed hotel chain and Ramain Murugeson,

a Project Manager for a Swiss based NGO championing Environmental/Social

Sustainability.

Dr. R.C. Murugeson is resting peacefully at the Buddhist Temple in Burma Road,

Penang.

May God grant him the peace he deserves.

Disampaikan Oleh: Padmanathan A/L Kumarasamy (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Teng Pei Yeong (Pelatih Dalam Kamar)

46

Page 52: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

ZAINON MOHD MOKHTAR

( BC/Z/27 )

26 SEPTEMBER 1962 - 26 FEBRUARI 2017

Allahyarhamah Zainon Binti Mohd Mokhtar dilahirkan pada 26 September 1962 di

Kampung Kusial Baru, Tanah Merah, Kelantan. Allahyarhamah telah mendirikan

rumahtangga dengan suaminya En. Rosli Bin Johari dan telah dikurniakan empat

orang anak.

Allahyarhamah telah mendapat pendidikan awal di Sultan Yahya Petra Primary

School, Kelantan dan telah menyambung pendidikan menengahnya di Sultan Yahya

Petra Secondary School, Kelantan sehingga Tingkatan Tiga. Allahyarhamah

seterusnya telah berpindah ke Sungai Petani mengikuti ayahnya dan telah

menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani

daripada Tingkatan Empat sehingga Tingkatan Enam. Seterusnya Allahyarhamah

telah melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Malaya di dalam jurusan

Undang-undang sehinggalah Allahyarham berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang (Kepujian).

Bercita-cita ingin menjadi seorang Peguam, Allahyarhamah telah mengorak langkah

pertama dengan menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan dan seterusnya

telah berjaya diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan

Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 20 Oktober 1988. Di awal kariernya

sebagai seorang Peguam, Allahyarhamah telah beramal di Syarikat Lim Kiam Hoon,

Sungai Petani pada tahun 1991. Allahyarhamah telah menjadi rakan kongsi dan

diamanahkan untuk menguruskan cawangan Syarikat Lim Kiam Hoon Alor Setar

sehingga tahun 2015.

47

Page 53: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Allahyarhamah menumpukan amalan guaman dibidang conveyancing dan litigasi

perbankan. Peribadinya yang merendah diri, mesra dan suka berkongsi ilmu

membuatkan Allahyarhamah amat disenangi di kalangan rakan peguam di Kedah.

Allahyarhamah atau panggilan mesranya “ Kak Non” terkenal dengan sifat pemurah

dan suka membantu. Pada bulan September tahun 2014 Allahyarham telah

mendermakan koleksi buku-buku rujukan perundangan di dalam simpanannya

kepada Badan Peguam Kedah dan buku-buku tersebut masih diguna pakai sebagai

rujukan di Perpustakaan Badan Peguam Kedah. Koleksi buku-buku perundangan

tersebut adalah amat bermanfaat kepada para peguam dan menjadi jariah yang

berterusan buat Allahyarhamah.

Bermula pada tahun 2014, keadaan kesihatan dan fizikal Allahyarhamah semakin

merosot dan semakin lemah selepas menjalani pembedahan „Paratyroid‟ pada

bulan November 2014. Allahyarhamah juga terpaksa menjalani rawatan Dialisis

selama tiga tahun yang mana menjadi faktor utama Allahyarhamah terpaksa

berhenti beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara pada 30 Jun 2015.

Tanggal 26 Februari 2017, di Hospital Sultanah Bahiyah, telah menyaksikan

pemergian seorang ibu, isteri dan juga seorang peguam yang berkaliber dalam

bidang perundangan akibat masalah kesihatannya. Allahyarhamah telah meninggal

dunia pada usia 55 tahun, meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih muda.

Kehilangan Allahyarhamah amat dirasai dan ditangisi oleh keluarga dan sahabat

handainya kerana ketinggian budi pekerti dan sifat penyayangnya terhadap

keluarga dan sahabat handai serta kepada sesiapa jua yang mengenalinya. Semoga

roh Allahyarhamah di tempatkan di kalangan golongan yang beriman lagi bertaqwa.

Disampaikan Oleh: Omayah Binti Omar (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh : Siti Hajar Binti Abd Wahab (Pelatih Dalam Kamar)

48

Page 54: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

N.K. AYASAMY A/L KUPUSAMY

(BC/A/181)

11 SEPTEMBER 1941-21 FEBRUARI 2018

Dilahirkan pada 11 September 1941 di Kedah, mendiang N. K. Ayasamy telah

menerima pendidikan rendah dan menengah di sekolah di daerah Kulim. Sejak usia

mudanya, mendiang mempunyai minat yang mendalam untuk menceburi bidang

undang-undang. Personaliti dan perwatakan mendiang yang petah berkata-kata dan

sering mengutarakan pandangan yang bernas memberikannya inspirasi untuk

menjadi seorang pengamal undang-undang. Untuk tujuan itu, mendiang

menyambung pengajian dalam bidang undang-undang dan akhirnya diterima masuk

dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya

pada 28 November 1987. Mendiang pernah berkhidmat di Tetuan S. Kuppusamy,

Fadzil& Co sebelum membuka firma guaman sendiri iaitu N.K. Ayasamy & Co. yang

mempunyai pejabat di Kulim, Kedah.

Di awal karier mendiang sebagai seorang peguam, mendiang sudah dikenali dan

dihormati oleh rakan-rakan seperjuangannya kerana sifatnya yang sering

membantu serta tidak lokek ilmu. Selain dari itu, mendiang juga turut dikenali

sebagai seorang yang penuh kejujuran (a person of the highest intergrity).

Mendiang merupakan seorang peguam yang amat berkebolehan dalam bidang

undang-undang jenayah dan juga undang-undang sivil. Mendiang dihormati dan

disegani oleh kawan dan lawan di atas pengalaman dan kepakarannya yang meluas

dalam bidang undang-undang.

Pada waktu yang sama, mendiang merupakan seorang yang sentiasa merendah diri

dan setiasa bersedia untuk member tunjuk ajar kepada peguam-peguam muda yang

meminta pandangan dan bantuannya. Mediang juga seorang yang mempercayai

49

Page 55: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

“Rule of Law” dan sentiasa berjuang untuk kebebasan badan kehakiman dan juga

kebebasan badan peguam.

Kredibiliti mendiang sebagai seorang pengamal undang-undang sangat terserlah.

Mendiang telah Berjaya disenaraikan sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri

Kedah dan dianugerahkan pingat Jaksa Pendamai pada 20 Januari 2003. Mendiang

Ayasamy tidak sekali kali berasa megah dengan pangkat yang dimilikinya

sebaliknya mendiang menjalankan tanggungjawab dan amanh yang diberikan

dengan penuh dedikasi.

Namun, setelah 31 tahun menceburkan diri dalam bidang undang-undang,

mendiang telah meninggal dunia pada 21 Februari 2018 pada usia 77 tahun dan

meninggalkan seorang balu iaitu Letchumi A/P Govindasamy dan 4 orang anak

iaiutu Kalpana Devi, Kanchana Devi, Saravanan Kumar, dan Pooja. Pemergian

mendiang amat dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handainya.

Sebelum mendiang menghembuskan nafasnya yang terakhir, mendiang masih

sempat memberi pesanan kepada anak-anaknya untuk terus menjaga firma guaman

yang diusahakan. Hal ini jelas menunjukkan kecintaannya terhadap profesionnya

sebagai seorang peguambela dan peguamcara.

Walaupun kini mendiang tidak lagi bersama kita, mendiang akan sentiasa dikenang

sebagai seorang kawan dan seorang peguam yang disanjungi. Segala jasa dan ilmu

bakti yang pernah dicurahkan oleh mendiang akan sentiasa diingati dan dijadikan

teladan buat ahli keluarga, sahabat-sahabat dan juga peguam-peguam

terutamanya di negeri Kedah.

Disampaikan Oleh: Murthy A/L Butharajoo (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nur Firzana Binti Ahmad Suhaimi (Pelatih Dalam Kamar)

50

Page 56: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

QUAH SIEW MEI

(BC/Q/3)

23 JUN 1956 - 30 MEI 2018

Mendiang Quah Siew Mei dilahirkan pada hari Sabtu tanggal 23 Jun 1956 di Alor

Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Beliau

mendapat pendidikan awalnya di SK Sultanah Asma dan kemudiannya telah

meneruskan pengajian menengahnya di SMK Sultanah Asma.

Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Wolverhampton,

London dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Ijazah

Sarjana Muda Undang-Undang. Setelah menamatkan pelajarannya, mendiang telah

menjalani latihan dalam kamar di Firma Baldev & Co. di bawah bimbingan Mr

Baldev, sebelum didaftaraikan sebagai seorang peguambela dan peguamcara

Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudiannya memulakan kariernya di firma guaman

Tetuan Oo Gin Sun, Bakar & Co pada tahun 1985. Beliau terus menawarkan

khidmat guamannya di firma tersebut dengan gigih dan penuh dedikasi sehinggalah

ke akhir hayatnya.

Anak sulung kepada pasangan Quah Eng Hock dan Teng Gek Hong ini merupakan

seorang wanita yang kuat, tabah, berfikiran terbuka dan menjadi tempat rujukan

di kalangan ahli keluarga dan saudara mara,rakan-rakan dan klien setia beliau juga.

Beliau sangat disenangi oleh keluarga dan rakan-rakan dan diberi nama timangan

Bee Bee.

Beliau merupakan seorang ibu dan isteri yang penyayang, penyabar,

bertanggungjawab, berdedikasi serta berpegang teguh pada janji. Bagi mendiang

Quah Siew Mei, keluarga adalah khazanah yang paling berharga dalam hidupnya.

51

Page 57: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia

Masa bersama keluarga diluangkan dan dimanfaatkan sepenuhnya bersama

keluarga tercintanya. Mendiang Quah Siew Mei juga sentiasa menitikberatkan

keperluan keluarga dan bekerja keras bagi memastikan anak-anak kesayangannya

mendapat pendidikan yang terbaik dan secukupnya dengan sentiasa bersama

mereka, membimbing mereka dengan pengalamannya dan membenarkan serta

menggalakkan mereka bebas untuk mencorakkan masa depan mereka sendiri.

Ketika diuji dengan penyakit yang dihidapinya, mendiang Quah Siew Mei sentiasa

mengukir senyuman, tidak pernah mengalah dan mampu membuat hari yang suram

menjadi indah sehinggakan para doktor dan pasukan perubatan yang merawat

beliau berasa kagum dengan pemikiran positif dan ketabahan beliau melawan

penyakitnya.

Kepada rakan-rakan peguam yang mengenalinya, beliau adalah seorang yang

senang didekati, tidak sombong, pemurah serta tidak lokek dalam berkongsi ilmu

pengetahuan dan pengalamannya semasa beramal di dalam bidang yang

diminatinya.

Akhirnya, setelah beberapa tahun melawan penyakit yang dihidapinya, Madam

Quah Siew Mei meninggal dunia dengan tenang pada 30 Mei 2018 dan meninggalkan

suaminya yang tercinta, Encik Ooi Boon Ching dan sepasang cahaya matanya yang

dikasihi, iaitu Ooi Chen Huei dan Ooi Chen Huon.

Mendiang Quah Siew Mei akan sentiasa diingati oleh keluarganya sebagai seorang

isteri dan ibu yang penyayang, sementara rakan-rakan dan kenalannya akan

mengingati beliau sebagai seorang rakan peguam yang baik dan murni hatinya serta

sebagai seorang insan yang disegani, dikagumi serta dihormati. Pemergiannya

bukan hanya akan dirindui oleh ahli-ahli keluarganya dan saudara maranya, malah

turut dirasai oleh kenalan, para sahabat serta rakan-rakan seperjuangannya.

Disampaikan Oleh: Hj. Ahmad Taufiq Bin Baharum (Peguambela & Peguamcara)

Disediakan Oleh: Nur Faezah Binti Rusli (Pelatih Dalam Kamar)

52

Page 58: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia
Page 59: pada hari ini. 7. Prosiding ini yang julung kali dilaksanakan di Negeri Kedah bertujuan memperingati 22 orang Peguam yang pernah beramal di negeri Kedah yang telah meninggal dunia