4
BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA EDISI JUN 2015 WWW.PUTRAJAYA.GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY

 · masyarakat majmuk Malaysia serta ... lampu berwarna-warni yang direka khas berdasarkan keunikan dan kreativiti para peserta serta bertemakan flora dan fauna,

  • Upload
    ngodang

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA • EDISI JUN 2015myWWW.PUTRA JAYA .GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY

Program Magic Of The Night 2015 Putrajaya merupakan perarakan bot-bot berhias telah berlangsung di Marina Putrajaya,

dari 28 hingga 31 Mei 2015. Tahun ini merupakan siri ke-5 dan kali ke-2 diadakan di Marina Putrajaya. Sebelum ini Magic Of The Night sering diadakan serentak dengan Fiesta Flora Putrajaya di Presint 2, namun keduanya telah diasingkan sejak tahun 2014.

Tujuan acara tahunan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan meraikan kepelbagaian serta kekayaan alam, budaya dan tradisi masyarakat majmuk Malaysia serta untuk menyemai budaya mesra alam, menambah kesedaran dan menghargai keindahan flora dan fauna.

Acara ini memaparkan perarakan bot-bot yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni yang direka khas berdasarkan keunikan dan kreativiti para peserta serta bertemakan flora dan fauna, ikon serta produk-produk pelancongan dan kebudayaan yang menjadi tarikan mengikut negeri atau organisasi masing-masing. Penyertaan bot berhias terdiri daripada wakil dari Johor, Kedah, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Antara agensi kerajaan yang turut terbabit adalah Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dengan tema Endless Celebration, 17 buah bot yang dihias menarik mengikut negeri dan agensi tertentu bertanding dalam kategori Flotila Keseluruhan Terbaik, Flotila Paling Kreatif, Flotila Hiasan lampu Terbaik dan Flotila Paling Popular. Ini termasuklah penyertaan dari Perbadanan Putrajaya serta dari Shanzou, China.

Selain itu, keunikan yang ditampilkan tahun ini ialah persembahan keharmonian irama pergendangan 1 Malaysia iaitu Seratus Irama Pergendangan MyFest 2015 yang merangkumi kumpulan pergendangan Kompang, pergendangan Cina dan India, Jido dan Bhangra. Pada akhir perarakan, kegelapan malam diserikan dengan pertunjukan bunga api. Inilah saat yang ditunggu-tunggu ramai.

Sidang redaksi myPutrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Semua urusan surat menyurat dan email hendaklah ditujukan kepada:

[email protected]

Buletin myPutrajaya,Seksyen Portal & Multimedia, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Surat menyuratUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

Magic Of The Night

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Pemenang-pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut :-

Flotila Keseluruhan TerbaikJohan - SabahKedua - ChinaKetiga - Pahang

Flotila Paling KreatifJohan - Pulau PinangKedua - TerengganuKetiga - Perak

Flotila Hiasan lampu TerbaikJohan - Perbadanan PutrajayaKedua - KelantanKetiga - Selangor

Flotila Paling Popular : Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 telah berlangsung di Anjung Floria, Presint 4 bermula 30 Mei hingga 7 Jun 2015

menampilkan bunga lili sebagai tema utama. Pemilihan bunga lili sebagai tema utama pada penganjuran FLORIA kali ini kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.

Penganjuran festival bunga dan taman terbesar di Malaysia ini diuruskan oleh anak syarikat milik penuh PPj iaitu Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB) dengan bertemakan Alunan Pancarona. Penyertaan peserta antarabangsa pada tahun ini melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Pelbagai pendekatan baharu dibawa pada tahun ini seperti Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk yang buat julung kalinya dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi taman Eropah pada musim sejuk beserta salji. Suhu dan cuaca pada taman-taman tersebut dikawal dengan penggunaan teknologi di samping keunikan hiasan landskap yang terdiri daripada bunga-bunga tulip, lili dan ros dari Kenya dan Ecuador.

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 yang masuk edisi kelapan penganjurannya mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar. Lebih dari 300 aktiviti harian diadakan sepanjang sembilan hari festival ini berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Floral Pavilion yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung sebelum ini juga telah diberikan kelainan menerusi sudut Embassy Row yang turut disertai oleh beberapa kedutaan yang mewakili negara masing-masing. Pameran bunga di Embassy Row telah ditampilkan dalam pelbagai variasi, reka bentuk dan gubahan yang begitu kreatif. Bagi memudahkan pengunjung, kaunter tiket masuk telah dibuka dua hari sebelum Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Bayaran masuk ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 adalah RM1 untuk kanak-kanak, RM5 untuk dewasa dan RM10 bagi pelancong asing.

FLORIA Diraja Putrajaya 2016