of 26 /26
Mukasurat | 1 FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF BMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU TAJUK : PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS. NAMA PELAJAR: NURUL ATIKAH BINTI OMAR NO. MATRIK: D20151070276 KUMPULAN: O HARI/MASA KULIAH: ISNIN (8.00 AM – 10.00PM) NAMA PENSYARAH: PUAN ROHAIZAH BINTI AB. KARIM TARIKH PENGHANTARAN: 20/11/2015

PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS

Embed Size (px)

Text of PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA,...

Mukasurat | 3

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF

BMW 3032WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK : PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK MURID-MURID DISLEKSIA TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA, KANGAR PERLIS.

NAMA PELAJAR: NURUL ATIKAH BINTI OMARNO. MATRIK: D20151070276KUMPULAN: OHARI/MASA KULIAH: ISNIN (8.00 AM 10.00PM)NAMA PENSYARAH: PUAN ROHAIZAH BINTI AB. KARIMTARIKH PENGHANTARAN: 20/11/2015

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan11.1 Latar Belakang Kajian.11.2 Permasalahan Kajian..21.3 Objektif Kajian..21.4 Batasan Kajian.31.5 Kepentingan Kajian.41.6 Definisi Konsep..42.0 Tinjauan Kajian Berkaitan73.0 Metodologi Kajian..83.1 Pengenalan..83.2 Reka Bentuk Kajian93.3 Kaedah Kajian.93.4 Instrumen Kajian.103.5 Subjek Kajian...113.6 Tempat Kajian..123.7 Prosedur Pengumpulan Data143.8 Prosedur Penganalisisan Data.....153.9 Kesimpulan..15Kutipan.16Rujukan17

1.0 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Membaca adalah salah satu aspek yang penting. Kemahiran membaca membolehkan murid-murid menyebut perkataan demi perkataan dengan betul dan tepat, mencari makna perkataan serta mengukur kemampuan murid mencapai matlamat dan memahami petikan yang dibaca. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan. Pelaksanaanya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan menulis akan memberi impak yang lebih positif.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukan bahawa terdapat masalah disleksia dalam diri murid tahun 4 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa, antaranya pengetahuan asas membaca dan menulis, persekitaran dan kaedah pengajaran guru. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca. Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Deller ( 1991 ), membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi murid-murid Program Bimbingan Membaca dan Menulis terhadap kesan pengunaan perisian multimedia interaktif terhadap P&P kemahiran membaca. Objektif khusus kajian ini adalah:

1.3.1 Mengkaji penggunaan multimedia interaktif dalam mewujudkan pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.

1.3.2 Mengenal pasti multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan dalam P&P kemahiran membaca dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.

1.3.3 Mengenal pasti pengunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid disleksia Membaca dan Menulis tahun 4.

1.3.4 Membantu mengatasi masalah kesukaran membaca dalam kalangan murid Disleksia tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra, kangar Perlis.

1.3.5 Meningkatkan minat murid disleksia dalam kemahiran membaca melalui Pembelajaran berpandukan komputer dan gambaran visual.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian dijalankan berbentuk kajian tindakan yang cuba mengesan kaedah, stretegi dan teknik persembahan bahan bantu belajar serta proses penggunaannya dalam pembelajaran secara pengunaan multimedia interaktif. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kajian deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan dengan keadaan atau ciri populasi.i. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis sahaja yang dikaji.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

1.5.1 Meningkatkan keupayaan murid-murid disleksia tahun 4.1.5.2 Meningkatkan minat murid-murid disleksia khususnya dalam aktiviti membaca.1.5.3 Memperbaiki amalan dan membantu guru lain dalam menyelesaikan masalah disleksian iaitu kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid.

1.6 DEFINISI KONSEP

Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

Zamri dan Mohamed Amin (2008),Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa..

Naimah et al. (2011), Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal.

Kenedy (1981) Bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.

2.0TINJAUAN KAJIAN BERKAITANTahap kebolehan membaca murid kajian tersebut diukur dengan pemerhatian, soal selidik dan ujian.

2.1Masalah murid disleksia kajian dalam Membaca dan Menulis. Dalam huraian mengenai masalah tersebut, murid kajian dibahagikan kepada murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.

2.2Dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, murid kajian yang skornya sama atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang dibawah min dianggap dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrary dan bertujuan untuk memudahkan perbincangan.

Masalah Murid Dalam Ujian Perbendaharaan Kata

Masalah Murid Berpencapaian TinggiTerdapat 22 orang murid kajian yang skor Ujian Perbendaharaan Kata sama atau lebih tinggi daripada min. Analisis jawapan mengikut item menunjukkan pada keseluhuruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi masalah dalam ujian tersebut.

Masalah Murid Berpencapaian RendahMurid berpencapaian rendah dalam Ujian Perbendaharaan Kata ialah mereka yang skornya dibawah min iaitu 15 markah. Seramai 8 orang murid yang dikaji tergolong dalam kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang diberi mengikut item, dan berdasarkan pemrhatian semasa mereka menjalani ujian, umumnya pengkaji dapati murid-murid kajian menghadapi masalah-masalah berikut :-

i. Tidak memahami atau salah tafsir gambar yang disertakan.

ii. Tidak berupaya membezakan makna perkataan yang wujud dalam satu kategori.

Masalah Murid dalam Ujian Bacaan NyaringSetelah diteliti rakaman, umumnya masalah bacaan nyaring murid kajian boleh setelah dikategorikan seperti berikut:

i. Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf dalam perkataan yang hendak dieja.

ii. Dpat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah membunyikan suku kata yang dieja.

iii. Bermasalah menyebut perkataan yang mempunyai konsonan berangkap kerana kurang mahir membahagikannya kepada suku kata dengan betul.

Sebagai kesimpulan , masalah murid kajian dalam Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring yang dibincangkan di atas mungkin berpunca daripada :-

i. Tidak atau kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan kata lisan yang dikuasai untuk menjawab item yang disediakan.

ii. Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas membaca nyaring iaitu mengeja dan membatang perkataan dengan betul.

iii. Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan pendedahan dan pengalaman yang terhad dalam kehidupan murid tersebut.

iv. Pengalaman membaca yang terhad menyebabkan penguasaan perbendaharaan pandang (sight vocabulary) yang rendah jika dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1PENGENALANPeningkatan mutu pendidikan adalah perkara yang penting dan mampu mencorak masa depan yang cerah. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mengajarkan Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan penggabung jalinan penggunaan multimedia interaktif. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang lebih positif. Hal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa. Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan lebih bebas untuk mencari ilmu pengetahuan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Dengan menggunakan Kajian Kuantitatif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan multimedia interaktif untuk murid-murid disleksia dengan mengadakan Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring, soal selidik dan pemerhatian.

3.3 KAEDAH KAJIANKaedah keperpustakaan ini digunakan kerana terdapat jurnal, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang ditulis. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan Ujian kepada 30 responden . Setiap responden hendaklah melengkapkan borang soal selidik yang diberikan dengan jujur. Maklumat yang diterima daripada responden akan disatukan dan dianalisis dengan teperinci.

3.4 INSTRUMEN KAJIANTerdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pencapaian bagi memungut data dan pemerhatian. Instrumen soal selidik dan ujian pencapaian dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini manakala pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang didapati. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian. Borang soal selidik tersebut mengandungi 15 soalan. Manakala bagi Ujian Pencapaian dibahagikan dua iaitu Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring.

i. Soal SelidikPILIHAN JAWAPANPERNYATAAN/SKOR

Sangat SetujuSetujuTidak PastiTidak setujuSangat Tidak Setuju

54321

JADUAL 1 : Skor Kepada Skala Likert

ii. PemerhatianPemerhatian akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap perbendaharaan kata di kalangan pelajar. Pengkaji juga akan meninjau cara pelajar menyebut perkataan serta melihat cara pelajar ini berkomunikasi di dalam kelas sama ada ketika bertanyakan soalan, menjawab soalan mahupun ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas.

iii. Ujian Penilaian Ujian Perbendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring akan dijalankan di mana pelajar perlu menyebut beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu.

3.5 SUBJEK KAJIANSubjek kajian ini terdiri daripada 30 orang yang dipilih daripada pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Putra Kangar, Perlis. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lelaki dan perempuan serta kumpulan kaum yang berlainan. Kesemua pelajar terlibat telah belajar selama lebih daripada lapan bulan dan boleh digunakan sebagai subjek kajian.

3.6 TEMPAT KAJIANKajian dilakukan hanya di Sekolah Kebangsaan Putra di Kangar Perlis ke atas pelajar-pelajar tahun 4, pelajar sekolah ini adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang terletak di pinggir bandar. Pengkaji ingin melihat, adakah dengan menggunakan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid disleksia tahun 4 selepas ujian penilaian dibuat.

3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATADalam penelitian kuantitatif, pengumpulan data berdasarkan tekniknya iaitu melalui soal selidik, ujian penilaian dan pemerhatian.i. Soal Selidik BerstrukturSoalan disediakan terlebih dahulu. Borang tersebut mengandungi 15 soalan

Separa BerstrukturCuma soalan utama disediakan

Tidak BerstrukturSoal selidik dengan menggunakan soalan terbuka secara tidak formal.

JADUAL 2 : Soal Selidik bersturktur, Separa Berstruktur dan Tidak Berstruktur

ii. Ujian Pembendaharaan Kata dan Ujian Bacaan Nyaring (Ujian penilaian).Prosedur pengumpulan data bermula dari pemerhatian, soal selidik dan ujian penilaian yang diberikan kepada 30 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis yang dikenal pasti masalah disleksia dalam kemahiran membaca dan menulis. Setelah pengkaji mengenalpasti masalah responden tersebut, kumpulan rawatan yang terdiri daripada 30 orang murid telah didedahkan dengan penggunaan multimedia interaktif dalam pembelajaran selepas ujian pembendaharaan kata dan ujian bacaan nyaring dilakukan. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu. Ujian penilaian dilakukan sebelum pembelajaran dengan penggunaan multimedia interaktif.Format ujian ialah soalan berbentuk aneka pilihan sebanyak 15 soalan. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendahraan kata.

iii. PemerhatianPemerhatian Penuh Mengenalpasti aspek yang ingin dilihat. Pemerhatian dilakukan dengan senarai semak soal selidik dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan. Menganalisis data dapatan kajian berdasarkan sola selidik Membuat kesimpulan bagi keseluhuran data

JADUAL 3 : Pemerhatian Penuh

3.8 PROSEDUR PENGANALISISAN DATAData yang dikumpulkan akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisi data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut pemerhatian, soal selidik dan ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada pemerhatian, soal selidik dan ujian itu, pekaitan antara data dapat dilihat deengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebjut. i. Kos KajianBilJenis BahanKuantiti x Harga SeunitJumlah Kos

1.Kertas A4 3 rim x RM 12RM 36.00

2.Ink Canon Pixma E510 2 x RM 57RM 114.00

3.PhotostatRM 20RM 20.00

4.Ganjaran kepada muridRM 30RM 30.00

JUMLAH KOSRM 200.00

JADUAL 4 : Kos Kajian Di Sekolah

3.9 KESIMPULANPada keseluruhannya, murid-murid yang bermasalah disleksia menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca yang dijalankan. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca khasnya mendekod perkataan yang tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad. Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran rumah pula, kebanyakan ibu bapa didapati menyediakan buku-buku bacaan untuk anak. Namun, ramai yang kurang kerap membaca kuat kepada anak mereka mungkin tidak menyedari faedahnya . Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan dengan penggunaan multimedia interaktif dapat mengatasi masalah disleksia di kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis.

KUTIPANDeller ( 1991 ), berpendapat membaca adalah kemahiran bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupon istimewa.Menurut Doyle (2007), Komputer membantu murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan murid.

Harris dan Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.

Naimah et al. (2011), berpendapat bahawa Kanak-kanak mempunyai minat dan strategi yang tersendiri dalam memperoleh kemahiran membaca, khususnya di peringkat bacaan awal.

Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), Multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepatdan Mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang Menyeronokkan kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa..

RUJUKANGuan, L. L., Hnafi, R., & Yusof, S. (n.d.). Satu Tinjauan Pelbagai Aspek Membaca Murid-Murid Tadika. (IPDA, Ed.)Hashim, N. (n.d.). Kaedah Syakir Belajar Membaca: Kajian Tindakan Bagi Membantu Murid Disleksian Belajar Membaca. 11.Jamian, A. R., hashim, N. H., & othman, s. (nov, 2012). multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim. Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 53.Sulaiman, S. T., Husaini, H., Awang Mukhtar, S., & Masron, M. Z. (n.d.). Pemantapan Budaya Membaca Dan Pelaksanan NILAM: Isu dan Cabaran. 18.