15
TERHAD 1 TERHAD PROSPEK KERJAYA PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16 Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. KELAYAKAN Pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut akan dipertimbangkan untuk perlantikan ke pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U) dan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan: 1. Syarat Akademik. Pemohon memenuhi salah satu daripada syarat akademik berikut: a. Skim SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/Matematik Tambahan); serta Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. [Gaji Permulaan : RM1,137.00] b. Skim SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan ke atas dalam bidang tertentu; dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,202.84] c. Skim Diploma. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains /Sains Tambahan /Fizik /Kimia /Biologi /Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,899.07] Diploma hendaklah disahkan pengiktirafan setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA. Keutamaan akan diberikan kepada graduan dari Politeknik dan IPTA.

Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

1

TERHAD

PROSPEK KERJAYA

PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

KELAYAKAN

Pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut akan dipertimbangkan untuk perlantikan ke pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U) dan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan:

1. Syarat Akademik. Pemohon memenuhi salah satu daripada syarat akademik berikut:

a. Skim SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/Matematik Tambahan); serta Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. [Gaji Permulaan : RM1,137.00]

b. Skim SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan ke atas dalam bidang tertentu; dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,202.84]

c. Skim Diploma. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains /Sains Tambahan /Fizik /Kimia /Biologi /Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,899.07] Diploma hendaklah disahkan pengiktirafan setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA. Keutamaan akan diberikan kepada graduan dari Politeknik dan IPTA.

Page 2: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

2

TERHAD

2. Syarat Lain. Warganegara Malaysia memenuhi kesemua syarat berikut:

a. Umur. Hendaklah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 24 tahun pada 1 Jul 2016 (Tarikh Angkat Sumpah).

b. Tahap Kesihatan. Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun kebelakang, tidak menghidap penyakit Asma/Lelah atau penyakit kronik yang lain.

c. Tahap Penglihatan. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap/sentuh; dan memiliki pengecaman warna yang sempurna (Tidak Rabun/Buta warna).

d. Tahap Pendengaran. Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan alat bantu pendengaran.

e. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:

(1) Berat Badan Minimum. Lelaki – 47.5 kg / Wanita – 40.5 kg.

(2) Ketinggian Minimum. Lelaki – 1.62 m / Wanita – 1.57 m.

(3) Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25 (Lelaki dan Wanita). Cara pengiraan:

BMI = _____Berat (kg)_____

Tinggi (m) x Tinggi (m) (4) Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).

f. Taraf Perkahwinan Pemohon Wanita. Hanya terbuka kepada wanita bujang sahaja.

g. Kecergasan Jasmani. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi. Cara menguji:

(1) Larian 2.4 km – Kurang dari 15 minit.

(2) Lari Ulang-Alik 4 x 10m – Kurang dari 11 saat.

(3.) Lompat Jauh Berdiri – Melebihi 221 cm.

(4) Bangkit Tubi – Melebihi 35 kali dalam masa 1 minit.

h. Sukan. Keutamaan akan diberikan kepada atlet yang pernah mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf bagi sukan tertentu.

Page 3: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

3

TERHAD

KEISTIMEWAAN

3. Gaji dan Elaun Tetap. Pemohon yang berjaya akan mengangkat sumpah setia dan dilantik ke pangkat Perajurit Muda TUDM. Seterusnya akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Anggota yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di dalam perjawatan Tentera Udara Diraja Malaysia mengikut kepakaran dan cawangan yang telah ditetapkan.

PANGKAT GAJI ASAS (RM)

ELAUN KHIDMAT

(RM)

BAYARAN INSENTIF

ATM (RM)

IMBUHAN TETAP

PERUMAHAN (RM)**

ELAUN SARA HIDUP (RM)**

KENAIKAN GAJI

TAHUNAN (RM)

Perajurit Muda TUDM (Semasa Latihan)

1,037.00 115.00 200.00 275.00 125.00 -

Laskar Udara II

Skim SPM 1,137.00

115.00 200.00

Kadar bergantung

kepada kawasan bertugas.

Kadar bergantung

pada kawasan bertugas.

100.00 Skim SKM 1,202.84

Skim Diploma 1,899.07

** Bergantung kepada syarat dan kelayakan. 4. Keistimewaan LLP. Selain daripada menerima gaji dan elaun tetap, anggota TUDM juga akan menerima keistimewaan seperti berikut (tertakluk kepada syarat dan kelayakan):

a. Elaun dan Insentif.

(1) Bayaran Insentif Penerbangan.

(2) Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung.

(3) Elaun Perjalanan ke Tempat Bertugas.

(4) Elaun Khas Pasukan Khas Udara.

b. Keistimewaan Lain.

(1) Makan dan tempat tinggal percuma.

(2) Rawatan perubatan dan pergigian percuma (anggota dan keluarga).

(3) Pakaian Seragam percuma.

(4) Waren Perjalanan Tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga.

Page 4: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

4

TERHAD

(5) Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

(6) Semua jenis Pinjaman Kerajaan.

(7) Peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma.

TATACARA PEMILIHAN

5. Permohonan. Calon yang berminat boleh memohon melalui permohonan secara atas talian di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login.

6. Pemilihan. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani 2 peringkat pemilihan seperti berikut:

a. Pemilihan Awal. Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah menghadiri sesi temuduga terbuka di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan (di pangkalan tertentu mengikut zon) dengan membawa semua dokumen berikut:

(1) MyKad (Dokumen Asal).

(2) Sijil Lahir (Dokumen Asal).

(3) Salinan MyKad Ibu dan Bapa (Yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara).

(4) Sijil Akademik SPM/SKM/Diploma (Dokumen Asal). (Surat Pengesahan Tamat Pengajian perlu sekiranya calon masih belum mendapat sijil asal).

* Aktiviti semasa Pemilihan Awal adalah seperti berikut :

(1) Pemeriksaan Dokumen.

(2) Pemeriksaan Fizikal.

(3) Ujian Personaliti.

(4) Ujian Kecergasan.

b. Pemilihan Akhir. Calon yang lulus dalam Pemilihan Awal akan dipanggil untuk Pemilihan Akhir di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan untuk menjalani ujian seterusnya.

7. Lembaga Pemilihan Akhir Perajurit Muda Udara. Lembaga yang dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ini akan memilih calon terbaik dikalangan calon-calon yang berjaya dalam 2 peringkat pemilihan tersebut untuk ditawarkan menyertai TUDM sebagai Perajurit Muda Udara.

Page 5: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

5

TERHAD

8. Latihan Asas Ketenteraan. Calon yang terpilih akan melapor diri di Institut Latihan Tentera Udara (ITU), Ipoh untuk menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Perajurit Muda Udara yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke Pangkat Laskar Udara II dan akan memulakan kerjaya mereka sebagai seorang anggota LLP di dalam TUDM.

9. Alamat Perhubungan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat berikut:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7, BANGUNAN TH SELBORN 153, JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR Tel : 03-2681 2412/13

Page 6: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

6

TERHAD

SENARAI KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA UDARA

SIRI KELULUSAN DIPLOMA

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal 3. Diploma Kejuruteraan Aeroangkasa 4. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) 5. Diploma Kejuruteraan Elektro-Mekanikal 6. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)

7. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

8. Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Teknologi 9. Diploma Kejuruteraan Elektrik

10. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Kawalan) 11. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) 12. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) 13. Diploma Kejuruteraan Automotif

14. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

15. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

x Diploma di iktiraf setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA. x Keutamaan kepada graduan dari Politeknik dan IPTA.

Page 7: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

7

TERHAD

SENARAI KEPAKARAN DAN KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN PENGAMBILAN JURUTEKNIK TUDM

SIRI KELULUSAN DIPLOMA KEPAKARAN TRED

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)

AIRFRAME AEROMECH 2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal

3. Diploma Kejuruteraan Aeroangkasa

4. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) SENJATA/ ELEKTRIK

AEROMECH/ AVIONIK 5. Diploma Kejuruteraan Elektro-Mekanikal

6. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) INSTRUMEN

AVIONIC

7. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

8. Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Teknologi

ELEKTRIK 9. Diploma Kejuruteraan Elektrik

10. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Kawalan)

11. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

12. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) GROUND ELECTRONIC

13. Diploma Kejuruteraan Automotif ASE ASE

14. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) 15. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) IT IT

Page 8: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

TERHAD

8

TERHAD

SENARAI KEPAKARAN LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) TUDM

SIRI KETUKANGAN KEPERLUAN LELAKI WANITA

PENERBANGAN 1. KUARTER MASTER UDARA 9 8 2. PRAMUGARI 8 9

KEJURUTERAAN (TUGAS KHUSUS)

1. AEROMECH 9 9 2. AVIONIK 9 9 3. ASE 9 8 4. IT 9 9

SISTEM DARAT

1. PKTU 9 9 2. JPU 9 9 3. BOMBA 9 8

MATERIEL

1. LOGISTIK 9 9 2. PEMANDU 9 8

URUSETIA

1. PEMBANTU TADBIR 9 9 2. JASMANI 9 8 3. PEMBANTU SAJIAN 9 9 4. PANCARAGAM 9 9 5. PEMBANTU TAHAN 9 9

PETUNJUK :

9 - Ada 8 - Tiada

Page 9: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

joblah.com http://joblah.com/job/pemilihan-awal-perajurit-muda-udara-tudm-2016-siri-5516/

January 26, 2016

Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara TUDM 2016 Siri 55/16

Share this jobs: on Twitter on Facebook on Google+

Full Time

Anywhere

Posted 5 mins ago

Website airforcenextgen TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

JAWATAN KOSONG TUDM 2016

Peluang Kerjaya TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 2016

PEMILIHAN PERAJURIT MUDA UDARA TUDM 2016 SIRI 55/16 (LELAKI)

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadl salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

Untuk syarat kelayakan akademik dan lain sila muat turun disini.

TATACARA PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA UDARA

TATACARA DAN KEPERLUAN DOKUMENTASI SEMASA PEMILlHAN AWAL PERAJURIT MUDA UDARA SIRI

55/16

1. Pemohon hendaklah hadir ke Pemilihan Awal di Pusat Pemilihan TUDM yang ditetapkan seperti

berikut:

a. Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.

b. Pakaian : Lengkap pakaian sukan dan berkasut.

2. Dokumen asal seperti berikut:

a. Mykad.

b. Sijil Lahir Terkini (berwarna hijau).

c. Sijil SPM.

d. SKM Tahap 2.

e Diploma (Transkrip atau surat pengesahan pemohon yang belum menerima Sijil

Diploma). Skim Diploma dalam bidang kejuruteraan – Diploma hendaklah disahkan

pengiktirafan setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (IPA).

f. Salinan Mykad ibu dan bapa.

g. Alat tulis secukupnya.

PUSAT PEMILIHAN PERAJURIT MUDA TUDM 2016

Page 10: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

Dibawah ni adalah list daripada PUSAT PEMILIHAN TUDM 2016 di Pelbagai Negeri MALAYSIA

ZON SELATAN

Tarikh : 27 Jan 16

Lokasi : Masai

Pusat Pemilihan : Skn 323 TUDM Suki Lunchu.

Tarikh : 30 Jan 16

Lokasi : Melaka

Pusat Pemilihan : Rej 514 Askar Wataniah, Bukit Beruang.

ZON SARAWAK

Tarikh : 16 Feb 16

Lokasi : Miri

Pusat Pemilihan : 20 RAMD, Kem Sri Miri.

Tarikh : 18 Feb 16

Lokasi : Sibu

Pusat Pemilihan : Kem RASCOM, Batu 10 Sibu.

Tarikh : 20 Feb 16

Lokasi : Kuching

Pusat Pemilihan : Pangkalan Udara Kuching.

ZON SABAH

Tarikh : 23 Feb 15

Lokasi : Kota Kinabalu

Pusat Pemilihan : Markas Staf Stesen (MSS), Kem Lok Kawi.

Tarikh : 25 Feb 16

Lokasi : Sandakan

Pusat Pemilihan : KD Sri Sandakan.

Tarikh : 27 Feb 16

Lokasi : Tawau

Pusat Pemilihan : KO Sri Tawau.

ZON UTARA

Tarikh : 7 Mac 16

Lokasi : Ipoh

Pusat Pemilihan : Institut Latihan Tentera Udara.

Tarikh : 9 Mac 16

Lokasi : Alor Setar

Pusat Pemilihan : Kolej Tentera Udara

Tarikh : 12 Mac 16

Lokasi : Butterworth

Pusat Pemilihan : Dewan Sri Bayu, Pangkalan Udara Buterworth.

ZON TIMUR

Tarikh : 23 Mac 16

Page 11: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

Lokasi : Jerteh

Pusat Pemilihan : Pangkalan Udara Gong Kedak.

Tarikh : 26 Mac 16

Lokasi : Kuantan

Pusat Pemilihan : Pangkalan Udara Kuantan.

ZON TENGAH

Tarikh : 05 Apr 2016

Lokasi : Kuala Lumpur

Pusat Pemilihan : Pangkalan 06313 Kuala Lumpur.

Page 12: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia

Pusat Pemilihan TUDM 2016 Siri 55/16

KETERANGAN LANJUT

Layari laman sesawang rasmi TUDM : http://www.airforce.mil.my

FB Page : www.facebook.com/kerjayatudm

No Telp : 03-2681 2412 / 2414

Page 14: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
Page 15: Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia