86
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan.” Kepada kanak- kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi- bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua- dua perkataan ini boleh disebut, dibaca dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran 1

Kajian tindakan pra sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian tindakan pra sekolah

BAB

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada

pembacaan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia

tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada

keluarga. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18

bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara

beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum

mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian.

Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh disebut,

dibaca dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama

pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh

berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh

membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara

yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan

kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan

bahawa kemahiran membaca bukanah satu perkara yang mudah. Masih ramai

kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak

boleh membaca dengan lancar dan baik.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari

prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas

membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat

bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa. Kegagalan menguasai

kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan

lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.

1

Page 2: Kajian tindakan pra sekolah

Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang

masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu

langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu

bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-

murid. Ujian diagnostik adalah salah satu ujian yang boleh digunakan untuk

menyaring murid-murid tersebut. Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh

digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan murid-murid

prasekolah.

1.2 Latar belakang kajian.

Frasa “belajar membaca” bermula pada peringkat awal kanak-kanak. Selepas

tamat belajar di prasekolah, murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran

asas membaca (kesediaan membaca). Membaca pada peringkat ini dianggap sebagai

peringkat awal bacaan atau peringkat kesediaan. Peringkat ini merupakan masa yang

penting dan menjadi landasan atau asas kepada perkembangan seterusnya. Pada

peringkat prasekolah, murid-murid akan membentuk persepsi kejayaan atau

sebaliknya sebagai pelajar (Rohaty, 1998). Kesediaan membaca merujuk kepada

kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak. Penyelidik-penyelidik dalam

bidang ini menerangkan aspek kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza

seperti “kemunculan bacaan” atau emergent literacy (Sulzby, 1991), kesediaan

membaca (Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo

2004, 2006, etc.), teachable moment perihal membaca (Dechant (1991), dan

kesediaan bersekolah (Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya, kesediaan

membaca pada dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan membaca

dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki alam

persekolahan.

2

Page 3: Kajian tindakan pra sekolah

Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali

dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah

menengah. Masalah ini juga merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku

di peringkat negara di mana masalah keciciran pembelajaran ini sekiranya dijangka

berterusan akan menyebabkan kepada masalah sosial yang lain. Senario semasa

inilah yang melanda murid-murid dan juga remaja-remaja sekolah pada masa kini.

Kita dapat perhatikan masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah rendah

ataupun di sekolah menengah semuanya adalah terdiri daripada murid-murid yang

mengalami masalah pembelajaran sama ada mereka tidak berminat terhadap

pelajaran tersebut kerana tidak faham atau mereka memang tidak berminat untuk ke

sekolah lagi.

Masalah tidak tahu membaca ini merupakan masalah yang utama bagi

murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ini. Hal ini kerana membaca

merupakan kunci kejayaan bagi seseorang murid dalam proses pembelajaran.

Membaca bermula daripada mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku kata,

membatangkan dan membaca perkataan, ayat, seterusnya petikan ataupun karangan.

Sebenarnya apa yang berlaku kepada murid-murid ini adalah disebabkan beberapa

faktor yang mana pihak tertentu sering menyalahkan atau menuding jari kepada

pihak yang lain atas kegagalan mereka ini.

Pada 14 Oktober 2001, Utusan Malaysia melaporkan bahawa 100,000 murid

Tahun Satu hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan

seramai 2400 orang murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.Menurut tinjauan

yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006, peratus celik huruf

3

Page 4: Kajian tindakan pra sekolah

murid-murid yang berumur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79%

sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja.

Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah

Kebangsaan, pada 22 November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya

masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid prasekolah perlu

ditangani dengan segera. Bertitik-tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk

menjalankan satu kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid

prasekolah menguasai kemahiran-kemahiran membaca. Diharap dengan kaedah

yang dijalankan dapat membantu murid-murid ini lulus di dalam semua mata

pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana membaca adalah kunci kejayaan

seseorang individu.

1.2 Pernyataan Masalah

Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian

kita.Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita

dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid

prasekolah. Seawal sesi pembelajaran di prasekolah mereka telah diterapkan dengan

kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira ) .

Kajian awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui ujian pra yang

di jalankan ke atas 20 orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah rendah di

daerah Gombak, Selangor. Hasil ujian pra tersebut, seramai 15 orang murid yang

lemah dalam kemahiran membaca telah dikesan. Kelambatan mengeja dalam

perkataan dan ayat yang panjang adalah masalah bagi murid-murid mereka.

4

Page 5: Kajian tindakan pra sekolah

Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan

mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Masalah

membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain

selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam

membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi

keputusan mereka apabila masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus

diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetuskan minat membaca, adalah

dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang mudah difahami

dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat membaca.

Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah

Karim dalam bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah

(1998), kaedah ini telah mula diperkenalkan oleh Smith ( dalam Sofia Hamid, 1983 )

yang menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan

kanak-kanak bermula dari 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith ( dalam Sofia

Hamid, 1983 ) memperkenalkan kaedah ini sebagai ayat dan cerita pendek. Hasil

perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang

dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis

perkataan yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca.

Seterusnya perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan

yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah dalam kemahiran membaca dan

menggunakan kaedah kad bacaan suku kata serta latih tubi untuk mengatasi

5

Page 6: Kajian tindakan pra sekolah

kelemahan tersebut supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan

murid-murid prasekolah

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan

kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah di salah sebuah sekolah

rendah di dalam daerah Gombak, Selangor. Pendekatan kaedah kad bacaan suku

kata dan teknik latih tubi secara didik hibur digunakan untuk meningkatkan

kemahiran membaca murid-murid tersebut.

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;

1. Adakah murid dapat membaca dengan lancar suku kata ( KVKV ) ?

2. Apakah kaedah dan cara yang sesuai untuk meningkatkan minat murid

terhadap kemahiran membaca ?

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran kepada kepada

guru-guru prasekolah tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa khususnya

dalam kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. Selain itu, diharap

tinjauan ini akan berguna kepada para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa

murid-murid dan secara tidak langsung memberikan alternatif berkesan untuk

6

Page 7: Kajian tindakan pra sekolah

menarik minat murid-murid untuk belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai

kemahiran membaca.

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk

mengenal pasti aspek yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan

perhatian yang khusus. Beberapa batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan

kajian ini dijalankan.

Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut:

i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah

Gombak, Selangor.

ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 15

orang murid prasekolah.

iii) Sampel ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan kad bacaan

secara latih tubi menggunakan teknik didik hibur dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan responden murid

prasekolah.

iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra,

ujian pasca dan proses pemerhatian. Ketekalan dan kebolehpercayaan

dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak

balas yang diberikan oleh responden.

1.9 Definisi operasional.

Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran

membaca, menulis, latih tubi dan pengajaran dan prasekolah.

7

Page 8: Kajian tindakan pra sekolah

1.9.1 Membaca.

Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang

lambang-lambang bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy

(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam

bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan,

menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan

seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya

( Marohaini Yusoff, 1999 ).

Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa

kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks. Membaca adalah satu

keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jedayang

betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.

Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya

merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata.

Membaca merupakan proses yang saling bertimba balik antara tulisan huruf dan

seterusnya proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan

yang telah diterjemahkan tadi. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah

tetapi melibatkan satu siri proses yang kompleks ( Zulkifley Hamid , 2006 ).

1.9.2 Kemahiran menulis.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai

oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

Melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang

8

Page 9: Kajian tindakan pra sekolah

berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk

berhubung dengan orang lain atau diri sendiri ( Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar

Hj. Abd Aziz, 1997).

1.9.3 Teknik latih tubi.

Teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-

mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony (1990) mendefinisikan teknik

adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru mencapai

hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Manakala mengikut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam

bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan

sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik

darjah di mana ia digunakan unruk mencapai sesuatu objektif.

Teknik latih tubi adalah aktiviti peengulangan fakta-fakta atau kecekapan

yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran di samping

menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.

Boleh digunakan untuk mnecapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar

akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-

perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu.

1.9.4 Pendekatan Teknik Didik Hibur

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.Dalam Kamus Dewan

(2000) mentakrifkan didk sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala

hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.Ringkasnya, didik hibur

9

Page 10: Kajian tindakan pra sekolah

merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat

komponen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid-

murid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi

pembelajaran telah dirancang dengan sistematik.

1.9.5 Pengajaran

Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi ( Sharifah Alwiah,

1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991 ). Sharifah Alwiah menganggap

pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar aktiviti seperti

menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai

aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai

suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan

komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat pengajaran merupakan

satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan,

nilai dan makna. Yaxley melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan

pemikiran, perasaan dan penilaian.

1.9.6 Prasekolah

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolah

didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di

peringkat sekolah rendah. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang

berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan

kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki

alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd

10

Page 11: Kajian tindakan pra sekolah

Majzub (2003),pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada

peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang

individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pambelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun

dalam jangka masa tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah

formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam

Pendidikan Malaysia.

1.10 Rumusan

Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi

operasional. Kajian ini juga melibatkan pembelajaran membaca dengan

menggunakan kaedah bacaan dan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah

penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah.

11

Page 12: Kajian tindakan pra sekolah

BAB

2

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan

Terdapat beberapa tinjauan pustakaan yang telah dilakukan oleh para

penyelidik terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai

kemahiran membaca ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir

sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka

bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu

guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka

hadapi.

2.2 Tinjauan Kepustakaan Berkaitan Kemahiran membaca.

Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang

merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu

pengetahuan pula melalui membaca. Logiknya, individu tidak akan dapat membaca

dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini

ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid

perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai

kemahiran membaca.

12

Page 13: Kajian tindakan pra sekolah

Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada

sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut

statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)

menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia

menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu

kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan

sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat

menyatakan tajuk buku yang dibacanya ( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari

segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca

secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat

setahun dan juga Amerika Syarikat.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang

membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca

dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang

mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak

membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai

24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis

dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam

kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.

13

Page 14: Kajian tindakan pra sekolah

Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan

sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira

ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.

2.3 Kajian membaca dalam negara.

Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca

berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan.

Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa

kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan

sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar,

menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji,

melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang,

mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati.

Menurut Yahya Othman (1988), proses membaca adalah usaha berterusan

yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna

teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang

dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea

yang terdapat di dalam teks. Atan Long (1983) , kebolehan mengenal lambang-

lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara

(bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan

kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran

berkenaan bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan

perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa itu. Sebelum kanak-kanak boleh

membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan bahasa yang digunakan,

14

Page 15: Kajian tindakan pra sekolah

iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu

disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mua belajar membaca,

mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang

mengikut struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam

pengalaman dan mengikut pengetahuan mereka sehari-hari.

Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid

menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur.

Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan

pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa

kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007).

Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap

membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari

dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara

mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang dibacanya dengan tiga

jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah proses membaca

merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan yang

ada pada pembaca.

Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja

Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca

bahasa Melayu memang wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca

Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan

IPTAR 2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya

menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18 % ada

mengalami masalah membaca.

15

Page 16: Kajian tindakan pra sekolah

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang

membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan

pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca

dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang

mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak

membelenggu kehidupan mereka kelak.

Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

(1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan

tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut

menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu

perkara yang perlu diatasi segera. Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan

peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah

membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah

tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga

dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk “Reading

Success In The Intervension Classroom”.

Menurut Yahya Othman (2005) , semasa membaca dan sekiranya andaian

kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih bermakna. Sekiranya

pengetahuan pembaca tentang sesuatu bahasa mencukupi dan boleh mengaitkan

maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui, pembaca sebenarnya sudah

memiliki situasi bacaan yang dianggap sempurna .

Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca

menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan. Kajiannya

mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka

memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Holly M

16

Page 17: Kajian tindakan pra sekolah

Menzies (2007), dalam jurnal bertajuk “Early Intervention In Reading: From

Research To Practice” mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid

semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah “rawatan” yang betul.

Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status

sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam

bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Murid daripada keluarga

status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik

berbanding murid berbanding dengan pelajar . Pada umumnya murid-murid di

bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih tinggi daripada murid-murid luar

bandar. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas

penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian yang

dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu

menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca

akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku .

2.4 Kajian membaca luar begara.

Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini

kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986)

membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima

untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah

dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah

empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis

buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi,

riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati kebanyakan buku

yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi.

17

Page 18: Kajian tindakan pra sekolah

Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap

membaca walaupun masih di dalam kelas prasekolah mendapati bahawa faktor

utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan

bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.Menurut Liew Phaik Guat

Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf

ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang

individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah

keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda

dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa

pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan

maknanya apabila seseorang itu boleh membaca.

Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid

darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca

dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara

interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan murid-murid.

Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi

minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas

pembacaan murid-murid.

Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid-

murid remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih

tinggi daripada ibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang

tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah.

Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyen berbanding dengan

akhbar. Namun begitu satu daripada empat murid-murid sekolah tinggi didapati

18

Page 19: Kajian tindakan pra sekolah

membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan

49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%.

Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk

membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap

pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang

menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat

mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan

dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca juga bergantung kepada

kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan

persekitaran di rumah.

Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika

berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi

bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur,

kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Moore (1992)

menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati bahawa cara

kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan

yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.

Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah

enam yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai

enam puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca lapan petikan sains pendek

dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau mendapati

bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang

lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari

segi perbendaharaan kata dan daya mengingat.

19

Page 20: Kajian tindakan pra sekolah

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia

menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur

sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan

membaca ( U.S. Department of Education, 1998 ). Seramai lapan hingga 12%

kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah

penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di

Amerika Syarikat dan Kanada ( J amieson, 2007 ).

Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat

prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan

seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth,

Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle,

Harris, Harkness & Nye, 1998 ).

Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan

mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai

pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan

bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun 1978. Kajian

itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak dalam

pengajaran pemahaman membaca.

Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta

semantik dapat memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih

memahami teks yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan

penggunaan strategi membacaseperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat

meningkatkankemahiran membaca .

20

Page 21: Kajian tindakan pra sekolah

2.5 Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran

membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan

dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk

memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru-

guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu,

persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca.

Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan

proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani

Razali, 2004). Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan

motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan

membaca . Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada

murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca.

Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu

disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga

perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka

semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005)

2.6 Peranan ibu bapa.

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran

rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian

Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun

masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong

mereka mereka cepat dan lancar membaca ialah  jumlah bahan bacaan yang

mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.

21

Page 22: Kajian tindakan pra sekolah

Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula

berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah.

Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan

kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan

kemahiran membaca.

Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka

dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan

dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor

yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau

tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca

kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan

menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau

model yang baik kepada kanak-kanak.

Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi

sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu

menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh

Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan

penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru.

2.7 Kurikulum prasekolah kebangsaan.

Pendidikan prasekolah telah pun mempunyai kurikulum yang sesuai serta

strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif,

afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata-

pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga

semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang

22

Page 23: Kajian tindakan pra sekolah

dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah

(Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu Poh (1990)

menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan pengalaman melalui

aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada contoh permainan

itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi,main

peranan, tiruan, tematik dan interaktif.

Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan

yang bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang:

fizikal, emosi,sosial dan kognitif . Dalam merancang kurikulum, penekanan perlu

diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu

menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif,

interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-

bahan ( Fein, 1979; Biber, 1984; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii,

1985; Lay-Dopyera & Dopyera,1986).

2.8 Falsafah Pendekatan Didik-Hibur

Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah

menyalurkan maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat

dan untuk menggerakkan masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran

(radio dan televisyen), pendekatan didik-hibur adalah satu strategi yang sering

digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Bermula dengan gagasan Model

Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini terus berkembang

menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik hibur

dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002).

23

Page 24: Kajian tindakan pra sekolah

Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan

berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa

bagi tujuan mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan

pengetahuan audien tentang isu-isu yang penting dalam masyarakat; menyemai

sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan nilai-nilai sosial yang kolot, karut,

dan merugikan; serta mengubah tingkahlaku tampak (overt behaviour) (Singhal dan

Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam bidang

komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan

memperoleh perubahan tingkahlaku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa

teori komunikasi seperti Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori

Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial, Teori Penggunaan dan Pemuasan Media

dan beberapa lagi teori didapati turut menyokong pendekatan ini (Singhal dan

Rogers, 2004).

Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio,

drama televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau

sembangsembang (talk show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan

dalam usaha mencetus perubahan sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata

lain, pendekatan ini menggunakan genre-genre media massa yang secara sepintas

lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana genre hiburan mampu menarik

perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan disalurkan secara

yang tidak disedari oleh audien. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula

mempersoalkan tentang dichotomi atau garis pemisahan, dan perbezaan kadar antara

unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah genre hiburan bagi maksud

tersebut.

24

Page 25: Kajian tindakan pra sekolah

2.9 RUMUSAN

Kajian Pustakaan membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenalpasti

kelemahan-kelemahan ataupun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara

tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam

kalangan murid-murid prasekolah. Faktor-faktor yang dinyatakan oleh pengkaji-

pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk memahami aliran

minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan

minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan

keupayaan murid prasekolah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana

terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan

membaca tetapi kita tidak boleh menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas

kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi

masalah ini.

25

Page 26: Kajian tindakan pra sekolah

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Metadologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang

pengkaji untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi

(20002:123), kaedah merupakan cara atau jalan yang menyelesaikan permasalahan

penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam

mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokuskan

kepada keupayaan kemahiran membaca murid prasekolah melalui teknik latih tubi

secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata.

3.2 Reka bentuk kajian.

Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan

kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga

membolehkan pengkaji membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati

objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian

secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan data yang tertentu bagi

mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat ini akan

diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan

dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah.

26

Page 27: Kajian tindakan pra sekolah

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang

dipilih. Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul

kepada responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru prasekolah ini akan dapat

membantu pengkaji dalam kajian ini. Guru prasekolah mempunyai kemahiran serta

kepakaran dalam bidang pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat

digunakan untuk menolong responden-responden ini.

Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh

pengkaji untuk melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam

kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat

mengetahui pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka

dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji akan

menggunakan ujian pos ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk

menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian

pra tadi.

3.3 Populasi dan sample kajian.

Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah di

sebuah sekolah di Gombak, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 15 orang

responden yang terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 8 orang

pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 6 tahun

dan sedang belajar di dalam kelas yang sama. Kesemua responden mempunyai

tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini

mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu

kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar

kawasan daerah Gombak, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh

27

Page 28: Kajian tindakan pra sekolah

menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan

konsonon dan vokal sahaja.

3.4 Perancangan tindakan.

Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah

untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Bagi membantu murid-

murid saya yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata

terbuka KV + KV, saya merancang untuk menggunakan teknik didik hibur bagi

membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Saya akan menjalankan satu

ujian pra sebelum saya menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, saya akan

menjalankan beberapalangkah dalam memperkenalkan kaedah ini. Antara langkah-

langkah yang akan saya jalankanadalah seperti berikut:

Langkah 1:

 Saya akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV

dengan teknik latih tubi menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1

melalui aktiviti nyanyian dan tepukan .

Rajah 1

28

Page 29: Kajian tindakan pra sekolah

Aktiviti yang akan saya jalankan adalah membaca perkataan dengan

menggunakan melodi “kalau rasa gembira”. Sebagai contohnya murid akan

bertepuk tangan sambil mengeja b..o.. bo..l..a...la sebanyak 3 kali dan menepuk peha

bagi menyebut perkataan bola…bola…bola….mengikut irama yang diperdengarkan.

Sambil mengeja mereka akan bertepuk. Murid akan menyanyikan semua perkataan

yang dipelajari pada hari tersebut.

Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan

kajian Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk

menghadiri dan menumpu perhatian didalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005).

Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang begitu cenderung

terhadapmuzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’ adalah

disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang

bercorak gambar tersebut.

Langkah 2:

Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka

dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan saya jalankan adalah

menjalankan aktivitirekreasi melalui permainan domino sebagai pengukuhan dengan

iringan muzik. Murid dikehendaki membaca perkataan dengan iringan muzik tempo

laju. Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan

gambar pada kad domino sebelumnya. Saya akan mengadakan pertandingan di

antara responden-responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan

betul dan terpantas dikira pemenang.

29

Page 30: Kajian tindakan pra sekolah

Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri

jawapan yang disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun.

Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar

yang betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat

menyusun dengan betul dan pantas.

Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, saya akan menjalankan satu

ujian pos dengan menggunakan soalan yang sama dengan soalan ujian pra dan lima

soalan tambahan bagi melihat sejauh mana keupayaan responden dapat membaca

perkataan suku kata terbuka kv + kv.Selepas itu, saya akan menjalankan satu sesi

temubual terhadap responden yang terlibat tentang perasaan mereka setelah

menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan.

3.5 Perancangan cara mengumpul data

Dalam kajian ini, saya akan mengumpul data awal berasaskan beberapa

sumber. Antaranya adalah seperti melalui temubual, pemerhatian, hasil ujian pra dan

latihan bacaan yang dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya

laksanakan.

Selain itu, sayaakan menjalankan ujian pra terhadap responden-responden

tersebut. Data-data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang

pelaporan penguasaan individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah

yang saya jalankan ini, saya akan menjalankan satu ujian pos atau  pasca untuk

melihat perkembangan dan kemajuan responden dalam kajian tindakan yang

saya jalankan. Saya juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah

saya memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua

suku kata terbuka.Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu.

30

Page 31: Kajian tindakan pra sekolah

3.5.1 Soal selidik temubual secara rawak.

Dalam tinjauan awal satu soal selidik secara temubual telah dijalankan secara

rawak. Persoalan yang dikemukakan adalah ;

“ Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?”

Jawapan murid ;

Malas hendak mengeja, lambat mengeja , ayat terlalu panjang, tidak tahu membunyi

suku kata dan pelbagai alasan lagi.

Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham

apa yang mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi

punca mereka terlupa sukukata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca

mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah teknik didik hibur seperti yang diterangkan

di atas diharap dapat membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran

membaca.

3.5.2 Pemerhatian

Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat

dengan jelas di mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca dengan lancar.

Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan. Didapati

kesemua responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan

baik. Mereka tidak dapat membaca dan mengeja walaupun perkataan yang diberikan

adalah mudah. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi

membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membaca mereka.

31

Page 32: Kajian tindakan pra sekolah

3.5.3 Ujian Pra

Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah

secara lisan dan bertulis. Untuk kaedah lisan murid diminta membaca kuat satu

petikan di hadapan guru ( rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra ). Guru

membuat penilaian terhadap bacaan murid . Untuk kaedah bertulis pula, satu petikan

pendek yang tidak lengkap diberikan kepada murid untuk dilengkapkan. Hasil ujian

pra yang pertama kali diadakan telah menunjukkan satu keputusan yang tidak

memberangsangkan, apabila 10 orang murid ini tidak boleh membaca, 5 orang

membaca dengan pelbagai kesalahan sebutan, dan hanya 5 orang sahaja yang dapat

membaca daripada 20 orang pelajar berkenaan. Jadi 15 orang pelajar berkenaan

adalah responden yang perlu diberi rawatan.

3.5.4 Ujian Pos

Dalam masa lima minggu rawatan diberikan, guru membuat sekali lagi ujian

bacaan lisan kepada murid. Didapati murid dapat membaca dengan lebih baik. 10

dari 15 orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan

baik. Guru telah boleh menyerap mereka kembali menyertai kelas biasa untuk

menerima sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

3.6 Reka bentuk kajian.

Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan.Justeru itu saya memilih

model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi

panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi

empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

32

Page 33: Kajian tindakan pra sekolah

Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti

masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah,

menemubual responden dan guru kelas serta menyemak dan meneliti hasil ujian pra

yang telah dijalankan .Ujian pra tersebut juga dijalankan untuk mengenal pasti

punca sebenar masalah yang dihadapi responden.

Pada peringkat kedua ialah perancangan. Saya telah merancang pelan

tindakan untuk mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di

mana saya akan mengatasi masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Ujian pos

akan dijalankan terhadap responden. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi

yang berlaku kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi,

saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu

dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini

membantu saya menjalankan kajian. Berikut merupakan kerangka konsep yang

digunakan.

33

Page 34: Kajian tindakan pra sekolah

3.7 Kajian Rintis.

Bagi mendapatkan keesahan dan keboleh percayaan dalam kajian ini kajian

rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden

tidaklah mengikut responden-responden yang sebenar. Menurut “Cohen”, “Manion”

dan “Morrison” (2000), menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan

susun atur soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklum balas tentang

keesahan dan keboleh percayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi

menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 10 orang responden dari

kelas Tahun 1 dan instrumen kajian yang sama digunakan.

3.8 Prosedur pengumpulan data.

Prosedur pengumpulan data bermula dari ujian pra yang telah diberikan

kepada kepada 15 orang murid prasekolah yang dikenalpasti lemah dalam

kemahiran membaca. Setelah selesai menjalani ujian pra , kumpulan rawatan yang

terdiri daripada 15 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur.

Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima

minggu . Ujian Pos telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu

terakhir kajian .

3.9 Prosedur menganalisis data.

Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna

kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan

untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data

daripada sumber mengikut skor ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan

data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antara data dapat dilihat

34

Page 35: Kajian tindakan pra sekolah

dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan.

Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan

analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam

hasil kajian tersebut. Huraian lebih lanjut tentang penganalisisan data akan

dibincangkan dalam bab seterusnya.

3.10 Rumusan

Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam

menghasilkan data-data yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara

sistematik. Prosedur kajian yang betul mampu membantu melancarkan proses kajian

serta menyusun data dengan betul dan tepat. Hasil yang diperoleh akan membantu

pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan. Dalam bab seterusnya

akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah dikumpulkan

dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data dalam bab

seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini.

35

Page 36: Kajian tindakan pra sekolah

BAB 4

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh

responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah yang berumur 6 tahun di

sebuah kelas prasekolah akan dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses

dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca.

Setiap jadual disertakan dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk

menambahkan pemahaman para pembaca.

4.2 Dapatan Kajian

Analisa data kuantitatif adalah berdasarkan data mentah yang diperolehi dari

kumpulan rawatan yang mengandungi 15 orang pelajar. Kumpulan rawatan ini

menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan kad bacaan melalui

teknik didik hibur. Empat kaedah digunakan untuk mencungkil masalah daripada

responden iaitu soal selidik temu bual , pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.

4.2.1 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan sepanjang seminggu semasa proses pengajaran dan

pembelajaran , Komponen Bahasa dan Komunikasi. Hasil bantuan guru kelas ini

36

Page 37: Kajian tindakan pra sekolah

kelemahan responden dapat dilihat. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan lagi apabila

10 orang atau 50% daripada 20 orang murid kelas ini adalah murid yang telah dipilih

mengikuti kelas pemulihan khas yang diwujudkan di sekolah ini.

4.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan untuk melihat tahap bacaan

murid.Manakala ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan untuk melihat

tahapkeberkesanan kaedah dalam kajian tindakan yang dijalankan. Oleh yang

demikian,penggunaan bahan yang sama adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan

antarasebelum rawatan dan selepas rawatan diberikan.

Dua kaedah digunakan untuk menguji responden, iaitu kaedah lisan dan

kaedah bertulis.Bagi kaedah lisan responden diminta membaca satu teks petikan

pendek di hadapanguru. Guru akan menilai bacaan murid.

Teks PetikanUjian Pos / Ujian Lisan.

Buku

Bibi suka baca buku.

Bibi suka baca buku cerita.

Hari-hari Bibi baca buku cerita.

Mama beli buku cerita baharu.

37

Page 38: Kajian tindakan pra sekolah

Penilaian Bacaan Lisan Oleh Guru

Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca

Kenal

& sebut

huruf

Mengeja Membaca

dengan

baik.

Kenal

& sebut

huruf.

Mengeja Membaca

dengan

baik.

1 R1 / / / / /

2 R2 / /

3 R3 / / / / /

4 R4 / / / /

5 R5 / / / / /

6 R6 / / / / /

7 R7 / /

8 R8 / / / / /

9 R9 / /

10 R10 / / / / /

11 R11 / / / /

12 R12 / /

13 R13 / / / /

14 R14 / /

15 R15 / / / /

Jadual 1

Analisis Bacaan Lisan

38

Page 39: Kajian tindakan pra sekolah

Ujian Pra

Kategori Jumlah pelajar Peratusan

Kenal & Sebut Huruf 10 orang 66.7%

Membaca 8 orang 53.3%

Mengeja dengan baik 0 0%

Ujian Pos

Kategori Jumlah Pelajar Peratusan

Kenal & Sebut Huruf 15 orang 100%

Membaca 15 orang 100%

Mengeja dengan baik 10 orang 66.7%

Jadual 2

39

Page 40: Kajian tindakan pra sekolah

Graf Ujian Bacaan Lisan Pra dan Pos Kemahiran Membaca

Prasekolah

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

100.00%

Ujian Pra Ujian Pos

Kenal & sebuthurufMengeja

Membaca denganbaik

Rajah 2

Ujian pra dan pos menggunakan teks petikan yang sama untuk memudahkan

melihatkeberkesanan rawatan yang diberi. Hasil dapatan graf diatas menunjukan

berlakupeningkatan yang ketaraan dari ujian pra kepada ujian pos. Dalam ujian pra

hanya 10 orang dapat mengenal dan menyebut huruf, setelah rawatan dilakukan

peningkatan dalam ujian pos di mana semua 15 orang responden telah boleh

mengenal dan menyebut huruf. Dari segi mengeja pula, semasa ujian pra hanya 8

orang boleh mengeja tetapidalam ujian pos semua responden telah boleh mengeja.

Peningkatan yang mendadak berlaku di mana semasa ujian pra tiada responden yang

dapat membaca dengan baik tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang responden

telah dapat membaca dengan baik.

40

Page 41: Kajian tindakan pra sekolah

Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis )

Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan

yang sesuai.

Bibi suka baca ________________.

Bibi _______________baca buku cerita.

Hari-hari Bibi _________________buku

cerita.

Mama ______________buku cerita baharu.

Analisis jawapan responden.

Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca

41

Page 42: Kajian tindakan pra sekolah

Tidak

mengisi

jawapan

Jawapan

salah

Jawapan

betul

Tidak

mengisi

jawapan

Jawapan

salah

Jawapan

betul.

1 R1 / / /

2 R2 / /

3 R3 / / /

4 R4 / /

5 R5 /

6 R6 / /

7 R7 / /

8 R8 / /

9 R9 / /

10 R10 / /

11 R11 / /

12 R12 / /

13 R13 / /

14 R14 / /

15 R15 / /

Jadual 3

Ujian Pra

Kategori Jumlah Pelajar Peratusan

42

Page 43: Kajian tindakan pra sekolah

Tidak Mengisi Jawapan 8 orang 53.3%

Jawapan Salah 3 orang 20.0%

Jawapan Betul 5 orang 33.3%

Ujian Pos

Kategori Jumlah Pelajar Peratusan

Tidak Mengisi Jawapan 0 orang 0%

Jawapan Salah 5 orang 33.3%

Jawapan Betul 10 orang 66.7%

Jadual 4

Analisa Jawapan Responden Ujian Bertulis Ujian Pra dan Pos

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

Tidakmengisijawapan

Jawapansalah

Jawapanbetul

UjianPra

UjianPos

Ujian Pra

Ujian Pos

Rajah 3

43

Page 44: Kajian tindakan pra sekolah

Graf Ujian Menulis Pra dan Pos

Berdasarkan carta di atas , jelas menunjukkan perbezaan yang berlaku dalam

ujian pra dan ujian pos. Telah berlaku peningkatan yang mendadak kepada bilangan

responden yang dapat mengisi tempat kosong dengan betul pada teks petikan yang

diberi dalam ujian pra dan pos. Peningkatan berlaku 100% di mana sebelum

tindakan hanya 5 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul tetapi selepas

rawatan diberikan 10 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul. Perubahan

ini jelas menunjukan keberkesanan rawatan yang diberikan kepada

responden.Berdasarkan semua dapatan daripada instrumen yang digunakan didapati

peningkatan berlaku antara ujian pra dan pos yang telah dijalankan. 80 % responden

dapat menjawab setiap item yang diberikan secara keseluruhannya.

BAB 5

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada

objektif kajian yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan

beberapa cadangan yang difikirkan sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan

44

Page 45: Kajian tindakan pra sekolah

tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran membaca dan keberkesanan penggunaan

teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Rumusan Kajian

Hasil daripada dapatan kajian tindakan yang dijalankan, secara

keseluruhanya didapati bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah

berjaya meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah di sebuah

sekolah di dalam daerah Gombak, Selangor. Perubahan positif yang terjadi hasil

dari kajian ini membantu menguatkan semangat untuk meneruskan lagi kajian ini

pada masa akan datang. Pemilihan fokus kajian ini amat bertepatan memandangkan

responden yang berada di dalam prasekolah sememangnya bermasalah dalam

pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa Kaedah Kad bacaan suku kata

melalui pendekatan teknik didik hibur yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan

diubah suai oleh beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan

responden yang dipilih.

Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran

lain jika digunakan. Contohnya dalam Komponen Kognitif, guru boleh menulis

perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad bacaan suku kata yang mudah dilihat,

difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca perkataan berkenaan.Walau

bagaimanapun , pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan dalam kajian

kedua untuk memastikan lima orang pelajar yang masih kurang mahir membaca

tersebut dapat membaca dengan baik seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran

membaca pelajar lain. Pemerhatian terhadap kajian kedua juga boleh memantapkan

lagi kaedah pengumpulan data yang dibuat.

45

Page 46: Kajian tindakan pra sekolah

Pemerhatian yang dijalankan oleh rakan penyelidik terhadap tingkah laku

guru mengukuhkan lagi tindakan yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Pemerhatian ini bertujuan memastikan setiap yang dirancang

dilaksanakan dengan berkesan.Pada kajian pertama, kaedah pemerhatian terhadap

tingkah laku pelajar tidak dilaksanakan kerana pada masa itu pengkaji masih kabur

dan ragu-ragu tentang cara yang harus digunakan untuk membuat membuat

pemerhatian tersebut.

Pengkaji kabur dalam memilih aspek apakah yang perlu diperhatikan dan

dinilai sepanjang proses perlaksanaan tindakan dijalankan. Pada kajian kedua kelak,

pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap penglibatan responden dalam sesi

pengajaran dengan menggunakan senarai semak tingkah laku pelajar atau rakaman

video.

Ini adalah untuk memudahkan lagi pengkaji membuat analisis data secara

menyeluruh, berkesan serta bahan bukti kajian yang kukuh.Namun begitu dapatan

kajian ujian pos, pemantauan tingkahlaku guru, dan temubual hanya terbatas kepada

kumpulan responden yang dikaji sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada

situasi di luar sekolah tersebut. Walaupun begitu, dapatan kajian ini boleh

dimanfaatkan jika situasi kelas itu sama dengan situasi kelas yang terlibat dalam

kajian ini.

5.3 Implikasi Kajian

Responden cukup berminat dengan aktiviti nyanyian. Mereka menyanyi

dengan penuh minat dan situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjaya

dan menarik. Elemen muzik yang diterapkan dalam nyanyian menjadikan mereka

begitu aktif dan telah memberikan penglibatan sepenuhnya. Ini terbukti dengan

46

Page 47: Kajian tindakan pra sekolah

pendapat Zulkifli Yaakob (2007) yang menyatakan muzik adalah sebahagian

daripada alam kehidupan pelajar yang tidak dapat dipisahkan.

Murid sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati

apabila dapat melakukan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Diperteguhkan lagi

oleh pendapat Raven (1977), yang menyatakan bahawa elemen muzik dapat

mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan subjek dan dapat menarik

mereka berminat untuk belajar.

Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti

nyanyian. Nyanyian diulang beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang

ditetapkan. Hal ini ada persamaan dengan kajian BBC British Council Teaching

yang menyatakan penguasaan bahasa kanak-kanak perlu menghafal perkataan

tersebut beberapa kali melalui aktiviti nyanyian.

Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan

penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran

mendengar dan bertutur. Bagi aspek kosa kata pula merangkumi perkataan, istilah

dan ayat yang dapat dibaca, difahami dan ditulis. Manakala aspek penglibatan murid

pula merangkumi aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di

samping melakukan gerak kreatif.Setelah dijalankan kajian, adalah diharapkan agar

keputusan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang berkaitan.

Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam

pelajaran berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam aktiviti nyanyian. Mereka

dapat bekerjasama dan berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Ini ada persamaan

dengan pendapat Ward (1976) yang menyatakan bahawa muzik boleh memberikan

sumbangan yang baik di mana muzik yang sesuai boleh dijadikan bahan didikan

47

Page 48: Kajian tindakan pra sekolah

kepada murid lambat melalui semangat berpasukan, bekerjasama, dan mendirikan

keyakinan diri.

Selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan bahawa

sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita

mendapat hasil yang diharapkan. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan kajian

ini , kajian kedua dan seterusnya harus dijalankan supaya masalah murid yang lemah

dalam bacaan semakin berkurangan.Selepas kajian pertama, pengkaji bercadang

akan melanjutkan kajian ini ke kajian kedua dengan menggunakan fokus kajian yang

sama, memandangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian pertama ini boleh

ditambahbaikan dengan menggunakan elemen muzik dan permainan bahasa dalam

pengajaran dan pembelajaran guru.Melalui sesi pengajaran dalam kajian pertama

pengalaman melaksanakan kajian, didapati bahawa pencapaian responden dalam

sesuatu bidang kemahiran itu bergantung kepada amalan dan gaya pengajaran guru

di samping bahan bantu mengajar serta scenario pengajaran dan pembelajaran yang

diwujudkan.

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu dan

irama yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama

tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang

perkataan aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan

bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru perlu mengubah

suai atau menulis semula seni kata lagu, tersebut mengikut kesesuaian.

Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan

meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada

perkataan berkenaan. Seterusnya guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak

48

Page 49: Kajian tindakan pra sekolah

disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa

perkataan yang susah. Dalam masayang sama, guru boleh memainkan CD lagu

berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latihan nyanyian

lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat.

Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-murid.Pastikan setiap

perkataan di dalam lagu tersebut disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa

kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan

latih mereka untuk menguasai ayat atau strukturnya. Gunakan gambar untuk

memperjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna

secara jelas.Bagi aktiviti penutup , guru menyanyikan lagu bersama-sama murid.

Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang

aspek bahasa yang hendak diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta

menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti

sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu

berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di

atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran yang tidak berwarna..

Kajian seterusnya harus dijalankan dengan lebih kreatif, praktikal dan

berkesan untuk memastikan masalah bacaan dalam kalangan murid bukanlah satu

isu besar lagi kerana jalan penyelesaiannya telah jelas. Situasi ini haruslah dijadikan

pengajaran supaya kita sebagai guru dapat mempertingkatkan lagi usaha agar murid-

murid yang lemah dalam bacaan tidak lagi terus dibelenggu masalah yang sama

sepanjang hayat.

5.6 Penutup

49

Page 50: Kajian tindakan pra sekolah

Pada kesimpulannya, aktiviti nyanyian dalam didik hibur banyak membantu

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Aktiviti sebegini

boleh ditingkatkan lagi dengan memberi pendedahan kepada para guru menguasai

komponen didik hibur terutamanya aktiviti nyanyian. Kepelbagaian kaedah dan

teknik guru harus dipertingkatkan dan ini berssesuaian dengan pendapat Abdullah

Hassan (1980) menjelaskan bahawa mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan

penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti,dirancang dan dilaksanakan

secara semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya

menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam

menyampaikan pengajaran.

Harapan pada masa hadapan , kaedah seperti ini akan terus dikaji dan

digunakan sebagaisatu cara menyelesaikan masalah murid lemah membaca. Jika

perlukan perubahan,biarlah perubahan itu yang positif supaya memudahkan individu

lain yang ingin menggunakan kaedah ini terhadap responden mereka.

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib.(1989) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah-Sekolah Rendah.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka..

Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV + KVK.SK Sawah Dato’. Johor

Atan Long et. al. (1984).A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1989), “Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III”Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

50

Page 51: Kajian tindakan pra sekolah

Baker (1989), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: TheCenter for Applied Research in Education

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010).“Aspek Seni Bahasa”. Kementerian PendidikanMalaysia, hlm. 21

Bolt (1992),Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Institut Perguruan Perlis

Bonacci (1993), Read me first for a user’s guide to qualitative methods. Thousand

Oaks: Sage Pub.

Charlotte J Bolling (2008), “Reading Success In The Intervension Classroom”.

Coleman (1995), Strategies For Improving Visuals Learning : AHandbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: Learning Service,State College.

Durkin (1966). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications

Edward M. Anthony (1990). Beginning to read. Cambridge: MIT Press.

Harison Bt Othman(2005)Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis

Jones (1986), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The Center for Applied Research in Education.

Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur Fajar Bakti

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz, 1997). Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa . Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd

Kamus Dewan (2000), Kamus Dewan Edisi kedua.Kuala Lumpue : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liew Phaik Guat Selina (1998).The Effects of a Reading Program in Preschool Education on the Reading Attitude among Children in Later Years. Jabatan Pendidikan. Maktab Perguruan Sandakan.Mashitah

Marohaini Yusoff, 1999.Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guruPelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilmu Pendidikan. Pulau Pinang.

51

Page 52: Kajian tindakan pra sekolah

Mangantar Simanjuntak (1985), Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Moore (1992), Research design: Quantitative and qualitative. California:Sage Pub.

Morris, 2002, Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. ke-2). New York: The Guilford Press.

Nordin Mamat, 2005 , Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.

Noriah (1999),  Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM .Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Sharifah Alwiah, 1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991. Pengajaran Pembelajaran Prasekolah. Masalah Pendidikan 19, 11-25

Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc. fine early readers solving problems : a case study. Reading. 29: 30 33.

Dechant (1991. The psychology of reading. Cambridge: MIT Press.

Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Harris dan Sipay (1980). Memahami Proses Bacaan Daripada Perspektif Psikolinguistik . Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.30,(6) : 402-407.

DR. Henry Guntur Tarigan(1994) , Introduction to Instructional Technology, Instructional Technology for Teaching and Learning

Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications.

Holly M Menzies (2007), bertajuk “Early Intervention In Reading: From Research To Practice”

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka

Fitgerald (1992). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1994). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan : Secara menyeluruh Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004), Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilm Pendidikan. Pulau Pinang.

52

Page 53: Kajian tindakan pra sekolah

Riechorf (1997), Changing the rules: Education for creativethinking. Journal of Creative Behavior,

Rohaty1998.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah menjelang abad ke-21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth-Heinamann. FatimahRosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth-.Fatimah

See Bee Ean (2008). ajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis.

Sulzby, 1991. KurikulumPendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

Sofiah Hamid, 1983.Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar . Jurnal Pendidikan Bahasa MelayuISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12

Trelease (1989), Reading and writing relations and their development. Educational Psychologists, 35, 39–50.

Westwood (2001), Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education.Jurnal Penyelidikan : MPBL

Yahya Othman (1988), Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid , 2006. Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat

LAMPIRAN A

Teks Petikan

Ujian Pos / Ujian Lisan.

53

Page 54: Kajian tindakan pra sekolah

Buku

Bibi suka baca buku.

Bibi suka baca buku cerita.

Hari-hari Bibi baca buku cerita.

Mama beli buku cerita baharu.

LAMPIRAN B

Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis )

Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan

yang sesuai.

54

Page 55: Kajian tindakan pra sekolah

Bibi suka baca ________________.

Bibi _______________baca buku cerita.

Hari-hari Bibi _________________buku

cerita.

Mama ______________buku cerita baharu.

LAMPIRAN C

CONTOH KAD BACAAN SUKU KATA

bi bi su ka

55

Page 56: Kajian tindakan pra sekolah

ba ca bu ku

bi bi su ka

ba ca bu ku

ce ri ta ha

ri ha ri bi

bi ba ca bu

ku ce ri ta

LAMPIRAN D

CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK.( aktiviti pengayaan )

56

Page 57: Kajian tindakan pra sekolah

KERETA BAHARU

Ayah ada kereta baharu.Kereta ayah berwarna biru Kereta ayah besar.Kereta ayah cantik.

57