19
Sistem Padan dan Had Disediakan oleh; (Fits and Limits System)

Sistem Padan dan Had

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem Padan dan Had

Sistem Padan dan Had

Disediakan oleh;NORAZIAH BINTI ABDUL AZIZ

(Fits and Limits System)

Page 2: Sistem Padan dan Had

Mempelajari, memahami dan menggunakan sistem padan dan had serta kepentingan dalam proses pengeluaran

Diakhir unit pelajar akan dapat:-- Menyatakan tiga jenis utama padan.- Menamakan jenis-jenis tolok had.- Menghuraikan penggunaan pelbagai jenis

tolok had.- Menyatakan kaedah pengujian permukaan rata.

Page 3: Sistem Padan dan Had

Sistem Padan adalah keadaan perhubungan diantara bahagian-bahagian bahan kerja yang dipasangkan atau dicantumkan bersama-sama.

Terdapat 3 jenis padan- Padan Telusan (Clearance Fit )- Padan Peralihan (Transition Fit)- Padan Terganggu (Interference Fit)

Page 4: Sistem Padan dan Had

Padan telusan (Clearance Fit)Ia berlaku apabila kelegaan positif terjadi di antara had tinggi lubang dan had rendah aci. Ia juga boleh dikatakan padan telusan berlaku apabila saiz aci lebih kecil dari lubang. Ia digunakan apabila bahagian – bahagian yang dicantum boleh bergerak dengan bebas dan senang. Ini boleh didapati pada sesendal dan aci. Bahan kerjaBolt

Page 5: Sistem Padan dan Had

Padan peralihan (Transition fit)Berlaku apabila kelegaan negatif terjadi di antara had tinggi aci dan had rendah lubang. Ini boleh didapati pada bebola dan aci.

Page 6: Sistem Padan dan Had

Padan Terganggu (Interference Fit)Berlaku apabila kelegaan negatif terjadi di antara had tinggi aci dan had rendah lubang. Ini boleh didapati pada bebola dan aci.

Sistem Padan dan Had

Page 7: Sistem Padan dan Had

i. Sistem padan pada asas aciIa adalah suatu sistem yang berasaskan aci apabila aci menjadi alat tetap. Berbagai-bagai padan boleh terjadi dengan membeza bezakan saiz aci itu.

Page 8: Sistem Padan dan Had

ii. Sistem padan pada asas lubangIa adalah sistem yang berasaskan lubang apabila lubang menjadi alat tetap dan berbagai-bagai padan boleh terjadi dengan membeza-bezakan saiz lubang itu.

Page 9: Sistem Padan dan Had

Pengenalan

Kompenen yang dimesin pada had terima yang telah ditetapkan, perlu diuji dengan tepat dan cepat supaya produktiviti boleh ditinggikan.

Tolok had digunakan untuk menguji ketepatan ukuran sesuatu bahan kerja dalam had-had yang telah ditentukan. Bahagian permukaan menolok bagi sesuatu tolok had itu mestilah keras dan tahan haus supaya ketepatan saiznya tidak hilang atau berkurangan.

Page 10: Sistem Padan dan Had

Dalam kejuruteraan terdapat lima jenis tolok had iaitu:

Tolok palam selinder (Pin Gauges) Tolok angkup / tolok snap (Snap Gauges) Tolok palam dan tolok cincin benang skru (Thread

and Thread Ring Gauges) Tolok cincin (Ring Gauges) Tolok palam tirus dan tolok cincin tirus (Tapering

Gauges)

Page 11: Sistem Padan dan Had

Tolok palam selinder (Pin Gauges) Digunakan untuk menguji atau memeriksa

diameter dalam pada lubang lurus. Kedua-dua hujung tolok ditandakan go dan not go. Hujung go boleh memasuki lubang kerana dibuat dengan saiz had rendah, manakala hujung not go tidak boleh memasuki lubang kerana dibuat dengan saiz had tinggi. Biasanya hujung go dibuat lebih panjang daripada hujung not go untuk mengelakkan daripada cepat haus akibat kekerapan geseran dengan permukaan lubang.

Page 12: Sistem Padan dan Had

Tolok angkup / tolok snap Aci-aci dan komponen-komponen berbatang

biasanya diperiksa dengan tolok angkup. Tolok-tolok jenis ini yang bersaiz kecil dikenali sebagai tolok snap. Tolok ini ada yang berjenis padu dan ada yang andasnya boleh dilaraskan kepada go dan not go. Penggunaan tolok ini terhad kepada kerja-kerja pengeluaran dimana bahan kerja yang serupa dihasilkan dalam bilangan yang besar. Dalam kerja-kerja kejuruteraan biasa dibengkel , aci-aci diperiksa dengan menggunakan mikrometer

Page 13: Sistem Padan dan Had

Tolok palam dan Tolok cincin benang skru (Thread and Ring Gauges)

i) Tolok palam benang skru (Thread Gauges) :Benang dalam diperiksa dengan menggunakan tolok palam benang skru dengan kaedah go dan not go seperti mana tolok palam selinder. Bahagian go mestilah boleh dipusingkan sehingga masuk keseluruhan lubang benang dan bahagian not go hanya boleh masuk ke dalam lubang sehingga benang ketiga sahaja

Page 14: Sistem Padan dan Had

Tolok palam dan Tolok cincin benang skruii) Tolok palam benang skru (Thread Ring Gauges)

Benang luar diperiksa dengan menggunakan tolok cincin benang skru dengan kaedah go dan not go seperti mana tolok cincin biasa. Bahagian go mestilah boleh dipusingkan masuk keseluruhan tolok dan bahagian not go hanya boleh masuk ke dalam pasak setakat benang ke tiga sahaja

Page 15: Sistem Padan dan Had

Tolok Cincin (Ring Gauges) Digunakan untuk menguji diameter luar silinder.

Dibuat berpasangan, untuk go dibuat mengikut saiz had rendah dan satu lagi untuk not go dibuat mengikut saiz had tinggi silinder

Page 16: Sistem Padan dan Had

Tolok Palam Tirus dan Tolok Cincin Tirus (Tapering Gauges)

Tolok palam tirus dan tolok cincin tirus dibuat dengan tirus khas atau piawai dan digunakan untuk memeriksa saiz lubang atau batang tirus dengan ketetapan penirusan. Kedua-dua tolok ini juga mempunyai tanda go dan not go.

Page 17: Sistem Padan dan Had

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

JAWAPAN

1. Berpandukan kepada gambarajah terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara berikut dan berikan contoh penggunaannya bagi setiap padan tersebut:- Padan Telusan (Clearance Fit )- Padan Peralihan (Transition Fit)- Padan Terganggu (Interference Fit)

2. Apakah kegunaan tolok had dalam kejuruteraan?3. Nyatakan lima (5) jenis tolok had yang boleh didapati dalam

kejuruteraan?4. Terangkan dengan ringkas fungsi dan cara kerja tolok

palam selinder ?5. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah go dan not go

pada tolok palam benang skru?6. Lakarkan dan namakan jenis tolok yang digunakan bagi

menguji bahagian dalam dan luar sebuah selinder?

Page 18: Sistem Padan dan Had

Gambarajah

Page 19: Sistem Padan dan Had

MESIN PERAUT ATAU KISAR(Milling Machine)

Sekian Terima Kasih