33
BAB 2: PENGENALAN PENGURUSAN

Bab 2 pengenalan pengurusan

  • Upload
    eteen

  • View
    1.718

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 2 pengenalan pengurusan

BAB 2: PENGENALAN PENGURUSAN

Page 2: Bab 2 pengenalan pengurusan

SUPAYA PELAJAR DAPAT…..

Memahami definisi organisasi dan pengurusan.

Memahami fungsi dan proses pengurusan. Memahami peringkat pengurusan. Memahami peranan pengurusan. Mengaplikasi kemahiran pengurusan.

Page 3: Bab 2 pengenalan pengurusan

Gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 4: Bab 2 pengenalan pengurusan
Page 5: Bab 2 pengenalan pengurusan

Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien melalui proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi.

(Richard L. Daft, 2006 m.s 8)

Page 6: Bab 2 pengenalan pengurusan

Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 7: Bab 2 pengenalan pengurusan

Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi.

Page 8: Bab 2 pengenalan pengurusan

Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 9: Bab 2 pengenalan pengurusan

Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.

Page 10: Bab 2 pengenalan pengurusan
Page 11: Bab 2 pengenalan pengurusan

Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi secara menyeluruh.

Tumpuan kepada perancangan jangka panjang. Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,

polisi dan matlamat organisasi serta membimbing organisasi agar interaksinya dengan persekitaran adalah baik.

Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), President, Vice President.

Page 12: Bab 2 pengenalan pengurusan

Pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.

Peringkat pengurusan ini merangka keputusan jangka sederhana berpandukan objektif pengurusan atasan.

Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi.

Membuat laporan kepada pengurus atasan. Cth; Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia,

Pengurus Jabatan.

Page 13: Bab 2 pengenalan pengurusan

Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang bukan terdiri daripada pihak pengurusan.

Tumpuan kepada perancangan jangka pendek. Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan

kerja operasi, perlaksanaan tugas harian pekerja agar matlamat organisasi tercapai.

Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.

Page 14: Bab 2 pengenalan pengurusan

PERANAN ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang disandang.

Berdasarkan Henry Mintzberg terdapat 10 peranan pengurus yang boleh dikelaskan kepada 3 bahagian:

Penjalinhubungan

Pemberimaklumat

Pembuatkeputusan

Page 15: Bab 2 pengenalan pengurusan

Pemimpin(LEADER)

Penghubung(LIAISON)

Tunggak(FIGUREHEAD)

Page 16: Bab 2 pengenalan pengurusan

Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.

Cth: menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan anugerah dan menandatangani dokumen rasmi.

Page 17: Bab 2 pengenalan pengurusan

Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan kerja.

Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah dirancang.

Page 18: Bab 2 pengenalan pengurusan

Mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam atau di luar organisasi.

Cth: Pengurus berinteraksi dengan pekerja, pelanggan, pembekal dsb.

Page 19: Bab 2 pengenalan pengurusan

Usahawan

Pengagihsumber

Perunding

Menangani gangguan

Page 20: Bab 2 pengenalan pengurusan

Berperanan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan dan inovasi.

Cth, CEO sentiasa memperolehi idea-idea baru dan kreatif untuk mempertingkatkan prestasi syarikat.

Page 21: Bab 2 pengenalan pengurusan

Membuat keputusan atau bertindak serta merta terhadap masalah-masalah supaya persekitaran organisasi yang berkonflik itu kembali kepada kekuatan yang stabil dan harmoni .

Cth: Tindakan menyelesaikan masalah-masalah seperti mogok, rungutan pekerja, ketidakpuasan hati dsb.

Page 22: Bab 2 pengenalan pengurusan

Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan digunakan oleh semua ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Cth: Pengurus mengagihkan sumber-sumber dana, masa, peralatan dan sumber manusia.

Page 23: Bab 2 pengenalan pengurusan

Mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa.

Cth: CEO berunding dengan wakil kesatuan pekerja; Pengurus jualan berunding dengan Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan tawaran istimewa bagi pelanggan utamanya.

Page 24: Bab 2 pengenalan pengurusan

Pemantau (monitor)

Penyebar (disseminator)

Jurucakap(spokesperson)

Page 25: Bab 2 pengenalan pengurusan

Sentiasa memberi perhatian kepada persekitaran dalaman dan luaran untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan, peluang pelaburan baru dan masalah isu yang mempengaruhi organisasinya.

Page 26: Bab 2 pengenalan pengurusan

Menyebar maklumat penting yang diperolehi sama ada dari dalam atau luar organisasi kepada ahli organisasi.

Cth: Pengurus mendapat tahu tentang pelanggan yang muflis, memaklumkan kepada pengurus jualan menghentikan bekalan.

Page 27: Bab 2 pengenalan pengurusan

Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada pihak pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan individu/kesatuan pekerja di luar organisasi.

Cth: Pengurus menyampaikan maklumat kepada ahli organisasi dan orang luar melalui ucapan, laporan dan memo.

Page 28: Bab 2 pengenalan pengurusan
Page 29: Bab 2 pengenalan pengurusan

Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi.

Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat organisasi.

Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan kesan jangka panjang.

Page 30: Bab 2 pengenalan pengurusan

Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi orang dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap orang lain.

Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang dan berhubung dengan pekerja.

Cth: Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja, membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.

Page 31: Bab 2 pengenalan pengurusan

Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu.

Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi.

Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka polisi, dasar dan objektif organisasi.

Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.

Page 32: Bab 2 pengenalan pengurusan

Pengurus Bawahan

Pengurus Pertengahan

Pengurus Atasan

Tingkat Pengurusan

Kemahiran Konseptual

Kemahiran Kemanusiaan

Kemahiran Teknikal

Page 33: Bab 2 pengenalan pengurusan