24
PADI SEJARAH PADI Padi merupakan tanaman yang utama di negara-negara Asia.padi telah ditanam sejak dahulu lagi. Adakah sukar untuk memastikan asal-usul padi. Namun ada yang berpendapat padi telah mula ditanam di empat kawasan utama di pinggir sungai Ravi, di Kashmir. Padi mula di perkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun 1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa yang itu kepulauan Melayu didiami oleh Proto-Melayu. Sejak itu kedua-dua puak ini menjadikan padi dan seterusnya beras makanan harian mereka. Kemudian penanaman padi terus berkembang hingga keseluruh dunia. Selain negara-negara Asia, Australia, Amerika, Argentina dan negara-negara Asia yang lain. Di Asia Tenggara, Thailand, Indonesia, dan Burma adalah negara pengeluar padi yang utama. Negara-negara tersebut juga mengimport beras ke Malaysia. BAHAGIAN DAN BENTUK TANAMAN Padi atau nama saintifiknya Oriza Styra adalah satu keluarga rumput dan gandum. Batang padi panjang sehingga 180 cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di tengah-tengah. Saiz batang padi ialah lebih kurang 15 mm. Warna batang padi ialah padi, hijau dan kuning. Warna ini berbeza-beza-beza mengikut peringkat umur padi. Semasa muda warna batang padi hijau dan putih dan semasa tua berwarna kuning dan putih. Akar pokok padi berbentuk rerambut. Akar jenis ini tidak panjang tetapi banyak dan halus seperti akar pokok tebu atau rumput. Akar ini tumbuh serumpun di pangkal batang padi. Akar padi halus lagi pendek dan senang dicabut. Daun padi serupa dengan daun lalang dan daun tebu. Pokok padi terdiri daripada pangkal yang menutupi batang sementara daun panjang, halus, tajam dan hujungnya melempai. Warna daun padi hijau semasa muda dan bertukar hijau kekuningan apabila padi masak. Daun padi tumbuh di sekeliling batang padi. Apabila daun-daun yang di atas tumbuh, daun-daun yang di bawah dakan kering dan

50508576 padi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 50508576 padi

PADI

 

SEJARAH PADI

Padi merupakan tanaman yang utama di negara-negara Asia.padi telah ditanam sejak dahulu lagi. Adakah sukar untuk memastikan asal-usul padi. Namun ada yang berpendapat padi telah mula ditanam di empat kawasan utama di pinggir sungai Ravi, di Kashmir.            Padi mula di perkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun 1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa yang itu kepulauan Melayu didiami oleh Proto-Melayu. Sejak itu kedua-dua puak ini menjadikan padi dan seterusnya beras makanan harian mereka.            Kemudian penanaman padi terus berkembang hingga keseluruh dunia. Selain negara-negara Asia, Australia, Amerika, Argentina dan negara-negara Asia yang lain.            Di Asia Tenggara, Thailand, Indonesia, dan Burma adalah negara pengeluar padi yang utama. Negara-negara tersebut juga mengimport beras ke Malaysia.

BAHAGIAN DAN BENTUK TANAMAN

            Padi atau nama saintifiknya Oriza Styra adalah satu keluarga rumput dan gandum. Batang padi panjang sehingga 180 cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di tengah-tengah. Saiz batang padi ialah lebih kurang 15 mm. Warna batang padi ialah padi, hijau dan kuning. Warna ini berbeza-beza-beza mengikut peringkat umur padi. Semasa muda warna batang padi hijau dan putih dan semasa tua berwarna kuning dan putih.            Akar pokok padi berbentuk rerambut. Akar jenis ini tidak panjang tetapi banyak dan halus seperti akar pokok tebu atau rumput. Akar ini tumbuh serumpun di pangkal batang padi. Akar padi halus lagi pendek dan senang dicabut.            Daun padi serupa dengan daun lalang dan daun tebu. Pokok padi terdiri daripada pangkal yang menutupi batang sementara daun panjang, halus, tajam dan hujungnya melempai. Warna daun padi hijau semasa muda dan bertukar hijau kekuningan apabila padi masak.Daun padi tumbuh di sekeliling batang padi. Apabila daun-daun yang di atas tumbuh, daun-daun yang di bawah dakan kering dan terus gugur. Bahagian tepi daun padi tajam serta berduri dan menyebabkan daun itu miang. Panjang daun padi lebih kurang 30 hingga 60 cm. Urat daun padi memanjang serupa dengan daun tebu dan lalang.            Bunga padi berbentuk rimbun seperti bunga lalang. Bunga padi tumbuh dalam bentuk jurai yang panjang. Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi.Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi. Satu rumpun padi terdapat lima tangkai bunga. Bunga padi ini akan menghasilkan padi. Bunga padi tidak berisi sebelum menjadi buah dan berwarna kuning bercampur putih.            Buah padi terjadi daripada proses pendebungaan secara sendiri.  Apabila proses pendebungaan berlaku, isi padi terhasil. Isi padi pada peringkat awal terdiri daripada santan padi. Waktu ini padi lembut dan santan boleh dipicit keluar. Warna padi ketika ini ialah hijau muda. Kemudiannya, isi padi beransur-ansur menjadi keras dan menjadi paling keras apabila masak.

  JENIS-JENIS PADI

Page 2: 50508576 padi

            Padi  merupakan satu daripada spesies tumbuhan liar. Padi yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang ditanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i.          Padi Sawah;

           Padi sawah atau padi bendang adalah padi yang paling banyak ditanam di negara ini. Padi ini ditanam disebabkan beras adalah makan ruji masyarakat Malaysia. Oleh itu kerajaan amat menggalakkan penanaman padi sawah.            Lebih 30% penanaman padi di negara ini adalah berasaskan padi sawah. Hanya beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak yang menanam padi huma untuk kegunaan harian mereka.             Bagi menanam padi sawah adalah lebih sukar. Ini disebabkan padi ini memerlukan kawasan yang berair. Kawasan yang mampu menakung air diperlukan untuk tumbesaran padi sawah.            Lazimnya penanaman padi di Malaysia lebih tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di abahgian utara. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat kawasan berpaya yang datar dan mengalami satu musim lelbab yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini ditambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.            Padi sawah tidak boleh hidup di kawasan yang kering. Ada kawasan yang dahulunya ditanam dengan padi dan terpaksa ditanam dengan tanaman lain disebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Bagi memastikan kawasan padi terus dapat dikekalkan, sistem perparitan yang terancang adalah penting kerana mampu menyalurkan air ke petak sawah padi.            Padi sawah mempunyai beberapa jenis. Padi sawah boleh dibahagikan mengikut jenis asalnya dan juga umur padi dituai. Antaranya ialah padi Rendah, padi Tiga Bulan, padi Tahun, padi Malinja, padi Ria, padi Malaysia Satu, dan padi Malaysia dua. Padi juga boleh dibahagikan mengikut rasa dan kandungan iaitu padi nacin dan padi pulut.            Padi nacin ialah padi yang menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan utama yang dihidangkan apabila tiba waktu makan.

ii.         Padi Huma;

            Padi huma ialah padi yang kurang menggunakan air, baja dan ditanam di lereng bukit. Padi ini dipanggil padi bukit dan diusahakan oleh penduduk yang tinggal di pedalaman seperti Orang Asli.            Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma ditanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta benih yang kurang baik. Padi juga tidak dijaga dengan baik dan selalu dirosakkan oleh serangga.            Padi jenis ini banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. Terutamanya masyarakat Iban dan Murut. Di Semenanjung Malaysia pula, padi huma banyak ditanam oleh masyarakat Orang Asli untuk sara diri.

CARA MENANAM PADI

Padi merupakan satu tanaman makanan yang penting.Tanaman padi juga unik berbanding tanaman lain kerana terpaksa melalui pelbagai proses penanaman. Terdapat beberapa proses penanaman padi yang meliputi:

Page 3: 50508576 padi

I .Pemilihan biji benihII .Penyemaian biji benihIII .Pemilihan tapak perladanganIV .Pengalihan tanamanV .Proses penyelenggaraan

i. Pemilihan Biji Benih

            Padi ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan  biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahp matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.            Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu tangkai sahaja dipilih.Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya pemilihan ini dilakukan oleh mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama pesawah yang berpengalaman.

          Bagi pesawah yang telah mendapat khidmat jabatan pertanian, bekalan biji benih yang lebih terjamin telah diperkenalkan. Pemilihan biji benih ini adalah hasil kajian yang dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan biji benih yang baik. Oleh itu apabila padi telah  berbuah, hasil yang diperolehi amat menakjubkan dan setanding dengan  padi keluaran negara lain. 

ii. Penyemaian Biji Benih

            Operasi menyemai dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia. Proses ini mencakupi peringkat rendaman buah padi untuk dijadikan benih hingga benih-benih tersebut ditabur di tapak semaian.            Pembaharuan yang mutakhir diperkenalkan di negara ini ialah penyemaian dilakukan terus di kawasan penanaman atau disebut tabur terus. Cara ini tidak memerlukan operasi mengubah dan dengan itu masalah penggunaan tenaga kerja yang banyak tidak timbul. Bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan.

iii. Pemilihan Tapak Perladangan

            Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif. Oleh itu jentera pembajak atau traktor digunakan.              Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.

iv. Pengalihan Tanaman

            Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih mengeluarkan daun kelima atau keenam. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan masa yang panjang untuk mengubah anak-anak benih ke  kawasan sawah.            Jarak menanam anak benih bergantung kepada pesawah. Anak benih yang cepat matang akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh matang.

Page 4: 50508576 padi

v. Proses Penyelenggaraan

            Proses  penyelengaraan ini melibatkan  pelbagai aktiviti seperti membaja, merumput, dan membersihkan sawah. Proses ini akan dilakukan sepanjang pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak. Oleh itu pertumbuhan padi akan menjadi normal.Selain itu pesawah juga harus memastikan padi terjamin daripada dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, burung atau belalang. Oleh itu terdapat beberapa orang-orang yang dicacakkan di tengah sawah untuk menakutkan binatang perosak.Proses penyelenggaraan ini memang rumit dan memerlukan kawalan setiap masa.

 

MEMPROSES PADI

            Padi yang dituai akan dijadikan beras untuk makanan rakyat Malaysia. Sebelum itu terdapat pelbagai proses yang dilalui untuk menghasilkan beras yang baik. Antara proses tersebut ialah :

MenuaiMembantingMenganginMengilang

Menuai

            Terdapat dua cara yang dipraktikkan dalam kerja-kerja  menuai. Pertama mengggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas.             Cara kedua menggunakan jentera jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis besar(100 kuasa kuda). Jentera ini hanya digunakan menerusi sistem usahasama. Sebelum proses menuai dilakukan, sawah padi akan dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan proses penuaian dilakukan.

Membanting

Membanting adalah cara tradisional. Berdasarkan teknologi kini kerja membanting tidak dilakukan lagi. Ini kerana proses menuai menggunakan jentera dan padi diasingkan dari tangkainya secara automatik. Semasa membanting terlebih dahulu tangkai padi akan diikat dan barulah dibanting ke dalam tong khas untuk mengasingkan padi daripada tangkainya.

Mengangin

            Mengangin dilakukan supaya bijian dipisahkan daripada padi hampa. Selepas mengangin padi akan dijemur. Teknologi moden kini membersihkan padi dalam dua perinkat. Peringkat pertama dinamakan pembersihan lasat iaitu bahan-bahan  seperti batu-batu, jerami dan hampas diasingkan. Jenis mesin yang digunakan ialah gegaran. Peringkat kedua pula padi muda, hampa dan bahan-bahan asing seperti rumpai diasingkan secara automatik. 

Mengilang

Page 5: 50508576 padi

            Tujuan mengilang adalah untuk mendapatkan beras daripada padi. Antara kaedah yang digunakan bagi memisahkan beras dan padi ialah melalui pemisah sekatan. Pemisah ini  mempunyai lataran yang disendengkan dan bersekatan.             Penghasilan pengupasan padi bergantung kepada beberapa faktor. Antara   faktor tersebut ialah kandungan air yang terdapat dalam padi dan kadar beras bersalut akan dimasukkan ke dalam pemisah sekatan. Beras akan digred mengikut kriteria tertentu dan dimasukkan ke dalam guni atau plastik untuk dijual.

 

MEMPROSES PADI SECARA TRADISIONAL

Sejak dahulu lagi padi ditanam oleh masyarakat Melayu untuk dijadikan makanan harian. Pengalaman menanam padi diperolehi daripada keluarga yang biasanya menjadikan sawah padi sebagai sumber pendapatan. Oleh itulah mereka mempunyai kemahiran secara warisan.Setelah melalui pelbagai peringkat penanaman sehingga padi masak, kebanyakan masyarakat Melayu masih menggunakan kaedah konvensional atau tradisional. Cara ini banyak dilakukan di kawasan kampong yang jauh dari pekan. Cara ini sememangnya mengurangkan kos tetapi mengambil masa yang lambat untuk memproses padi menjadi beras. Antara beberapa peraturan yang terpaksa dilalui sebelum padi menjadi beras ialah :

Menjemur

Menumbuk

Menampi

Memilih

 

Menjemur

Padi yang telah dituai dengan menggunakan tenaga akan dibanting untuk memisahkan antara tangkai dan padi. Kemudian proses pengasingan akan dilakukan dengan cara memilih tangkai atau rumput yang bercampur dengan padi. Cara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja seterusnya dilakukan.Setelah itu padi akan dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang. Di rumah padi akan dijemur di bawah pancaran matahari. Padi perlu dijemur hingga kering. Oleh itu pesawah perlu memastikan cuaca adalah baik. Jika hari hujan atau mendung, adalah lebih baik sekiranya padi tidak dijemuratau dibiarkan di dalam guni sahaja.Selain itu semasa kerja-kerja menjemur dilakukan, pesawah boleh membuang benda asing yang terdapat dalam timbunan padi. Ini adalah untuk memastikan padi cepat kering dan terhindar daripada benda asing. 

Menumbuk

Menumbuk merupakan tugas yang paling sukar. Padi yang telah kering akan ditumbuk menggunakan lesung. Terdapat dua jenis lesung iaitu lesung kaki dan tangan. Lesung kaki telah diubahsuai bentuknya untuk memudahkan pesawah menggunakan kaki untuk

Page 6: 50508576 padi

menumbuk padi. Lesung kaki mempunyai antan yang pendek dan kemudian disambung dengan menggunakan sebatang kayu yang besar secara melintang. Hujung kayu antan mempunyai satu bentuk injakan yang memudahkan kaki memijak injakan tersebut. Pesawah akan memijak kayu injak dan antan akan terangkat. Apabila kaki dilepaskan, antan akan jatuh dan menumbuk ibu lesung.Langkah ini lebih mudah kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak. Lesung ini boleh didapati di kawasan kampung. Namun begitu lesung ini kurang popular.Lesung tangan pula adalah lesung yang paling kerap digunakan. Lesung yang terdiri daripada lesung anak dan ibu yang diperbuat daripada kayu. Namun begitu lesung tangan mempunyai lesung anak yang berat dan panjang. Semakin berat anak lesung semakin baik tumbukan lesung tersebut.

Padi yang telah kering akan ditumbuk dengan kedua lesung ini. Tumbukan akan menyebabkan isi padi terkeluar dan membentuk beras. Pesawah akan lakukan kerja-kerja menumbuk tersebut sehingga selesai. Adalah diingatkan padi yang hendak ditumbuk perlu kering. Jika terdapat kelembapan, padi akan hancur bersama sekam dan padi tersebut tidak boleh dimakan.

Menampi

Setelah kerja-kerja menumbuk dilakukan,proses seterusnya ialah menampi. Proses ini memerlukan kemahiran menampi untuk mengelakkan padi terbuang semasa proses tersebut dilakukan. Lazimnya menampi dilakukan oleh kaum wanita.Padi yang telah ditumbuk akan dimasukkan ke dalam alat menampi. Alat menampi diperbuat daripada anyaman buluh atau mengkuang. Alat menampi terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada bulat, segi tiga atau bujur.Padi akan diletakkan ke atas penampi. Kemudian penampi itu akan ditampi dengan cara melambungkan padi. Cara ini dilakukan acap kali sehingga sekam melayang ke atas dan seterusnya keluar dari alat penampi itu. Pada proses ini beras dapat dihasilkan walaupun terdapat habuk-habuk kecil yang masih bercampur dengan padi. Dengan beberapa lambungan, habuk kecil akan terkumpul di hujung penampi. Kemudian habuk tersebut boleh ditiup sahaja untuk menyingkirkan daripada beras.

Memilih

Beras yang telah ditampi akan menjalani proses pemilihan. Padi yang tidak hancur akan diasing daripada padi yang hancur. Pemilihan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Oleh itu mereka perlu cekap untuk memilih padi yang belum menjadi beras. Pengasingan ini dilakukan untuk menentukan gred. Beras yang tidak hancur mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding beras yang hancur. Namun begitu ada pesawah yang tidak mengasingkan beras dan dicampur sekali. Padi ini dinamakan padi kampung.

PENYAKIT-PENYAKIT PADI

Padi tidak terlepas daripada dihinggapi penyakit.Sejak awal penanaman lagi pelbagai jenis penyakit boleh menyerang pasti sekiranya tidak terdapat langkah-langkah penyelenggaraan.Antara penyakit-penyakit tersebut iailah:

1. Penyakit sasar2. Penyakit virus

Page 7: 50508576 padi

3. Penyakit kulat4. Penyakit psisikologikal dan nematode

1.Penyakit Sasar

A.karat padi         Karat padi menyerang keseluruhan bahagian hijau padi termasuk buahnya.Bagi menunjukkan pokok padi diserang penyakit karat padi,terdapat bintik-bintik besar yang bewarna biru kelabu pada daun padi.Jika penyakit ini telah menyerang padi,padi akan mengalami kerosakan yang serius.Mayang padi akan mengecut dan padi akan menjadi kering dan rebah.     Antara jenis padi yang mudah diserang penyakit karat padi iailah Mahsuri,Malinja,Ria dan Bahagia.Punca-punca penyakit tersebut iailah keadaan lembap yang berpanjangan akibat hujan yang berterusan.Selain Itu penggunaan baja nitrogen yan berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit tersebut.Begitu juga sekiranya penanaman yang tidak teratur seperti terlalu rapat,atau menyemai biji padi ke sawah secara terus.

B. Bintik Perang

     Penyakit rintik perang disebabkan sejenis kulat Helminthosporium Oryzae.Penyakit ini menyebabkan banyak benih padi yang rosak.Penyakit tersebut jelas dilihat pada daun padi dengan pelbagai bentuk dan saiz.Selain itu terdapat rintik yang berwarna hitam,putih atau kelabu.     Terdapat juga rintik yang menyerang organ dalam batang padi.Sprora jenis H.Oryzae masuk ke dalam batang padi menembusi kulit gabus dan kulit ari.Spora ini merebak melalui angina.     Antara punca merebaknya penyakit tersebut iailah kekurangan potassium,nitrogen dan silika dalam tanah.Selain itu terdapat hydrogen sulfida yang meyebabkan padi mudah reput.Suhu tanah antara 10 hingga 24 darjah celcius ditapak semaian juga boleh meyebabkan penyakit karat padi.

C. Batang Busuk

     Selain itu terdapat beberapa jenis cendawan yang menyerang batang hingga menjadi busuk.Leptosphaeria salcinii caat,helminthosporium signmodeium cav adalah punca penyakit.Penyakit ini boleh didapati di seluruh Negara.         Antara tanda-tanda awal yang boleh dilihat iailah terdapat bintik hitam kelabu pada daun dan daun menjadi busuk.Penyakit tersebut akan merebak ke bahagian pangkal padi jika padi tidak dirawat.Cendawan terus menyerang pada bahagian  tengah batang geranggang menyebabkan pokok padi rebah.Penyakit ini boleh dikesan semasa kerja-kerja menuai padi selesai.

2.Penyakit Virus

A.Virus Penyakit Merah

     Penyakit ini wujud sejak berpuluh tahun lalu.Penyakit ini disebarkan melalui sejenis belalang hijau.terdapat beberapa tanda bintik-bintik berwarna kuning pucat pada daun padi.Penyakit ini mampu menyerang keseluruhan system urat daun.Padi akan bertukar

Page 8: 50508576 padi

menjadi bantut dan sukar untuk membesar .Jika padi mengeluarkan hasil,padi akan menjadi hampa.     Virus ini mudah merebak apabila serangga pembawa virus dari padi yang sakit ke padi yang lain.Proses jangkitan ini hanya mengambil masa 24 jam sahaja dan tanda-tanda serangan hanya boleh diketahui dalam masa tujuh hingga sepuluh hari.     Bagi mengatasi masalah ini,semburan racun serangga seperti sevin 85 wp,diazinon atau racun serangga dapat mengurangkan serangan penyakit.Proses ini lazimnya berjaya kerana virus tidak boleh bertahan lama.Namun sekiranya virus ini telah menyarang secara serius,pembakaran tanaman adalah langkah yang paling berkesan sekali.   

B.Virus Daun Perang

     Virus daun perang ini berlaku disebabkan sengatan belalang hijau zig-zig.Belalang ini akan menyengat padi dan kemudian pergi ke rumpun padi yang lain dan menyebabkan penyakit merebak dengan cepat.     Antara tanda penyakit yang dapat dikesan ialah perubahan warna pada daun yang bertukar menjadi perang.Virus ini menyerang pangkal daun dan merebak ke bahagian atas.Daun padi akan bergulung dan menggerekot.Lazimnya virus ini hanya dapat dikesan dalam masa 14 hingga 19 hari setelah virus menyerang.

3.Penyakit Kulat

A.Krah (Pyricularia oryzae)          Penyakit karah boleh menjangkiti bahagian daun,batang dan bulr anak padi.Rintik-rintik besar yang berwarna hitam dan bujur tajam melekat pada hujung daun,batang dan bulir anak padi.Kemudian warna hitam akan bertukar menjadi kelabu kehijauan dan lama-kelamaan akan menyebabkan daun menjadi kering.     Penyakit tersebut boleh dikawal dengan menggunakan jenis padi yang mempunyai rintangan tahan penyakit.Selain itu terdapat beberapa racun kulat untuk mengekang penyakit tersebut seperti Benlate 140 hingga 550g bahan aktif/ha,kasumin 25g bahan aktif/haHinosan 40g bahan aktif/ha dan Belaztisidin S yang disemburkan pada pokok padi sekiranya terdapat tanda-tanda awal penyakit.Semburan perlu dilakukan 3 hingga 4 kali sehari.

B.Bintik Perang(Helminthosporium oryzae)

     Penyakit Rintik Perang(Helminthosporim oryzae)pula menyerang daun-daun anak padi yang masih berada ditapak semaian.Bintik-bintik bujur pada daun berwarna cokelat akan bertukar menjadi hitam.Serangan penyakit menyebabkan pucuk padi melecur dan kering.Penyakit ini juga menyerang buah-buah padi yang menyebabkan bintik-bintik bujur yang melekat pada sekam padi dan berwarna hitam.     Rintik perang menyerap ke dalam isi padi menyebabkan isi padi rosak dan menghasilkan buah yang hitam dan tidak boleh dimakan.Ini sudah pasti merugikan pesawah.Cara yang paling baik ialah mencabut anak pokok yang telah menghidap penyakit tersebut dan dibakar untuk mengelakkan daripada menular ke pokok yang lain.

C.Kulat Kelopak atau Seludang Kering(Rhizoctonia Solani)

     Pada awalnya penyakit kulat kelopak atau seludang kering (Rhizoctonia solani) hanya menyerang bahagian luar kelopak-kelopak batang padi dan menghasilkan bintik-bintik yang

Page 9: 50508576 padi

besar.Ini menyebabkan batang padi menjadi benkang-benkok.Kemudian bimtik hijau akan bertukar menjadi hitam dan kering.Pada peringkat inilah daun dan batang padi boleh melecur dan pokok akan mati.     Pengawalan yang terbaik ialah dengan kaedah kultur iaitu membakar kesemua padi yang telah diserang penyakit.Ini disebabkan belum ada racun kulat yang benar-benar berkesan untuk menanganinya.Adalah lebih baik sekiranya padi yang terkena penyakit dimusnahkan untuk mengelak kerugian yang besar.

D.Penyakit Merah

     Penyakit merah boleh dikesan dengan mudah sejak awal serangan.Serangan awal menunjukkan daun pertama dan kedua mempunyaibintik-bintik berwarna kuning pucat.Lazimnya pokok yang terkena serangan penyakit ini akan terbantut.Penyakit merah dibawa oleh serangga seperti belalang,kutu beruang atau melompat daun hijau.     Kawalan boleh dilakukan dengan menyembur racun serangga untuk mencegah serangga pembawa penyakit terus membiak.Penyakit ini mudah untuk ditangani dengan cara mencabut tumbuhan yang berpenyakit dan dibakar.

4.Penyakit Psikologikal dan Nematod

     Witches Broom adalah penyakit yang belum mempunyai bukti asal penyakit dan cara jangkitan itu merebak.Namun begitu penyakit tersebut mungkin disebabkan oleh sejenis serangga yang dikenali sebagai Nilapavarata lugens.Penyakit tersebut lebih menyerupai serangan virus.     Penyakit ini mula dikesan di petak semaian percubaan di Bukit Merah,Seberang Perai.Tanda-tanda penyakit tersebut boleh dikesan apabila pokok padi menjadi bantut dan berbentuk seperti rumpun rumput yang besar.Selain itu daun padi menjadi pendek,runcing di bahagian hujung dan tirus.     Lazimnya ruas-ruas padi juga menjadi rapat dan di bahagian bawah akan bercabang dan mempunyai banyak dahan.Selain itu terdapat akar-akar rumput yang melekat pada ruas-ruas pokok padi.     Ekoran daripada penyakit tersebut,padi kurang menghasilkan buah.Kebanyakan buah padi pula akan menjadi hampa.Lazimnya penyakit padi ini sukar dikesan dan hanya diketahui pada peringkat akhir. 

 

SERANGAN SERANGGA PEROSAKTerdapat pelbagai jenis serangga menjadi musuh padi. Lazimnya, serangga ini menyerang pada waktu malam. Oleh itu agak sukar untuk mengawal serangan serangan yang dilakukan serangga tersebut.

i.          Ulat Pemakan Daun

            Terdapat tiga jenis ulat yang memakan daun. Antaranya, ulat ratus, ulat gulung dan ulat hampung. Ulat ratus atau ulat ribu (Spodoptera auritia Boisd) adalah ulat yang menyerang anak anak pokok padi yang masih di tapak semaian. Ulat ini akan mengikis dan memakan daun anak anak padi yang muda. Oleh sebab itu, pertumbuhan anak padi akan

Page 10: 50508576 padi

terbantut dan akan menjadi mati sekiranya tiada daun lagi pada anak pokok tersebut.            Ulat gulung (Cnaphapcrocis medinalis Boisd) adalah ulat yang menyebabkan daun pokok padi menggulung. Gulungan dan dijadikan tempat tinggal. Ulat ini akan memakan daun hijau dan kemudian akan rosak dan sukar untuk melakukan proses fotosintesis.             Ulat hampung (Nymphula deputalis Guenee) pula hidup di dalam satu gulungan serpihan daun padi. Ulat ini memakan dan mengerat daun padi untuk membuat sarang. Jika jumlah ulat banyak menyebabkan pokok padi akan cepat mati dan sukar untuk hidup.            Bagi menangani masalah ini pelbagai jenis racun serangga yang digunakan. Antaranya ialah Furadan 3G (Carcofuran) yang berbentuk butiran. Racun ini perlu ditaburkan diseluruh tapak semaian pada kadar 19kg/ha. Taburan perlu dibuat dua minggu selepas menyemai dan tiga minggu selepas mengubah.

a.         Serangga Penghisap Daun

            Serangga lelompat daun hijau amat berbahaya terutama kepada anak pokok yang baru tumbuh. Serangga lelompat daun hijau ini menghisap cecair daun padi hingga kering. Serangan yang serius akan menyebabkan daun menjadi kering dan layu.            Kutu beruang juga menghisap cecair pohon terutama di pangkal pokok. Pokok padi akan mudah kekeringan apabila cecair yang diserap dari akar akan kering di bahagian pangkal akibat disedut oleh kutu beruang. Akibatnya, pertumbuhan pokok padi akan terencat dan menyebabkan pokok padi terhidrat.               Pianggang pula suka menghisap cecair sabtan padi (susu) yang baru berisi. Hisapan yang dilakukan pianggang akan menyebabkan padi menjadi hampa. Ini sudah pasti mengurangkan hasil padi.             Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan semburan racun serangga Agerocide 26DP(BHC) dalam kadar 1.8 kg untuk dicampurkan dengan 181.6 liter air untuk sehektar yang perlu disemburkan 7 minggu selepas mengubah.            Selain itu boleh menggunakan Bidrin 24% dengan kadar sukatan satu sudu besar yang dimasukkan kedalam 22.5 liter untuk sehektar tanah. Semburan perlu dilakukan pada tiap tiap minggu. Gammaxane 20E (BHC) pula dicampurkan empat sudu besar kedalam 22.7 liter  air untuk semburan sehektar tanah.

b.         Ulat Pengorek Batang

            Ulat pasak ialah ulat yang mengorek batang, bertelur dan menetas pada daun daun padi. Ulat ini mengorek masuk ke dalam upih daun padi dan memakan tisu tisu dalam batang dan daun padi.             Ulat pasak membiak dengan begitu cepat dan boleh menyebabkan tanaman mati sebelum menghasilkan buah. Terdapat empat jenis ulat pasak yang sering menyerang padi iaitu ulat pasak hitam, pasak kunig, pasak perang dan pasak samar.

c.         Bena Perang

            Bena perang adalah sejenis serangga yang berbahaya. Serangga ini mudah membiak dan mampu memusnahkan pokok padi. Daun padi yang diserang oleh bena perang        mudah menjadi kering dan melecur.            Cara mengatasi serangga bena perang ini ialah dengan melakukan semburan racun serangga. Semburan racun serangga tersebut ialah jenis Furadan 3G pada kadar sukatan 19g/ha atau jenis racun Sevin 85% (Carbaryl). Semburan di peringkat awal boleh menyelamatkan padi daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Page 11: 50508576 padi

TUMBUHAN PEROSAK

Selain disebabkan penyakit, penanaman padi juga boleh musnah atau rosak disebabkan factor lain. Antaranya, ancaman tanaman padi ialah :

1. Lalang2. Tumbuhan menjalar3. Tumbuhan liar

1. Lalang

Lalang adalah  sejenis tumbuhan liar yang banyak tumbuh di kawasan penanaman padi. Lalang mempunyai bentuk dan spesies yang sama seperti padi, oleh itu adalah sukar untuk mengenal pasti lalang dan padi sekiranya tidak mempunyai kemahiran menanam padi.Lalang tumbuh dengan subur seiring dengan pertumbuhan padi. Lazimnya, lalang akan tumbuh di atas ban atau batas padi dan persekitaran sawah.Lalang yang hidup dengan subur akan membunuh dan menutupi pokok padi. Ini menyebabkan cahaya matahari tidak menembusi anak pokok padi yang sedang membesar. Kesannya anak padi akan mengunibg dan terbantut.Selain itu, segala zat yang diperlukan padi akan diserap lalang. Ini juga menjejaskan pertumbuhan padi. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan pesawah supaya membuang lalang dengan cara mencabut.

2. Tumbuhan Menjalar

Selain lalang tumbuhan menjalar juga banyak terdapat di sawah.tumbuhan ini tumbuh di atas batas dan di tepi sawah. Tumbuhan ini tumbuh diatas batas dan ditepi sawah. Tumbuhan akan menjalar dan memasuki petak sawah. Tumbuhan ini akan menjalar dan memasuki petak sawah. Tumbuhan ini akan menjalar dan membelit pokok padi untuk mendapatkan cahaya matahari.      Sekiranya jumlah pokok menjalar banyak, menyebabkan padi terbantut. Selain itu, ada padi menjalar yang melilit padi sehingga padi menjadi patah atau membengkok ke bawah.       Bagi memastikan keadaan ini tidak berlaku,pesawah perlu menghapuskan pokok menjalar dengan cara mencabut hingga ke bahagian akar. Cara ini dapat mematikan tumbuhan tersebut. Oleh itu, tanaman padi dapat tumbuh dengan baik.

3. Tumbuhan Liar

Tumbuhan liar merangkumi pelbagai spesies tumbuhan yang hidup dikawasan sawah. Tumbuhan liar mempunyai kawasan yang lebih besar daripada padi. Lazimnya, tumbuhan tersebut tumbuh di tepi petak sawah.      Walaupun pada umumnya tumbuhan liar tidak mempunyai tanaman padi tetapi mengganggu kesuburan padi. Tumbuhan liar yang bersaiz besar akan menghalang cahaya matahari daripada mengenai pokok padi.oleh itu tumbesaran padi terbantut.      Bagi menangani masalah ini, cara yang terbaik adalah menebas dan menebang tumbuhan liar supaya mati.cara ini penting supaya tumbuhan lain tidak akan tumbuh semula dan tidak mengganggu tanaman padi.

PENANAMAN PADI DI MALAYSIA

Page 12: 50508576 padi

PENDAHULUAN:

Pokok padi tergolong di dalam keluarga Gramineae.  Terdapat 19 spesies padi, cuma dua spesies sahaja iaitu Oryza glaberima stend dan Oryza sativa L. yang ditanam dengan meluas.  Oryza glaberima ditanam di Afrika dan Oryza sativa L. pula terdapat khasnya di Asia, Australia dan Amerika.

Oryza sativa L. boleh dibahagikan kepada tiga sub-spesies iaitu:-

Indica         -Japonica    -Javanica    -

Terdapat di Sri Lanka, India, Pakistan Tengah, Selatan, China, Taiwan dan Asia Tenggara.Terdapat di Utara dan Timur China, Jepun dan Korea.Terdapat di Indonesia.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN:

Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.  Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).

VARIETI YANG DISYORKAN

Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru (<135 hari peringkat matang).  Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia.  Padi varieti baru mempunyai potensi penghasilan yang tinggi tetapi bermasalah daripada segi mutu dan kurang ketahanan terhadap perosak dan penyakit.  Manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap fotokala, bertempoh matang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas terhadap baja.  Walau bagaimanapun, varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya yang sedap.

Ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam (klik untuk lihat varieti-varieti padi).  Varieti-varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-

Tahan penyakit karah Tahan gangguan di peringkat anak semai Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak Tidak mudah rebah Masak serentak Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera.

Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi.  Disyorkan

Page 13: 50508576 padi

menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysian Standard MS 469-1993.

AMALAN KULTUR

Penyediaan tanah untuk sistem tanaman padi adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jenis sistem yang digunakan, iaitu samada sistem tabur terus kering, sistem tabur terus basah atau sistem mengubah.  Dalam sistem mengubah pada amnya terdapat tiga peringkat pembajakan yang perlu dilaksanakan, iaitu:-

1. Pembajakan I (kering) dilakukan 27 hari sebelum menanam.  Semburan racun rumpai 17-23 hari sebelum menanam.

2. Pembajakan II (kering atau basah) 7-10 hari sebelum menanam 3. Pembajakan III (basah) dan meratakan tanah 1 hari sebelum menanam.

Semasa kerja-kerja merata tanah dilakukan maka tidak perlu keadaan air hingga ke tahap 10 cm.  Adalah memadai dengan sekali pembajakan dijalankan semasa musim hujan sekiranya terdapat kawalan rumpai yang memuaskan sebelum dan selepas penyediaan tanah.  Pada keadaan air bertakung (10-30 cm), membajak dengan jentera adalah sukar.  Kerja-kerja pembajakan akan mudah jika penyemburan racun rumpai (paraquat) pada kadar tidak lebih dari 2 liter/ha dijalankan terlebih dahulu.

Kerja-kerja penyediaan tanah adalah berbeza bagi sistem tabur terus kering dan tabur terus basah.  Bagi tabur terus kering pembajakan pertama dilakukan dalam keadaan kering dan seterusnya dijalankan dengan berulang-ulang sehingga tanah menjadi halus serta rata.

SISTEM MENANAM

Terdapat dua sistem penanaman padi, iaitu:-

Sistem MengubahMelibatkan penanaman secara manual ataupun dengan menggunakan jentera penanam.  Penyediaan anak semai perlu dijalankan sebelum anak semai diubah ke sawah.  Ia melibatkan dua cara penanaman iaitu:-

(i)   Menanam secara manual

 

Dalam sistem mengubah memerlukan penyediaan tapak semaian yang dipilih di kawasan yang agak tinggi dari keadaan sekeliling.  Lebar tapak biasanya 1-2 meter dan panjangnya pula bergantung kepada kemudahan untuk mengurus air.  Tanah dibajak 2 kali iaitu pertama untuk mendapatkan keadaan permukaan tanah yang baik.  Seterusnya tapak ditambak setinggi kira-kira 5-10 cm dari paras biasa dan diratakan.

Anak padi ditanam mengikut barisan untuk menyenangkan kerja-kerja pengurusan kelak.  Tiap-tiap lubang ditanam sebanyak 2-3 pokok.  Anak padi ditanam tegak dan tidak terlalu dalam supaya pengeluaran tunas tidak terganggu.  Jarak tanaman tidak melebihi 25 cm x 25 cm untuk hasil optimum.

(ii)  Menanam menggunakan jentera penanam

Boleh diamalkan terutama di kawasan di mana tabur terus tidak boleh diamalkan serta bagi kawasan yang mengalami masalah padi angin (klik lihat

Page 14: 50508576 padi

ulasan mengenai padi angin) dan juga sesuai bagi kawasan yang kekurangan tenaga kerja.  Mengubah dengan menggunakan jentera penanam memerlukan anak semai dalam kotak khas.  Kadar benih yang disyorkan ialah 50 kg/hektar.

Media semaian disediakan dengan campuran 50% sekam padi terbakar dan tebal media ialah 2-2.5 cm dipadatkan.  Benih terpilih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam untuk memudahkan percambahan.  Benih pracambah ditabur dalam kotak semai khas dengan kadar 200 g/kotak.  Semaian dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian dipindah ke rak takungan untuk direndam.  Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi semaian diantara 15-20 cm sebelum diubah dengan jentera penanam.

 

Sistem Tabur TerusSistem tabur terus iaitu serak basah dan serak kering.  Tabur terus serak basah diamalkan secara meluas sekarang.  Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan tepu.  Bagi serak kering pula, biji benih pracambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah.  Tanah kemudiannya akan dipadatkan selepas benih ditabur.  Bagi kedua-dua sistem ini kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 kg/hektar.

PEMILIHAN BENIH TANAMAN

Disyorkan menggunakan biji benih sah keluaran Jabatan Pertanian.  Manakala bagi biji benih yang dikeluarkan oleh petani, ianya perlu dipilih melalui tapisan dengan menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam yang nilai ketumpatan bandingannya 1.08.  Hanya biji benih yang tenggelam sahaja yang digunakan sebagai biji benih.  Biji benih pracambah hendaklah ditabur sejurus selepas selesai kerja-kerja penyediaan tapak.

PEMBAJAAN

Diantara perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman padi ialah kadar dan masa pembajaan dilakukan.  Bagi tanaman secara tabur terus, kadar baja yang digunakan ialah 100 N:40P205:30K2O bagi semua kawasan.  Bagi tanaman secara mengubah, kadar 80 N: 30 P205:20K2O telah disyorkan bagi kawasan pantai barat dan kadar 80 N:40P205:20K2O bagi kawasan di pantai timur.  Bagi kaedah mengubah, baja urea digunakan pada peringkat semaian iaitu sebanyak 45-50 g/meter persegi 15 hari selepas benih ditabur.  Baja yang digunakan di dalam skim baja subsidi ialah baja campuran dan baja urea. 

Pengambilan baja oleh tanaman juga bergantung kepada tahap kesuburan tanah termasuk faktor fizikal dan kimia tanah bagi sesuatu kawasan.  Masa membaja bergantung kepada varieti padi, cara menanam dan musim penanaman.  Pada kebiasaannya, pembajaan tanaman padi dilakukan secara menabur secara manual dan jarak taburan setiap lemparan ialah tiga meter.  Pembajaan di sawah dilakukan sebanyak 3 kali untuk cara mengubah dan tabur terus.  Untuk kedua-dua kaedah tanaman ini, pembajaan pertama terdiri dari baja campuran NPK manakala baja kedua dan ketiga ialah baja N sahaja.

PENGURUSAN AIR

Sistem pengairan terkawal di kawasan jelapang padi, dimana air dibekal dari tali air, ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar ke dalam parit pada masa tertentu.  Sistem ini

Page 15: 50508576 padi

memerlukan batas ladang untuk menakung air di dalam lot sawah dan parit ladang untuk menyalirkan air keluar aras tanah yang rata.

Bekalan air ke sawah adalah terhad.  Pengurusan air yang berkesan mengambilkira keperluan air di sawah mengikut peringkat penyediaan tanah, peringkat pertumbuhan padi dan sistem tanaman yang diamalkan.  Diantara faedah-faedah pengurusan air yang sempurna adalah seperti berikut:-

Menjamin bekalan air yang cukup mengikut jadual persawahan. Dapat mengelakkan pembaziran air. Membantu pertumbuhan pokok melalui keberkesanan pembajaan, kawalan rumpai

dan kawalan perosak, iaitu meningkatkan kecekapan dan hasil. Memudahkan mekanisasi ladang.

Bagi kebanyakan kawasan padi, keperluan pengiaran pada puratanya ialah satu cusec/30ha.  Kawalan paras air di sawah adalah kritikal bagi sistem penanaman padi.  Berikut menunjukkan paras air 10 cm adalah kritikal bagi memenuhi keperluan preingkat pertumbuhan iaitu seleaps mengubah dan tabur terus, beranak aktif, pembentukan bulir, bunting dan terbit.  Manakala pembuangan air juga kritikal pada tempoh 20 hari sebelum menuai, tetapi bekalan air diteruskan dari hari ke 40-115. 

Hari Selepas Tabur Peringkat Tumbesaran Padi

Tahap Keperluan Air

Kawasan Paras Air (cm)

3040607080

100115130

Selepas mengubah/tabur terusBeranak aktifBeranak tidak aktifPembetukan butirBuntingTerbit dan bersusuMembeku dan matangTuai

Amat mustahakMustahakMustahakMustahak

Amat mustahakAmat mustahakTidak mustahakTidak mustahak

10101010101000

TEKNIK PENGURUSAN AIR

Teknik pengurusan air bagi sistem mengubah:

Bagi penjimatan air, jangkamasa pratepu padi peringkat permulaan musim hendaklah dikurangkan sehingga 3-4 hari iaitu setakat cukup untuk tanah menjadi tepu.  Paras air kemudian dibiarkan di paras minimum (3-5 cm) bagi memudahkan pergerakan jentera.  Paras air semasa mengubah adalah diantara 5-10 cm dan dibiarkan pada paras tersebut sehingga peringkat membeku dan matang di mana semua air disalir keluar jika boleh   Tanaman hendaklah dijadualkan supaya peringkat pembiakan pokok tidak bertepatan dengan musim kemarau dan tanah asid sulfat hendaklah sentiasa ditenggelami air sepanjang masa pertumbuhan sehingga selepas peringkat membeku dan matang. 

Pengurusan air bagi sistem tabur terus:

Pengurusan air perlu dilaksanakan dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang baik untuk persediaan tanah, peratus pertumbuhan padi, keseragaman pertumbuhan padi dan kawalan rumpai.  Keadaan tanah yang sesuai untuk ditabur biji benih adalah

Page 16: 50508576 padi

tanah yang rata, lembab dan paras air pula boleh diturunnaikkan mengikut pertumbuhan pokok.  Bekalan air yang berterusan adalah perlu sekiranya biji benih kering ditabur di atas tanah kering untuk mendapatkan percambahan dan seterusnya pertumbuhan pokok yang memuaskan.  Air pada mulanya dimasukkan ke sawah dan dibiarkan pada ketinggian 10 cm semasa pemutaran basah.  Air disalir keluar 1-2 hari sebelum menabur benih dan sekiranya terpaksa menabur di dalam sawah yang sudah dimasuki air, air yang berlebihan hendaklah disalirkan keluar.  Kurangkan gangguan yang mengocak air kerana ini akan memberi kesan buruk pada percambahan dan pertumbuhan pokok. Paras air sentiasa ditakung pada ketinggian 5-10 cm dan dibuang 15-20 hari sebelum menuai bergantung kepada jenis tanah dan kecekapan saliran.

MEMUNGUT HASIL

Padi mesti dituai seelok padi masak.   Kelewatan menuai boleh menyebabkan kekurangan hasil kerana pokok-pokok padi akan rebah, biji-biji padi lerai dan juga kerosakan oleh musuh-musuh dan penyakit-penyakit.  Biasanya padi elok dituai dalam masa 35 hari selepas 50% dari pokok-pokok mengeluarkan tangkai-tangkai padi.

Biasanya padi dituai dengan jentuai (combine harvester).  Kemudian biji-biji padi dileraikan dengan cara membanting tangkai-tangkainya ke dalam tong pembanting.  Hanya di kawasan yang menanam padi secara kecil-kecilan padi dituai dengan 'ketam' padi.  Terdapat juga mesin-mesin penuai lengkap yang kecil dan ringan iaitu 'mini combine' yang juga boleh menuai, membanting dan membersihkan hasil padi sekaligus, tetapi ia hanya boleh menuai seluas 0.1 ha (1/3 ekar) sejam.

PENGURUSAN PEROSAK

Satu pendekatan pengurusan kawalan perosak yang menggabungkan aktiviti pertanian, kawalan biologi dan penggunaan kimia secara bijaksana dan terhad, iaitu:-

Penggunaan Varieti RintangPenggunaan biji benih tulen yang menepati Standard Minimum Biji Benih, di mana ia tulen dan tidak berpenyakit akan dapat mencegah kejadian rumpai dan serangan penyakit bawaan biji benih. 

Amalan KulturaPenyediaan tanah yang sempurna termasuk meratakan tanah dan pengurusan air yang berkesan. 

Penggunaan Musuh SemulajadiMusuh semulajadi membantu membunuh perosak-perosak tanaman adalah labah-labah, pepatong dan kumbang-kumbang seperti Casnoide interstitialis, Coccinella arcuta dan lain-lain. Kumbang Coccinella arcuta makan serangga perosak khususnya anak dan ibu bena perang sementara kumbang Pyrtorhinus lividipennis memusnahkan telur bena perang manakala labah-labah memerangkap serangga perosak. 

Kawalan Perosak Secara BiologiTernakan ikan seperti ikan keli, sepat dan lampan jawa secara intergrasi di dalam sawah dapat mengawal serangan serangga, moluska dan rumpai serta mengurangkan penggunaan racun.  Dengan mengambil faktor-faktor ekosistem sawah, satu hektar sawah boleh menampung diantara 3000-4000 ekor anak ikan. 

Page 17: 50508576 padi

Ikan boleh dituai selepas berumur 60 hari. 

Penternakan Itik Muscovy Secara IntergrasiDapat mengawal masalah rumpai sawah, padi tumpah dan juga merupakan sumber protin dalam kehidupan harian pesawah. 

Penggunaan Racun Perosak Secara BetulPenggunaan racun perosak adalah dibenarkan jika ia melebihi tahap tindakan kawalan, sekiranya populasi perosak atau kejadian penyakit melebihi paras tersebut.

PENYAKIT UTAMA TANAMAN PADI

 

1. Karah Padi (Pyricularia oryzae) 2. Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris = Rhizoctonia solani) 3. Hawar Daun Bakteria (Xanthomonas oryzae) 4. Bulir Hitam (Ustilagioide virens) 5. Penyakit Bintik Perang (Drechslera oryzae) 6. Hawar Anak Benih 7. Penyakit Merah Virus 8. Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola) 9. Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme) 10. Lelompat Padi Bena Berang dan Bena Putih