32
SISTEM SISTEM PEREDARA PEREDARA N DARAH N DARAH

Sistem Peredaran Darah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem Peredaran Darah

SISTEM SISTEM PEREDARAN PEREDARAN

DARAHDARAH

Page 2: Sistem Peredaran Darah

Sistem Peredaran Darah:

• Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup

Page 3: Sistem Peredaran Darah

• Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

• Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

Page 4: Sistem Peredaran Darah

Peredaran Pulmonari

• Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari

Page 5: Sistem Peredaran Darah

Peredaran Sistemik

• Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung

Page 6: Sistem Peredaran Darah

• Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada– Jantung– Saluran darah– Darah

Page 7: Sistem Peredaran Darah

Jantung:

• Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.

• Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.

Page 8: Sistem Peredaran Darah

• Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:– Pericardium (luar)– Myocardium (tengah)– Endocardium (dalam)

• Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:– 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium– 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

• Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung

Page 9: Sistem Peredaran Darah
Page 10: Sistem Peredaran Darah

Aliran darah di dalam jantung

1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.

2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid

Page 11: Sistem Peredaran Darah

3. Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.

5. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.

6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

Page 12: Sistem Peredaran Darah

7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

Page 13: Sistem Peredaran Darah

Denyutan jantung

• Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.

Page 14: Sistem Peredaran Darah

Struktur dan Fungsi Salur Darah

• Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:1. Arteri2. Vena3. Kapilari

Page 15: Sistem Peredaran Darah

Arteri• Arteri ialah salur darah yang membawa darah

keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol• Semua arteri membawa darah beroksigen

kecuali arteri pulmonari.

Page 16: Sistem Peredaran Darah

ArteriArteri VenaVena

Page 17: Sistem Peredaran Darah

Vena• Vena ialah salur darah yang membawa darah ke

jantung dari bahagian-bahagian lain badan.• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran

yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.

• Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Page 18: Sistem Peredaran Darah

• Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.

• Vena yang terkencil sekali dinamakan venul• Semua vena membawa darah tidak beroksigen

kecuali vena pulmonari.

Page 19: Sistem Peredaran Darah

Kapilari darah

• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.

• Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.

• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap

memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Page 20: Sistem Peredaran Darah
Page 21: Sistem Peredaran Darah

Darah

• Darah terdiri daripada– Pepejal (sel darah ) 40%– Cecair (plasma) 60%

• Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.

• Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

Page 22: Sistem Peredaran Darah

Plasma

• Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.

• Bahan larut yang terkandung dalam plasma:– Garam-garam – Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino– Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin– Bahan-bahan kumuh terutama urea– Hormon

Page 23: Sistem Peredaran Darah

Sel Darah Merah (Eritrosit)

• Berbentuk ceper dwicekung• Tidak mempunyai nukleus• Mengandungi pigmen hemoglobin yang

memberikan warna merahnya.• Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas

permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma

Page 24: Sistem Peredaran Darah

• Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang

Page 25: Sistem Peredaran Darah
Page 26: Sistem Peredaran Darah

Sel Darah Putih (Leukosit)

• Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata

• Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus• Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum

tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.

Page 27: Sistem Peredaran Darah

• Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.

• Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

Page 28: Sistem Peredaran Darah
Page 29: Sistem Peredaran Darah

Sel Pembeku Darah (Platelet)

• Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari

Page 30: Sistem Peredaran Darah
Page 31: Sistem Peredaran Darah

Fungsi Darah:

1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.

2. Melawan jangkitan kuman.3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,

hormon-hormon dan enzim-enzim.4. Memberi warna kepada kulit5. Mengawal suhu badan.

Page 32: Sistem Peredaran Darah