13
Format Surat Tidak Rasmi Cikgu Liyana Sekolah Menengah Coral Bahan diubah suai dan diambil daripada Cikgu Wani, Sekolah Menengah Telok Kurau

Format Surat Tidak Rasmi

  • Upload
    lnahrawi

  • View
    53.633

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Format Surat Tidak Rasmi

Format Surat Tidak Rasmi

                                                                                                                                                 

                                                                                                               

Cikgu Liyana

Sekolah Menengah CoralBahan diubah suai dan diambil daripada Cikgu Wani,

Sekolah Menengah Telok Kurau

Page 2: Format Surat Tidak Rasmi

Sarah Saad

15 Jalan Hajijah

Singapura 468700

Nama dan alamat pengirim

Tarikh

Kata penghadap

18 April 2004

Menemui Saudari Rita IryaniDengan selamatnya

Page 3: Format Surat Tidak Rasmi

Pendahuluan

Saudari

Terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar yang sungguh menarik. Melihat keindahan pemandangan yang bergunung-ganang itu, ingin rasanya saya melancong ke kampung halaman saudari. Saya berharap saudari dan keluarga sentiasa gembira dan bahagia.

Page 4: Format Surat Tidak Rasmi

Saudari, kali ini saya mahu menceritakan satu pengalaman yang baru saya peroleh siang tadi. Saya dengan bonda dan ayahanda menziarahi bonda saudara saya yang tinggal di Telok Blangah Rise. Dari sana kami dibawa menziarahi pusara Raden Mas yang terletak di lereng bukit Mount Faber. Melihat suasana sekeliling yang redup lagi tenang, sayu hati saya mengingatkan tragedi yang pernah berlaku di daerah itu.

Isi Surat

Sedih rasanya mendengar kisah tentang Raden Mas. Saudari,cerita Raden Mas ini agak panjang. Jadi dalam surat ini saya hanyadapat berkongsi sedikit sahaja. Kalau saudari berminat, akan sayakirimkan cerita selanjutnya pada lembaran yang akan datang.

Page 5: Format Surat Tidak Rasmi

Nampaknya setakat ini dahulu surat saya pada kali ini. Sehingga bertemu di lembaran akan datang. Sambutlah salam daripada saya dan keluarga. Terima kasih.

Yang benarSarah Saad

Penutup

Pengakuan dan tandatangan

Page 6: Format Surat Tidak Rasmi

Sarah Saad

15 Jalan Hajijah

Singapura 46870018 April 2004

Menemui Saudari Rita IryaniDengan selamatnya

Saudari

Terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar Yang sungguh menarik. Melihat keindahan pemandangan Yang bergunung-ganang itu, ingin rasanya saya melancong ke kampung halaman saudari. Saya berharap saudari dan keluarga sentiasa gembira dan bahagia.

Saudari, kali ini saya mahu menceritakan satu pengalaman yang baru saya peroleh siang tadi. Saya dengan bonda dan ayahanda menziarahi bonda saudara saya yang tinggal di Telok Blangah Rise. Dari sana kami dibawa menziarahi pusara Raden Mas yang terletak di lereng bukit Mount Faber. Melihat suasana sekeliling yang redup lagi tenang, sayu hati saya mengingatkan tragedi yang pernah berlaku di daerah itu.

Sedih rasanya mendengar kisah tentang Raden Mas. Saudari,cerita Raden Mas ini agak panjang. Jadi dalam surat ini saya hanya dapat berkongsi sedikit sahaja. Kalau saudari berminat, akan saya kirimkan cerita selanjutnya pada lembaran yang akan datang.

Nampaknya setakat ini dahulu surat saya pada kali ini. Sehingga bertemu di

lembaran akan datang. Sambutlah salam daripada saya dan keluarga. Terima kasih.

Yang benarSarah Saad

Nama dan alamat pengirimNama dan alamat pengirim

Tarikh

Kata penghadap

Pengakuan dan tandatangan

Penutup

Pendahuluan

Isi Surat

Page 7: Format Surat Tidak Rasmi

Kata Penghadap Menemui saudari/saudara/ Nama Penerima Yang berada di negara/tempat tinggal Dengan selamatnya

Misalnya:Menemui sahabatku, Saudari MariamYang berada di Virginia, Amerika SyarikatDengan selamatnya

Latihan:________________________________________________________

Page 8: Format Surat Tidak Rasmi

PendahuluanMulakan surat kamu dengan menanyakan khabar dan menyatakan perkhabaran mengenai diri kamu dan keluarga.

Misalnya:Apa khabar saudara atau saudari di sana? Saya serta keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.Saya berharap saudara dan keluarga baik-baik belaka.Latihan:

_________________________________________________

                                                  

Page 9: Format Surat Tidak Rasmi

Isi-isi utama:Mulakan dengan menerangkan tujuan kamu menulis surat tersebut (yang menyentuh keperluan soalan secara langsung)TUJUAN:•bertanyakan khabar, memberitahu sesuatu perkhabaran•mengucapkan tahniah atau takziah•membalas surat•memberi maklumat yang dikehendaki dan sebagainya.

Latihan: _________________________________________

Misalnya:•Kali ini saya ingin…•Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk…•… saya akan cuba menjelaskan sedikit tentang hal tersebut.

Page 10: Format Surat Tidak Rasmi

PenutupKamu boleh menyatakan harapan dan doa kamu

Misalnya:•Nampaknya setakat ini dahulu surat saya pada kali ini. •Sehingga bertemu lagi menerusi lembaran / warkah / surat akan datang. •Sambutlah salam manis daripada saya dan keluarga.

Latihan:

_______________________________________________

Page 11: Format Surat Tidak Rasmi

PengakuanGunakan pengakuan yang sesuai seperti:Yang ikhlasSahabatmuAnakandamu yang jauh

dan lain-lain seperti:

_______________________________________

Page 12: Format Surat Tidak Rasmi

Sapaan untuk Penerima dan Pengirim

No. Penerima Sapaan menerima Sapaan Pengirim

1. Ibu Bonda Anakanda

2. Bapa Ayahanda Anakanda

3. Nenek Nenda Cucunda

4. Datuk Nenda Cucunda

5. Anak Anakanda Ayahanda/Bonda

6. Cucu Cucuanda Nenda

7. Kakak/Abang Kakanda Adinda

8. Adik Adinda Kakanda

9. Sahabat Saudara/Saudari Saya

10. Guru Cikgu Saya

Page 13: Format Surat Tidak Rasmi

Hayati tayangan sedutan filem berikut dengan ….SENYAP..

Tajuk: Cinta