2
Puasa dan Orang Kristian Petikan di Facebook (#puasa_Kristian) Alkitab tidak memerintahkan orang Kristian untuk berpuasa. Puasa bukanlah sesuatu yang dituntut atau diminta Allah dari orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab memperkenalkan puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan perlu dilakukan. Terlalu sering fokus puasa adalah tidak makan. Seharusnya tujuan puasa adalah untuk melepaskan fokus kita daripada hal duniawi dan berpusat pada Tuhan. Bagi sesetengah orang Kristian, puasa adalah cara untuk berdemonstrasi kepada Tuhan, dan kepada diri sendiri, bahawa mereka serius dalam hubungan mereka dengan Tuhan. Puasa menolong mereka untuk memperoleh perspektif baru dan memperbaharui ketergantungan pada Tuhan. Puasa perlu dibatasi waktu, khususnya puasa makanan. Tidak makan dalam jangka waktu yang panjang dapat merosak tubuh. Puasa bukan untuk menghukum tubuh Anda, tapi untuk memberi peluang untuk Anda memusatkan perhatian pada Tuhan. Puasa tidak boleh dianggap sebagai salah satu kaedah diet. Jangan berpuasa untuk menghilangkan berat badan, tetapi untuk memperoleh persekutuan yang lebih dalam dengan Allah. Masa makan dipakai untuk bersekutu dengan Tuhan dan perhatian khusus kepada doa dan renungan Alkitab. Apabila orang Kristian berpuasa, sikap yang betul sangat penting (bukan hanya tidak makan dan/atau minum). Satu sikap utama ialah merendahkan diri di hadapan Tuhan, mengaku dosa kita sambil menguatkan diri untuk melakukan kehendak Bapa semasa berpuasa (lihat Nehemia 9:1). Bila orang Kristian berpuasa, ia bukan satu pertunjukan umum, tapi satu amalan peribadi, bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain. Tuhan Yesus menyuruh kita meminyaki rambut kita dan mencuci muka kita, agar tidak kelihatan sedang berpuasa (Matius 6:16,18). Semasa berpuasa, yang penting bukan tidak makan atau minum tetapi sikap dan kelakuan anda semasa berpuasa. Ingatlah teguran Allah ini dalam Yesaya 58:4 "Sesungguhnya, kamu berpuasa sambil berbantah dan berkelahi serta memukul dengan tinju dengan tidak semena- mena. Dengan caramu berpuasa seperti sekarang ini suaramu tidak akan didengar di tempat tinggi." Orang Kristian biasanya berpuasa kerana mahu membebaskan diri daripada semua yg terlibat dalam proses makan supaya mereka ada banyak masa bebas untuk membaca firman Tuhan, berdoa dan mendengarkan suara Roh Kudus (Kis. 13:2-3, Mzm. 35:13, Luk. 2:37). Puasa bukan hanya tidak makan tetapi ia adalah masa untuk mencari wajah Allah. Apabila orang Kristian berpuasa, Allah mementingkan perbuatan baik mereka semasa melakukan ibadah puasa. Ingat, tidak makan dan minum adalah hal kecil semasa berpuasa; hal lebih besar adalah amalan anda semasa berpuasa.

Puasa dan orang Kristian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Puasa dan orang Kristian

Puasa dan Orang Kristian

Petikan di Facebook (#puasa_Kristian)

Alkitab tidak memerintahkan orang Kristian untuk berpuasa. Puasa bukanlah sesuatu yang

dituntut atau diminta Allah dari orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab memperkenalkan

puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan perlu dilakukan.

Terlalu sering fokus puasa adalah tidak makan. Seharusnya tujuan puasa adalah untuk

melepaskan fokus kita daripada hal duniawi dan berpusat pada Tuhan.

Bagi sesetengah orang Kristian, puasa adalah cara untuk berdemonstrasi kepada Tuhan, dan

kepada diri sendiri, bahawa mereka serius dalam hubungan mereka dengan Tuhan. Puasa

menolong mereka untuk memperoleh perspektif baru dan memperbaharui ketergantungan pada

Tuhan.

Puasa perlu dibatasi waktu, khususnya puasa makanan. Tidak makan dalam jangka waktu yang

panjang dapat merosak tubuh. Puasa bukan untuk menghukum tubuh Anda, tapi untuk

memberi peluang untuk Anda memusatkan perhatian pada Tuhan. Puasa tidak boleh dianggap

sebagai salah satu kaedah diet. Jangan berpuasa untuk menghilangkan berat badan, tetapi

untuk memperoleh persekutuan yang lebih dalam dengan Allah. Masa makan dipakai untuk

bersekutu dengan Tuhan dan perhatian khusus kepada doa dan renungan Alkitab.

Apabila orang Kristian berpuasa, sikap yang betul sangat penting (bukan hanya tidak makan

dan/atau minum).

Satu sikap utama ialah merendahkan diri di hadapan Tuhan, mengaku dosa kita sambil

menguatkan diri untuk melakukan kehendak Bapa semasa berpuasa (lihat Nehemia 9:1).

Bila orang Kristian berpuasa, ia bukan satu pertunjukan umum, tapi satu amalan peribadi,

bukan untuk ditunjukkan kepada orang lain. Tuhan Yesus menyuruh kita meminyaki rambut kita

dan mencuci muka kita, agar tidak kelihatan sedang berpuasa (Matius 6:16,18).

Semasa berpuasa, yang penting bukan tidak makan atau minum tetapi sikap dan kelakuan

anda semasa berpuasa. Ingatlah teguran Allah ini dalam Yesaya 58:4 "Sesungguhnya, kamu

berpuasa sambil berbantah dan berkelahi serta memukul dengan tinju dengan tidak semena-

mena. Dengan caramu berpuasa seperti sekarang ini suaramu tidak akan didengar di tempat

tinggi."

Orang Kristian biasanya berpuasa kerana mahu membebaskan diri daripada semua yg terlibat

dalam proses makan supaya mereka ada banyak masa bebas untuk membaca firman Tuhan,

berdoa dan mendengarkan suara Roh Kudus (Kis. 13:2-3, Mzm. 35:13, Luk. 2:37). Puasa

bukan hanya tidak makan tetapi ia adalah masa untuk mencari wajah Allah.

Apabila orang Kristian berpuasa, Allah mementingkan perbuatan baik mereka semasa

melakukan ibadah puasa. Ingat, tidak makan dan minum adalah hal kecil semasa berpuasa; hal

lebih besar adalah amalan anda semasa berpuasa.

Page 2: Puasa dan orang Kristian

Yesaya 58:6 Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-

belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang

teraniaya dan mematahkan setiap kuk

Dalam Perjanjian Lama, kita boleh menemukan orang yang berpuasa seperti: Musa, melakukan

puasa 40 hari 40 malam tidak makan dan tidak minum (Kel 24:16 dan Kel 34:28), Daud, tidak

makan dan semalaman berbaring di tanah (2 Sam 12:16), Elia, puasa 40 hari 40 malam (1 Raj

19:8), Ester yang memaklumkan puasa 3 hari 3 malam tidak makan dan tidak minum (Est 4:16),

Ayub, 7 hari 7 malam tidak bersuara (2:13), Daniel, 10 hari hanya makan sayur dan minum air

putih (Dan 1:12), doa dan puasa (Dan 9:3), berkabung selama 21 hari (Dan 10:2), juga Yunus,

3 hari 3 malam dalam perut ikan (Yunus 1:17), dan Niniwe, 40 hari 40 malam tidak makan, tidak

minum dan tidak berbuat jahat (Yunus 3:7).

Berdasarkan kisah Yesus di gurun, disimpulkan bahawa puasa biasa ialah berpantang semua

makanan, baik yang keras maupun yang lembut, tetapi tidak berpantang air

Setelah berpuasa "empat puluh hari dan empat puluh malam ... laparlah Yesus" lalu dicobai

oleh Iblis agar Ia makan. Hal ini rupanya menunjukkan bahawa Yesus berpantang makan tetapi

tidak berpantang minum. Ini disokong oleh Luk 4:2 "Di situ Ia tinggal empat puluh hari lamanya

dan dicobai Iblis. Selama di situ Ia tidak makan apa-apa dan sesudah waktu itu Ia lapar."

Apakah tujuannya kita berpuasa?

1. Untuk merendahkan diri di hadapan Allah

2. Untuk menyatakan rasa kasih kita kepada Tuhan Yesus

3. Untuk mendisiplinkan tubuh kita daripada keinginan duniawi, salah satu cara untuk

menyangkal diri.

4. Untuk menambah rasa simpati kepada sesama, agar bisa merasakan penderitaan orang lain.

5. Untuk meminta jawaban Tuhan atas permasalahan kita.

6. Untuk mengusir jenis setan tertentu yang hanya bisa diusir dengan doa puasa.

Apabila anda berpuasa sifat-sifat kurang baik anda mungkin timbul. Ambil kesempatan untuk

berdoa ttg kelemahan itu dan fikir langkah2 yang anda boleh ambil untuk membetulkan diri.

Berpuasa banyak kali mendedahkan betapa kita terikat kepada makanan fizikal dan betapa

cetek kelaparan kita untuk Firman Allah. Masa yang dipakai untuk makan baik dipakai

merenung Firman Tuhan apabila anda berpuasa. Juga, setiap kali timbul keinginan untuk

makan, minum segelas air dan berdoa memuji Tuhan.

Puasa dan doa bukan jalan mendapatkan pengampunan dosa dan kuasa rohani; puasa

berserta doa menyediakan peluang untuk intim dengan Allah, yang memberi pengampunan

kepada mereka yg bertaubat dan kuasa kpd mereka yg rendah hati.

Ramai orang Kristian tidak berfikir panjang tentang bagaimana mengakhiri puasa mereka. Ini

adalah beberapa tip:

a) bermula dengan doa kesyukuran dan pujian kepada Allah

b) makan sedikit dahulu - buah2an dan makanan manis yang lembut

c) makan hidangan seperti mana makan pada hari biasa - jangan cuba 'bayar hutang'

d) makan bersama kawan seiman - ceritakan pengalaman anda untuk menggalakkan mereka

e) bersedia dan terbuka untuk masa berpuasa seterusnya seperti mana dipimpin Roh dan

situasi