9
SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ____________________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati. Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas. Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut. Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepada burung merpati kerana menyelamatkannya.

Cerita murid tahun 2 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OK

Citation preview

Page 1: Cerita murid tahun 2 2014

SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru

Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya ____________________ dari Tahun Dua

akan menyampaikan cerita bertajuk Semut

dengan Burung Merpati.

Suatu hari semut minum di tepi sungai.

Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam

sungai. Dia hampir lemas.

Burung merpati berehat di dahan pokok.

Ketika itu dia ternampak semut yang hampir

lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke

arah semut.

Semut terus memanjat daun itu dan

berterima kasih kepada burung merpati kerana

menyelamatkannya.

Page 2: Cerita murid tahun 2 2014

Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia

ternampak seorang pemburu. Semut sangat

risau kerana pemburu itu hendak menembak

burung merpati.

Tanpa membuang masa semut terus

memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya.

Pemburu itu menjerit kesakitan, “Aduh!”

Jeritan pemburu itu telah menyedarkan

burung merpati. Merpati terus terbang apabila

melihat pemburu di situ.

Sambil terbang, burung merpati

memandang ke arah semut dan mengucapkan

terima kasih kerana menyelamatkannya.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini

ialah budi baik akan dibalas dengan kebaikan

juga.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Cerita murid tahun 2 2014

Anjing Yang Tamak

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru

Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya _______________ dari Tahun Dua akan

menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang

Tamak.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari

makanan. Sang Anjing terjumpa seketul tulang.

Hatinya sangat gembira. Sang Anjing

menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera

beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas

sebatang titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang

bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing

Page 4: Cerita murid tahun 2 2014

menyangka ada anjing lain yang menggonggong

tulang. Sang Anjing ingin merampas tulang itu.

Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya,

tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam air.

Sang Anjing berasa sangat menyesal.

Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah

bayang-bayangnya sendiri. Itulah akibatnya jika

tamak.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini

ialah janganlah sekali-kali mengamalkan sikap

tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.

Page 5: Cerita murid tahun 2 2014

PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru

Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya _______________ dari Tahun Dua akan

menyampaikan cerita bertajuk Penggembala

dengan Serigala.

Pada zaman dahulu, ada seorang budak

lelaki yang suka menipu. Setiap hari dia

menggembala kambing di puncak bukit. Suatu

hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak

menipu orang kampung. Dia pun menjerit,

“Tolong! Tolong! Serigala!”

Penduduk kampung terdengar jeritan lalu

membawa senjata untuk membantu. Apabila

mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa

terbahak-bahak, “Ha! Ha! Ha! Kamu semua

tertipu!” Mereka pulang dengan perasaan

marah.

Page 6: Cerita murid tahun 2 2014

Beberapa hari kemudian, penggembala itu

menjerit meminta tolong lagi. “Tolong! Tolong!

Serigala!” Sekali lagi penduduk kampung pergi

menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka

tertipu lagi.

Suatu hari, seekor serigala muncul dan

membaham kambing budak itu. Dia menjerit

meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk

kampung terdengar jeritan itu tetapi mereka

tidak mempedulikannya.

Akhirnya, semua kambing penggembala itu

habis dimakan oleh serigala. Dia sangat

menyesal di atas perbuatannya dahulu.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini

ialah orang yang suka menipu tidak akan

dipercayai walaupun dia berkata benar.

Sekian, terima kasih.

Page 7: Cerita murid tahun 2 2014

SINGA DENGAN TIKUS

Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru

Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya _______________ dari Tahun Dua akan

menyampaikan cerita bertajuk Singa dengan

Tikus.

Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang

berehat di bawah sepohon pokok. Seekor tikus

tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu terlanggar

singa hingga terkejut.

Singa sangat marah lantas menengking tikus

sambil menuding kukunya ke arah tikus.

“Tolong jangan makan saya, Tuanku!” rayu

tikus. “Maafkan saya! Saya akan membalas budi

Tuanku suatu hari nanti.”

Singa tersenyum sambil menyindir, “Tubuh

sekecil ini ingin menolong Beta. Baiklah, kamu

boleh pergi.”

Page 8: Cerita murid tahun 2 2014

Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus

terdengar ngauman singa. Dia segera berlari ke

dalam hutan. Dia ternampak singa

terperangkap di dalam jaring.

“Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku,”

kata tikus. Si tikus mula menggigit jaring itu

dengan giginya yang kuat untuk menebuk

lubang besar. Akhirnya, singa berjaya

melepaskan diri.

“Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,”

puji singa.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini

ialah orang yang hebat juga ada kelemahannya

dan turut memerlukan pertolongan.

Sekian, terima kasih.

Page 9: Cerita murid tahun 2 2014