2
1 | Page TEKS UCAPAN YDP PIBG BY: SUHAIMI SAID | SHAHRAZAT MOHD SHAHINDAR Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari Pengacara Majlis, Bismillahirrahman nirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatuwassalamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasahbihi aj'main. Yang Berbahagia __________________________________, Yang Berusaha, Cikgu Noren Bin Alias, Guru Besar SK Buntal, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru kanan, Ibu bapa/penjaga, guru- guru dan murid-murid yang dihormati dan dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada murid- murid yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profession perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa diatas galakkan , didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperolehi kecemerlangan dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang

1 | P a g e T E K S U C A P A N Y D P P I B G

B Y : S U H A I M I S A I D | S H A H R A Z A T M O H D S H A H I N D A R

Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari Pengacara Majlis, Bismillahirrahman nirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatuwassalamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasahbihi aj'main. Yang Berbahagia __________________________________, Yang Berusaha, Cikgu Noren Bin Alias, Guru Besar SK Buntal, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru kanan, Ibu bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid yang dihormati dan dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada murid-murid yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profession perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi akademik mahupun sahsiah. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa diatas galakkan , didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperolehi kecemerlangan dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Page 2: Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang

2 | P a g e T E K S U C A P A N Y D P P I B G

B Y : S U H A I M I S A I D | S H A H R A Z A T M O H D S H A H I N D A R

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Saya percaya sambutan Majlis Pengiktirafan Pelajar Cemerlang pada hari ini, adalah selari dengan matlamat memotivasikan murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa akan datang dengan peningkatan pelajar yang cemerlang disamping dapat menaikkan dan mengharumkan lagi nama SK Buntal di Daerah Kuching ini. Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah diatas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia __________________________ , Guru Besar, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Graduasi PraSekolah, Ibu bapa/ penjaga dan hadirin yang dihormati sekalian, diatas kesudian bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Setiap apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita bersama dengan lebih cemerlang dimasa akan datang. Yang Baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang Buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.