4
MAJLIS MAKAN MALAM TEMU MESRA KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA 2014 Teks Ucapan Prof. Madya Dr. Mohammad B. Kassim Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat, 25 April 2014 Hotel Bangi-Putrajaya

Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

MAJLIS MAKAN MALAM

TEMU MESRA

KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA

2014

Teks Ucapan

Prof. Madya Dr. Mohammad B. Kassim

Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jumaat, 25 April 2014

Hotel Bangi-Putrajaya

Page 2: Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih pengerusi majlis,

Assalamulaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia

*SALUTASI

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan sepenuh

rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia

serta keizinanNya, kita dapat berjumpa dan berkumpul pada majlis ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PPSKTM

terutamanya ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Temu Mesra

Kelab Sains Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia 2014 kerana bekerja

keras dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program pada malam

ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan

program ini.

2. Bagi pihak saya selaku pengerusi PPSKTM, sukacita saya

mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir pada

hari ini. Pada pandangan saya, pelaksanaan program ini dapat

menjalinkan perhubungan yang baik antara pihak pengurusan, dengan

mahasiswa/i yang mungkin ada di antara pelajar sekalian yang masih

Page 3: Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Majlis seperti ini adalah

suatu program untuk semua warga PPSKTM berkumpul. Suatu perkara

yang penuh berfaedah apabila program ini dijalankan kerana dapat

mencungkil kepimpinan pelajar disamping pengisian-pengisian displin

ilmu yang lain seiring dengan kebolehpasaran yang dikehendaki.

3. Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna

kepada mahasiswa/i sekalian terutamanya dalam mencetuskan idea dan

pengalaman yang baru. Melalui program seperti ini, peluang untuk

mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk satu

transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan

kesungguhan dalam menjayakan program ini. Saya mengucapkan

tahniah dan rasa syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga sepanjang program ini berjalan, para pelajar sekalian dapat

menimba ilmu baru dan mempelajari sesuatu yang saya pasti sukar

diperoleh melalui pembelajaran dalam kuliah.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

4. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah salah satu

program yang dijalankan bagi meraikan warga PPSKTM. Saya

sangat berterima kasih kepada para pelajar yang sentiasa menyokong

dan memberikan kerjasama kepada pihak PPSKTM dalam pelbagai

Page 4: Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

program yang dianjurkan. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah

satu langkah ke arah kesepakatan dan mentransformasikan minda serta

gerak kerja anda semua ke suatu tahap yang lebih baik.

5. Dengan kata-kata dan semangat itu, saya sekali lagi ingin

mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kerana berjaya melaksanakan program yang bukan

mudah untuk dikendalikan, ianya memerlukan tenaga yang ramai.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program

ini.

6. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan dan diwarisi oleh pelajar

baru terutamanya untuk terus maju dan menimba pengalaman yang

sangat bermakna.

Sekian.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.