7
TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 22 TAHUN 2013 SK PAYA BESAR. Teks Juruacara: RAZAH BINTI DOLLAH & ZURINA ARSYAD ACARA SKRIP CATATAN Aluan Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria.Yang Berusaha Encik Mat Aker bin Derashid,guru Besar Sk Paya Besar,Yang berusaha Yang Dipertua PIBG Encik Yaafat bin Ishak. Yang Berusaha, Cik Rokiah binti Darus, Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Paya Besar* Yang Dihormati Puan Umai Kalsom binti Yaakob . Ismail bin Ahmad guru-guru ,AJK-AJK PIBG ,dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian. SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 36 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BESAR bagi TAHUN 2013. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang - gemilang ini untuk menjayakan kejohanan Balapan Dan padang Tahunan SKPB kali ke 36. Peraraka n kontijen Hadirin yang dihormati, Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG pada kali ini. (lintas hormat kontinjen) Lintas Hormat (kontinjen dekat dengan VIP) Majlis menjemput Yang Berusaha En Mat Aker bin Derashid, guru besar untuk mempersila dan mengiringi Yang berbahagia Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria untuk menerima lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil bahagian. Dipersilakan. Hadirin sekalian, Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna MERAH iaitu kontingen dari rumah SASTRIA . Kontigen ini di bawah bimbingan En Abdul Khani bin Mat Ali dan diketuai oleh _____________________________________________________. Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah SASTRIA bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah IXORA yang mengunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh Pn Afni Suhada bt Ismail dan diketuai oleh ______________________________________________. Motto IXORA HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah IXORA untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks Ucapan Hari Sukan

Citation preview

Page 1: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 22 TAHUN 2013 SK PAYA BESAR.

Teks Juruacara: RAZAH BINTI DOLLAH & ZURINA ARSYAD ACARA SKRIP CATATAN

Aluan Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia Yang

Berbahagia Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria.Yang Berusaha Encik Mat Aker bin Derashid,guru Besar Sk Paya Besar,Yang berusaha Yang Dipertua PIBG Encik Yaafat bin Ishak. Yang Berusaha, Cik Rokiah binti Darus, Penolong

Kanan Pentadbiran, Sk Paya Besar* Yang Dihormati Puan Umai Kalsom binti Yaakob . Ismail bin

Ahmad guru-guru ,AJK-AJK PIBG ,dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE

36 SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BESAR bagi TAHUN 2013.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas

limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang - gemilang

ini untuk menjayakan kejohanan Balapan Dan padang Tahunan SKPB kali ke 36.

Perarakan kontijen

Hadirin yang dihormati,

Marilah kita saksikan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG pada kali

ini.

(lintas hormat kontinjen)

Lintas Hormat

(kontinjen dekat dengan VIP)

Majlis menjemput Yang Berusaha En Mat Aker bin Derashid, guru besar untuk mempersila dan mengiringi Yang berbahagia Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria untuk menerima lintas hormat daripada kontingen-kontingen yang

mengambil bahagian. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

1. Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna MERAH iaitu

kontingen dari rumah SASTRIA . Kontigen ini di bawah bimbingan En Abdul Khani bin Mat Ali dan diketuai oleh

_____________________________________________________. Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER, Rumah SASTRIA bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

2. Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah IXORA yang mengunakan warna hijau

sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini dipimpin oleh Pn Afni Suhada bt Ismail dan diketuai oleh ______________________________________________. Motto IXORA HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah IXORA untuk

terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Page 2: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

3. Seterusnya ialah kontigen dari Rumah PERKASA. Kontigen ini dibimbing oleh Pn Nur Firdaus bt Ismail dan diketuai oleh

______________________________________________. Dengan motto, KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah PERKASA mampu membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.

4. Berikut pula ialah Kontigen terakhir dalam perbarisan Kejohanan Balapan dan

Padang kali ini ialah kontigen dari Rumah Waja yang menggunakan warna biru sebagai lambang perjuangan. Kontigen ini mendapat bimbingan daripada Pn Mahani bt Jaafar dan diketuai oleh _______ _____________________________

selaku pembawa bendera. BERHATI WAJA TERAS KEJAYAAN ialah motto kontigen yang diharap akan membawa tuah kepada Rumah WAJA pada tahun ini.

Doa

Selepas semua masuk padang

Sebelum acara bermula, pohonkan doa ke hadrat yang Esa. Majlis mempersilakan

Ustaz Daud bin Che On untuk memimpin bacaan doa.

Ucapan Perasmian Menaikkan bendera Ikrar Kejohanan

Hadirin yang dihormati. Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian.

Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Mat Aker Bin Derashid, guru besar untuk mempersila dan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria untuk menyampaikan ucapan dan

merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 36. Dengan segala hormatnya dipersilakan……

(selepas selesai ucapan….)

Seterusnya, ialah upacara menaikkan bendera kejohanan. Diminta hadirin sekalian

berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu sekolah.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis mempersilakan Saudara______________________________ untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih saudara _____________________________________________. Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda

komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

Sekali lagi majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Mat Aker bin Derashid, untuk mengiringi Yang Berusaha Dato’ Haji Mohd Sabri bin Dato’Haji Zakaria

Page 3: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

untuk diperkenalkan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian.

Dipersilakan

(bertemu dengan kontigen) Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’

Haji Mohd Sabri bin Dato’ Haji Zakaria atas kesudian menyampaikan ucapan

dan berkenalan dengan kontigen-kontigen yang mengambil bahagian dalam

Kejohanan Balapan dan Padang ini.

Perarakan Keluar

Hadirin yang dihormati, Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Balapan dan padang SK

PAYA pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan ini.

Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar meninggalkan arena.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk

bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara)

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah

Di lorong yang pertama …………………………

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan, Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan

Encik/Puan/Cik ………………………………………………………..

untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………

Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………

Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari

rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.

Page 4: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik ………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SK PAYA BESAR KALI KE 36.

ACARA SKRIP CATATAN

Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke

padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang berusaha Encik Mat Aker bin Derashid, guru besar SK PAYA

BESAR.Yang Berusaha Encik Yaafat Bin Ishak ,Yang Dipertua PIBG Yang Berusaha, Cik Rokiah binti Darus, Penolong Kanan Pentadbiran, Sk

Paya Besar Yang Dihormati Puan Umai Kalsom binti Yaakob, Penolong kanan Hal

Ehwal Murid, Yang Dihormati EncikIsmail bin Ahmad, Penolong

Kanan Kokurikulum, Guru-guru dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan balapan dan padang tahun ini. Kepada atlet yang berjaya

tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

PENYAM- PAIAN HADIAH & CENDERAMATA

Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cik Rokiah binti Darus,

Penolong Kanan Pentadbiran SK PAYA BESAR, dengan diiringi oleh En. Ismail bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, SK PAYA

BESAR untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

- tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________. -Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan

Rumah________. -Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. -Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah

ialah ____________________________.

Page 5: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi

acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah ____________________. Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi

kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding. -Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________

dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah

Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______

dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah

Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan

Padang kali ke 36 jatuh kepada: Rumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.

Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

. - Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Mat Aker bin Derashid guru besar atas kesudian menyempurnakan

majlis sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Pungutan Mata Setakat Ini

Waja .........

Ixora .........

Perkasa .........

Sastria .........

MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN

Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan

akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan

Padang dan Balapan Tahunan kali ke 36.

(anggota PENGAKAP menurunkan bendera dan tampil ke pentas

untuk penyerahan bendera)

Seterusnya majlis menjemput Encik Mat Aker bin Derashid untuk

Page 6: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh

........................................... Bendera ini akan disimpan dan akan

dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Mat Aker bin Derashid, Guru Besar Sk Paya Besar untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Sk Paya Besar kali ke 36. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 36 Sekolah tahun 2013

. Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Akhir kata dari kami berdua,

Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan

“Majulah Sukan SK Paya Besar demi menyahut seruan 1 Murid 1

Sukan. Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Page 7: Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan

IKRAR KEJOHANAN

Bahawasanya kami berikrar akan

mengambil bahagian di dalam

Kejohanan Balapan dan padang Tahunan Kali

Ke – 36 Sekolah Kebangsaan Paya Besar

dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala

peraturan dan undang-undang

dengan penuh semangat

kesukanan.