16
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14 DISEMPURNAKAN OLEH : YANG SETIA TUAN SUB INSPEKTOR MOHAMED ZULKIFLEE BIN MOHD AMIN KETUA POLIS BALAI, TELOK PANGLIMA GARANG TARIKH: 15 FEBRUARI 2014 (SABTU) 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perkongsian Ilmu

Citation preview

Page 1: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14

DISEMPURNAKAN OLEH :

YANG SETIA TUAN SUB INSPEKTOR MOHAMED ZULKIFLEE BIN MOHD AMIN

KETUA POLIS BALAI, TELOK PANGLIMA GARANG

TARIKH:

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 2: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Assalamualaikum w.b.t…Salam Sejahtera.

Pengumuman :

Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung sebentar lagi.

1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

2. Apabila Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee sampai di Foyer, kita akan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

3. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu :

Slot 1 : Majlis Perasmian dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Asnaf.

Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG

4. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa untuk dapat bersama-sama sehingga mesyuarat Agung kita selesai

5. Para hadirin akan dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian.

6. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 3: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIJANGKANG JAYA KE-14

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI PENYAMPAIKetibaan tetamu khas

Nyanyian lagu

Mengumumkan ketibaan: Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.

Para hadirin dipohon untuk berdiri.

Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.Para hadirin diminta bersedia. ( Nyanyian lagu dimainkan)

En. Saharuddin

Tetamu duduk Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk En. Saharuddin

Ucapan aluan pengerusi majlis

Kasihnya ibu membawa ke syurgaKasihnya ayah berkorban nyawaKasihnya guru mencurah ilmuPemacu segala pelita dan lampuAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umat

En. Saharuddin

3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 4: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Menjalankan tugas dengan amanahUntuk mendapat redha illahi dan keberkatanSeribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.

Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat,

Yang Berusaha Pn Hajjah Salbiah bt IbrahimTuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya.

Yang Berusaha,Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2013.

4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 5: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Yang Dihormati lagi dikasihi,Saf Kepimpinan Penolong Kanan,Pn. Ramlah bt Hj Hashim – PK Pentadbiran.Tn Hj Kowangid bin Taufek – PK Hal Ehwal MuridPn Zaleha bt Selamat – PK KokurikulumPn. Hjh Rubia’ah bt Hayat – PK PetangPn. Sharifah bt Shaari – PK Pendidikan Khas. guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka, berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk membina kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14.

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 6: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan untuk anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.

Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,

justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama kita pikul – jika itu dapat kita kesepaduan itu dapat kita realisasikan, Insya Allah SMK Sijangkang Jaya mampu melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan terbilang.

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 7: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

En Saharuddin

Selesai bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

En. Faizal

Ucapan aluan Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,Program dirancang dan direalisasi,Muafakat kata menjadi paksiKejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Salbiah bt Ibrahim, Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Hormat dipersilakan.

En. Faizal

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 8: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Selesai ucapan Pengetua

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

En. Saharuddin

Ucapan aluan YDP PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

En. Saharuddin

Selesai ucapan YDP PIBG

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

En. Faizal

Ucapan Perasmian

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau tuan’ pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan’ ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Setia, Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-14. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

En Faizal

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 9: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Selesai ucapan perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,Alhamdulillah wassola tannabi,Dengan takdir Ilahi Rabbi,Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang, atas ucapan perasmian sebentar tadi.

En. Saharuddin

Penyampaian Sumbangan Pakaian Sukan Sekolah Kepada Pelajar Asnaf

Yang Alim Menjadi ImamYang Bijak Menjadi PemimpinYang Arif Menjadi HakimYang Kekurangan kita ingati

Sebagai tanda kasih tiada bertepiSebagai ihsan tanda simpati

Alhamdulillah, Pusat Zakat Selangor dan pihak PIBG telah sudi untuk menyumbangkan barangan kepada pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di sekolah ini. Diharapkan sumbangan ini dapat meringan beban dan membolehkan mereka mengikut pembelajaran dengan sempurna.

En Saharuddin

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 10: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Untuk menyempurnakan majlis, saya dengan sukacitanya mempersilakan Yang DiPertua PIBG dan Pn Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang naik ke pentas untuk menyampaikan sumbangan. Hormat dipersilakan.

Dipersilakan adik …………………… bersama ibu/bapa/penjaga ……..

( Bacakan nama pelajar mengikut senarai nama yang disediakan )

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee, YDP PIBG dan Tn Pengetua atas penyempurnaan majlis penyampaian sumbangan itu tadi.

Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu VVIP.

Biar Mati anak Jangan Mati Adat,Secekak bak padi, serumpun bak serai Orang berbudi, Kita berbahasa.

En. Faizal

10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 11: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkefle atas kesudian menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan menyempurnakan penyampaian anugerah kecemerlangan PMR 2012.

Terima kasih kepada YDP PIBG kerana menyempurnakan penyampaian tanda hati kepada tetamu.

Penutup Acara kita sampai ke penghujung.Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, guru-guru dan pelajar yang menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

Sekalung budi, Segunung Penghargaan jug ditujukan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastika majlis kita berjalan lancer.

En. Saharuddin

11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Page 12: Teks pengacara mesyuarat agung pibg

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al asr….

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Wal Asr…

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Saya serahkan majlis kepada En. Suhaimi Mohamed Sayuti (SU Agong Kehormat PIBG) untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG.

12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14