47
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK- KANAK HINGGA REMAJA

Pertumbuhan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Pertumbuhan

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-

KANAKHINGGA REMAJA

Page 2: Pertumbuhan

DEFINISI PERTUMBUHAN

Perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain

Contoh: perubahan dari segi berat badan, tinggi dan saiz badan.

Page 3: Pertumbuhan

Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti dan bukan perubahan bentuk atau sifat.

Aspek-aspek pertumbuhan seseorang akan terhenti apabila seseorang itu telah mencapai kematangan.

Page 4: Pertumbuhan

CIRI-CIRI PERTUMBUHAN

Pertumbuhan manusia dapat dilihat dan diukur melalui peredaran masa dan bersifat kuantitatif

Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain

Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berlainan

Page 5: Pertumbuhan

Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam berbagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur

Perubahan berlaku secara peringkat demi peringkat

Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya adalah sama

Pertumbuhan juga ditentukan oleh baka Pertumbuhan juga bergantung kepada

kematangan

Page 6: Pertumbuhan

Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang itu mencapai kematangan

Arah pertumbuhan adalah :Daripada kepala ke kaki Daripada tengah ke tepiDaripada umum kepada khusus

Page 7: Pertumbuhan

DEFINISI PERKEMBANGAN Perubahan kualitatif yang dialami oleh individu

dari satu peringkat ke peringkat yang lain Perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas

berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan “…the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation”

Page 8: Pertumbuhan

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan)

Rumusan: perkembangan adalah aspek perubahan yg dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa

Page 9: Pertumbuhan

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Ia merupakan satu proses perubahan yang

berlaku akibat tindakan yang saling berkait Perubahan adalah dari segi jasmani , emosi,

mental dan sosial Perubahan adalah dari segi fungsi Proses perkembangan membawa perubahan

ke arah sifat-sifat sejagat serta mengikut aturan semulajadi

Berlaku sepanjang hayat seseorang individu

Page 10: Pertumbuhan

Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu

Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum

Page 11: Pertumbuhan

PRINSIP-PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Page 12: Pertumbuhan

Prinsip perkembangan adalah : Ada arah tertentu yg dapat diramalkan: I) arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal) 2) arah dari tengah ke tepi (proximodistal) Susunannya adalah serupa bagi semua ahli:

ada yang dahulu dan ada yg kemudian, tapi urutan tidak berubah. Cth: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum jalan

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu: mulanya umum kemudian khusus.

Page 13: Pertumbuhan

• Berlaku secara berterusan: perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehigga ke peringkat kematian.

• Berlaku mengikut kepantasan yg berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza

.

Page 14: Pertumbuhan

• Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain: wujud pertalian yg nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.

• Corak perkembangan berbeza-beza;tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yg sama pada umur yg sama.

• Berlaku mengikut peringkat:Peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, ramaja, dewasa dan seterusnya

Page 15: Pertumbuhan

Peringkat-Peringkat Perkembangan Pra Lahir• Peringkat Germa • Peringkat Embrio • Peringkat Fetus atau• Trimester 1 (p-3 bulan)• Trimester ke 2 (4-6 bulan)• Trimester ke 3 (7-9 bulan)

Page 16: Pertumbuhan

Fetus berusia 4 minggu, panjang 7mm.

Page 17: Pertumbuhan

Fetus berusia 5 minggu, panjang 10cm

Page 18: Pertumbuhan

Fetus berusia tiga bulan

Page 19: Pertumbuhan

Bayi telah membesar sepenuhnya

Page 20: Pertumbuhan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan Dari Pra Lahir Hingga Lahir

Page 21: Pertumbuhan

Baka Atau Keturunan

Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak

Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain.

Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak

Page 22: Pertumbuhan

Boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental

Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tak pandai.

Page 23: Pertumbuhan

Faktor Kebakaan

1. Kromosom

2. Gen

Page 24: Pertumbuhan

Kromosom Bahan kimia heliks dubel bergelang

panjang dan nipis Terdapat dalam nukleus setiap sel Mengandungi butir-butir halus yang

menentukan kesemua sifat jasmani Sel badan manusia mengandungi 46

kromosom Ovum perempuan mengandungi

kromosom XX

Page 25: Pertumbuhan

Sperma lelaki mengandungi kromosom XY

Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan dilahirkan

Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan dilahirkan

Page 26: Pertumbuhan

• Gen• Gen perkembangan yang membawa

maklumat baka atau sifat yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

• Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik)• DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu

adenin, guanin, timina dan sitosin• Bayi yang dilahir menerima separuh gen

ibu dan separuh daripada bapa

Page 27: Pertumbuhan

• Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang kuat

• Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang lemah

Page 28: Pertumbuhan

XX

X X

XX XX

X Y

XY XY

XY

Penentuan Jantina

Induk

kromosom

anak

P P L L

Page 29: Pertumbuhan

Persekitaran

• Segala benda yang ada di sekililing unit-unit kebakaan

• Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu

Page 30: Pertumbuhan

Faktor-Faktor Persekitaran• 1. Usia ibu yang mengandung• 2. Kesihatan ibu• 3. Amalan pemakanan• 4. Ketenangan mental dan emosi• 5. Kebersihan• 6. Riadah• 7. Pengambilan ubat atau dadah

Page 31: Pertumbuhan

• 8. Pengambilan alkohol• 9. Cara gaya hidup ibu bapa• 10. Kesan X-ray• 11. Faktor Rh darah• 12. Doa dari ibu bapa

Page 32: Pertumbuhan

Usia Ibu Yang Mengandung

• Lingkungan usia ibu yang sesuai mengandun : 20 – 35 tahun

• Ibu yang tua (> 40 thn) tidak digalakkan mengandung, ini boleh melahirkan bayi yang down sindrom dan terencat akal

• Usia ibu yang terlampau muda juga menjejaskan tumbersaran bayi

Page 33: Pertumbuhan

Kesihatan ibu

• Ibu yang sihat melahirkan anak yang sihat dan normal

• Untuk kesihatan yang baik, ibu haruslah mengurangkan pengambilan gula dan garam untuk mengelakkan penyakit kencing manis dan darah tinggi

• Menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan

Page 34: Pertumbuhan

• Perlu bersenam dan mengalami tidur yang cukup

• Penyakit boleh dielakkan melalui pelalian

Page 35: Pertumbuhan

Amalan Pemakanan

• Makanan seimbang penting untuk pertumbuhan fetus supaya berat lahir bayi normal

• Protein : membina tubuh fetus serta pertumbuhan otak

• Zat besi : membina sel darah merah, sel darah merah penting dibina oleh fetus untuk keperluan dan sebagai simpanan, ia juga berfungsi membawa Oksigen ke seluruh tubuh terutama otak

Page 36: Pertumbuhan

• Zat kalsium : membina tulang dan gigi yang kuat

• Asid Folik & Vit. B12 : pembinaan sel darah daripada sum-sum tulang

• Vit. C : untuk kesihatan fetus, pembinaan darah derta pelarutan besi

• Vit. K : pembekuan darah• Kekurangan Vitamin menyebabkan

kecacatan fetus misalnya “spina bifida”

Page 37: Pertumbuhan

Pengambilan Ubat• Pengambilan ubat perlulah dielakkan

terutamanya pada bulan pertama mengandung

• Perlu mendapat nasihat doktor sebelum pengambilan ubat, untuk mengelakkan kecacatan fetus

Page 38: Pertumbuhan

Pengambilan Alkohol

• Pengambilan alkohol ketika hamil boleh mengakibatkan kecacatan jasmani dan rohani serta menjejaskan petumbuhan fetus.

Page 39: Pertumbuhan

Cara Gaya Hidup Ibu Bapa

• Memberi kesan terhadap fetus di dalam kandungan

• Contohnya: ibu bapa merokok, boleh mengakibatkan kecacatan dan mengurankan berat badan bayi ketika dilahirkan

• Ibu yang tidak merokok, tapi tinggal dengan orang merokok, akan menghadapi risiko yang sama

Page 40: Pertumbuhan

• Merokok juga menyebabkan kemandulan wanita

• Ibu yang mengambil dadah ketika hamil akan melahirkan bayi yang cacat

Page 41: Pertumbuhan

Ketenangan Mental Dan Emosi• Emosi ibu yang tegang semasa

mengandung akan menghasilkan bayi yang suka menangis atau merasakan dunia ini tidak selamat

• Emosi ibu sentiasa tenang dan tenteram, bayi yang dilahirkan akan menjadi anak yang periang dan tenang emosinya

Page 42: Pertumbuhan

Kebersihan

• Kebersihan diri dan persekitaran menjamin kesihatan ibu dan fetus di dalam kandungan

• Plumbum dan karbon monoksida daripada asap kenderaan bermotor boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan fetus

Page 43: Pertumbuhan

Riadah• Berriadah ketika hamil baik untuk

meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh

• Amalkan berjalan-jalan selama 20 minit pada waktu pagi dan petang

• Latihan pernafasan boleh membantu memudahkan ibu melalui proses kelahiran, malahan bayi tidak akan menghadapi tekanan dan kekurangan oksigen yang mendatangkan kecacatan

• Elakkan daripada sukan yang agresif

Page 44: Pertumbuhan

Kesan X-Ray• Terdapat beberapa kesan sampingan

akibat sinaran-X :• A) Berlakunya perubahan yang kekal

dalam gen sel yang mungkin memberi kesan pada generasi berikutnya (mutasi)

• B) Melahirkan bayi yang menghidap leukimia

• C) Kemandulan

Page 45: Pertumbuhan

Faktor Rh-Darah• Ibu yang hamil yang berdarah Rh-

negatif, beberapa sel darah daripada fetus mungkin mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya

• Tisu ibu akan menjanakan antibodi yang berupaya memusnahkan sel darah yang “tidak diundang”

Page 46: Pertumbuhan

• Tiada apa-apa yang serius terhadap kehamilan pertama

• Keguguran pada kehamilan anak kedua dan ketiga

• Cara mengatasi : suntikan “imunoglobulin Rh” diberi dalam masa 72 jam pertama setiap kali selepas pengakhiran kehamilan, ini dapat mencegah tubuhnya daripada menghasilkan antibodi yang berupaya memusnahkan sel darah yang “tak diundang”

Page 47: Pertumbuhan

Doa Dari Ibu Bapa

• Wanita Islam yang mengandung harus mengambil kesempatan untuk membaca al-Quran terutama Surah Yusof dan Lokman

• Ini setakat memberi keuntungan kepada bayi yang akan lahir, tetapi juga boleh menenangkan fikiran ibu yang mengandung