5
Amrun dengan singa

Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak unuk matapelajaran BM sk

Citation preview

Page 1: Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak

Amrun dengan singa

Page 2: Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak

Di sebuah kampung, tinggal seorang pemuda miskin

bernama Amrun. Amrun sering ke hutan untuk mencari kayu api.

Pada suatu hari, Amrun pergi ke

dalam hutan. Dia terjumpa sebuah gua.

Dia berehat di dalam gua itu.

Amrun tertidur kerana terlalu penat. Tiba-tiba masuklah seekor singa. Dia terkejut apabila mendengar bunyi singa mengaum.

Dia sangat ketakutan. “Matilah aku!” katanya dalam hati. Singa itu menghampirinya.

Dia melihat singa itu tempang.“Oh, singa ini tercucuk duri!” kata Amrun.

Dia kasihan melihat singa itu

Page 3: Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak

Dia memberanikan dirinya. Dia mencabut duri di kaki singa itu. Kemudian, singa itu pun beredar.

Beberapa hari kemudian, Amrun ditangkap oleh pengawal raja.

Raja dalam negeri itu sangat suka melihat pertandingan manusia berlawan dengan singa.

Di dalam gelanggang, Amrun diminta berlawan

dengan singa. “Matilah aku dibunuh oleh singa!” kata

Amrun. Tetapi singa itu mencium-cium kaki Amrun.

Raja hairan melihat peristiwa itu. Amrun lalu memberitahu raja, “Patik pernah menolong singa ini di dalam gua dahulu.” Singa itu pandai membalas budi.

Raja itu berasa insaf. Baginda membebaskan Amrun dan singa itu. Semenjak hari itu, baginda

Page 4: Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak

tidak lagi mengadakan pertandingan manusia melawan singa.

Pengajaran :

Kita perlu menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan kerana haiwan juga merupakan makhluk

ciptaan tuhan.