11
ANALISIS KESILAPAN DALAM TERJEMAHAN Nurul Wardah Nazifah binti Razali A139307 TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Analisis kesilapan dalam terjemahan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nurul Wardah Nazifah binti Razali A139307 TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Citation preview

Page 1: Analisis kesilapan dalam terjemahan

ANALISIS KESILAPAN DALAM TERJEMAHAN

Nurul Wardah Nazifah binti Razali

A139307

TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2

PPPJ2443

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN

ISLAM, UKM

Page 2: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Kesilapan dalam terjemahan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam terjemahan.Mempelajari kaedah menterjemah melalui kesilapan yang dilakukan adalah lebih praktikal berbanding mempelajari kaedah menterjemah melalui buku atau kursus penterjemahan.

Page 3: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Sebab-sebab Kesilapan dalam Terjemahan

Kurang Mahir Menulis dalam Bahasa Melayu

Gagal Memilih Kamus Dwibahasa

yang Terbaik

Lemah dalam Tatabahasa Arab

Lemah dalam Tatabahasa Melayu

Gagal Memahami Uslub Bahasa Arab

dengan Baik

Gagal Memilih Variasi Terjemahan

yang Terbaik

Gagal Memilih Padanan

Terjemahan yang Terbaik

Menggunakan Padanan

Terjemahan yang Sama untuk Semua

Konteks Ayat

Terpengaruh dengan Tatabahasa Bahasa

Asing

Page 4: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Lemah dalam Tatabahasa Arab

• Antara kesilapan yang sering berlaku akibat kelemahan dalam tatabahasa Arab ialah kesilapan dalam mengenalpasti khabar, fa’il, maf’ul bih, jawab syarat dan asal usul sesuatu perkataan.

• Cth:• “peniaga itu berjalan malam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur”.• Seseorang yang kurang mahir dalam tatabahasa Arab mungkin

akan menterjemahkan perkataan sebagai “berjalan” kerana menganggap perkataan tersebut adalah ism fa’il daripada kata kerja .

• Sedangkan perkataan tersebut adalah ism fa’il daripada kata kerja .

• Kemungkinan mereka akan menterjemahkan ayat di atas seperti berikut: “Peniaga itu berjalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur”.

Page 5: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Lemah dalam Tatabahasa Melayu

• Kesilapan yang berlaku biasanya berkaitan dengan penggunaan kata sendi nama seperti perbezaan antara dari dan daripada.

• Juga berlaku apabila penterjemah gagal membezakan penggunaan imbuhan pada kata kerja.

• Cth: perbezaan antara imbuhan meN-kan dan meN-I dalam ayat:

“Kerajaan menganugerahi ahli-ahli sukan yang cemerlang elaun bulanan”.• Bagi yang kurang mahir akan menterjemah: “Kerajaan

menganugerahkan ahli-ahli sukan yang cemerlang elaun bulanan”.

Page 6: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Gagal Memahami Uslub Bahasa Arab dengan Baik

• Ini berlaku berikutan gaya percakapan orang Arab berbeza dengan gaya dan budaya percakapan orang Melayu.

• Teks hadis Rasulullah s.a.w kadang-kadang sukar untuk diterjemahkan berbanding artikel sains, politik dan ekonomi dalam bahasa Arab.

• Cth: • Maksud: “Orang Islam itu ialah mereka yang menjaga lidah dan

tangannya daripada menyakiti orang-orang Islam yang lain”.• Bagi penterjemah yang kurang mahir pula mungkin akan

menterjemah:1) “orang Islam itu ialah mereka yang menyelamatkan orang-orang

Islam yang lain daripada lidah dan tangannya”.2) “orang Islam itu ialah mereka yang menyebabkan orang-orang

Islam yang lain terselamat daripada lidah dan tangannya”.

Page 7: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Gagal Memilih Variasi Terjemahan yang Terbaik

• ini berlaku kerana sesuatu ayat bahasa Arab itu boleh diterjemahkan kepada pelbagai variasi ayat dalam bahasa Melayu.

• Contohnya, kata kerja dalam bahasa Arab boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu samada dalam bentuk kata kerja pasif atau aktif.

• Cth:Yang bermaksud: 1) “Ahmad membeli buku yang kecil, tetapi sangat berfaedah itu dari kedai”. @2) “Buku yang dibeli oleh Ahmad dari kedai itu kecil, tetapi sangat berfaedah”.• Contoh 2 adalah lebih menarik berbanding contoh 1 kerana fokus

utama ayat tersebut ialah tentang buku dan bukannya Ahmad yang membeli buku tersebut.

Page 8: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Gagal Memilih Padanan Terjemahan yang Terbaik

• Ini berlaku kerana sesuatu perkataan dalam bahasa Arab selalunya mempunyai lebih daripada dua atau tiga pilihan perkataan dalam bahasa Melayu.

• Cth: • “pengetua itu melahirkan perasaan gembiranya dengan

kemenangan pasukan sekolah tersebut dalam perlawanan bola sepak”.

• Kata kerja di atas mempunyai banyak makna dalam bahasa Melayu iaitu: melahirkan, menjelaskan, menyatakan, menerangkan, mengucapkan, mengeluarkan dan sebagainya.

• Terjemahan yang dianggap kurang sesuai:“ pengetua itu menjelaskan perasaan gembiranya dengan kemenangan pasukan sekolah tersebut dalam perlawanan bola sepak”.

Page 9: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Terpengaruh dengan Tatabahasa Bahasa Asing

• Kesilapan yang sering berlaku ialah penggunaan kata ganti nama –nya dan ia untuk yang selain daripada manusia & penggunaan perkataan ianya, yang mana & di mana sebagai padanan kepada it, which, & where dalam bahasa Inggeris.

• Cth: • “Ini buku nahu. Saya baru sahaja membeli buku ini”. • Penterjemah yang terpengaruh dengan tatabahasa Arab akan

merjemah ayat tersebut kepada:• “Ini buku nahu. Saya baru sahaja membelinya”.

Page 10: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Kesimpulan

Setiap penterjemah sudah pasti melakukan kesilapan dalam menterjemah termasuklah

penterjemah yang sudah mahir. Oleh itu, penterjemah tidak perlu gusar apabila hasil

terjemahannya dikritik oleh orang ramai. Sebaliknya, penterjemah haruslah mempelajari

kaedah menterjemah melalui kesilapan yang berlaku.

Page 11: Analisis kesilapan dalam terjemahan

Sekian, Terima Kasih