Transcript

Teks Pengacara

Teks PengacaraAnugerah Tokoh Murid

Canggungnya kaki menari mak yong

Kilasnya selari ratibnya beralun

Canangnya seisi ruangan kampung

Budi pekerti sering tersusun

Terpupuk pekerti jadi sanjungan

Diberi jasa bakti jadinya

Kukuh peribadi jadi harapan

Diberi suasa emas jadinyaInilah ceritera puteri bualan. Segenap ceruk desa ini. Berperi indah, bertuturnya berpada. Bertatihnya sentiasa berpimpin. Berjalannya sentiasa beringat. Berlarinya sentiasa berwaspada.

Diberinya tanggungan sentiasa dilaksana. Mudah dihampiri murah senyuman. Pelusuk bakatnya diperah, dikerah. Supaya hasilnya sentiasa mewah.

Walaupun diputerikan di ibu negeri. Namun, bertatihnya di dalam ayunan samudera Tanjung Sedili.. sang puteri ini mahu jadi kemegahan sang bonda dan ayahanda tercinta. Agar suatu masa kelak bisa berdiri menabur jasa kepada tanah bertuah ini. Agar bisa ayahanda mendabik dada inilah puteriku!

Agar bisa sang bonda berlagu merdu inilah puteriku si permata dunia

Biar hilang lelahnya di telan ombak bersahutan, demi mengangkat namamu ..Biar hilang kerah keringatnya di dataran Yang Maha Suci, demi mencukupkanmu Sang Puteri.

Kami mudarismu sentiasa percaya,

Dari bakatmu kami gilap kilat...

Dari ilmumu kami penuh penuhkan.

Dari pekertimu kami utuhkan.

Semoga pintu ini bukan pintu keluar

Semoga impian itu bukan hanya khayalan.

Dengarlah insan sekian alam,

Kami masyhurkan puteri ini

Anugerah Tokoh Murid SK Sri Setia Jaya 2014

NURJANNAH BINTI ASMADI

Dilahirkan pada 8 Januari 2002 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Anak bongsu daripada 3 beradik hasil perkongsian hidup En. Asmadi bin Dali dengan Pn. Saadiyah Sh. Abd Manaf. Kini tinggal di alamat Lot 1570, PPRT Kg Sri Gading, Tanjung Sedili.

Beliau memupuk hobi membaca novel dan melayari internet bagi mengisi masa lapangnya dengan berfaedah. Beliau juga bercita-cita besar untuk menjadi seorang pensyarah yang berjaya.

Seorang murid yang berwawasan dengan berpegang kepada matlamat hidup supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Berkarisma tinggi sebagai pengawas yang bertanggungjawab. Berbakat besar dalam ko akademik yang mana telah membawa beliau mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah, menyertai Majlis Tadarus Al-Quran dan Sajak Bahasa Melayu. Beliau juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan. Beliau dipilih mewakili sekolah sukan bola jaring dan olahraga.


Recommended