Download docx - Teks MC Merdeka

Transcript
Page 1: Teks MC Merdeka

TEKS PENGACARA MAJLIS

CAT. PERKARA TEKS

PENGUMUMAN Perhatian kepada hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,Sila matikan telefon bimbit anda atau bertukar kepada mod senyap, agar majlis dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas kerjasama anda.

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Guru Besar Sk Kuala Muda, ____________ diirngi oleh Kem Komandan Program Bina Insan Guru, Guru-Guru, serta rakan-rakan sekalian

NYANYIAN Para hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pulau Pinang, dengan iringan muzik.

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1

Page 2: Teks MC Merdeka

Yang Berbahagia, _________, Guru Besar Kuala Muda,

Yang Berusaha __________, Kem Komandan Program Bina Insan Guru IPG Kampus Tuanku Bainun,

Guru-guru, seterusnya mahasiswa pendidik IPG Kampus Tuanku Bainun sekalian.

PENDAHULUAN Ingin rasa memakan kari,Kari cendawan batang keladi;Girang rasa tidak terperi,Bertemu tuan yang baik budi.

Alhamdulillah. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Di Petang Yg Berbahagia Dan Ceria Ini Kita Dapat Bersama-Sama Berkumpul Bagi Memeriahkan Satu Program Bina Insan Guru fasa empat.

BACAAN DOA DAN QURAN

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi;Pantun ada ucapan ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Saudara Mohd Faiz Bin Rosli dari 4 PISMP SEJ untuk memimpin bacaan doa.

2

Page 3: Teks MC Merdeka

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin amin ya Rabbal alamin.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Kem Komandan Bagi Meneruskan Majlis Bina Insan Guru Pada

Petang Ini, Dengan Sukacitanya Dijemput Yang Berusaha, ____________, Kem Komandan Program Bina Insan Guru IPGKTB tampil Ke Pentas Untuk Menyampaikan Ucapan.Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan…

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Penyelaras BIG.

PERASMIAN Hadirin Yang Dimuliakan,

Majlis Dengan Penuh Takzim Mempersilakan Yang Berbahagia__________, Guru Besar Sk Kuala Muda Untuk Menyampaikan Ucapan Dan Seterusnya Merasmikan Program Bina Insan Guru Fasa 4 IPGKTB. Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada___________, atas kesudian merasmikan acara kita pd petang ini.

Maka

PENANGGUHAN MAJLIS

Saudara saudari sekalian, berakhirlah sudah majlis perasmian pada petang ini Majlis sukacitanya mempersilakan Para VIP dan

3

Page 4: Teks MC Merdeka

sekalian hadirin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar atas kesudian beliau menghadirkan diri pada hari ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras BIG, serta guru-guru sekalian

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

sekian, wabillah hi taufik wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh.

Mengumumkan Guru Besar SK Kuala Muda diiringi oleh penyelaras BIG serta guru, meninggalkan kantin.Guru Pelatih diminta tunggu sebentar

4


Recommended