Transcript

TEKS MC_Kak FizahBil AgendaTeks

1. Ketibaan jemputan

Nyanyian NegarakuMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Puan Mildred ak Chubo, diiringi oleh guru besar sekolah kebangsaan SG Durin. Encik Henry Ong Beng Kee ke tempat duduk utama.

Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

*lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.

2.Bacaan doaMenadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Mohd Yazid b Mohd Akil. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan aluan pengerusi majlisBismillah Assalamualaikum wbktSalam sejahtera dan salam 1Malaysia

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha, Encik Henry Ong Beng Kee selaku Guru Besar SK Sg Durin.

Yang Berbahagia, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Puan Mildred ak Chubo,

Yang berusaha Encik Salih ak Ismail, Guru Penolong Kanan,Encik Mohd Fikri b Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar,Encik Phillip Tinggi, Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Sekolah Kebangsaan Sungai Durin 2013. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis pada hari ini.

Tujuan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Sekolah Kebangsaan Sungai Durin ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 ini. Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa yang akan datang.

Ucapan Guru BesarAdat berbahasa menyampaikan pesan. Adat upacara menyampaikan ucapan aluan.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Durin Encik Henry Ong Beng Kee. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar atas ucapan dan amanat beliau sebentar tadi.

Ucapan perasmian oleh NYDP PIBGPergi ke kota beli selasih,Sayang si dara senyum tertawa,Kata azimat simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sg Durin dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.

***Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Mildred ak Chubo atas kesudian menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Dengan ini majlis ingin menjemput tuan guru besar untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Puan Mildred sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak SK Sg Durin.

Persembahan pra sekolahHadirin yang dihormati, tanpa berlengah lagi, marilah kita meneruskan majlis ini dengan bersama-sama menyaksikan persembahan para pelajar. Persembahan pertama adalah daripada adik-adik pra sekolah dengan persembahan tarian. Dipersilakan.

*Demikianlah tadi persembahan yang begitu mengasyikkan daripada adik-adik pra sekolah kita. Diharap para hadirin terhibur dengan tarian itu tadi. Utk pengetahuan para hadirin, persembahan murid-murid pra sekolah tadi adalah di bawah bimbingan Ckg Ervie, Ckg Hayati.

Anugerah pelajar terbaik tempat pertama-kelima

Pra - tahun 6

*Kak Fizah

Hadirin sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah,Diserikan dengan permata berlian,Tibalah masa penyampaian anugerah,Penerima teruja menunggu giliran.

Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik bagi murid-murid pra sekolah hingga tahun 6. Anugerah ini diberikan kepada para pelajar yang mendapat tempat pertama hingga tempat kelima dalam peperiksaan akhir tahun.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Dipersilakan.

Dari Pra sekolah, tempat pertama adalah:

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar atas kesudian beliau menyampaikan sijil td

Persembahan murid tahun 1Hadirin sekalian,Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian Aku Yang Dulu oleh adik-adik Tahun 1. Persembahan ini mendapat bimbingan daripada Cikgu Mohd Hairi dan Puan Radin. Majlis mempersilakan.

***Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Sijil Penghargaan Murid Berjasa & Anugerah NILAM

*Kak HafizahHadirin yang dihormati. Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Murid Berjasa serta Penyampaian Sijil dan Anugerah NILAM Tahun 1- Tahun 6.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.Dipersilakan.

Bagi Sijil murid Berjasa untuk: i) program memberus gigi--

ii) penggera loceng sekolah--

iii) penaik dan penurun bendera--

Bagi Anugerah NILAM Tahun 1-6:*rujuk buku program

Persembahan murid Tahun 2Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang akan dipersembahkan oleh murid tahun 2. Persembahan sketsa yang bertajuk Pengembala Dan Biri-biri ini mendapat bimbingan daripada Ustazah Siti Mahani dan Cikgu Sophia Manju. Dipersilakan.

***Demikianlah persembahan sketsa yang sangat menghiburkan tadi. Semoga pengajaran daripada persembahan murid-murid Tahun 2 tadi dapat kita hayati bersama. Terima kasih diucapkan.

Penyampaian sijil GraduasiHadirin-hadirat yang dihormati.

Kita akan meneruskan acara kita dengan penyampaian Sijil Graduasi bagi murid pra sekolah dan murid Tahun 6.

Untuk itu, majlis sekali lg mempersilakan Yang Dihormati Puan Mildred ak Chubo, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Pra-sekolah..

Bagi sijil graduasi Pra Sekolah:*rujuk buku program

Terima kasih diucapkan kepada Puan Mildred.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha, Encik Henry Ong Beng Kee, Guru Besar SK SG Durin untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Tahun 6. Dipersilakan.

Bagi sijil graduasi Tahun 6:*rujuk buku program

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar

Persembahan Tahun 3 Seri Andalas nama diberi Cukup cantik nampak berseri Murid Tahun 3 sudah menanti Untuk persembahan penuh seri

Persembahan seterusnya adalah daripada adik-adik tahun 3 dengan persembahan tarian Jaiho. Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan tarian Bollywood yang mantap daripada adik-adik tahun 3 kita. Persembahan mereka itu tadi telah mendapat bimbingan daripada Cikgu Hasmawati dan dibantu oleh Cikgu Norhasimah.

Anugerah Matapelajaran terbaik

Majlis akan diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Matapelajaran Terbaik. Untuk pengetahuaa hadirin, anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang mendapat pencapaian markah terbaik matapelajaran untuk sepanjang tahun persekolahan 2013.

Dengan ini, majlis menjemput Encik Salleh ak Ismail, selaku Guru Penolong Kanan untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Salleh atas kesudian beliau menyampaikan sijil.

Persembahan kedua pra-sekolahAcara seterusnya adalah persembahan kedua daripada adik-adik pra-sekolah kita. Marilah kita sama-sama saksikan persembahan joget tari oleh adik-adik pra kita. Dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada adik-adik pra-sekolah atas persembahan yang begitu mempesonakan. Diharapkan para hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.

Ucapan wakil murid Tahun 6

Sijil penghargaan Pengawas &Ketua Kamar Asrama

Ketua Kelas Penolong

Bersempena hari Graduasi murid-murid tahun 6 dan tahun terakhir mereka di Sk Sg Durin, dijemput adik Presley Paska Ting, sebagai wakil untuk menyampaikan ucapan daripada murid Tahun 6. Dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada adik Presly. Saya pasti pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian anda semua. Diharapkan murid-murid Tahun 6 terus bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan menengah pada tahun hadapan.

Seterusnya adalah acara penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas, ketua Kamar Asrama, Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas.

Dengan ini, majlis menjemput Encik Mohd Fikri selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Untuk penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas:

Persembahan tahun 4Tanpa membuang masa, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan seterusnya.

Persembahan seterusnya adalah daripada adik-adik Tahun 4 dengan persembahan Nyanyian Aishiteru. Untuk pengetahuan para hadirin, persembahan ini telah mendapat bimbingan daripada Cikgu Ian Felix. Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan Aishiteru oleh adik-adik tahun 4. Berbakat sungguh anak-anak didik. SK Sg Durin. Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga pandai menyanyi, menari dan bermain alat muzik. Semoga mereka diberikan lebih peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Sijil kokurikulumHadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil seterusnya, iaitu Sijil Kokurikulum. Dijemput Encik Phillip ak Tinggi, selaku Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan sijil kepada penerima.

*

Terima kasih diucapkan kepada Encik Phillip atas kesudian beliau menyampaikan sijil kepada penerima.

Persembahan Tahun 5Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Tahun 5. Untuk pengetahuan semua, persembahan ini telah mendapat bimbingan daripada Cikgu Medline Taha.Hadirin, saksikanlah, persembahan adik-adik Tahun 5, dengan persembahan nyanyian, Gwiyomi.

*Demikianlah tadi persembahan yang begitu kreatif daripada adik-adik tahun 5. Sudah pasti guru-guru tahun 5 sangat berbangga dengan semangat mereka, terutama Cikgu Medline Taha. Semoga semangat yang ditunjukkan tadi berkekalan hingga ke tahun hadapan.

Anugerah Juara Keseluruhan Olahraga Antara Rumah

Anugerah Juara Keseluruhan Kokurilum* skrip dr ckg hairi

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Juara Keseluruhan Olahraga Antara Rumah, dann, Anugerah Juara Keseluruhan Kokurilum. Majlis sekali lagi ingin menjemput En Phillip Tinggi untuk menyampaikan piala kepada juara.

Jadi rumah manakah yang menjadi juara keseluruhan pada tahun 2013 ini? Adakah rumah Wira, Waja. Atau rumah yang bermula dengan huruf S..?

Dengan ini, diumumkan juara Keseluruhan Olahraga Antara Rumah adalah.. Rumah Satria. Dijemput Ustazah Siti Mahani untuk mengambil piala bagi pihak Rumah Satria. Tahniah diucapkan.

Seterusnya adalah Anugerah Juara Keseluruhan Kokurilum 2013 ---

Terima kasih diucapkan kepada En Phillip atas kesudian beliau menyampaikan piala kepada pemenang. Diharapkan dengan kemenangan ini akan menjadikan pasukan rumah lebih bersemangat dan menjadi cabaran untuk rumah lain merebut tempat juara pd tahun hadapan.

Persembahan Tahun 6Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid-murid tahun 6, dengan persembahan sketsa muzikal. Dipersilakan. Untuk pengetahuan, hadirin sekalian, persediaan persembahan mereka telah mendapat bimbingan drpd Cikgu Retta ak Sejun.

Bersempena Hari Graduasi Murid Tahun 6 dan Tahun terakhir mereka di SK SG Durin, seklai lagi dipersilakan semua murid Tahun 6 untuk membuat persembahan terakhir mereka, dgn lagu Sahabat.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid Tahun 6. Semoga anda terus kuat dan cekal dalam menghadapi alam persekolahn menengah pada tahun hadapan.

Anugerah Tokoh Sukan Murid

Anugerah Tokoh Murid 2013Seterusnya adalah acara penyampaian Anugerah yang terakhir iaitu Anugerah Tokoh Sukan 2013 dan Anugerah Tokoh Murid 2013.

---

Anugerah ini telah disepakati oleh badan tertinggi sekolah dan merupakan Anugerah Khas kepada pelajar. Semoga Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh kedua-kedua pelajar akan menjadi pendorong semangat kepada adik-adik yang lain untuk terus menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun-tahun hadapan.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid lain.

Majlis penutup

Nyanyian Ibu PertiwikuMerdu bertingkah alunan suara,Kadang tak sedar tersilap kata,Andai terlanjur patah bicara,Serendah hati kemaafan dipinta.

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati,Semoga kita berjumpa lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK SG Durin 2013, para ibu-bapa, murid-murid dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

Dgn berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita. Untuk itu, semua hadirin diminta untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagi Ibu Pertiwi.

Dijemput, Puan Mildred, dengan diiringi oleh Tuan Guru besar untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Pengumuman Sebelum bersurai, di sini ada sedikit pengumuman.

- Diminta semua murid untuk tunggu di dalam dewan kerana anda akan diedarkan susu sekolah sebentar lagi.

- Lps habis susu, murid2 RMT dibenarkan untuk keluar mengambil makanan mereka.

3


Recommended