Download docx - skrip pengacara pibg 2012

Transcript

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman, Penolong Pegawai Kanan Pelajaran, Pengurusan Sekolah Wilayah Keramat................................................................................................................................diiringi oleh, Datin Hajah Faizah bt Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10, En. Mohd Suhaimi b. Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG @En. Azizan Bin Mat Akhir, Naib Yang Dipertua PIBG Serta barisan jawatan kuasa PIBG.

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara.Pemanis kalam "Selamat Datang",Lafaz mulia pembuka bicara.

1. Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman, Penolong Pegawai Kanan PelajaranPengurusan Sekolah Wilayah Keramat.

2. Yang Berbahagia, Datin Hajah Faizah bt Shamsudin,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10.

3.Yang Berusaha, En. Mohd Suhaimi B Abdul Hamid,Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10.

4. En. Azizan Bin Mat AkhirNaib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10

5. Guru-guru penolong kanan, guru-guru, ajk PIBG serta para ibubapa dan penjaga.

Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati.Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman, Penolong Pegawai Kanan Pelajaran, Pengurusan Sekolah Wilayah Keramat ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat,Angkat tangan jemari sepuluh,Doa dipohon mencari berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz Mohd Fadzil bin Muslim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fadzil bin Muslim atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Suhaimi B Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 @En. Azizan Bin Mat Akhir, Naib Yang Dipertua PIBG Untuk Menyampaikan Ucapan. Dengan Segala Hormat Dipersilakan.

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada En. Mohd Suhaimi B Abdul Hamid@En. Azizan Bin Mat Akhir, Atas Ucapan Yang Telah Disampaikan.

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Datin Hajah Faizah Bt Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Datin Hajah Faizah Bt Shamsudin.Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang dihormati,

Kalau Tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada Tuan ruang diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman, Penolong Pegawai Kanan Pelajaran, Pengurusan Sekolah Wilayah Keramat bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16 Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman,atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Datin Hajah Faizah Bt Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju R10, untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman atas kesudian Tuan merasmikan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 kali ke 16.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin Hajah Faizah bt Shamsudin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 kerana telah sudi menyampaikan cenderahati itu tadi.

Dengan ini majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Shofi Bin Osman dan para tetamu jemputan diiringi Yang Berusaha Datin Hajah Faizah bt Shamsudin, untuk menikmati juadah yang disediakan di ...............................................................................................................................

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 kali ke 16 akan dipengerusikan oleh, Encik Mohd Suhaimi b Abdul Hamid, Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10 / En Azizan Bin Mat Akhir Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebngsaan Wangsa Maju Zon R10.Sekian Assalamualaikum wbt...