Transcript
Page 1: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008 Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri Sembilan, DK.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit sebaik sahaja Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran N. Sembilan mengambil tempat.

RADZIAH

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan DK ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri SembilanTahun 2008.

Tetamu kehormat, para jemputan, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian dijemput duduk.

RADZIAH

1

Page 2: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Pertandingan Presentation of Learning, Project-Based Learning 2008 Peringkat Negeri Sembilan DK.

Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

RADZIAH

2

Page 3: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berbahagia Tan En Mohd Isah bin IsmailKetua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran N Sembilan DK

2. Yang Berusaha En. Mohd Noh bin Abadan

Ketua Penolong Pengarah BTPN, Negeri Sembilan

3. Yang Berusaha……………………………………………………………..

4. Tuan-tuan Pegawai-pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Negeri Sembilan

5. Puan Rohana bt Mohd Yusuf, Pengerusi PKG Negeri Sembilan

6. Para Pengetua dan guru besar sekolah-sekolah seluruh NS

7. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PKG seluruh Negeri Sembilan,

8. Guru-guru, para peserta pertandingan, hadirin dan hadirat sekalian

3

Page 4: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

UCAPAN ALU-ALUAN

Pohon Meranti tiga sebatangDitebang orang tiga pemuka

Tuan dinanti sudahlah datangApa perkara nan kita buka...

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Project Based-Learning 2008 Peringkat N9 DK.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS, para tetamu jemputan, para pengetua, para guru besar, guru-guru dan peserta pertandingan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Projek Based-Learning atau pembelajaran berasaskan projek adalah satu pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara terancang dan bersistematik. Sebanyak 18 buah sekolah di seluruh N Sembilan telah dipilih sebagai sekolah rintis pada pertengahan Jun 2008. Iaitu 9 buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah. Bagaimanapun pada hari ini hanya 13 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini, iaitu 6 buah sekolah menengah dan 7 buah sekolah rendah.

RADZIAH

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – Ketua Penolong Pengarah Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha En Mohd Noh bin Abadan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan DK

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

RADZIAH

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Noh di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PENUTUP – Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik jabatan Pelajaran N9 DK untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya

RADZIAH

4

Page 5: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

menutup secara rasmi Presentation of Learning (Project Based-Learning) Peringkat Negeri Sembilan DK bagi tahun 2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan Yang Berbahagia En Mohd Isah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH

Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Mohd Noh bin Abadan KPP BTPNNS ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNNS untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata hakim/ juri. Dijemput

Ketua hakim sekolah rendah :

En Sharizan bin Ibrahim

Ketua Hakim Sekolah Menengah :

En Paizan Shem bin Abdullah

Seterusnya di sampaikan hadiah-hadiah bagi pemenang Pertandingan Presentation of Learning Kategori Sekolah Rendah :

Untuk pemenang saguhati....

Dijemput SK

SK

SK

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK

Tempat Kedua : SK Tempat Pertama : SK

5

Page 6: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

Bagi Kategori Sekolah Menengah:

Penerima hadiah saguhati....

Dijemput SMK RAJA JUMAAT

SMK PERTANG SMK PASOH 2 (FELDA)

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK SMK TUNKU SYED IDRUSTempat Kedua : SMK JELAI (F)Tempat Pertama : SMK DATO’ SHAHARDIN

Bagi hadiah pembentang terbaik Presentation of Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008 :

Kategori Sekolah Rendah :

Kategori Sekolah Menengah : Norahmadiah bin Adam (SMK Dato’ Shahardin)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Mohd Isah di atas kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Noh bin Abadan KPP BTPNNS menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Mohd Isah. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN PRESENTATION OF LEARNING :

Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari SMK Dato’ SHAHARDIN johan Presentation of Learning Project based Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008.

6

Page 7: Skrip Pengacara Majlis Penutup PBL

Majlis Jamuan Ringan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka sempurnalah sudah majlis penutupan Presentation of Learning tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia En Mohd Isah diiringi KPP BTPNNS, para tetamu jemputan, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian ke Majlis Jamuan Ringan di cafe BTPNNS. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Presentation of Learning bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program ini dan majlis ini diakhiri dengan dua rangkap pantun

Tuan puteri pergi ke Rasah    Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah

    Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalanTengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkanBerhati-hati ketika memandu

RADZIAH

RADZIAH

7