Transcript
Page 1: Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN 2010 SMK BALABAN JAYA BELURAN

MASA TEKS CATATAN

7.30pagi

Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis HUPH. Untuk makluman tuan dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap sebaik sahaja ketibaan tetamu jemputan iaitu Encik Zainal Abidin Mahmud. Sekali lagi, dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan perasmi sebagai tanda aluan.

Persediaan dan ketibaan murid dan ibubapa

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Zainal Abidin Mahmud, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran.

Ketibaan

8.00 Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi menghormati nyanyian lagu ‘Negaraku’.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Nyanyian lagu ‘Negaraku’

8.05 Daun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara;

Tradisi Melayu turun temurun,Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,Hari esok memetik peria;

Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria.

Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran.Yang Berusaha, Puan Myrene Gidung, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Balaban Jaya,Yang Berbahagia, Encik Omar bin Sampidoh, Yang DiPertua PIBG SMK Balaban Jaya,Yang Dihormati, Puan Hanisah Obing, Penolong Kanan Pentadbiran,Yang Dihormati, Puan Rashidah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati, Encik Senguan Musa, Penolong Kanan Kokurikulum,barisan guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SMK Balaban Jaya yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia.Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak jawatankuasa majlis, membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan atas sudinya tuan-tuan dan puan-puan datang ke majlis Hari UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SMK BALABAN JAYA SESI 2010.

Protokol

8.15 Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Hadzneer bin Abdul Rahim, pelajar Tingkatan 2 Arif, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Hadzneer bin Abdul Rahim.

Bacaan doa

8.20 Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengetua SMK Balaban Jaya, Puan Myrene

Ucapan Pengetua

Page 2: Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

Gidung, untuk mengungkap bicara sepatah dua kata aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Myrene Gidung atas ucapan alu-aluannya sebentar tadi.

8.30 Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;

Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.

Bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik ZainalEncik Zainal Abidin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Beluran untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zainal Abidin Mahmud atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah sudah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010.

Ucapan Perasmian

9.00 Ucapan sudah perasmian pun sudah,Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah.

Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembaha silat dan tarian zapin daripada pelajar-pelajar SMK Balaban Jaya. Dipersilakan.

Persembahan pertama

9.15 Berkebaya batik berwarna merah,Diserikan dengan permata berlian;

Tibalah masa penyampaian anugerah,Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Bidang Kokurikulum. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, Puan Hanisah Obing, Penolong Kanan Pentadbiran, diiringi oleh Puan Rashida Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam penglibatan kokurikulum serta banyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam kelab atau persatuan masing-masing.

Penyampaian Anugerah Bidang KOKUM

Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dalam bidang kokurikulum kepada semua pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rashida Ahmad dan Puan Hanisah Obing kerana sudi menyampaikan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima.

Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dari pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bijaksana atas persembahan yang bersemangat itu tadi.

Persembahan Kedua

10.20 Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati;

Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerima sabar menanti.

Page 3: Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

Sesungguhnya, memperkasakan ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi, serta penerapan pelbagai kemahiran yang lain di kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama sesebuah sekolah agar mampu melahirkan generasi pewaris kepimpinan.

Acara seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Bidang Hal Ehwal Murid. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Myrene Gidung, diiringi Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hanisah Obing, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan.

Penyampaian Anugerah Bidang HEM

Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Hal Ehwal Murid kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hanisah Obing dan Puan Myrene Gidung kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima. Syabas dan tahniah diucapkan.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kita berhenti seketika untuk memberi laluan kepada persembahan sajak dan medley penuh rentak dan alunan merdu daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Balaban Jaya. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 atas persembahan menarik itu tadi.

Persembahan Ketiga

11.00 Melati kuntum berhias rotan,Tumbuh melata di tepi kali,

Anugerah cemerlang kita teruskan lagi ,pelajar bertuah kita hargai.

Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah Bidang Kurikulum. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin Mahmud, diiringi Puan Myrene Gidung, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan.

Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Tingkatan

Bagi Tingkatan 1,Tempat Ketiga...Tempat Kedua…Tempat Pertama…

Penyampaian Anugerah Bidang Kurikulum

Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Akademik kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Myrene Gidung dan Encik Zainal Abidin Mahmud kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima.

Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Myrene Gidung, diiringi Puan Hanisah Obing, untuk menyampaikan sekalung penghargaan berupa cenderamata kepada Encik Zainal Abidin Mahmud. Terimalah tanda terima kasih daripada kami, warga SMK Balaban Jaya, atas kesudian Yang Berusaha untuk hadir bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini.

Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada pelajar yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam bidang masing-masing. Semoga hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada pelajar-pelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang.

Cenderamata

Hadirin sekalian, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Balaban Jaya Sesi 2010 telah pun sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SMK Balaban Jaya, saya menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Penutup

Page 4: Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini. Sebelum kita bersurai, tirai Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sesi 2010 ditutup dengan beberapa rangkap pantun.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;

Terima kasih murid sekalianPersembahan kalian menghiburkan kami.

Subur padi Allah kurnia,Hidup mula di dalam air,

Sudah menjadi lumrah dunia,Setiap yang bermula akan berakhir.

Bunga seroja di atas para ,Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari simpang ke jaya bakti,Singgah membeli perencah kari,

Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dijemput Puan Pengetua bersama penolong-penolong kanan mengiringi Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin untuk menikmati jamuan. Pihak majlis juga menjemput ibubapa untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.

12.00tghari

Jamuan.Majlis bersurai.