20
Pengenalan Kepada Biologi | 1 UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN KEPADA BIOLOGI HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan ciri-ciri hidupan. 2. Menghuraikan organisasi hidupan. 3. Menghuraikan kepentingan evolusi dalam kehidupan. 4. Menerangkan pengelasan organisma. 5. Menerangkan asas-asas dalam penyelidikan saintifik. PENGENALAN Rajah 1.1 Interaksi di antara organisma hidup dan alam sekitar nya Cuba anda amati Rajah 1.1. Dapatkah anda mengenalpasti hid upan dan bukan hidupan? Sedarkah anda bahawa terdapat interaksi di antara hidupan dan alam sekitarnya? Bagaimanakah sekitaran bukan hidupan membantu organisma unt uk terus hidup?

Unit Pelajaran 1(1)

  • Upload
    said888

  • View
    37

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

biol

Citation preview

Page 1: Unit Pelajaran 1(1)

Pengenalan Kepada Biologi | 1

UNIT PELAJARAN 1

PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan ciri-ciri hidupan.2. Menghuraikan organisasi hidupan.3. Menghuraikan kepentingan evolusi dalam kehidupan.4. Menerangkan pengelasan organisma.5. Menerangkan asas-asas dalam penyelidikan saintifik.

PENGENALAN

Rajah 1.1 Interaksi di antara organisma hidup dan alam sekitarnya

Cuba anda amati Rajah 1.1. Dapatkah anda mengenalpasti hidupan dan bukan

hidupan? Sedarkah anda bahawa terdapat interaksi di antara hidupan dan alamsekitarnya? Bagaimanakah sekitaran bukan hidupan membantu organisma untuk terus hidup?Apakah pula kaitannya dengan biologi?

M

Page 2: Unit Pelajaran 1(1)

B

engenalan Kepada Biologi | 2

elalui modul ini, anda akan meneroka konsep-konsep asas kehidupan yang

merangkumi pelbagai aspek biologi, bermula dengan ciri-ciri kimia dan fizikalbiomolekul, struktur dan  fungsi sel, genetik dan variasi hidupan, serta proses-prosespenting dalam anatomi, histologi dan fisiologi tumbuhan dan haiwan. Sebagai

pengenalan, unit ini akan membincangkan konsep-konsep asas biologi, kajian-kajian awaltentang hidupan dan juga penerangan tentang kajian saintifik dalam bidang biologi.

ISI KANDUNGAN

iologi adalah kajian tentang hidupan atau benda-benda hidup. Ilmu biologi merangkumi

kajian tentang semua hidupan, iaitu daripada hidupan yang bersaiz mikroskopik sepertibakteria dan mikroorganisma lain sehinggalah hidupan yang bersaiz makro seperti

tumbuhan dan haiwan peringkat  tinggi.  Ilmu biologi bukan sahaja  tertumpu kepada memahamistruktur dan fungsi organisma, tetapi juga merangkumi semua aspek tentang hidupan,termasuklah ilmu tentang bagaimana organisma tersebut berinteraksi antara satu sama lain,serta  interaksi organisma  tersebut dengan alam sekitarnya. Biologi merangkumi asas-asas selhidupan, metabolisme tenaga yang menjadi asas kepada aktiviti kehidupan, dan asas genetikdalam pewarisan ciri-ciri sesuatu organisma. Biologi juga termasuklah kajian berkaitanhubungan evolusi dalam kalangan organisma dan kepelbagaian hidupan di bumi.

Apakah Ciri-ciri Hidupan?

Biologi adalah kajian tentang kehidupan. Apakah ciri-ciri hidupan yang dapat

membezakannya dengan benda bukan hidupan? Terdapat perbezaan ciri yang  jelasdalam kalangan organisma makro, contohnya antara manusia dan batu. Manusia adalahhidupan dan batu adalah bukan hidupan. Tetapi, perbezaan diantara hidupan dan bukanhidupan sukar dibuat sekiranya melibatkan organisma mikroskopik. Contohnya, adakah bakteriaitu sejenis hidupan? Adakah virus juga hidupan? Bagaimana pula dengan lumut dan kulat dipermukaan batuan pada Rajah 1.2? Adakah lumut dan kulat ini juga sejenis hidupan?

Rajah 1.2 Lumut dan kulat pada permukaan batuan di tepi sungai.

Dapatkah anda mengenalpasti hidupan dan bukan hidupan dalam Rajah 1.2?

S

Page 3: Unit Pelajaran 1(1)

O

engenalan Kepada Biologi | 3

ebenarnya, ahli-ahli biologi  telah menyenaraikan sebanyak  tujuh ciri-ciri hidupan untuk

membezakannya dengan bukan hidupan. Tujuannya adalah untuk memudahkanpengenalpastian hidupan dan mengelakkan kekeliruan berlaku. Dengan ini, hidupandapat dikenalpasti dengan mudah dan jelas. Tujuh ciri-ciri tersebut adalah:

Ciri 1: Sel dan organisasi hidupanCiri 2: Penggunaan tenaga dan metabolismeCiri 3: Pengawalaturan dan homeostasisCiri 4: Tindak balas terhadap perubahan sekitaranCiri 5: Pertumbuhan dan perkembanganCiri 6: PembiakanCiri 7: Berevolusi

Ciri 1: Sel dan Organisasi Hidupan

Konsep organisasi adalah asas kepada kajian biologi. Perkataan ‘organisma’ berasaldaripada perkataan Latin iaitu ‘organum’ yang bermaksud ‘hidupan’, Organismamengekalkan sekitaran dalamannya yang berbeza dengan sekitaran luarannya. Unitterkecil dalam sesuatu organisma adalah ‘sel’. Teori Sel mengatakan bahawa semua

hidupan dibina daripada sel (Rajah 1.3). Organisma unisel terdiri daripada satu sel, manakalaorganisma multisel terdiri daripada banyak sel. Di dalam haiwan dan tumbuhan, setiap selmempunyai susunan tertentu mengikut struktur dan fungsinya yang khusus.

(a) (b)

Rajah 1.3 Sel (a) adalah unit terkecil yang membina organisma multisel seperti zirafahdan pokok (b).

Pengenalan Kepada Biologi | 4

Ciri 2: Penggunaan Tenaga dan Metabolisme

rganisma memerlukan tenaga untuk mengekalkan organisasinya. Semua organisma

memperoleh tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti daripada sekitaran luarnya.Sel menggunakan tenaga untuk menjalankan pelbagai tindak balas kimia yang

Page 4: Unit Pelajaran 1(1)

O

bertanggungjawab untuk menguraikan nutrien dan mensintesis komponen-komponensel dan organisma hidup. Tindak balas kimia  ini dinamakan sebagai metabolisme. Tumbuhan,alga dan bakteria tertentu boleh menggunakan tenaga cahaya secara langsung untukmenghasilkan makanan mereka dalam proses fotosintesis. Organisma tersebut dinamakansebagai ‘pengeluar pertama’. Ini berbeza dengan organisma seperti haiwan dan kulat yangmerupakan ‘pengguna’, iaitu mereka perlu memakan organisma lain untuk mendapatkantenaga. Tenaga-tenaga ini kemudian digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti organismahidup. Rajah 1.4 menunjukkan satu contoh aktiviti manusia yang memerlukan penggunaantenaga yang tinggi, iaitu aktiviti berkayak.

Rajah 1.4 Aktiviti berkayak yang memerlukan penggunaan tenaga

Ciri 3: Tindak Balas Terhadap Perubahan Sekitaran Luar

rganisma hidup perlulah berupaya untuk bertindak balas terhadap sebarang perubahan

sekitaran luarnya. Sebagai contoh, sel bakteria mempunyai mekanisma untukmengetahui sama ada  terdapat bekalan makanan yang mencukupi atau sebaliknya disekitaran  luarnya. Selain  itu, tumbuhan juga boleh bergerak balas terhadap pertukaran

arah cahaya matahari. Contohnya, sekiranya anda meletakkan tumbuhan di tepi tingkap, iaakan  tumbuh menghala cahaya matahari. Haiwan pula boleh menyesuaikan dengan keadaaansekitaran luarnya, contohnya semasa musim sejuk haiwan akan mempunyai bulu yang tebaluntuk melindunginya daripada kesejukan (Rajah 1.5). Tindak balas terhadap sekitaran luar iniadalah satu ciri penyesuaian organisma atau  ‘adaptasi’, iaitu organisma menyesuaikan proses-proses dan struktur dalamannya terhadap perubahan jangka pendek atau jangka panjangdalam sekitaran luaran mereka.

Pengenalan Kepada Biologi | 5

Page 5: Unit Pelajaran 1(1)

Rajah 1.5 Beruang kutub mempunyai bulu yang tebal berwarna putih, iaitu satu adaptasiterhadap sekitaran luarannya yang sejuk dan putih dilitupi salji

Ciri 4: Pengawal Aturan dan Homeostasis

Untuk bertindak balas terhadap pelbagai perubahan di sekitaran luarnya, organismasebenarnya ‘mengubah’ diri mereka. Tujuannya adalah  untuk mengekalkanhomeostasis, iaitu satu proses di mana organisma dan sel hidup mengawalatur sel-seldan sekitaran dalamannya supaya kekal dalaman keadaan yang tetap dan stabil. Ia

juga merujuk kepada keadaan pengekalan sekitaran dalaman organisma dalam  julat di mana  iamasih boleh bertoleransi terhadap perubahan sekitaran luarannya. Semua organisma hidupsentiasa mengawalatur metabolisme selnya supaya molekul-molekul makanan dapat digunakandalam kadar yang sesuai, dan komponen sel pula dapat disintesis bila diperlukan. Sebagaicontoh, Rajah 1.6 menunjukkan ikan gapi yang mengekalkan kawal atur dan homeostasisdalam sekitaran luaran yang berair, manakala rama-rama yang berasal daripada ulat dankepompong juga mengekalkan sekitaran dalamannya setelah menjadi rama-rama.

(a) (b)

Rajah 1.6 Organisma iaitu (a) ikan gapi dan (b) rama-rama mengawal atur sekitarandalamannya

Pengenalan Kepada Biologi | 6

Ciri 5: Pertumbuhan dan Perkembangan

Satu lagi ciri hidupan adalah mereka tumbuh dan berkembang. Pertumbuhanmelibatkan penghasilan sel yang lebih banyak atau lebih besar, manakalaperkembangan adalah penghasilan organisma yang mempunyai ciri-ciri tertentu.Organisma unisel dan multisel mempunyai mekanisma pertumbuhan dan

perkembangan yang berbeza. Organisma unisel seperti bakteria akan mengalami replikasiuntuk menghasilkan sel-sel baru dan kemudian akan meningkatkan isipadu sel tersebut dengancara menghasilkan komponen-komponen sel tambahan. Sebaliknya, organisma multisel sepertitumbuhan dan haiwan pula akan memulakan kehidupan mereka bermula daripada satu sel (seltelur yang telah disenyawakan), dan kemudian akan melalui pelbagai pembahagian sel untukberkembang menjadi satu organisma lengkap yang mempunyai pelbagai sel dengan fungsi-

Page 6: Unit Pelajaran 1(1)

fungsi tertentu (Rajah 1.7)

(a) (b)

Rajah 1.7 Organisma multisel berkembang daripada satu sel membentuk fetus (a) dankemudian menjadi organisma lengkap (b)

Ciri 6: Pembiakan

Ciri hidupan yang seterusnya adalah mereka membiak. Ini kerana semua organismahidup mempunyai jangka hayat dan akan mati. Oleh itu, mereka perlulah membiakuntuk menghasilkan zuriat bagai mengekalkan kelangsungan hidup dalam generasiseterusnya. Pembiakan akan menghasilkan anak yang mewarisi ciri--ciri daripada ibu

dan bapanya. Contohnya, Rajah 1.8 menunjukkan dua ekor anak kucing yang mewarisi ciri-ciribulu  ibunya yang berwarna kelabu-putih.  Ini kerana semua organisma mengandungi maklumatgenetik yang terkandung di dalam asid deoksiribonukleik (DNA), iaitu bahan utama yangmenentukan organisasi, perkembangan dan fungsi hidupan. Semasa pembiakan, satu salinanbahan utama  ini akan diwariskan oleh  ibu bapa kepada anaknya.  ‘Central dogma’ menyatakanbahawa semua gen disalin (transkripsi) oleh molekul asid ribonukleik (RNA) yang dipanggilpengutus RNA (mRNA), dan kemudian diterjemahkan (translasi) kepada protein yangmengandungi jujukan asid amino yang spesifik melalui proses ekspresi gen. Polipeptida iniadalah unit-unit yang akan membentuk protein yang berfungsi. Protein yang berfungsi inilahyang berrtanggungjawab dalam menghasilkan ciri-ciri organisma hidup.

Pengenalan Kepada Biologi | 7

Rajah 1.8 Dua ekor anak kucing yang mewarisi ciri-ciri bulu ibunya yang berwarna kelabu-putih.

Ciri 7: Berevolusi

Page 7: Unit Pelajaran 1(1)

Ciri terakhir hidupan adalah mereka sentiasa berevolusi. Ciri ini adalah berbeza daripadakesemua enam ciri yang telah anda pelajari tadi yang hanya melibatkan ciri-ciriorganisma hidup dalam tempoh yang pendek. Namun, untuk sesuatu tempoh masayang panjang, satu lagi ciri umum hidupan adalah mengalami evolusi, iaitu apabila

populasi sesuatu organisma berubah selepas pelbagai generasi. Akibat proses evolusi,organisma boleh lebih berjaya dalam survival dan pembiakan. Populasi mereka juga bolehberadaptasi dengan  lebih baik di dalam habitatnya untuk menghasilkan pelbagai variasi. Rajah1.9 menunjukkan spesies anjing Canis lupus yang mempunyai pelbagai variasi dalam spesiesyang sama. Selain itu, evolusi juga boleh menyebabkan berlakunya proses penspesiesan(speciation), iaitu kewujudan spesies organisma baru hasil proses evolusi organisma sedia ada.

Rajah 1.9 Variasi anjing dalam spesies organisma yang sama (Canis lupus).

Cuba anda perhatikan kepelbagaian bentuk wajah anda dan adik beradik anda.Perhatikan  juga wajah  rakan-rakan anda. Bukankah anda dan mereka semua  tergolong dalamspesies organisma yang sama iaitu Homo sapiens? Bagaimanakah perbezaan dankepelbagaian ini berlaku? Adalah ini juga adalah satu contoh variasi akibat proses evolusi?

Pengenalan Kepada Biologi | 8

Apakah Tahap-tahap Organisasi Hidupan?

Konsep organisasi adalah satu ciri penting yang membezakan antara hidupan danbukan hidupan. Organisasi hidupan tersusun mengikut tahap, iaitu bermula dengantahap organisasi yang paling kecil iaitu atom, berkembang kepada tahap-tahapseterusnya yang lebih besar dan kompleks. Rajah 1.10 menunjukkan satu organisasi

hidupan yang mengandungi sebelas tahap organisasi, iaitu atom, molekul, sel, tisu, organ,sistem, organisma, populasi, komuniti, ekosistem dan biosfera.

Biosfera TAHAP 11

Ekosistem Komuniti

Page 8: Unit Pelajaran 1(1)

Populasi

Organisma

Sistem

Organ

Tisu

Sel

Molekul

Atom

ATOM

BIOSFERA

MOLEKUL

EKOSISTEM

SEL

KOMUNITI

POPULASI

TAHAP 1Rajah 1.10 Sebelas tahap organisasi hidupan.

Pengenalan Kepada Biologi | 9

Sebelas tahap organisasi hidupan adalah seperti berikut:

1. Atom: Atom adalah komponen terkecil dalam sesuatu unsur yang mengandungi sifatkimia sesuatu unsur. Semua bahan mengandungi atom-atom.

2. Molekul dan molekul makro: Apabila atom-atom bergabung, molekul akan terbentuk.Apabila molekul-molekul bergabung dan membentuk polimer, ia akan membentukmolekul makro. Molekul makro yang penting dalam organisma hidup adalah karbohidrat,lipid, protein dan asid nukleik (DNA dan RNA).

3. Sel: Gabungan molekul-molekul dan molekul-molekul mikro akan membentuk struktur,contohnya membran. Apabila struktur-struktur ini bergabung ia akan membentuk sel.

4. Tisu: Pada organisma multisel seperti tumbuhan dan haiwan, sel-sel yang sama jenisakan bergabung membentuk tisu. Contohnya: tisu otot.

5. Organ: Organ dibina oleh sekurang-kurangnya dua  jenis tisu. Contohnya,  jantung dibinadaripada tisu otot, saraf dan tisu penghubung.

6. Sistem: Sistem dibentuk oleh organ-organ. Contohnya adalah sistem urinari yangmelibatkan pelbagai organ seperti buah pinggang, ureter, uretra dan pundi kencing.

7. Organisma: Semua hidupan adalah dipanggil organisma. Organisma ini mempunyaisemua ketujuh-tujuh ciri hidupan. Spesies, iaitu satu kumpulan organisma yangmempunyai ciri yang sama. Organisma pada spesies yang sama ini mempunyaihubungan yang rapat secara genetik.

8. Populasi: Populasi adalah organisma-organisma daripada spesies yang sama yangmendiami satu kawasan persekitaran yang sama.

Page 9: Unit Pelajaran 1(1)

9. Komuniti: Komuniti terbentuk apabila beberapa populasi daripada spesies yang samamendiami sesuatu kawasan dan saling berinteraksi.

10. Ekosistem: Ekosistem terbentuk apabila terdapat interaksi di antara komuniti denganalam sekitar di sekelilingnya.

11. Biosfera: Merangkumi semua  tempat di bumi  ini di mana organisma hidup wujud, samaada di udara, air dan tanah.

Perhatikan sekeliling anda sekarang. Sekiranya anda berada di dalam rumah, bukatingkap dan perhatikan persekitaran anda. Anda akan melihat pelbagai spesies

organisma, bukan? Bukan sahaja tumbuhan, anda juga mungkin dapat melihat burungberterbangan, rama-rama atau serangga. Pilih secara rawak beberapa jenis organisma dancuba anda susun  tahap organisasi haiwan tersebut daripada  tahap  terkecil hingga  tahap yangpaling kompleks. Selamat mencuba!

P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 10

Apakah Kepentingan Evolusi dalam Kehidupan?

Evolusi adalah salah satu ciri hidupan. Bukti saintifik menunjukkan bahawa kehidupan dimuka bumi ini bermula daripada satu sel primitif, iaitu kira-kira 3.5 hingga 4 bilion tahundahulu. Sel primitif ini kemudiannya mengalami perubahan evolusi sehinggaterbentuknya pelbagai spesies organisma yang dapat kita lihat pada hari ini.

Organisma-organisma ini mempunyai variasi, iaitu kepelbagaian ciri-ciri yang berpuncadaripada proses evolusi.

Mutasi adalah perubahan yang berlaku di dalam DNA. Mutasi boleh memberi pelbagai kesan,sama ada kesan neutral, positif atau negatif. Kebanyakan mutasi adalah neutral, namun adajuga mutasi yang memberi kesan negatif. Mutasi adaptif adalah mutasi positif yang bolehmenyebabkan organisma dalam sesebuah populasi dapat beradaptasi dengan  lebih baik dalamsekitaran luarnya berbanding individu lain yang tidak bermutasi. Individu yang memiliki mutasiadaptif mempunyai kelangsungan hidup yang lebih  tinggi serta mempunyai  lebih potensi untukmewariskan DNA tersebut kepada anaknya. Mekanisma ini dinamakan sebagai ‘TeoriPemilihan Semulajadi’ yang dikemukakan oleh seorang naturalis iaitu Charles Darwin.

‘Pemilihan buatan’ pula berlaku apabila sesuatu perincian ciri itu lebih digemari berbandingdengan perincian ciri yang lain dalam satu persekitaran buatan, iaitu keadaan yangdimanipulasi dan dirancang. Contohnya adalah melalui penternakan haiwan dalam persekitaranyang dirancang.

Evolusi sedang berlaku apabila perincian ciri yang berbeza menjadi semakin  lazim atau kuranglazim dalam generasi berikutnya, iaitu perubahan yang berlaku dalam sesuatu garisanketurunan. Evolusi yang berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang juga bolehmenyebabkan berlakunya proses ‘penspesiesan’, iaitu pembentukan pelbagai spesiesorganisma baru. Contohnya, Rajah 1.11 menunjukkan proses evolusi telah menghasilkanpelbagai spesies burung dengan pelbagai ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Page 10: Unit Pelajaran 1(1)

Rajah 1.11 Kepelbagaian spesies burung yang terbentuk daripada proses evolusi.P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 11

Evolusi boleh menyebabkan kewujudan kepelbagaian dalam sesuatu ciri sehinggamenyebabkan berlakunya variasi spesies dan spesiasi. Apakah perbezaan di antara

penspesiesan dan variasi?

A

Bagaimanakah Organisma-organisma Dikelaskan?

Proses evolusi telah menyebabkan kewujudan pelbagai jenis spesies organisma. Padamasa kini, dianggarkan terdapat lebih 100 juta organisma ditemui di muka bumi ini.Jadi, bagaimanakah caranya untuk menyusun maklumat tentang semua spesiesorganisma ini? Satu sistem pengkelasan binomial atau taksonomi telah dibina di

mana semua organisma boleh dikenalpasti melalui nama genus dan spesies. Contohnya Feliscatus adalah nama saintifik bagi kucing. Pengkelasan kucing daripada yang paling umumhingga ke paling khusus adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

Alam

Filum

Kelas

Order

Famili

Page 11: Unit Pelajaran 1(1)

Genus

Spesies

Felis

Felis catus

Rajah 1.12 Sistem pengkelasan organisma, contohnya Felis catus.P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 12

Organisma dikelaskan kepada tiga kategori yang dikenali sebagai ‘Domain’ iaitu: Arkea,

Bakteria dan Eukarya. Domain Eukarya pula dikategorikan kepada empat ‘Alam’ iaitu: Fungi,Plantae, Animalia dan Protista (Rajah 1.13). Ciri-ciri yang digunakan dalam pengkelasan iniadalah jenis sel (eukariot atau prokariot), bilangan sel (unisel atau multisel) dan pengambilantenaga (autotropik atau heterotropik).

(a) (d)

(b) (c)

Rajah 1.13 Alam di dalam domain Eukarya iaitu (a) Protista, (b) Plantae, (c) Fungi, dan (d)

Animalia.

Bagaimanakah Penyelidikan Saintifik dalam Bidang BiologiDijalankan?

Dalam subtopik sebelum ini anda telah mempelajari tentang kewujudan pelbagai arasorganisasi hidupan. Seiring dengan perkembangan instrumen moden sepertimikroskop berkuasi tinggi, ahli-ahli biologi kini berupaya untuk menjalankan pelbagaikajian pada pelbagai aras, contohnya kajian ekologi yang melibatkan aras ekosistem,

kajian anatomi dan fisiologi haiwan dan tumbuhan, serta kajian biologi molekular yangmelibatkan aras organisasi paling rendah iaitu komponen molekular di dalam sel.

Page 12: Unit Pelajaran 1(1)

Umumnya, kaedah penyelidikan dalam sains biologi melibatkan pemerhatian, pengenalpastian,penyiasatan secara eksperimental dan penerangan teoritikal tentang fenomena-fenomenasemulajadi (Rajah 1.14).

Hipotesis adalah satu proposal untuk menerangkan sesuatu fenomena semulajadi. Teori biologipula adalah satu penjelasan terhadap pelbagai jangkaan yang dibuat berdasarkan pelbagaidata. Penjelasan dapat dibuat menggunakan pendekatan-pendekatan berikut:

P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 13

1. Membuat pemerhatian ke atas alam semulajadi

2. Membuat persoalan kajian3. Membina hipotesis menggunakan semua maklumat yang diketahui4. Membuat ramalan tentang hasil dapatan sekiranya hipotesis adalah benar5. Menguji ramalan dengan menjalankan eksperimen dan pemerhatian6. Mengulang ujian untuk melihat konsistensi7. Membuat laporan kajian8. Membuat kesimpulan

Pemerhatian

Persoalan

Hipotesis

Ramalan

Hasil ujian tidakmenyokong hipotesis.Buat hipotesis baru

Ujian(Eksperimental

atauPemerhatian

Hasil ujian menyokonghipotesis. Membuat ramalanbaru dan membuat ujian

lanjutan

tambahan)

Rajah 1.14 Carta alir kaedah penyelidikan saintifik.

Page 13: Unit Pelajaran 1(1)

Cuba anda huraikan satu kajian saintifik yang dijalankan dengan menggunakan

pendekatan di atas. Anda boleh merujuk kepada buku-buku rujukan anda.P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 14

Nampaknya anda telah sampai ke penghujung unit ini. Anda kini telah pun

mempunyai pengetahuan asas tentang biologi dan komponen-komponen penting didalamnya. Dalam unit-unit seterusnya, anda akan mempelajari tentang komponen-komponenbiologi tersebut dengan lebih mendalam, bermula dengan atom dan molekul yang membinaasas kehidupan, diikuti dengan sel dan metabolisme sel. Seterusnya, anda akan mempelajaritentang ilmu genetik dan pewarisan sebelum mempelajari tentang anatomi, histologi danfisiologi tumbuhan dan haiwan. Semoga berjaya!

RINGKASAN

1. Hidupan boleh dibezakan dengan bukan hidupan melalui 7 ciri utama, iaitu sel danorganisasi, penggunaan tenaga dan metabolisme, pengawal aturan dan homeostasis,tindak balas terhadap perubahan sekitaran luar, pertumbuhan dan perkembangan,pembiakan dan evolusi.

2. Organisasi hidupan tersusun mengikut tahap, iaitu bermula dengan tahap organisasiyang paling kecil iaitu atom, berkembang kepada tahap-tahap seterusnya yang lebihbesar dan kompleks.

3. Satu sistem pengkelasan binomial atau taksonomi telah dibina dimana semuaorganisma boleh dikenalpasti melalui nama genus dan spesies.

4. Organisma dikelaskan kepada tiga kategori yang dikenali sebagai ‘Domain’ iaitu: Arkea,Bakteria dan Eukarya.

5. Domain Eukarya pula dikategorikan kepada empat ‘Alam’ iaitu: Fungi, Plantae,Animalia dan Protista.

6. Kaedah penyelidikan dalam sains biologi melibatkan pemerhatian, pengenalpastian,penyiasatan secara eksperimental dan penerangan teoritikal tentang fenomena-fenomena semulajadi.

P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 15

PETA KONSEP

7 Ciri-ciri hidupan

Sel dan organisasi

Tenaga dan metabolisme

Pengenalan kepada Biologi

Organisasi hidupan

Atom

Sel

Pengkelasan Hidupan

Spesies

Genus

Pengawal aturan dan homeostasis

Tisu Famili

Page 14: Unit Pelajaran 1(1)

Tindak balas terhadap sekitaran

Organ Order

Pertumbuhan dan perkembangan

Sistem Kelas

PembiakanOrganisma Filum

Evolusi AlamPopulasi

Komuniti

Ekosistem

Biosfera

Pendekatan kajian saintifik dalam bidang biologi

Membuatpemerhatian

Membinahipotesis

Mengujiramalan

Membuatlaporan

Membuatpersoalan kajian

Membuatjangkaan

Mengulangujian

Membuatkesimpulan

P e n g e n a l a n K e p a d a B i o l o g i | 16

KATA KUNCI

1. Arkea 10. Mutasi2. Bakteria 11. Organisma3. Eukariot 12. Pemerhatian4. Ekosistem 13. Prokariotik5. Evolusi 14. Protista6. Genus 15. Sel7. Hipotesis 16. Spesies8. Homeostasis 17. Tenaga9. Komuniti 18. Taksonomi

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah ciri-ciri yang membezakan hidupan dengan bukan hidupan?

2. Nyatakan tujuh tahap organisasi daripada yang paling ringkas kepada paling kompleks.3. Nyatakan komponen-komponen dalam pengkelasan binomial.4. Apakah kepentingan evolusi dalam kehidupan?

Page 15: Unit Pelajaran 1(1)

5. Apakah perbezaan antara pemilihan semulajadi dan pemilihan buatan?6. Bagaimanakah kajian saintifik dalam bidang biologi dijalankan? Berikan satu contoh.

RUJUKAN

Brooker, J.R., Widmair, E.P., Graham, L.E. & Stiling, P.D. 2008. Biology. Boston: McGrawHillHigher Education.

Audesirk, T., Audesirk, G. & Byers, B.E. 2008. Biology: Life on Earth. 8th Edition. New Jersey:Pearson Education Hall.

Starr, C., Evers, C.A., & Starr, L., 2011. Biology: Concepts and Applications. Belmont: CA:

Thomson Brooks/Cole.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

A Penspesiesan adalah proses evolusi yang menghasilkan spesies organisma baru.  Iaberlaku dalam satu  tempoh masa yang panjang. Variasi pula berlaku dalam tempohmasa yang lebih pendek, dan hanya melibatkan kepelbagaian perincian dalam satu

ciri sesuatu organisma dalam spesies yang sama.