2
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tingi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya maka saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menjayakan Pameran bahan bantu mengajar PISMP 2C Major Pendidikan Khas Ambilan Jun 2013 yang diamanahkan kepada kami oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saya selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa program dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi kesempatan, peluang dan ruang kepada kami untuk melaksanakan seterusnya merasai pengalaman yang baharu hasil daripada Pameran bahan bantu mengajar ini. Program ini merupakan salah satu daripada subjek pendidikan khas (kaedah pengajaran dan pembelajaran khas BM) di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan Khas. Justeru itu, kami diamanahkan untuk melaksanakan program ini bagi memenuhi syarat penilaian untuk kursus ini. Rasionalnya, program ini dapat memberi pengalaman, pendedahan serta pemahaman yang lebih luas terhadap guru pelatih untuk menunjukkan kreativiti. Disamping itu juga meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Program ini sangat membantu dalam memperolehi pengalaman baharu untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di masa akan datang. Seterusnya, di sini tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terutamanya Datin Siti Hanifah Binti Madarsa selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana dengan memberi kebenaran serta kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Sekalung ucapan kata aspresiasi kami persembahkan kepada semua pensyarah yang terlibat terutama pensyarah penasihat iaitu Cik Siti Salamah Binti Mohd Yusof dan juga mentor yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program ini yang banyak membantu dalam menjayakan Program ini. Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa baik dan budi anda semua tidak dapat saya balas dan akan dikenang selamanya. Sekian. (MARHIYAH BINTI HJ ABD MUTHALIB) Pengerusi

Ucapan Pengerusi Pameran Bbm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Page 1: Ucapan Pengerusi Pameran Bbm

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tingi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurniaNya maka saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menjayakan Pameran bahan bantu mengajar PISMP 2C Major Pendidikan Khas Ambilan Jun 2013 yang diamanahkan kepada kami oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saya selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa program dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana memberi kesempatan, peluang dan ruang kepada kami untuk melaksanakan seterusnya merasai pengalaman yang baharu hasil daripada Pameran bahan bantu mengajar ini.

Program ini merupakan salah satu daripada subjek pendidikan khas (kaedah pengajaran dan pembelajaran khas BM) di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan Khas. Justeru itu, kami diamanahkan untuk melaksanakan program ini bagi memenuhi syarat penilaian untuk kursus ini. Rasionalnya, program ini dapat memberi pengalaman, pendedahan serta pemahaman yang lebih luas terhadap guru pelatih untuk menunjukkan kreativiti. Disamping itu juga meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup sepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Program ini sangat membantu dalam memperolehi pengalaman baharu untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di masa akan datang.

Seterusnya, di sini tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) terutamanya Datin Siti Hanifah Binti Madarsa selaku Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana dengan memberi kebenaran serta kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini. Sekalung ucapan kata aspresiasi kami persembahkan kepada semua pensyarah yang terlibat terutama pensyarah penasihat iaitu Cik Siti Salamah Binti Mohd Yusof dan juga mentor yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program ini yang banyak membantu dalam menjayakan Program ini.

Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa baik dan budi anda semua tidak dapat saya balas dan akan dikenang selamanya.

Sekian.

(MARHIYAH BINTI HJ ABD MUTHALIB)

Pengerusi

Jawatankuasa Pameran Bahan Bantu Mengajar

PISMP Ambilan Jun 2013