30
Pelaporan dan Isu-isu Penilaian 1. Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian; 2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya; 3. Menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya; 4. Menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta 5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian. Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian item seperti indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan. Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Topik ini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

Topik 8 Penghubungkaitan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

....

Citation preview

  • !"#$%

    & Pelaporan

    dan Isu-isu Penilaian

    %'()*+%,-./-+(0(1(2

    !"#$%!&"'()!$"!*!+"#*,#"-.%#&/-*0#",#)#'1

    1. Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian;

    2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;

    3. Menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;

    4. Menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta

    5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.

    ! ,-23-2(+(2

    Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian item seperti indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan.

    Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Topik ini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&5

    &64 % ,-+(,71(2%80*(2

    )-.(9%9-2:*1*%&64

    Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis dan didokumentasikan, pada pandangan anda apakah signi!kasinya kepada generasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak memberi laporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk iktibar generasi seterusnya?

    Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Mereka yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan diberikan, bergantung pula kepada tujuan penilaian dibuat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tujuan penilaian antara lain ialah untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan.

    &6464% ,;?%+?"!=?

  • 4&A !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    (a) Guru

    *,%82 89%,-+(0(1

    Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk membuat keputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

    Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi pembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlu mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.

    Rajah 8.1: Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan motivasi setiap pelajarnya

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&B

    Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan untuk memilih pelajar untuk menerima hadiah atas kejayaan mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan oleh guru.

    (b) Pelajar

    *,%82 89%,-+(0(1

    Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini termasuklah pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka.

    Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan untuk mereka membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai. Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaran mereka. (lihat rajah 8.1 dan 8.2)

    Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar perlu mengetahui kemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaan atau kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir tahun persekolahan.

    Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar.

  • 4&& !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Rajah 8.2: Laporan penilaian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka

    (c) Ibu Bapa

    *,%82 89%,-+(0(1

    Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat ini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

    Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mengubah perlakuan di rumah atau di kelas tuisyen kepada sahsiah yang lebih baik.

    Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan akademik dan perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai. Justeru, laporan berkaitan masalah pembelajaran, kemajuan

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4&C

    akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

    +( *'(2%&64

    Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalam pembelajaran?

    (d) Guru Kaunselor Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar

    untuk membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajar tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.

    Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar. Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunseling dan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk setiap pelajar seperti dalam Rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan kepada guru kaunselor.

  • 4CD !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Rajah 8.3: Maklumat laporan pelajar kepada guru kaunselor

    (e) Guru Besar Sekolah

    *,%82 89%,-+(0(1

    Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran pelajar.

    Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru besar untuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta, mungkin juga, digunakan untuk menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan kelas perlu disampaikan kepada guru besar. (lihat rajah 8.4)

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4C4

    Rajah 8.4: Guru besar memerlukan laporan untuk menentukan keberkesanan program yang telah dirancang

    (f) Pegawai Pendidikan Daerah

    *,%82 89%,-+(0(1

    Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

    Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu PPD merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya. Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah dalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah perlu disampaikan kepada PPD.

  • 4CE !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    (g) Bakal Majikan

    *,%82 89%,-+(0(1

    Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat ini termasuklah pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar. Maklumat tentang pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran tertentu oleh pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas.

    Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya. Justeru, laporan berkaitan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakal majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

    Sebagai kesimpulannya keseluruhan pelaporan penilaian ini boleh dilihat dalam Rajah 8.5 di bawah.

    Rajah 8.5: Pelaporan penilaian

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4CF

    &646E% /;

  • 4CI !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    (b) Gred Abjad

    *,%82 89%,-+(0(1

    Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan penggredan ini. Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan.

    Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini. Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A. Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak kategori. Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred abjad, kita telah mengkelaskan markah ini kepada kategori tertentu dan mengubah kategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar.

    (c) Gred Lulus-Gagal

    *,%82 89%,-+(0(1

    Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan. Penilai perlu menetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50% diberikan gred gagal. Kita juga mengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah kepada gred gagal.

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4C5

    Walaubagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gred A dan B yang boleh diubah kepada gred lulus, sementara gred C, D dan F diubah kepada gred gagal. Gred lulus- gagal ini diguna untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan yang susah. Biasanya, pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkan rasa malu apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini juga biasanya digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran, misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal.

    Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakkan pelajar menjawab soalan yang susah atau mengambil kursus yang susah. Kelemahan gred lulus-gagal ialah, sama seperti gred peratus/abjad, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengelaskan markah ini kepada dua kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar.

    Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel, 1995).

    +( *'(2%&6E

    Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajar menggunakan ketiga- tiga gred peratus, gred abjad dan penjelasan gred (seperti baik, cemerlang).

    (d) Senarai Semak Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang

    mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya, gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang (A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di sekolah rendah dan menengah rendah.

  • 4CA !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar (lihat rajah 8.6). Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberi nasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka meningkatkan. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan.

    Rajah 8.6: Penyediaan senarai semak dapat memperincikan maklumat pelajar

    Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap. Walaubagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain dan juga yang akan datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaian yang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran susah diperoleh.

    (e) Penjelasan Bertulis Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan

    tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif,

    Senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu menyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkan ketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangan sahsiah pelajar.

    27 (%,-2 *23

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4CB

    psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar. Seperti juga. senarai semak, penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar. Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat tentang kelemahan pelajar.

    *,%82 89%,-+(0(1

    Penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertulis tentang kelemahan pelajar sahaja. Walaubagaimanapun, penjelasan bertulis agak sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu mempunyai ramai pelajar yang lemah dan bermasalah disiplin.

    Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (!exible) disebabkan pelapor boleh memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Seperti juga senarai semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaiki pencapaian/sahsiah mereka.

    Kelemahan penjelasan bertulis ialah guru perlu bekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Walaubagaimanapun, dengan bantuan komputer, pernyataan- pernyataan yang akan digunakan boleh disimpan dan diambil semula daripada komputer apabila kita menyediakan penjelasan bertulis.

    (e) Perjumpaan Ibu Bapa

    Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihak sekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberitahu ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pelajar.

    27 (%,-2 *23

  • 4C& !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat contoh kerja, jawapan ujian dan pro!l pelajar. Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapa biasanya ingin mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru, perjumpaan ini kadang kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapa orang guru yang mengajar pelajar tersebut.

    Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalam tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri. Dengan demikian, pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan juga memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat daripada perjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut.

    Kelemahan perjumpaan ibu bapa ialah perjumpaan ini mengambil masa yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semua guru yang mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan. Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masa yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu persekolahan. Sebagai kesimpulanya bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkan kepada Rajah 8.7 di bawah.

    Rajah 8.7: Bentuk-bentuk laporan penilaian

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" 4CC

    &646F% J!

  • EDD !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Pendidikan Muzik Latihan Amal TeoriMinat dan Sikap

    Nama Guru _____ Nama Guru _____

    Pendidikan Agama IslamPengetahuan Bacaan Al-Quran Hafalan Al-Quran SikapAmalan

    Nama Guru _____ Nama Guru _____

    Pendidikan Moral Pengetahuan SikapAmalan Nama Guru _____ Nama Guru _____

    Kajian Tempatan Pengetahuan Kemahiran BelajarKemahiran Sosial dan Sikap

    Nama Guru _____ Nama Guru_____

    Pendidikan SeniKebolehanKemahiran Menggunakan MediaSikap

    Nama Guru _____ Nama Guru_____

    Kemahiran HidupKebolehanSikap

    Nama Guru ____ Nama Guru ____

    Pend. Jasmani & KesihatanKebolehan Kemahiran menggunakan MediaSikap

    Nama Guru ____ Nama Guru ____

    Jawatan Yang Dipegang1.23.4.5.

    Kedatangan

    Kelakuan

    Berat

    Jumlah Markah

    Peratus

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" ED4

    Gred

    Kedudukan

    Komen Guru Kelas

    Nama Guru Kelas_________

    Nama Guru Kelas_________

    Tandatangan Guru Kelas

    Tandatangan Guru Besar & Cop

    Tandatangan Penjaga

    +( *'(2%&6F

    Beri satu kekangan pelaporan penilaian menggunakan kaedah perjumpaan ibu bapa.

    &6E % ,-2*+(*(2%9-2:*1*M%3818%:(2%,*(N(*

    Penilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai seperti dalam Rajah 8.8. Setiap kelompok penilaian ini mempunyai tujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuan menentukan sama ada dirinya sendiri benar-benar memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/ peperiksaan. Penilaian guru pula bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya.

  • EDE !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar lain di seluruh negara, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian piawai juga diguna untuk

    menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorang pelajar. Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagian berikut.

    &6E64% ,;

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" EDF

    Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajar dengan bantuan daripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkan pelajar sendiri mungkin tidak berkeupayaan untuk menyemak jawapan atau menilai ukuan yang diperoleh. Bantuan ini diperlukan terutama apabila pelajar menggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar seperti minat, motivasi, sikap, kecerdasan, aptitud dan kecenderungan kerjaya. Kesilapan semasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuat interpretasi, yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya, kesilapan menginterpretasi bidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajar memilih bidang pengajian/kerjaya yang tidak sesuai dengannya. Justeru, penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alat yang mengukur pencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yang diberikan oleh pelajar.

    Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukan panduan tentang cara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduan tentang cara menginterpretasi ukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciri dalaman seseorang boleh didapati secara atas talian. Contohnya, University of Waterloo Career Development Manual boleh membantu seseorang mengenal pasti kerjayanya berasaskan minat, nilai dan kemahiran seseorang itu. Manual Waterloo ini memberi gambaran lengkap tentang siapa diri seseorang itu dan bagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai dengan peluang kerjaya yang sedia ada.

    Rajah 8.9: Penilaian kendiri pelajar boleh membantu bidang kerjaya yang sesuai

  • EDI !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Anda boleh mendapat maklumat lanjut berhubung dengan proses Manual Waterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/index2.asp. Ciri-ciri penilaian yang dilakukan secara atas talian ini banyak membantu pelajar untuk mengukur pencapaian dan sahsiah pelajar itu sendiri.

    &6E6E% ,;

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" ED5

    peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubal sendiri oleh seorang guru atau beberapa orang guru. Ciri utama sesuatu ujian/ peperiksaan ialah kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iaitu sejauh mana sesuatu ujian/peperiksaan dapat mengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelum seseorang guru itu menyediakan kertas ujian, dia perlu tahu/menentukan tujuan ujian itu diadakan, misalnya, menentukan pengetahuan/kemahiran asas pelajar untuk tajuk baru tertentu. Langkah seterusnya ialah menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajuk dan objektif pengajaran.

    Seterusnya, berpandukan kepada JPU ini, guru akan menyediakan soalan-soalan ujian. Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalam bidang yang sama tentang kesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkah seterusnya ialah membuat ujian/kajian rintis terhadap soalan-soalan yang disediakan dan membuat pembetulan yang diperlukan. Indeks kesukaran dan diskriminasi perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengan tujuan ujian itu diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikut panduan pengujian tertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapan yang diberikan pelajar dan akhirnya membuat laporan penilaian.

    Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yang diperoleh dapat digunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai. Sekiranya tujuan ujian ialah untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas, maka keputusan ujian akan dapat menentukan sama ada seseorang pelajar itu mempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak. Sekiranya tidak, guru perlu mengulang/mengajar semula pengetahuan/kemahiran asas tersebut, sebelum mula mengajar tajuk baru.

    &6E6F% ,;

  • EDA !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    dengan gred yang diperoleh pelajar lain yang mengambil kertas peperiksaan lain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawai untuk membandingkan pencapaian pelajar. Contohnya, gred A yang diperoleh pelajar sebuah sekolah di negeri Selangor adalah setara dengan gred A yang diperoleh pelajar di sebuah sekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaian piawai juga boleh digunakan untuk menilai ciri-ciri dalaman pelajar. Oleh sebab alat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal, maka kehadiran alat-alat piawai dapat membantu pihak sekolah untuk menilai ciri-ciri tersebut.

    Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedur peperiksaan perlu dibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPU dan soalan peperiksaan perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Ujian/kajian rintis juga perlu dibuat supaya kertas soalan dapat difahami pelajar dengan jelas, masa menjawab soalan mencukupi dan soalan tidak terkeluar daripada sukatan pelajaran. Seterusnya, kerahsiaan kertas peperiksaan perlu dikawal dengan baik supaya kertas peperiksaan tidak bocor.

    Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yang sama di semua pusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan, tindakan untuk menjelaskan maksud soalan kepada pelajar, pembetulan kepada soalan yang didapati salah, jarak antara meja, pengawasan peniruan dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di semua pusat peperiksaan.

    27 (%,-2 *23

    Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan, kawalan perlu dibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM) kepada jawapan pelajar. Kawalan ini perlu dibuat memandangkan bilangan pemeriksa yang terlibat dalam pemeriksaan skrip jawapan adalah ramai dan cara mereka memberi markah akan berbeza. Ini boleh menimbulkan ketidakadilan dalam pemberian markah kepada pelajar.

    Langkah pertama untuk menyelaras pemberian markah ialah menyediakan skema pemarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang mungkin bersama markahnya sekali bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan berbentuk esei. Selain itu, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan juga perlu diadakan dengan dihadiri oleh semua pemeriksa. Latihan memeriksa beberapa sampel jawapan peperiksaan perlu dibuat untuk menyelaraskan pemberian markah bagi jawapan-jawapan yang berbeza. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat menentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripada

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" EDB

    jawapan yang terdapat dalam skema jawapan. Akhirnya, kemasukkan markah ke dalam komputer perlu disemak supaya markah yang dimasukkan adalah sama dengan markah yang diperoleh pelajar seperti yang tercatat dalam kertas jawapan.

    +( *'(2%&6F

    Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    &6F % *)8P*)8%/-19(* (2%,-238981(2%:(2%,-2*+(*(2

    Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.

    &6F64% ,;

  • ED& !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    jawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatan ukuran pencapaian.

    Walaubagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujian ejaan, tatabahasa, kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat menyemak ejaan dan tatabahasa semasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu, komputer berupaya mengesan ketepatan suara apabila kita menyebut sesuatu perkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberi maklum balas tentang peratus ketepatan sebutan.

    *,%82 89%,-+(0(1

    Penggunaan komputer untuk mentadbir ujian dapat membantu guru, terutama jika bilangan pelajar adalah agak ramai. Ia juga membenarkan pelajar mengambil ujian secara individu atau berkumpulan dan pelajar boleh mengulangnya sebanyak kali yang diperlukan. Selain itu, ujian juga boleh diambil secara jarak jauh melalui internet, tanpa perlu menjadualkan masa ujian dan menghadkan bilangan calon.

    Walaubagaimanapun, kita berhadapan dengan isu pengesahan identiti calon yang mengambil peperiksaan. Persoalannya ialah adakah orang yang menjawab soalan peperiksaan itu adalah calon sebenar atau orang lain yang menjawab untuknya. Isu ini masih belum berjaya ditangani dengan baik. Sebaliknya, jika para pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakan penilaian kendiri, isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuan penilaian kendiri adalah amat penting dalam proses pengajaran-pembelajaran.

    &6F6E% ,;

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" EDC

    penilaian yang dipersetujui bersama. Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan skema permarkahan dan memeriksa jawapan/proses/hasil/apresiasi.

    Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; seperti geogra!, sejarah, pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaian berkaitan fakta, konsep, prinsip, kemahiran (seperti membaca peta, menganalisis dokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan- soalan tentang agama akan menjadi sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasa menggubal soalan. Seterusnya, penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasa melibatkan pengukuran dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah, ejaan, kesusasteraan), psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis, komunikasi), afektif (sikap, nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru, pengukuran dan penilaian bidang ini perlu dibuat secara menyeluruh dan teliti, yang tentunya akan mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenaga yang banyak.

    Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domain kognitif (konsep, pemahaman, kemahiran ber!kir, rumus), psikomotor (pengiraan, melukis graf/rajah, mengukur), afektif (apresiasi, sikap, nilai) dan hasil (graf, rajah, model). Isu utama pengukuran dan penilaian bidang ini ialah penguasaan bahasa dan kemahiran ber!kir. Ujian berbentuk pengiraan/lukisan, sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyak melibatkan kemahiran ber!kir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiran ber!kir hanya boleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahaman soalan akan timbul disebabkan ia amat bergantung kepada penguasaan bahasa seseorang pelajar. Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains menimbulkan isu kefahaman pelajar. Walaupun pelajar dapat menjawab soalan ujian dengan baik disebabkan jawapan dalam bidang sains merupakan fakta, pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teori sains yang ingin disampaikan. Pelajar menjawab soalan secara hafalan/mekanikal sahaja.

    &6F6F% ,;

  • E4D !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran pula, mereka didapati sukar memahami perkataan dan istilah-istilah abstrak, yang terkandung dalam soalan peperiksaan. Keupayaan mereka membaca, menulis dan memproses maklumat juga adalah lambat (Mohd. Hana!, 2005). Selain itu, mereka juga tidak dapat mendengar arahan yang dibuat semasa ujian/peperiksaan dijalankan, yang turut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambat membaca, menulis dan memproses maklumat, maka jangka masa ujian/peperiksaan perlu disesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilah abstrak, maka mereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut. Kajian Mohd. Hana! (2005) menunjukkan pencapaian pelajar bermasalah pendengaran meningkat apabila jangka masa peperiksaan ditambah dan terus meningkat apabila soalan peperiksaan diterjemahkan kepada bahasa isyarat.

    Rajah 8.11: Pengukuran pelajar masalah penglihatan

    Rajah 8.12: Pelajar bermasalah anggota

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" E44

    Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran, mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami, ber!kir dan menulis jawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilah abstrak dalam soalan peperiksaan. Justeru, untuk mengukur pencapaian sebenar, mereka juga perlu diberi masa tambahan dan penjelasan kepada istilah-istilah abstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota, mereka perlu diberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruang peperiksaan yang selesa untuk mereka.

    Begitu juga, sekiranya mereka cacat pada bahagian tangan, yang menyebabkan mereka lambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Dengan pertambahan masa dan penterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharap lebih ramai pelajar-pelajar khas akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seperti mana dalam peperiksaan UPSR tahun 2005.

    +( *'(2%&65

    Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekak tidak berupaya memahami istilah abstrak.

    18.8)(2

    Topik ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yang patut menerima laporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa, guru, guru kaunselor/disiplin, guru besar sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Seterusnya, topik ini menjelaskan bentuk laporan penilaian yang meliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak, penjelasan bertulis dan perjumpaan ibu bapa. Selain itu, topik ini juga menjelaskan tentang tiga jenis penilaian, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai. Akhirnya, beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.

  • E4E !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

    Gred Abjad

    Gred Lulus-Gagal

    Gred Peratus

    Penilaian Bertulis

    Penilaian Guru

    Penilaian Kendiri

    Pelaporan Penilaian

    Penilaian Piawai

    Perjumpaan Ibu Bapa

    Senarai Semak

    80*(2%4

    1. Jelaskan maksud pelaporan penilaian.

    2. Jelaskan kepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibu bapa.

    3. Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa ujian?

    80*(2%E

    1 Jelaskan maksud penjelasan bertulis sebagai satu bentuk laporan penilaian.

    2. Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasan bertulis ini?

    3. Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajaran tertentu dan perkembangan sahsiah pelajar.

    18089(2

    Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Arif!n (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (1992). Perangkaan pendidikan 1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • !"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+ "" E4F

    Cheeseman, H.R. (1948). Education in Malaya. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

    Ebel, R.L. (1965). Measuring educational achievement. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

    Grondlund, N.E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York: Macmillan Company.

    Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for effective teaching: Using context-adapted planning. Boston: Pearson-Allan & Allyn and Bacon.

    Mohd. Hana! Mohd. Yasin. (2005). Perbandingan pencapaian pelajar pendidikan khas (pekak) menggunakan tiga format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oosterhof, A. (2003). Developing and using classroom assessments. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill and Printice Hall.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html

    http://www.testpreview.com/modules/verbs.html

    http://www.testpreview.com/modules/nouns.html

    http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.h