2
Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Sambutan Kemerdekaan tahun 2013 “Negaraku Bedaulat : Tanah Tumpahnya Darahku” Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SK Taman Selesa Jaya. Yang Dihormati Pn Mardiana bt Basir, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Yang Dihormati Pn Aisah bt Hj Tahoid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang Dihormati Encik Juraimi bin Hj Safar, Penolong Kanan Kokurikulum. Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Alhamdulillah di pagi yang cerah ini, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Sambutan Kemerdekaan Peringkat SK Taman Selesa Jaya bagi tahun 2013. Guru-guru dan murid sekalian, Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta. Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus mengukuhkan perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. Hatta SK Taman Selesa Jaya sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara. Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.

Teks Ucapan.majlis Tutup Merdeka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

speech

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan.majlis Tutup Merdeka

Teks Ucapan : Majlis Penutupan Bulan Sambutan Kemerdekaan tahun 2013

“Negaraku Bedaulat : Tanah Tumpahnya Darahku”

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SK Taman Selesa Jaya.Yang Dihormati Pn Mardiana bt Basir, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Yang Dihormati Pn Aisah bt Hj Tahoid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang Dihormati Encik Juraimi bin Hj Safar, Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah di pagi yang cerah ini, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Sambutan Kemerdekaan Peringkat SK Taman Selesa Jaya bagi tahun 2013.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta.

Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.

Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus mengukuhkan perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi taruhan. Hatta SK Taman Selesa Jaya sebagai institusi melahirkan modal insan yang berguna sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta penggerak utama dalam arus pembangunan negara.

Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Kajian Tempatan,Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarnegraan, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni kerana telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Taman Selesa Jaya bagi tahun 2013 ini.

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Taman Selesa Jaya tahun 2013.Sekian, terima kasih.