2
Yang dihormati, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Pengetua SMKYP, Puan Asmah binti Markom, Penolong Kanan, Cik Tan Soo Soo, PK HEM, Encik Sugiman bin Ngadino, PK Kokurikulum, En Eeu Hoong Siong, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, barisan guru-guru dan tidak dilupakan, anak-anak yang dikasihi. Salam Sejahtera. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak sekolah menjemput saya hadir ke majlis Sambutan Hari Guru peringkat SMKYP untuk bersama-sama meraikan Hari Guru. Sepanjang saya menyandang jawatan sebagai Yang Di Pertua PIBG, saya mendapati pihak pentadbir dan juga guru-guru sentiasa berusaha untuk memastikan anak-anak kami dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Semua masalah terutama yang melibatkan masalah disiplin anak-anak kami yang nakal dapat diatasi bersama. Terima kasih cikgu kerana membantu kami sebagai ibu bapa yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kami. Saya mewakili AJK PIBG dan juga ibu bapa bagi semua pelajar SMKYP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak berkorban membantu demi kemajuan pendidikan anak-anak kami.

Teks Ucapan YDP Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks ucapan

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan YDP Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Yang dihormati, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Pengetua SMKYP,

Puan Asmah binti Markom, Penolong Kanan, Cik Tan Soo Soo, PK HEM,

Encik Sugiman bin Ngadino, PK Kokurikulum, En Eeu Hoong Siong, Guru-

guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, barisan guru-guru dan tidak

dilupakan, anak-anak yang dikasihi. Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak sekolah

menjemput saya hadir ke majlis Sambutan Hari Guru peringkat SMKYP

untuk bersama-sama meraikan Hari Guru.

Sepanjang saya menyandang jawatan sebagai Yang Di Pertua PIBG,

saya mendapati pihak pentadbir dan juga guru-guru sentiasa berusaha

untuk memastikan anak-anak kami dapat belajar dalam suasana yang

kondusif. Semua masalah terutama yang melibatkan masalah disiplin

anak-anak kami yang nakal dapat diatasi bersama. Terima kasih cikgu

kerana membantu kami sebagai ibu bapa yang sentiasa mengharapkan

sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kami.

Saya mewakili AJK PIBG dan juga ibu bapa bagi semua pelajar

SMKYP ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru

yang telah banyak berkorban membantu demi kemajuan pendidikan

anak-anak kami.

Harapan kami sebagai AJK PIBG SMKYP agar cikgu-cikgu semua

diberi kesihatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian.

SELAMAT HARI GURU.

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”.

Terima kasih.