2
TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU Terima kasih Pengerusi Majlis. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berusaha En. Gan Hock Chye Pengetua SMK Sikuati, Kudat. Yang dihormati En. Mohd Khuraini Khuzaimah, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Juliana Ampion, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Juniaiddi @ Baklin Sualin, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Rozlan Elias @Ramli, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Evelyn Mark, Penolong Kanan Petang, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saya telah diberi peluang untuk mewakili semua pelajar SMK Sikuati, Kudat untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Untuk makluman para hadirin sekalian, Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] dan Persatuan Tingkatan Enam [PERTENA] telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Kami telah cuba membuat yang terbaik tetapi sekiranya terdapat kekurangan dalam sambutan Hari Guru sekolah kita pada tahun ini kami memohon maaf. Dalam kesempatan ini juga saya ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dan semua pihak yang telah membantu kami merealisasikan impian kami untuk mengadakan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Bantuan kalian amat bermakna kepada kami. Kepada guru-guru Tingkatan Enam yang menjadi fasilitator kami menganjurkan Hari Guru ini, kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga atas nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami. Sesungguhnya peluang menganjurkan acara seperti ini akan menjadi pengalaman yang amat berharga dan berguna kepada kami. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit.

Teks Ucapan Wakil Pelajar Sempena Sambutan Hari Guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Wakil Pelajar Sempena Sambutan Hari Guru

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Terima kasih Pengerusi Majlis. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berusaha En. Gan Hock Chye Pengetua SMK Sikuati, Kudat. Yang dihormati En. Mohd Khuraini Khuzaimah, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Juliana Ampion, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Juniaiddi @ Baklin Sualin, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Rozlan Elias @Ramli, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Evelyn Mark, Penolong Kanan Petang, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saya telah diberi peluang untuk mewakili semua pelajar SMK Sikuati, Kudat untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Untuk makluman para hadirin sekalian, Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] dan Persatuan Tingkatan Enam [PERTENA] telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Kami telah cuba membuat yang terbaik tetapi sekiranya terdapat kekurangan dalam sambutan Hari Guru sekolah kita pada tahun ini kami memohon maaf.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dan semua pihak yang telah membantu kami merealisasikan impian kami untuk mengadakan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Bantuan kalian amat bermakna kepada kami. Kepada guru-guru Tingkatan Enam yang menjadi fasilitator kami menganjurkan Hari Guru ini, kami juga ingin mengucapkan terima kasih juga atas nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami. Sesungguhnya peluang menganjurkan acara seperti ini akan menjadi pengalaman yang amat berharga dan berguna kepada kami. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya juga ingin mewakli semua pelajar SMK Sikuati, Kudat memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami sepanjang

kami menimba ilmu di sekolah ini. ‘Selamat Hari Guru 2013’. Segala pengorbanan cikgu akan kami ingati dan hargai sepanjang hayat kami.

Sekian.