2
Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalam mualaikum... Yang Berusaha Tuan Haji Yahya Bin Rakam, Guru Besar SK Pengkalan Besar. Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Pengkalan Besar. Yang dihormati En Hussin Bin Mohamad, YDP PIBG SK Pengkalan Besar. Yang disayangi rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalam mualaikum... Yang Berusaha Tuan Haji Yahya Bin Rakam, Guru Besar SK Pengkalan Besar. Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Pengkalan Besar. Yang dihormati En Hussin Bin Mohamad, YDP PIBG SK Pengkalan Besar. Yang disayangi rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. 

Hadirin sekalian,Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. 

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. 

Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. 

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.