Upload
man-alias
View
7.111
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
SITI HAWA BINTI MOHD YUNUS
“PROGRAM MENJEJAK MAKLUMAT SETINGGI GUNUNG,
SELUAS LAUTAN ILMU”
Mulakan dengan bismillah…
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Bismillahirrahmaanirrahim.alhamdulillahi rabbil a’lamin. Wassalatu wassalamua’la asrafilambia iwalmursalin. Waa’la alihi wasahbihi ajma’in.
Yang berusaha,
Tn. Hj Lokman B. Zakaria,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sek. Keb. Hulu Bernam.
Yang dihormati,
Guru-guru pengiring SKHB…
1.
2.
3.
Yang saya hormati,
Mohamed Firdaus B. Mohd Noah
Selaku Presiden PPSR sesi 09/10.
Saudara Mohd Yusof B. Abd Karim
Selaku Pengarah program “Menjejak Maklumat Setinggi Gunung, Seluas Lautan Ilmu”.
Barisan Jawatankuasa PPSR sesi 09/10 dan AJK program.
Serta para peserta iaitu adik-adik dari SKHB yang saya kasihi.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis penutupan Program Menjejak Maklumat Setinggi Gunung Seluas Lautan Ilmu.
Hadirin & hadirat sekalian,
Sebelum kita memulakan majlis, adalah molek majlis dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis ini. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
- Saudara Rimas B. AslihBagi membacakan doa.
Terima kasih kepada ………………………. Atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin & hadirat serta adik-adik yang saya kasihi,
Saya mulakan majlis ini dengan serangkap pantun.
Buai laju-laju Buah cempedak di luar pagar
Sampai cucur atap Ambil galah tolong jolokkan
Adik belajar jangan jemu Rajin-rajinlah belajar
Rajin-rajinlah baca kitab Jasa guru janganlah dilupakan
Hadirin & hadirat yang saya hormati,
Sepanjang hari ini telah dijalankan berbagai-bagai aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1.
2.
3.
Aktiviti kita pada hari ini adalah untuk member peluang kepada adik-adik untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih baik, boleh berfikir secara kreatif dan kritis dan yang penting merangsang motivasi dalam diri adik-adik. Adik-adik juga dapat melawat Perpustakaan Tuanku Bainun dan mengenal UPSI dengan lebih dekat. Oleh itu, besarlah harapan kami agar program ini dapat member pengetahuan dan pengalaman kepada adik-adik suasana belajar di university.
Para hadiri sekalian,
Bagi meneruskan majlis ini, saya menjemput presiden PPSR sesi 09/10,
- saudara Mohamed Firdaus b. Mohd Naoh
mewakili AJK program untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada saudara Mohamed Firdaus b. Mohd Naoh atas ucapan itu tadi.
Para hadirin yang dikasihi,
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput
- Tn. Hj Lokman b. Zakaria, iaitu Guru Penolong Kanan HEM SKHB
bagi menyampaikan sepatah dua kata seterusnya menyempurnakan majlis perasmian penutupan pada petang ini. Dengan ini majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan tuan itu tadi.
Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian cenderahti kepada guru-guru pengiring.
Dijemput presiden PPSR,
- saudara Mohamed Firdaus b. Mohd Naoh
diiringi pengarah program “Menjejak Maklumat Setinggi Gunung, Seluas Lautan Ilmu”
- Saudara Mohd Yusof B. Abd Karim
Bagi menyampaikan cenderahati.
1.
2.
3.
4.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan Explorace.
1.
2.
3.
Dengan selesainya majlis penyampaian hadiah itu tadi, maka majlis penutupan pada petang ini hamper ke penghujungnya. Saya mewakili pihak penganjur dan juga barisan jawatankuasa program memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil Perpustakaan Tuanku Bainun, pihak SKHB serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Dengan harapan, moga kita dapat bekerjasama pada masa akan dating. Insyallah.
Sebelum mengakhiri majlis ini, saya ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun.
Dua tiga kucing berlari Kalau ada sumur di ladang
Mana nak sama si kucing belang Boleh kita menumpang mandi
Seharian kita beraktiviti Kalau ada umur yang panjang
Moga UPSI sentiasa dikenang Boleh kita berjumpa lagi.
Dengan itu saya sudahi majlis ini dengan ucapan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.