Teks Ucapan Pengerusi Majlis Kaingaran

  • Upload
    bhf4284

  • View
    82

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Moga bermanfaat

Citation preview

1. Yang Berbahagia Ustazah Saidah Khadijah binti Ahmad , Yang Dihormati Cikgu John Aji Gopoit , wakil Sekolah Kebangsaan Kaingaran , Tambunan , Sabah ,Yang Berusaha Encik Jamal Sahat dan Cik Noor Halizah binti Ismail , Pengarah Program Jelajah Syawal SK Kaingaran IPKS 2009 , AJK Pelaksana Program , para penduduk Kampung Kaingaran ,para ibu bapa, para peserta serta sidang hadirin yang dikasihi sekalian .Assalammualaikkum w.b.t dan salam 1 Malaysia . Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan , Program Jelajah Syawal IPKS SK Kaingaran 2009.

2.

Hadirin dijemput berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

3. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , dijemput Al-Fadhil Al- Ustaz Abdillah untuk memimpin bacaan doa. Wa tafaddhal masyhura.

4. Amin.amin ya rabbal alamin . Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Moga majlis kita diredhai Allah SWt.

5. Hadirin sekalian, Majlis kita teruskan lagi dengan ucapan wakil sekolah yang akan disampaikan oleh Cikgu John Aji Gopoit . Dipersilakan .

6. Demikianlah tadi , ucapan yang telah disampaikan oleh Cikgu John Aji Gopoit.Majlis mengucapkan terima kasih . Seterusnya , tibalah kita ke acara kemuncak , yakni ucapan perasmian penutupan oleh Ustazah Saidah Khadijah binti Ahmad . Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

7. Hadirin sekalian, Demikianlah ucapan perasmian penutupan yang telah disampaikan oleh Ustazah Saidah Khadijah bt. Ahmad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam

dan Moral merangkap wakil Pengarah IPGM Kampus Keningau. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

8. Kita teruskan lagi majlis kita pada hari ini dengan upacara penyampaian hadiah sukaneka. Sebelum itu, dijemput Ustazah Saidah Khadijah diiringi Cikgu John Aji Gopoit untuk menyempurnakan majlis tersebut. Dipersilakan:Kumpulan 1Kumpulan 2Kumpulan 3Kumpulan 4Kumpulan 5Kumpulan 6Kumpulan 7Kumpulan 8Kumpulan 9Kumpulan 10Kumpulan 11Kumpulan 12-

9. Sebagai penghargaan kepada para fasilitator, dijemput saudari Noor Halizah bt Ismail mewakili para fasilitator yang terlibat dalam program Jelajah Syawal IPGM Kampus Keningau-SK Kaingaran 2009 dan Program Asrama Desa untuk menerima sijil penghargaan.

10.Sekarang dijemput En. Jamal bin Sahat selaku ketua warden asrama..untuk menerima sedikit ole-ole kecil dari pihak kami

11.Pihak IPGM Kampus Keningau sangat berbesar hati atas kesudian pihak Sekolah Kebangsaan Kaingaran bekerjasama dengan pihak kami untuk menjayakan program ini, sebagai penghargaan dijemput Ustazah Saidah Khadijah untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Cikgu john Aji Gopoit selaku wakil sekolah. Dipersilakan.

12.Majlis dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi program di atas kesudian beliau untuk bersama dengan kita pada hari ini. Sebagai penghargaan dijemput Cikgu John Aji Gopoit untuk menyampaikan cenderamata kepada beliau. Dipersilakan.

13.Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Kami selaku Pengerusi Majlis memohon jutaan kemaafan seandai tersilap kata dan terkasar bahasa, kerana Jika pedang melukai tubuh, ada harapan untuk sembuh. Andai kata melukai hati, mana bisa kucari penawarnya.

14.Sekian wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan jumpa lagi!!!