2
Teks Ucapan Merentas Desa Yang Berbahagia Tuan Romli bin Darus, IPG Kampus yang berusaha Encik Doti Asing, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, Yang dihormati ……………………………………………………………..., Penyelaras Kejohanan Merentas Desa 2015, Seterusnya para ketua Jabatan, pensyarah- pensyarah, staf-staf sokongan dan para rakan siswa pendidik sekalian. Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam satu Kent. Bersyukur kita kepada Tuhan Sekalian Alam yang telah mencipta kita, memberikan kita kesihatan, kekuatan dan menemukan kita pada hari ini di Kejohanan Merentas Desa 2015. Terima Kasih kepada semua yang telah bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam merentas desa ini. Berikan Tepukan yang paling gemuruh untuk kita semua. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, semua pensyarah dan Staf sokongan yang sudi meluangkan masa melibatkan diri dalam kejohanan merentas desa pada hari ini. Walaupun pada tahun 2015 ini kita mengadakan kejohanan merentas desa dengan begitu awal, tetapi hasil kerjasama yang telah diberikan. Kita sama-sama dapat menjayakan merentas desa ini walaupun mungkin dalam kalangan kita sibuk dengan tugasan masing-masing. Ini juga adalah pengalaman pertama saya sebagai naib pengerusi Kejohanan Merentas desa dan juga pertama kali saya berucap pada tahun ini. Rupanya baru saya tahu, dalam menguruskan sesuatu kejohanan merentas desa, ianya bukan sesuatu yang mudah.

Teks Ucapan Merentas Desa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks ucapan merentas desa

Citation preview

Teks Ucapan Merentas DesaYang Berbahagia Tuan Romli bin Darus, IPG Kampus yang berusaha Encik Doti Asing, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent, Yang dihormati ..., Penyelaras Kejohanan Merentas Desa 2015, Seterusnya para ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan dan para rakan siswa pendidik sekalian.Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam satu Kent.Bersyukur kita kepada Tuhan Sekalian Alam yang telah mencipta kita, memberikan kita kesihatan, kekuatan dan menemukan kita pada hari ini di Kejohanan Merentas Desa 2015. Terima Kasih kepada semua yang telah bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam merentas desa ini. Berikan Tepukan yang paling gemuruh untuk kita semua.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, semua pensyarah dan Staf sokongan yang sudi meluangkan masa melibatkan diri dalam kejohanan merentas desa pada hari ini.Walaupun pada tahun 2015 ini kita mengadakan kejohanan merentas desa dengan begitu awal, tetapi hasil kerjasama yang telah diberikan. Kita sama-sama dapat menjayakan merentas desa ini walaupun mungkin dalam kalangan kita sibuk dengan tugasan masing-masing. Ini juga adalah pengalaman pertama saya sebagai naib pengerusi Kejohanan Merentas desa dan juga pertama kali saya berucap pada tahun ini. Rupanya baru saya tahu, dalam menguruskan sesuatu kejohanan merentas desa, ianya bukan sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai aspek yang perlu kita lihat antaranya ialah keselamatan, persiapan dan penglibatan. Aspek keselamatan ini amat penting kerana melibatkan nyawa, dan perkara ini kita perlu teliti dengan serius sekali. Kemudian, aspek persiapan. Aspek ini merangkumi persiapan tempat, laluan, keselesaan para peserta yang melibatkan diri. Yang terakhir ialah penglibatan. Kita perlu tahu siapa peserta kita, keadaan kesihatannya, kedudukan dan yang lain-lain.Tidak perlu saya berucap panjang, Terima Kasih atas kerjasama semua. Kent Semua Boleh!!! Sekian.