3
TEKS UCAPAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN (17JULAI 2012- 24 SEPT 2012) Terlebih dahulu, sebelum saya memulakan majlis kita pada hari ini, saya menjemput Ustaz Abdul Wahid bin Hashim untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ............................................................ ........................................................... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Wahid bin Hashim di atas bacaan doa itu tadi. Yang berusaha, Pn.Rohani bt Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Yang dihormati, En. Eshamuddin bin Abdul Rahim, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Abdul Latif bin ismail, PK HEM, En. Asaithamby a/l Ramayah PK KOKO, Barisan guru bidang, rakan-rakan guru serta para pelajar sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera salam satu malaysia.... Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi, pada pagi yang mulia ini kita dapat sama-sama berkumpul dalam majlis perasmian Kempen Perlaksanaan Jalur Gemilang, Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan tahun 2012. Buat pengetahuan semua, pelbagai acara telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemanusiaan dan bulan kemerdekaan ini seperti pertandingan kuiz, deklamasi sajak, menulis esei, melukis poster dan merekabentuk jalur gemilang dan juga pertandingan hiasan kelas. Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Marsita binti Shamsudin selaku penyelaras Kempen Perlaksanaan Jalur Gemilang, sambutan bulan kemanusiaan dan bulan kemerdekaan

Teks Ucapan Merdeka New

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks ucapan

Citation preview

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEENAM

TEKS UCAPAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN (17JULAI 2012- 24 SEPT 2012)Terlebih dahulu, sebelum saya memulakan majlis kita pada hari ini, saya menjemput Ustaz Abdul Wahid bin Hashim untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.......................................................................................................................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Wahid bin Hashimdi atas bacaan doa itu tadi.

Yang berusaha,Pn.Rohani bt Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek,Yang dihormati,En. Eshamuddin bin Abdul Rahim, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Abdul Latif bin ismail, PK HEM,

En. Asaithamby a/l Ramayah PK KOKO,

Barisan guru bidang, rakan-rakan guru serta para pelajar sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera salam satu malaysia....

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi, pada pagi yang mulia ini kita dapat sama-sama berkumpul dalam majlis perasmian Kempen Perlaksanaan Jalur Gemilang, Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan tahun 2012. Buat pengetahuan semua, pelbagai acara telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemanusiaan dan bulan kemerdekaan ini seperti pertandingan kuiz, deklamasi sajak, menulis esei, melukis poster dan merekabentuk jalur gemilang dan juga pertandingan hiasan kelas. Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Marsita binti Shamsudin selaku penyelaras Kempen Perlaksanaan Jalur Gemilang, sambutan bulan kemanusiaan dan bulan kemerdekaan sekolah menengah kebangsaan tasek tahun 2012 untuk memberikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .................................................................................................................................Terima kasih diucapkan kepada Pn. Marsita binti Shamsudin di atas ucapan beliau sebentar tadi

Baiklah, Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis berbesar hati menjemput pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Pn. Rohani bt Hassan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan minggu kemanusiaan dan bulan kemerdekaan tahun 2011. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

...............................................................................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rohani bt Hassan di atas ucapan perasmian itu tadi.

Seterusnya merupakan upacara simbolik iaitu upacara penyerahan Bendera Jalur gemilang kepada puan pengetua, Pn. Rohani bt Hassan. Penyerahan bendera ini diketuai oleh ***.......................................................................

Terima kasih diucapkan kepada puan pengetua kerana sudi menyempurnakan upacara simbolik itu tadi.Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menghayati persembahan deklamasi sajak patriotik yang bertajuk ***.................................................................. daripada Muhd Izairey Shafizan bin Jafrey dan Nur Fatin Umairaq binti Shahrudin dari ting. 4SN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ............................................................................................................................................... Terima kasih diucapkan kepada Muhd Izairey Shafizan bin Jafrey dan Nur Fatin Umairaq binti Shahrudin atas deklamasi sajak sebentar tadi. Dengan berakhirnya persembahan deklamasi sajak itu tadi, maka berakhirlah majlis perasmian kempen perlaksanaa jalur gemilang, sambutan bulan kemanusiaan dan bulan kemerdekaan tahun 2012. Diharap semua pelajar dapat sama-sama menjayakan sambutan ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan. Sekian, terima kasih.