7
DRAF TEKS UCAPAN MC PADA MAJLIS IFTAR BERSAM PENGETUA KOLEJ TUN SYED NASIR 2010/2011. (DSG) Bi l. Teks MC Catatan 1. Mengumumkan ketibaan- Prof Madya Dr Rozita Abd Talib, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, En Noor Alaudin Abdul Wahab, Timb pengatua 1 Kolej Tun Syed Nasir, Ustaz Haji Norhafizi Abd Rahim, Khairul Aliff bin Khairuman, Pengarah SubProgram Majlis Iftar, barisan felo, Majlis Perwakilan Pelajar, dan barisan pimpinan JAKSA. Hadirn mohon berdiri. Ketibaan pengetua kolej, penceramah, felo-felo, MPP dan JAKSA.Usher mengiringi VIP ke tempat duduk. 2. Pelajar berdiri dan VIP mengambil tempat masing- masing,Usher akan mengiringi VIP ke tempat duduk masins-masing. 3. a)Hadirin dipersilakan duduk. b) i) Yang Berbahagia, Prof Madya Dr Rozita Abd Talib, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Pelajar duduk dan bacaan salutasi.

Teks Ucapan MC

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan MC

DRAF TEKS UCAPAN MC PADA MAJLIS IFTAR BERSAM PENGETUA KOLEJ TUN SYED NASIR 2010/2011.

(DSG)

Bil. Teks MC Catatan1. Mengumumkan ketibaan-

Prof Madya Dr Rozita Abd Talib, Pengetua Kolej

Tun Syed Nasir, En Noor Alaudin Abdul Wahab,

Timb pengatua 1 Kolej Tun Syed Nasir, Ustaz Haji

Norhafizi Abd Rahim, Khairul Aliff bin

Khairuman, Pengarah SubProgram Majlis Iftar,

barisan felo, Majlis Perwakilan Pelajar, dan barisan

pimpinan JAKSA.

Hadirn mohon berdiri.

Ketibaan pengetua kolej, penceramah, felo-felo, MPP dan JAKSA.Usher mengiringi VIP ke tempat duduk.

2. Pelajar berdiri dan VIP mengambil tempat masing-masing,Usher akan mengiringi VIP ke tempat duduk masins-masing.

3. a)Hadirin dipersilakan duduk.

b)i) Yang Berbahagia, Prof Madya Dr Rozita Abd Talib, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir,

ii) Yang Berbahagia, Encik Aluddin Abdul Wahab, Timbalan Pengetua I Kolej Tun Syed Nasir,

ii) Yang Dihormati Ustaz, Haji Norhafizi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kariah Majlis Agama Islam Kuala Lumpur,

iii) Yang Berusaha, Khairul Aliff bin Khairuman, Pengarah SubProgram Iftar Khas bersama Pengetua, barisan felo, Majlis Perwakilan, kepimpinan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi(JAKSA) dan hadiran-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Pelajar duduk dan bacaan salutasi.

Page 2: Teks Ucapan MC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

c) Bagi memberkati acara kita pada malam ini, dijemput saudara Mohd Fakhzan untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Pembaca doa naik ke atas pentas untuk membaca doa.

4. Amin ya rabbal alamin, terima kasih diucapkan kepada saudara Moha Fakhzan atas bacaan doa itu tadi.

Pembaca doa turun dari pentas.

5. Alhamdulillah dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita berkumpul pada malam yang penuh barakah ini untuk menjayakan majlis Iftar bersama pengetua kolej tun syed nasir sesi 2010/2011. Untuk makluman hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah sekalian, Majlis Iftar Khas bersama Pengetua merupakan salah satu di antara subprogram yang di anjurkan di bawah program Ihya’ Ramadhan 2010.

Program iftar ini diadakan bertujuan untuk meraikan bulan Ramadhan disamping megeratkan ukhwah dan silaturahim antara kita tanpa mengira agama dan bangsa. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara pihak pentadbiran kolej dengan pelajar Kolej Tun Syed Nasir sekalian. Selain itu, penglibatan semua kaum diharap dapat menerapkan semangat 1Malaysia dalam jiwa setiap mahasiswa supaya kita dapat bekerjasama dalam apa jua acara tanpa ada jurang yang memisahkan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengenali dengan lebih rapat rakan-rakan kita tidak bangsa dan agama.

Kata-kata aluan pengerusi majlis.

6. Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama menghayati alunan ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh saudara _________________________________

Alunan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan.Peserta di iringi oleh usher untuk naik ke atas pentas.

7. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada saudara ______________________________ atas alunan ayat-ayat suci al-quran itu tadi. Semoga kita dapat menghayati dan mengambil iktibar daripada bacaan tersebut.

Bacaan ayat al-Quran tamat dan peserta turun dari pentas di iringi oleh usher.

Page 3: Teks Ucapan MC

9. Majlis seterusnya menjemput Prof Madya Dr Rozita Abd Talib, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir , untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pengatua naik ke atas pentas untuk menyampaikan ucapan,di iringi oleh usher.

10. Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Rozita Abd Talib,Pengetua kolej tun syed nasir diatas ucapan sebentar tadi.

Usher mengiringi pengetua turun dari pentas dan mengambil tempat duduk VIP semula.

11. Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia yang telah di sediakan.Tayangan ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli-ahli organisasi pelakasana Majlis Iftar Khas bersama Pengetua bagi sesi 2010/2011 yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini. Saksikanlah.

Teknikal/multimedia bersiap sedia.Memastikan tayangan berlangsung dengan lancar.Lampu di padamkan.Tayangan multimedia di mulakan.

12. Begitulah tayangan multimedia bagi memperkenalkan ahli-ahli organisasi majlis iftar bersama pengetua bagi sesi 2010/2011.Dengan berakhirnya tayangan tersebut,maka majlis di tangguhkan untuk menantikan saat azan berkumandang dan berbuka puasa.Untuk makluman semua,majlis akan di teruskan lagi dengan ceramah yang akan di sampaikan oleh Ustaz Norhafizi Abd Rahim yang bertajuk ‘Fenomena Iman Bermusim’ yang akan di jalankan selepas solat terawih bertempat di surau D.Hadirin dan hadirat di persilakan hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu ini.Sekian.

Mc menangguhkan majlis dan mengambil tempat duduk.Menanti azan dari surau.

13 Di jemput saudara Mohd Fakhzan untuk mengetuai bacaan doa.

Selepas azan,pembaca doa akan mengetuai bacaan doa berbuka dan doa makan.

14 Amin amin ya rabbal alamin..Hadirin dan hadirat di jemput untuk menikmati hidangan berbuka puasa.

Selepas berbuka,usher akan mengiringi VIP ke surau D untuk menunaikan solat.Majlis bersurai.

Page 4: Teks Ucapan MC

DRAF TEKS UCAPAN MC PADA MAJLIS IFTAR BERSAMA PENGETUA KOLEJ TUN SYED NASIR 2010/2011.

(surau D)

1 Alhamdulillah,dengan izinnya kita bersama-sama dapat menunaikan solat terawih bersama-sama pada malam yang penuh berkat ini.Majlis di teruskan lagi dengan agenda selanjutnya.Agenda selanjutnya adalah ceramah yang bertajuk ‘Fenomena Iman Bermusim’ yang akan di sampaikan oleh yang di hormati Ustaz Haji Norhafizi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kariah .Sebelum majlis menjemput Yang berbahagia ustaz menyampaikan ceramahnya, izinkan saya untuk membacakan serba sedikit biodata diri beliau:

Ustaz Haji Norhafizi Abd Rahim memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah Majlis Agama Islam Kuala Lumpur selain merangkap Ketu Imam Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Beliau kini aktif dalam memberi ceramah dan syarahan sekitar Kuala Lumpur.

MC membacakan teks yang di sediakan.,

2 Dengan segala hormatnya,majlis menjemput yang berbahagia Ustaz Haji Norhafizi Abd Rahim untuk menyampaikan ceramahnya.Di persilakan.

Usher mengiringi penceramah ke tempat yang telah di sediakan.Ceramah di mulakan.

3 Alhamdulillah,terima kasih di ucapakan kepada Ustaz Norhafizi di atas ceramah yang telah di sampaikan sebentar tadi.Di harap kita semua dapat mengambil segala ilmu yang telah disampaikan tadi untuk kehidupan kita yang lebih baik lagi di masa hadapan.

InsyaAllah.Majlis di teruskan lagi dengan agenda penyampaian cenderamata penghargaan kepada tuan penceramah. Majlis menjemput Pengarah Subprogram Iftar, Khairul Aliff bin Khairuman untuk mengiring Yang Berbahagia, Prof Madya Dr Rozita Abd Talib untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada tuan penceramah.Majlis mempersilakan.

Usher mengiringi VIP mengambil tempat untuk majlis penyampaian cenderamata.

4 Majlis mengucapakan terima kasih di atas kesudian tuan penceramah menerima cenderamata dari kami.Dengan berakhirnya penyampaian penghargaan itu tadi,majlis iftar bersama pengetua kolej tun syed nasir telah tiba kemuncaknya.Saya mewakili ahli-ahli organisasi ingin memohon maaf jika ada sebarang kecacatan ataupun

MC membawakan teks yang telah di sediakan.Majlis bersurai.

Page 5: Teks Ucapan MC

kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung,Yang baik dating daripada Allah dan yang buruk datang dari diri kami sendiri.Di harap program ini dapat mencapai objektifnya dan kepada yang sudi hadir,ribuan terima kasih di ucapakn dan semoga Allah memberkati apa yang kita perolehi di dalam majlis ini.Sekian,wabillahitaufik walhidayah,wassalammualaikumwaramatullah hiwabarakatu.

Semua Jemputan VIP dijemput untuk menukmati juadah ringan di bilik Jamuan VIP.